Masa sebelum sampai KK memang dah plan awal2 nak lepak2 KK dulu dalam semalam dua sebelum balik kampung mertua. Tapi tak pula kami booking mana2 hotel..... cadangnya nak walk-in saja mana2 hotel murahan asalkan bersih dan selamat untuk melelapkan mata. Siangnya sudah pasti dipenuhi dengan aktiviti window shopping.
Dalam pada mencari hotel sesuai dengan bajet, ternampak papan tanda iklan 'bilik untuk disewa bermula dengan harga RM70++'.... lebih kurang begitulah bunyinya, milik Promenade Service Apartment. Lokasinya hanya di sekitar Api2, hanya dibelakang Promenade Hotel Kota Kinabalu.
Terpesona dengan papan tanda RM70++ semalaman, ambo terjah masuk untuk tanyakan bilik, ada studio suite dan family suite tapi tak nampak pula dengan harga RM70++. Readers ada nampak tak?
Rate untuk studio suite adalah RM110.20 semalaman manakala family suite RM174. Ini harga asas tak termasuk tax. Ambo pun malas nak tanya pasal RM70++ sebab masa check-in pun dah hampir tengah malam dan badan pun dah penat sangat.
Ambil studio suite untuk 2 malam. Bilik hotel milik Promenade Service Apartment ini bercampur aduk dengan unit milik persendirian dan berselerak di antara unit2 di sekitar kompleks kediaman Api2.
Unit kami letaknya di blok 4.... kena berjalan heret beg sikit dari kaunter pendaftaran yang terletak pada blok berasingan. Jika tak pasti blok yang hendak dituju tanya saja pengawal keselamatan. Setiap blok di Api2 ada pengawal keselamatan bertugas.
Cari punya cari.... jumpa unit bernombor 2421.... unit di mana kami akan berkampung selama 2 malam.
Bagaimana keadaan bilik di Promenade Service Apartment? Pada hemat kami, keadaan bilik nampak usang dan dimamah usia..... ayat skema..... ayat skema..... hehehehe..... tapi bersih. Usang tak apa janji bersih dan bebas dari bau yang kurang menyenangkan.
Setiap unit studio dilengkapi dengan 2 single bed. Disebabkan kami ber4 jadi kami cantumkan kedua2 single bed tersebut..... baru rasa luas dan selesa untuk beradu.
Berhampiran tingkap ada set sofa kecil dan meja makan untuk 2 orang.... ini jadi port kami sekeluarga untuk bersahur dan berbuka puasa.
Dapur pula cukup lengkap.... ada periuk belanga..... rice cooker..... pisau memotong semua ada. Pada yang nak berjimat dan lebih suka masak sendiri kalau berkunjung ke Kota Kinabalu, bolehlah menginap di Promenade Service Apartment. Itu pun jika anda jenis yang tidak was2 pasal halam haram, mana tahu pengunjung terdahulu adalah non-muslim.... Wallahuallam.
Mari kita tinjau bilik air pula..... ada cop SIRIM menunjukkan keadaan bilik air amat memuaskan kebersihannya..... hehehehe
Masa kami laki bini sedap2 tidur lepas Subuh..... dengar bising2 dalam bilik air. Ingatkan apa..... sekali budak kenit berdua tu sibuk berkubang dalam tab mandi. Walau nampak bersih tab mandinya tapi tetiba datang rasa geli.... mana tahu sebelumnya ada yang menyucikan hadas besar kat dalam tab mandi..... prtfffff..... terus suruh anak2 keluar dan sental badan mereka cukup2..... huhuhu
Ini masa nak check-out.... ambil picca luaran unit..... lorong2 menuju unit nak kata bersih sangat tu tak adalah..... maklumlah bercampur aduk antara unit milik Promenade dan milik persendirian. Masa ambil picca ini boleh nampak pemilik persendirian bersinglet tengah goreng ikan..... hehehehe
Ini masa nak check-out dah ni..... p/s: brader dalam picca di bawah tiada kaitan langsung atau secara tidak langsung dengan ambo!!!
Masa nak snap picca berikut, ambo bertembung dengan Mr Francis Lee, Resident Manager Promenade Service Apartment. Peramah dia ni.... sempatlah kami sembang2 sekejap berkenalan. Siap dihulur business card..... next visit to KK ambo contact Mr Francis.... boleh minta staff price.... hehehehe.
Sekian review ringkas berkaitan Promenade Service Apartment. Berminat boleh hubungi mereka pada nombor dan alamat di bawah.
Promenade Service Apartment
3-G-17 Lorong Api-Api 2
Api-Api Centre
88000 Kota Kinabalu, Sabah
Tel: +6088-260 003
Babai......