Wednesday, 31 May 2017

CARA UNTUK MEMOHON PEMBATALAN ATAU SERAHAN BALIK POLISI INSURANS ETIQA TAKAFUL @ TAKAFUL NASIONAL


Etiqa Takaful Berhad,
(Formerly known as Takaful Nasional Berhad),
Level 19, Tower C, Dataran Maybank,
No. 1 Jalan Maarof,
59000 Kuala Lumpur.

Aku menjadi pelanggan Etiqa Takaful sejak dari tahun 2005, masa itu masih dikenali sebagai Takaful Nasional. Dua produk yang aku langgan iaitu TN Mesra dan TN Prima.

Masa itu aku masih mentah, baru masuk kerja. Sertai insurans pun secara membabi buta, serah bulat-bulat pada agent. 

Kenapa aku tiba-tiba terminate polisi, dan kenapa selepas hampir 12 tahun?

Penyebab utama, agent insurans aku menghilangkan diri secara tiba-tiba selepas beberapa tahun polisi berjalan. Segala permasalahan terpaksa aku selesaikan sendiri. 

Untuk ex-agent aku, suka ati ko ek ! Seronok makan komisyen tapi service haprak dan yillek !

Tambahan pula aku banyak menghabiskan masa di luar negara pada masa itu, jadi khidmat agent amat aku tagih. Mula-mula susah nak dapat, akhirnya bila pick-up call kata dah berhenti dari Etiqa ! Dah tak ada kuasa nak buat apa-apa katanya !

Sekembali ke tanah air, aku dibizikan pula dengan tugas-tugas hakiki. Maka makin tertangguhlah hasrat aku untuk menamatkan polisi Etiqa atau TN.

Fed-up dengan Etiqa atau TN yang medical card pun tak ada (produk lama), aku seisi keluarga sertai BSN Prudential.

Agent pun bagus, informative dan supportive ! Nasib badan, belum setahun sertai BSN Prudential, musibah melanda keluarga aku.

Mujur ada medical card BSN Prudential, kos rawatan melebihi 20k ditanggung sepenuhnya oleh pihak insurans. Kalau nak harapkan produk lama dari Etiqa, merangkak aku nak tampung kos rawatan.

Back to cerita asal, BAGAIMANA CARANYA NAK TAMATKAN POLISI ? BERAPA PULA NILAI SERAHAN BALIK YANG BAKAL KITA DAPAT ?

Menjawab persoalan BERAPA BANYAK SERAHAN BALIK, sila rujuk ilustrasi produk yang agent bekalkan masa-masa mula-mula dia datang untuk promo dahulu !

Nak kata tepat sangat pun tak juga. Kes aku agak jauh tersasar berbanding prediction agent.

Contohnya untuk polisi TN Mesra selepas 12 tahun, aku cuma dapat pulangan balik sekitar 56% berbanding prediction agent sekitar 78%.

TN Prima aku lagilah, serahan balik ciput sangat. Itu pun nasib baik produk ini setiap 3 tahun dapat manafaat berjangka sekitar 2k plus. 

Congak-congak aku cuma dapat separuh dari apa yang aku laburkan (baca LEBURKAN) selama ini.

Untuk MENYERAHKAN KEMBALI POLISI pula, kekdahnya agak mudah. Bawa saja polisi asal ke pejabat Etiqa di blok C Dataran Maybank.

Jangan jadi machiam aku, mamai terbawa diri ke Menara Maybank, jenuh cari Blok C memang tak akan jumpa punya. Nasib baik abam dan hakak polis bantuan Maybank sedar-dirikan aku;

"Encik, ini Menara Maybank. Dataran Maybank kat Jalan Maarof nun ! Hehehehehe..."

Adeh ! Machiam mana boleh silap !


Setibanya di Dataran Maybank, terus ke kaunter informasi Etiqa di blok C. Masuk main entrance blok C jalan terus, 10 kali menapak dah nampak kaunter, betul-betul depan lif. 

Senang nak jumpa, aku pun mulanya masuk melalui blok A. Tanya receptionist di blok A, dia siap minta security tunjukkan aku jalan ke blok C.

Thumb up depa punya khidmat pelanggan.

Segala urusan serahan balik boleh dilakukan di kaunter informasi, tak perlu panjat naik lif ke pejabat depa.

1. Beratur ikut giliran depan kaunter informasi Etiqa.

2. Cakap nak serah balik polisi (jangan lupa bawa polisi asal).

3. Kena isi form dan serahkan IC untuk diphotostat.

4. Form cuma kena tulis nama, alamat dan no account bank.

5. Surat pengesahan polisi telah diserahkan akan diberi oleh staf Etiqa.

6. Estimate sebulan untuk dapat duit serahan balik kalau ada.

Mudahkan, dan memang laju. Tak sampai 10 minit dah selesai dengan syarat anda bawa polisi asal/original, IC dan jangan lupa no account bank.


Kes aku agak lama sikit sebab aku lupa no account bank. Check dalam sistem Etiqa, belum update no account terkini. Terpaksa aku menapak cari CIMB Bank untuk print mini statement yang tercatat no account.

Nasib badan sebelah Menara Maybank ada Oldtown White Coffee, dalamnya ada mesin ATM CIMB.

Dah dapat no account terpaksa kembali ke kaunter Etiqa untuk menyelesaikan urusan yang tertangguh tadi.

Urusan yang sepatutnya settle dalam masa 10 minit, lajak kepada hampir setengah jam.

BERAPA LAMA KENA TUNGGU UNTUK DAPATKAN WANG SERAHAN BALIK ?

Kalau ikut SOP katanya sebulan, tapi kalau semuanya ok, tak perlu tunggu sampai sebulan. Aku dapat duit selepas 10 hari polisi diserahkan.

Cuma yang aku ralat potongan ANGKASA. Masih lagi ANGKASA potong duit gaji aku untuk Etiqa. Orang kata ANGKASA ambil masa 3 bulan, baru dia clearkan nama kita dari potongan insurans.

Sikit punya lama de !

Update 22/6/2017 - masuk bulan ke-2 selepas penamatan polisi, ANGKASA dah tak potong gaji aku, muahciked !

Hope pengalaman yang aku kongsikan ini boleh kamurang jadikan panduan.

Personally aku tak salahkan Etiqa. Bagi aku mana-mana produk atau syarikat pun bagus. Kena ingat insuran adalah protection dan bukannya mekanisme pelaburan.

Paling penting, cari agent yang betul-betul ikhlas dan bergiat sepenuh masa dalam jalur insurans, bukan jenis sekadar buat part time atau sebab belum ada kerja tetap.

Terkena agent yang tak jujur atau tak komited dengan bidang insurans, senasib la machiam aku !

Selamat berpuasa !

Update 08/11/2020 - Aku batalkan polisi ini 3 tahun yang lepas dan rupanya masih ada lagi baki yang belum dituntut tanpa pengetahuan aku. Alhamdulillah pihak pengurusan Etiqa amat telus, dikala tengah sesak dek penangan Covid-19 dan PKP, sejumlah baki telah dikreditkan terus ke akaun aku oleh pihak Etiqa. Alhamdulillah Ya Allah.

Semoga kita semua tabah dalam mengharungi cabaran Covid-19.

Tuesday, 30 May 2017

FROM KL TO TENOM | 28.12.2016 - 04.01.2017

Diari balik kampung hujung tahun lepas. 

Konon nak celebrate Christmas di kampung, tapi tak dapat adjust cuti. Lepas Christmas baru jejak kaki. New year pun tak celebrate mana, tak seperti tahun-tahun sudah.

Layan gambar saja sebab aku pun dah lupa cerita details.


Seingat aku kami lewat tiba di KLIA2, jadi umat semua berpusu-pusu di setiap kaunter daftar masuk. Jika tak silap sekitar 5ish am kami sampai.

Alih-alih daftar masuk kami bertukar kaunter sebab masa makin suntuk. Masing-masing buat muka cuak !

Nasib tak kena tinggal kapal terobang !

Perut tengah lapar sebab tak sempat breakie. Tak sabar tunggu flight attendant serve/jual makanan.

Nikmatnya !

Sobenier untuk si kechix !

Buskers @ KKIA. Dasat juga uncle ni goreng !

Teksi dari KK ke Tenom. Proton Waja, selesa untuk kami sekeluarga.

Singgah sekejap di salah satu RnR Kimanis.

Lejen - Tung Ma Nui Luk Express !

Bus/taxi stand pekan Tenom.

Panorama pekan Tenom.

JJCM sekitar pasar Tenom.

Seminggu jugalah aku sekeluarga bercuti di kampung. Makan tido berak, makan tido berak. Itu sajalah rutin seharian, bermalas-malasan. Sesekali merasa orang tua tanggung makan minum muahahahahaha !

Fast forward, dah tiba masa untuk kembali ke kehidupan normal. Call taxi untuk ke KKIA dari Tenom. 

Toyota Hiace sebagai teksi, sebab bagak sangat, terpaksa kongsi dengan penumpang lain. Nak charter satu Toyota Hiace pun boleh, tapi mahal pulak nanti. Kongsi-kongsi jimat sikit.

Boleh muat 10 penumpang !

Kimanis lagi untuk luruskan kaki dan minum-minum.

Jalan Kimanis.

Famili besar bagus juga ada Toyota Hiace.

Dah sampai KKIA.

KKIA

KKIA di subuh hari !

Done !

Ketam Batu : Selamat berpuasa !