Entry sebelum ini ambe ada review beberapa tempat makan di Tanjong Malim, hampir kesemuanya untuk mereka yang bercitarasa Melayu Nusantara.
Tapi untuk entry kali ini, ambe nak review satu cafe di Tg Malim yang menyajikan menu2 mat salleh atau ketua kampung ambe panggil western food.
Nampak je ulu banat Tg Malim, tapi saban hari makin bercambah cafe ala2 western. Dulu orang mai Tg Malim untuk pekena Pau Yik Mun semata, la ni machiam2 ada.
p/s : Pau Yik Mun ada sijil halal ke dak, jeng 3x.
Landmark paling mudah kalau nak cari Easy Cafe, cari saja Bank Rakyat Tg Malim. Cafe ini cuma bersebelahan dengan Bank Rakyat cawangan Tg Malim.
Alamat lengkap Easy Cafe;
No. 25 Jalan Permai 1
Taman Ketoyong Permai
35900 Tg Malim, Perak.
Tel : +605-458 5555
View dalaman cafe, snap sambil buat2 muka seposen. Lately makin tebal kemaluan nak snap gambar waktu makan hahaaa. Rasa dah tua banget nak snap sana dan snap sini, tapi nak cari bahan untuk DSKB punya pasal, terpaksa kecutkan balik kemaluan tadi.
Sama seperti cafe2 moden yang lain, ada 2 ruang. Ruang dalaman berhawa dingin, sah2 tak dibenarkan untuk merokok. Nak merokok juga, ada kerusi meja di luar, boleh minum2 sambil berasap.
Masih banyak kerusi kosong bukan sebab makanan tak sedap ye, tapi memang weekdays tak ramai orang. Tapi kalau weekend memang akan dipenuhi cikgu-cikgi yang melanjutkan pengajian ke UPSI.
Disebabkan tak ramai orang, segala service jadi cepat. Letak sahaja punggung ke kerusi, waitres terus datang dengan menu di tangan. Belek2 menu kejap, sambil terkujat-kujat, maklumlah tekak selera nusantara.
Anak2 laju saja order, sebab memang penggemar chicken chop. Masuk saja mana2 cafe yang menyajikan western food, sah2 chicken chop menjadi pilihan.
Akhirnya untuk anak2, kami order Teriyaki Chicken Chop. Bapak budak order Mixed Grill dan mak budak order asam laksa (mengidam duh!) bersama onion rings.
Last week, anak2 ternampak ambe minum sarsi float, jadi masing2 mengamuk nak minum float juga. Ok, order Lemonade Float untuk mereka, Banana Choco Milkshake untuk bapaknya dan Apple Juice with Asam Boi untuk maknya.
Hidangan pertama yang sampai bersama minuman adalah onion rings. Somehow onion ring kurang rasa, cicah dengan sos pun tak berapa nak umph.
Banana choco milkshake memang marbeles, dihirup sampai ke titisan terakhir. Lemonade float pun anak2 kata sedap, ambe tak cuba pun. Depa kata sedap, sedap le tu.
Kemudian datang pula hidangan untuk anak2, Teriyaki Chicken Chop. Presentation memang fail, ambe bagi C+ je, sebab sekali pandang macam nasi letak kicap.
Memang tak sedap ni, kata ambe dalam hati. Tapi bila sekali ngap, eh! ko sedap rupanya sos teriyaki, ayam pun sedap walau tidak rangup. Presentation dapat C+ tapi untuk rasa ambe bagi B+.
Tak kisahlah gred apa pun, tapi memang sedap!
Ini pula asam laksa yang mem besar order. Sekali lagi presentation memang kantoi tapi rasa memang marbeles, marbeles dan marbeles. Kuahnya cukup pekat dan berlemak. Kaya dengan ikan sardin, sardin pun sedap dihirup de!
Ini dia, king punya menu, mixed grill. Nak sihat kenalah makan makanan yang ber grill ye dok? Haahahahaha, naik la kolesterol ambe lepas ni.
Mixed grill ada 3 portion, beef + lamb + chicken. Cicah pula dengan mushroom sauce, meletop! Marbeles sekali lagi, memang marbeles. Mushroom sauce diadun sebati, dagingnya pula tidak terlalu masak, just ngam2 dan masih juicy slurps!
Nasib le ko perut, hidangan pada petang tersebut hampir menepati selera semua. Gendang gendut tapi kecapi, kenyang perut jom balik solat Maghrib.
Total kos untuk kesemua hidangan tersebut hanyalah RM103.90, kira ok dah tu western food untuk 4 orang makan.
Nak habaq mai juga, Easy Cafe ini sebenarnya ada saudara kembar yang dinamakan e-place. Jika Easy Cafe lebih kepada western food, e-place pula untuk mereka yang gemarkan sajian tempatan. Letak pun dalam kawasan yang sama, cuma selang beberapa buah kedai sahaja.
Final verdict : Jika anda semua tiba2 tersesat ke Tg Malim dan dengan secara tiba2 mengidam western food, silalah berkunjung ke Easy Cafe, highly recommended.
Address;
Final verdict : Jika anda semua tiba2 tersesat ke Tg Malim dan dengan secara tiba2 mengidam western food, silalah berkunjung ke Easy Cafe, highly recommended.
Address;
No. 25 Jalan Permai 1
Taman Ketoyong Permai
35900 Tg Malim, Perak.