As-Salam, Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia,
Cuti-cuti Malaysia versi Diari Si Ketam Batu kembali lagi, destinasi kali ini adalah Cameron Highlands!!! Hukallohhhhhh, machiam tiada tempat lain ye dok, balik2 tanah tinggi kemerens hehehehe.
Nak buek machiam mana, dah memang dekat dengan rumah. Lagi pula ini percutian ad-hoc, tiba2 ilham mai ada rasa mahu jalan2 cari pasal ekekeke. Bukan salah den, tapi salahkan si bongsu yang tak semena-mena teringin nak ke kemerens katanya.
Itu pun subuh2 pagi Sabtu baru inform satu family - jum kita ke kemerens ekekekeke!!!! Jenuh masing2 kelam-kabut kemas baju, kecuali si bungsu yang awai2 telah stenbai. Semangat betul nak jejalan, tak puas bercuti ke Port Dickson le tu.
Disebabkan ini bukanlah trip pestaim kami ke tanah tinggi kemerens, jadi tak adalah banyak tempat yang kami menyinggah. Lagi pun trip ini lebih kepada nak merasa cuaca kemerens yang semakin hari semakin suam2 kuku.
Jadi report percutian 2 hari 1 malam kami sekeluarga ke kemerens ini den rangkumkan sekali dalam satu entry - lokasi tarikan pelanchong, penginapan dan juga tempat makan.
Laluan ke Tanah Tinggi Kemerens
Disebabkan den tinggal di TM, jadi den lebih suka menggunakan laluan Tapah berbanding Simpang Pulai, lebih dekat jadi lebih cepat sampai. Tapi kalau cuaca tak mengizinkan memang den akan guna laluan Simpang Pulai.
Apa yang buat den suka sangat guna laluan Tapah, adalah kiri kanan buleh tengok masyarakat orang asli berjualan - memasarkan hasil hutan seperti madu lebah, petai, buah durian dan kadang kala orkid liar.
Tapi den perasan, kalau dulu hanya pondok2 kechil didirikan, kini dibeberapa lokasi ada yang buka kedai yang agak ok khusus untuk memasarkan hasil kerastangan masyarakat orang asli - bakul, tudung, kerusi rotan dan sebagainya. Den teringin sangat nak tahu, milik siapa kedai tersebut, masih milik orang asli kah atau orang luar. Kalau milik orang asli baguslah, maknanya makin impruv sosio ekonomi mereka.
Nak habaq mai juga, laluan Tapah memang tak sesuwei kepada mereka yang mudah mabuk darat, seperti anak sulung den. Jalan memang bengkang bengkuk, kalau jenis mabuk darat memang buleh termuntah dalam kereta hehehehe. Sila bawa bekal minyak chap kaphak ye.
Hutan Lipur Lata Iskandar
Machiam yang den duk gebang awai2 tadi, ini bukanlah pestaim den sekeluarga ke tanah tinggi kemerens. Tapi tak pernah sekali pun den singgah Lata Iskandar.
Trip kali ini kami menyinggah pula, sebab nak cari tudung, bukan tudung paridah tapi tudung saji. Tudung saji sepastik kat rumah den dan pechah2, kali ni nak guna tudung saji buatan dari rotan pula. Nampak klasik dan makin chun la meja makan den.
Nak parking memang problemo sikit sebab ruang agak terhad. Lakili minggu lepas tak ramai urang, jadi bulehlah den parking kereta tak berapa jauh dari gerai2 yang bersepahan di Lata Iskandar.
Den nak sajes sikitlah, kut2 pihak berkuasa tempatan ada modal lebih apa kata buat tempat parking khas untuk Lata Iskandar. Den bukan apa, dah la ramai umat yang menyinggah, kiri kanan bersepah dengan kedai, jalan makin sempit. Kalau berselisih dengan treler atau lori minyak, menchanak bebulu roma den dibuatnya.
Sementera mertua pompuan den terchari-chari tudung saji manakala mertua lelaki den melilau cari obat kuat, den bawa anak2 den maen air Lata Iskandar. Sekadar cechah2 kaki sahaja, sebab nak mandi den masih risau dengan fenomena kenching tikus.
Sementara anak2 den maen chelop2 kaki dalam ayaq Lata Iskandar yang cukhup dingin, den keluarkan sepitol den, Nikon D3100 untuk menembak di sana sini. Unsangkarable, chantek juga Lata Iskandar ini. Kalau rajin buleh daki sampai ke punchak air terjun.
Masa den duk klik sana klik sini Nikon D3100 milik den, den disapa oleh seurang pak chik yang menggelarkan dirinya sebagai Angkel Zul. Angkel Zul ni katanya dapat job jaga kebersihan di Lata Iskandar. Mulanya den malas nak layan sebab den memang pobia sikit kalau tetiba ada orang asing datang bertegur sapa dan berbual mesra machiam dah berpuluh tahon kenai.
Tapi atas dasar kemanusiaan dan rasa hurmat pada orang tua, den layan jugalah hehehehe.
Angkel Zul ni lama jugalah duk sembang dengan kami, siap promote Hutan Lipur Kuala Woh. Katanya sana lagi chantek, ada chalet lagi kalau nak menginap. Den memang tak pernah sampai sana pun lagi, tengoklah kalau ada rezeki, Inshaa Allah den singgah.
Tengah den duk layan Angkel Zul sembang, sekali ada bunyi ayor berkochak 'kechebom'!!!! Bebudak 2 ekor tu dah maen terjun air la pulak siap mandi bagai. Den kata cechah kaki saja tapi ni siap dah basah baju seluar semua.
Chepat naik jerit den, karang terminum sisa kenching tikus, siapa yang susah nanti?
Kami tinggalkan Angkel Zul sebab nak naik ke tempat air terjun pula. Sempat jugalah den huluq token sikit pada Angkel Zul, dia tak mintak pun. Kira sumbangan peribadi den sajalah atas usahanya duk jaga kebersihan Lata Iskandar.
Kamurang pun kalau pi Lata Iskandar, janganlah duk buang sampah sana sini. Lagi bagus kalau kamurang bawa sampah semua balik rumah, lupus bagus2. Tak adalah Lata Iskandar dan tempat rekreasi yang lain penuh dengan sampah milik para pengunjung.
Ukies, nak ke air terjun tak ada masalah sebab ada tangga. Asal cukup stamina memang buleh panjat.
Den rasa kat atas nun lagi chantek. Tapi kalau nak naik lagi tinggi kena rentas denai hutan lah.
Den perhatikan juga musim ni ramai pelanchong2 Arab duk melepak sama. Oklah depa duk lepak ramai2 kat Malaysia, depa kan banyak duit. Walau perangai ada yang tak semenggah, den rasa depa lagi baguih duk ado berbanding pelanchong dari Tanah Besar China - ini pendapat peribadi den sajalah.
Kedai Makan Kak Yah/Kak Nah
Den tak berapa nak ingat nama sebetul kedai makan ni. Letaknya di Ringlet, sebelah je simpang masuk ke Boh Tea Centre. Masa kami sampai Ringlet dah dekat jam dublas, lunch hour kata urang kampung den.
Pilihan lauk pauk memang tak banyak mana lah, kalau kaki makan sayur memang dispointed sikitlah. Tapi tang harga ok, berpatutan dan tak cekik darah.
Walau kami makan sebelah je dengan simpang masuk ke Boh Tea Centre, tapi den tak ada raso nak panjat Ladang Teh Boh, sebab nawaitu nak maen pokok teh kat tempat lain. Boh Tea Centre laen kali kita panjat je anak2.
Cameron Valley Tea House
Ladang teh milik Bharat Group ini memang kerap kami singgahin kalau ke kemerens. Konpalseri dah, pergi kemerens mesti singgah sini.
Chuma kali ini tak minum teh, singgahin untuk pegang2 daun teh saja.
Kalau tak silap, Bharat Group dah buka tiga tea house di kemerens tapi den suka singgah tea house yang pertama kalau kita naik dari Tapah. Nostalgia sikit hehehehe. Tea house kedua pula kena ke depan sikit, bagusnya tempat parking dia banyak dan luas berbanding tea house yang pertama.
Pelanchong2 Arab pun ramai yang singgah dan duk lepak2 minum teh di Cameron Valley Tea House.
Kalau hang pa tak teringin nak lepak2 minum teh, hang pa buleh turun ke cerun untuk berselfie dengan pokok teh dan juga berposing depan air terjun buatan.
Tapi hang pa kena ingat, nak turun ke air terjun buatan kat ladang teh Bharat ni kena berjalan jauh ke bawah. Masa turun ok, nak naik mengah juga wa cakhap lu.
Lagi satu, hang pa jangan pula duk gatai tangai nak petik dauh teh. Kena tangkap naya je nanti, tapi setakat sehelai dua ok kut, tak adalah Bharat Group sampai jatuh muflis sebab hang pa duk petik dia punya daun teh.
Chup chup..... bila den sebut air terjun, hang pa jangan duk imejin air terjun machiam kat Lata Iskandar. Air terjun buatan kat ladang teh Bharat ni amatlah cinonet. Kalau hang pa tak turun pun tak rugi. Tapi kalau masih larat, turunlah jenguk2, kasi puas hati.
Hang pa tengok la dalam gambirun kat atas, kechik je kan?
Hotel Rosa Passadena, Brinchang
Trip kali ini kami bermalam di Hotel Rossa Passadena. Kiranya pestaim lah check-in sini. Sebelum ini den sekeluarga kalau bermalam di kemerens mesti cari apartment persendirian. Tapi lepas terkena nasib tak berapa nak baek di Port Dickson dulu, binik dah serik nak duk apartment.
Rosa Passadena ni letaknya di Brinchang. Jalan masuk dia betul2 depan balai bomba Brinchang. Den maen redah saja, walk-in kata urang puteh. Naseb baek masih ada bilik - disebabkan kami agak ramai - 4 dewasa dan 2 kanak-kanak riang - den amik bilik quad deluxe.
Bilik quad deluxe ada 2 katil besar. Memang besar, 2 dewasa dan 1 kanak-kanak riang buleh muat satu katil hehehehe. Rate yang kami kena, RM300 sebab hujung minggu. Kupon sarapan pun dia bagi empat untuk dewasa, kanak2 riang kena bayarlah extra. Tak mahal pun, RM12 untuk seurang kanak2 riang.
Kira puas hatilah duk sini, rate bilik memang murah. Den ada buat review pasal Rosa Passadena. Berminat nak tahu lebih lanjut sila klik review yang den dah buat ye.
Royal Berry Strawberry Park & Cafe
Ini pun antara lokasi yang kerap kami singgah kalau ke kemerens. Nak makan ke, nak petik seteroberi ke, inilah tempat peberet kami. Milik bumiputera, kira kami sapot bisnes rakan sebangsa dan seagamalah.
Blok yang sama dengan premis Royal Berry ini ada deretan kiosk jual cenderamata. Si bungsu sempat rembat sehelai sarung tangan sepaidemen harga RM5, buah tangan untuk kawan baek katanya. Bila masa budak ni ada bespren?
Di Royal Berry juga ada satu tempat makan, Nolina Food nama dia. Makanan kira ok, kena dengan selera tekak den sekeluarga, harga pun bukan cekik darah, paling penting premis amatlah bersih kecuali musim lalat. Lalat tu tak boleh nak elak dah, kalau musim tak buleh nak buat apa dah.
Eh bukan tadi dah makan ke masa kat Ringlet? Memang cepat lapau lah kat kemerens ni. Semua duk pulun lunch buat kali kedua kecuali den, jaga badan maaaaaa hehehehehe.
Cameron Lavender Garden
Nak kata baru tak adalah baru mana, tapi ini adalah antara tarikan terbaru ke kemerens. Kebun lavender, bunga yang kaler pepel tu. Tak dapat gi obersea, kita maen lavender kat kemerens pun jadilah.
Masuk sini kena bayar RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak2 riang. Lavender Garden dibuka dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Tapi pada hari Jumaat hingga Ahad, ia ditutup agak lewat sedikit iaitu kira2 jam 7 petang.
Masa mula2 masuk ke Lavender Garden, kamurang buleh bergambirun dengan si tikus besar. Ini bukan patung tikus tapi bangla yang pakai kostum tikus. Ada photographer yang ambil gambar, masa keluar nanti kalau kamurang berminat boleh beli. Tak nak beli pun tak apa, jadi jangan ragu2 untuk ambil gambar. Chantek boleh beli, tarak chantek kalu kasi tinggal.
Masa ambil gambar, pandai saja si tikus ni duk diam2. Ramai yang ingat ia patung semata, rupanya dalamnya ada mamat bangla. Sekali mamat bangla bersin, semua pakat terperanjat. Ada yang sampai urut dada nak kena stroke sebab kena tanjat dengan mamat bangla pakai kostum tikus ekekekeke.
Apa yang ada di Lavender Garden?
Lavender kaler pepel itu sudah tentulah. Ada bunga-bungaan yang laen, ada kereta polkadot, ada cafe dan gerai cenderamata dan pelbagai lagilah. Jum kita tour bersama gambirun berikut;
Ada banyak lagi nak kena upload gambirun di Lavender Garden ni. Tapi disebabkan den guna internet opis, terpaksalah den terhadkan bilangan gambirun. Upload banyak2 karang lemau pulak bandwidth internet kat opis den ni hehehehe.
Pestaim pergi memang menarik jugaklah Lavender Garden ni, tapi kalau dah banyak kali pergi naik lemau juga lah.
Naimah Restoran 1Malaysia
Selain tempat menarik untuk dikunjungi, kalau jejalan cuti2 Malaysia, tempat makan pun perlu diambilkira - sedap pada tekak dan tak menjejaskan isi poket - maklumlah kekadang di lokasi wisata, harga dah la cekik darah, rasanya pula machiam nak bagi kucheng makan.
Naimah Restoren 1Malaysia ni letaknya di Brinchang, tak jauh dari Rosa Passadena. Tempat makan ini den rekemen sesangat - sebab harganya amatlah murah - portion makanan banyak - selera boleh diterima oleh anak tekak den.
Kalau tapau nasi goreng atau mee goreng, dia punya portion boleh makan sampai dua orang. Kalau perut kechik memang tak boleh habis lah untuk satu bungkus.
Kalau nak jimat belanja makan, hang pa datang lah makan kat Naimah Restoren 1Malaysia.
S'Corner Central Market
Kami mai sini masa hari ke-2 di kemerens. Tuan kedai baru nak buka kedai kami dah terjah. Singgah sini cuma sebab sedare mare mertua ada kirim barang sikit. Nak datang sini sendiri tak mampu, pakai kirimin sajalah hehehehe.
Nak masuk S'Corner adalah FOC, ada cafe, ada kiosk jual cenderamata dan kiosk jual hasil pertanian kemerens. Nak petik seteroberi pun buleh kat sini.
Taman Agroteknologi Mardi Cameron Highlands
Ini tempat yang paling last kami singgah sebelum balek ke TM. Ini pun pestaim sampai sini. Tetiba teringin nak nengok hasil kaji selidik pihak Mardi selama ini.
Tiket masuk RM3 untuk dewasa dan kanak2 RM1.50, kanak2 riang di bawah umur 6 tahun adalah percuma.
Di sini memang seronok bagi peminat pertanian seperti den. Ada bermachiam-machiam produk, ada pepokok buah, pepohon bunga, kilang teh, ada arnab, ada taman Inggeris dan bermachiam lagilah.
Bagi mereka yang suka melancung sambil menambah ilmu pengetahuan, inilah tempatnya yang amatlah den rekomen.
Taman Agroteknologi milik Mardi ini chukup luas, sampai den tak tahu nak mula mana dulu. Okied, kita ronda2 bahagian tumbuh-tumbuhan dulu - tinjau2 pokok2 bunga, sayur-sayuran dan buah-buahan.
Hasil pertanian dan kajian di sini ada yang terbuka untuk jualan seperti benih sayuran, pokok2 hiasan dan juga baja tanaman. Pilih mana yang berkenan di hati dan jangan lupa bayarin ye.
Kepada yang berminat dengan ektibiti selfie dan bergambirun, tempat ini memang chun. Berselfie lah sepuas hati anda, memang puas hati.
Selesai beramas mesra dengan tumbuh-tumbuhan, kita boleh lepak2 di taman arnab & burung pula;
Arnabnya memang jinak dan cumil2, gebu bulunya.
Sekitar taman arnab ini, dekorasi taman amatlah chun. Cuba hang pa tengok gambirun yang den snap sana sinun ni;
Bangunan di Taman Agroteknologi ini bercirikan kolonial - pejabat, surau, apartment, rumah rehat - chun habes wa chakap lu. Taman pun habeh di'inggeris'kan. Tak dapat gi obersea, amik gambirun kat Taman Agroteknologi Mardi banyak2, kemudian kelentong kekawan dah sampai Landen hehehehe.
Gambirun yang den snap mungkin tak seindah tempat sebenar, tapi cukuplah untuk hang pa imejin betapa chun nya tempat ini. Itu belum lagi kalau dikira ilmu yang hang pa dapat kalau berwisata ke tempat sebegini - bukanlah terbaek tapi cukup bermanafaat.
Lain2 tarikan di Taman Agroteknologi Mardi Cameron Highlands adalah;
Hang pa boleh nampak ka tulisan pada gambirun di atas? Kira jelaih no apa yang hang pa buleh buat kat Mardi kemerens. Jangan malu2 nak singgah sini noh!!!
Lepaih dari sini, den sekeluarga tak singgah mana2 dah. Terus pechut balik rumah, guna laluan Tapah jugak.
Sebelum den tutup entry ini, den sertakan gambirun kontek namber pemilik apartment di kemerens. Kut la hang pa nak cari penginapan;
Kalau hangpa nak belek2 cherita pasal percutian den ke kemerens pada tahun2 yang sudah buleh lah lepak sini, situ dan sinun.
Den fullstop kat sini dulu, len kali kita sembang2 lagi pasal chuti2 Malaysia.
Roger and out!!!