Tuesday, 10 March 2015

JoM BeRCuTi Ke TaiPiNG 2015 : 02. TeMPaT MeNaRiK uNTuK DiLaWaTi Di TaiPiNG | 28 Feb - 1 Mac 2015

As-Salam & Salam Sejahtera,

Ini kiranya masuk kali ke-3 keluarga kami bercuti ke Taiping. Namun tidak juga datang rasa jemu, malahan masih ada tarikan yang kami ulang kunjung. Disamping itu, kami temui beberapa tarikan baru yang berbaloi untuk dikunjungi.

Keseronokkan bercuti ke Taiping ini, sebenarnya bermula di lebuhraya lagi, lebih-lebih lagi kepada peminat buah-buahan tempatan. Jika anda perasan, RnR sekitar Tapah-Changkat Jering-Taiping meriah dengan gerai buah-buahan.

Jambu madu, walau tidaklah semanis madu tapi tetap membuatkan kecur air liur. Lupa apa nama persinggahan ini, tapi ianya RnR terakhir sebelum exit ke Changkat Jering jika kita menghala ke utara.

Kami singgah ini pun pada mulanya kerana anak-anak semuanya hampir terkucil. Tapi mata dijamu pula dengan buah-buahan tempatan yang lazat bergantungan hehehehe. Cuci mata kejap!!!

Limau barli - masa kecil-kecil dahulu dikampung arwah datuk pernah buka kebun limau. Hari-hari makan limau sehingga tercirit birit hehehehe. Cicah limau barli dengan asam garam campur cili fuhhhh terangkat kening dia punya penangan.

Dewasa cuci mata tengok buah-buahan, anak-anak pula sibuk main air. Bahagian tengah kompleks RnR dihiasi dengan small garden with water fountain.

Kemahiran bermain aperture makin hari makin terhakis. Lain kali bawa saja compact camera, buat berat sahaja usung DSLR.

Masing-masing masih kenyang. Cuma tinjau-tinjau kerana selera masih belum terbuka.

Ini pun cuma tinjau-tinjau cuci mata saja.

Itu tarikan di lebuhraya, bagaimana pula tarikan di Taiping yang juga dikenali sebagai bandar paling lembap di Semenanjung Malaysia.

Taiping War Cemetery

Setiap kali kami bercuti ke Taiping, kami akan singgah di Taiping War Cemetery sekadar untuk menghormati mereka yang kehilangan nyawa sewaktu berjuang pada era Perang Dunia Kedua.

Dianggarkan kira-kira 850 jasad disemadikan di sini dengan 500 daripadanya masih belum dikenalpasti. Kebanyakkan korban ini adalah infantri Indian Army dan British Army.

Jika diikutkan sejarah, Taiping War Cemetery ini adalah hasil usaha Major J.H. Ingram yang ditugaskan untuk mengesan dan mengenalpasti korban perang dari tentera British dan tentera Commonwealth. Jasad mereka yang bertaburan di segenap medan perang sekitar Taiping dikumpulkan dan disemadikan semula di Taiping War Cemetery pada tahun 1946.

Bukit Larut

Sedikit info berkaitan Bukit Larut atau dikenali juga sebagai Maxwell Hill.

Buat kali ke-3 juga kami gagal untuk naik ke Bukit Larut. Ini kerana kami tiba lewat petang dan tiket pula sudah sold-out. Untuk makluman, kereta persendirian tidak dibenarkan masuk ke Bukit Larut. Jika larat, anda boleh saja berjalan kaki atau jogging seperti yang lazimnya dilakukan oleh penduduk tempatan hampir setiap petang. Kami nak jogging atau jalan kaki? Belum tiba masanya lagi hehehehe.

Inilah barisan Land Rover yang digunakan untuk memunggah pelawat ke Bukit Larut. Kesemua kenderaan ini milik pihak berkuasa Bukit Larut.

Land Rover ini agak baru berbanding yang lain. Pasti ramai yang berebut untuk naik yang ini. Bilangan Land Rover yang dimiliki oleh pihak berkuasa Bukit Larut juga agak terhad. Jadi peluang untuk naik agak terhad terutamanya hujung minggu dan cuti umum.

Tiket Land Rover untuk naik ke Bukit Larut anda boleh beli di bangunan kuning sebelah kiri.

Setiap kali ke Bukit Larut, pasti terserempak dengan pasangan pengantin yang ingin mengabadikan saat-saat indah dalam hidup mereka pada lensa kamera. Selamat mencelop Pengantin Baru!!!

Ternampak iklan ini semasa di Bukit Larut. Menarik juga, melihat dolphin dan beri burung helang makan!!!

Taman Tasik Taiping

Tiap kali ke Taiping, kami pasti akan singgah di Taman Tasik Taiping. Pemandangan di sini cukup redup dan mendamaikan. Asalnya tasik ini adalah bekas lombong tinggal dan mula dibuka pada tahun 1880 sebagai taman awam yang pertama di Tanah Melayu pada ketika itu.

Tarikan utama di Taman Tasik Taiping adalah pepohon angsana. Mungkin ada yang telah berusia ratusan tahun. Menariknya, dedahan pokok angsana kebanyakkan menjalar ke arah tasik. Lokasi ini juga menjadi tumpuan para pengantin baru untuk bergambaran.

Burmese Pool

Ini kali pertama kami ke Burmese Pool. Itu pun secara tidak sengaja. Ketika berlegar-legar di sekitar Taman Tasik dan Bukit Larut, ternampak signboard menuju Burmese Pool. Burmese Pool merupakan kawasan perkelahan di kaki Bukit Larut.

Kena bayar RM2 untuk caj tempat letak kereta dan perkhidmatan kebersihan di Burmese Pool.

Disekitar tapak letak kenderaan juga meriah dengan gerai-gerai menjual cenderamata.

Ini sebenarnya tandas awam. Tapi bahagian luarnya penuh dengan bebola, peralatan untuk berenang, toys dan cenderamata. Konpius kejap!!!

Anak sungai yang merentasi jejantas masuk ke Burmese Pool. 

Untuk ke Burmese Pool, kena rentasi denai hutan. Kalau malas untuk ke Burmese Pool, boleh mandi di anak sungai ini saja. Anak sungai ini hanya beberapa langkah dari tempat parking kenderaan.

Nampak tak? Untuk ke Burmese Pool kena berjalan masuk ke dalam, merentasi hutan kiri kanan. Anak-anak dah buat muka cuak dan tak mahu masuk hutan. Takut kena makan rimau katanya. Burmese Pool itu sendiri sebenarnya rangkaian lata dan air terjun kecil. Sayang anak-anak masih belum adventerous buat masa ini, jadi tak sampailah kami ke Burmese Pool.

Kemudahan ini seakan sudah lama ditinggalkan. Kurang sambutan barangkali. Next time cuba explore sehingga Gua Daeng Kuning. Gua Daeng Kuning ini merupakan tapak pertapaan Daeng Kuning atau dikenali juga sebagai Panglima Hitam, salah seorang pendekar silat Gayong. Taiping juga dikatakan tapak asal pengembangan seni silat gayong di Malaysia.

ATV Adventure Park Larut

Antara kegemaran anak-anak. Sudah lama menyuarakan keinginan untuk bermain ATV. Pada kali ini hasrat mereka akan direalisasikan.

Price list dan pakej yang ada di ATV Adventure Park Larut. Untuk kanak-kanak hanya satu pakej yang available, iaitu menunggang mini ATV dalam litar dalaman selama 10 minit atau 5 pusingan. Harga RM30 bagi setiap sesi.

Keselamatan diutamakan, wajib pakai helmet. Sebelum bermula, kena dengar briefing dan arahan instructor terlebih dahulu.

Beginners, terhegeh-hegeh nak control ATV. Nampak senang tapi susah juga sebenarnya.

Instructor siap follow belakang, takut masuk longkang!!!

Litar untuk kanak-kanak hanya di kawasan berhampiran blok utama. Kalau dewasa masuk sampai ke hutan sana nun, katanya hingga ke kaki Bukit Larut.

Bas lama ini diubahsuai menjadi unit kediaman. Pengunjung ke ATV Adventure Park Larut, jika malas untuk menginap di hotel bolehlah tempat penginapan sebegini. Adventureous le katakan.

Deretan ATV berbagai saiz dan kuasa kuda. Setia menanti untuk ditunggang oleh anda, meneroka setiap ceruk hutan Bukit Larut.

Jika anda berminat untuk mencuba aktiviti ATV di Bukit Larut, anda boleh dail nombor di atas. Lokasi ATV Adventure Park ini tidak jauh dari Bukit Larut dan Taiping War Cemetery. Alamat lengkap mereka adalah;

ATV Adventure Park Larut
Lot 3644 Jalan Bukit Larut
Taiping, Perak.

Taiping Equine Park

Puas layan ATV, anak-anak nak naik kuda pula. Jadi kami singgah pula di Taiping Equine Park. Lokasinya hanya bersebelahan dengan ATV Adventure Park.

Ini antara pakej yang ada. Kami cuma ambil pakej joy ride dan bagi makan kuda.

Kena pakai helmet untuk keselamatan. Perasan jadi joki kejap hehehehe. Kuda yang ditunggang bernama Forest.

Forest bersedia untuk ditunggang. Hari agak panas, sebab menjelang tengah hari. 

Dah tunggang, kena bagi makan pula. Masing-masing takut nak hulur tangan, takut kena gigit hahahaha. Sebenarnya kuda ambil makanan dari tangan kita bukan guna gigi, tapi guna lidah. Memang rasa geli bila lidah kuda yang kasar menjilat-jilat tangan ambil makanan. Makanan kuda yang diberi adalah lobak merah, atau orang kampung panggil carrot!!!

Selain daripada destinasi di atas, banyak lagi tempat yang anda boleh kunjungi di Taiping seperti Zoo Taiping, Kota Ngah Ibrahim, Bukit Merah dan sebagainya. Tapi kami kesuntukkan masa, dan lokasi tersebut telah kami kunjungi dalam percutian yang lepas.

Sekian.

12 comments:

  1. Assalam bro,
    haaaaaaaaaa
    baru rasa tak pelik :)
    walopun iols orang tepen
    taaaapiiiiiiiiiiiiiii
    bukit larut tak pernah pergi g
    burmese pool laaaaaaaaaamaaaaaaaa dah g
    ATV ride tak try gequine park bru lalu tengok tapi tak masok g
    sob3
    sob3
    sob3

    ReplyDelete
    Replies
    1. As-Salam, orang tempatan macam gitu. Kami yang jauh ni sampai dulu hehehehe.

      Delete
  2. Terima kasih atas info percutian tuan..sangat2 bermanfaat esp buat kami yang berkeluarga..
    Banyak jugak tempat menarik di Perak yang kita tak tahu rupanya.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas info percutian tuan..sangat2 bermanfaat esp buat kami yang berkeluarga..
    Banyak jugak tempat menarik di Perak yang kita tak tahu rupanya.

    ReplyDelete
  4. Saya tak pernah sampai lagi tempat ATV dengan kuda tu..haha. sungguhpun duk tak jauh mana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe biasa tu. saya pun tak pernah naik Kinabalu walau tak jauh mana dari rumah.

      Delete
  5. Wah Kinabalu ye..sounds good! Kat sana lagi tinggi tu nak hiking berbanding bukit larut :)

    ReplyDelete
  6. good place to explore after setting up our ecommerce website and reloading all the stocks from here..

    ReplyDelete