Gua Idaman Hotel
Lot PT7806 (Tingkat Atas)
Jalan Persiaran Raya, Taman Mesra
18300 Gua Musang, Kelantan.
Tel: +609-912 0081
Last trip masa singgah di Gua Musang, Kelantan ambo sekeluarga melelapkan mata di Goa Inn. Recent trip nak cuba hotel lain pula, mencari kelainan juga bahan baru untuk dimuatkan ke dalam blog DSKB.
Kesedar Inn, our first target tapi masa walk-in bilik dah fully booked. Sekitar Bandar Baru Gua Musang memang banyak hotel bajet. Bandar Lama Gua Musang pun ada hotel yang nampak agak bagus, Fully Inn Hotel. Akan kami cuba pada trip yang akan datang.
For recent trip, kami menginap saja di Gua Idaman Hotel selepas tak dapat bilik di Kesedar Inn. Hotel bajet di lot komersial Taman Mesra Gua Musang, bawahnya ada BSN, berhampiran dengan simpang ke Kuala Krai/Kota Bharu dari arah Bandar Baru atau Bandar Lama Gua Musang.
@ Family Room Gua Idaman Hotel
Masa kami check-in, ini last family room yang available. Lately kebanyakkan hotel di Gua Musang almost fully occupied bila datang musim perayaan atau cuti umum.
Rate satu malam, RM70. Ada satu single bed dan satu katil size queen. Bilik air agak besar according to my MIL. Ambo tak jenguk masuk sebab masa kat kaunter, reception lady offered satu lagi bilik sebab bilangan kami yang agak ramai (3 adults + 2 kids). Nak bagi selesa katanya.... katanyalah.
Bila difikirkan rate pun tak mahal mana, jadi ambo ambil satu lagi bilik, standard room. My MIL + 2 kids masuk family room, ambo + AT masuk standard room.
@ Standard Room Gua Idaman Hotel
Standard room hanya ada satu katil saiz queen, harga semalaman RM60. Acceptable kalau sekadar untuk melelapkan mata. Keadaan bilik sekadar memuaskan, bila dongak ke atas nampak sawang labah2. Lantai kira bersih, acceptable kalau anda bukan jenis cerewet. Cadar katil nampak lusuh, tapi agak bersih walau dah kekuningan. Luas bilik kira2 14 kaki x 12 kaki lebih kurang.
Bilik air agak unik sikit sebab lebih tinggi dari lantai.... kena menapak dalam satu dua anak tangga. Reason.... entah kenapa. Bilik air nak kata bersih tahap superb tu memang menipu sangatlah, tapi masih acceptable tahap hotel bajet. Kira tak geli mana nak mandi manda.... tapi kalau lifestyle anda tahap diva, memang pandang pun tak ada selera bila tengok keadaan bilik air dia.
Kemudahan amatlah minimalis, cuma ada TV usang, meja solek kecil dan gobok baju. Nak air panas boleh ambil kat depan reception, ada disediakan cerek kat situ. Bagusnya WIFI dah termasuk dalam harga bilik, boleh minta password dari receptionist.
@ Sekitar lobi Gua Idaman Hotel
Ada musolla untuk bersolat. Nampak tak cerek kuning bawah TV? Pengunjung boleh ambil air panas dari situ sebab setiap bilik tidak dibekalkan dengan cerek.
Urusan check-in dan check-out amat simple. Masa check-in bayar dan ambil kunci, tak ada daftar nama apa pun. Masa check-out letak saja kunci atas kaunter reception kalau tak ada sesiapa kat situ (kami check-out seawal pagi, before 7 am).
@ Luaran Gua Idaman Hotel
Lepas check-out baru capture moment sekitar hotel. Malam tadi fikir nak check-in dan tidur saja. Nak cari Gua Idaman Hotel mudah saja, lokasinya betul2 di persimpangan ke Kuala Krai/Kota Bahru dari Bandar Baru Gua Musang. Bawahnya adalah cawangan BSN.
Kena menapak naik tangga sebab hotel terletak di aras satu.
Naik saja aras 1, reception di sebelah kiri anda.
Final verdict...... nak kata recommended sangat tu tak adalah tapi sekadar untuk bermalam melelapkan mata dan menghilangkan penat badan selepas 5-7 jam memandu dari KL kira bolehlah. Jangan over expectation pula, dengan harga RM60 semalaman.... apa nak demand sangat ye tak?
Cheers