Friday, 18 December 2015

BaTeRi PiLiHaN uNTuK YaMaHa FZ150i

As-Salam dan Salam Sejahtera,

Setelah berkhidmat dengan penuh cemerlang selama 1 tahun 8 bulan, mileage lebih kurang 38,000 km, tamatlah riwayat GS Battery iaitu bateri asal yang dibekalkan oleh Yamaha untuk melengkapi FZ150i ambe.

Kisah penamatan riwayat ini agak sadis juga, ini semua berpunca dari kelalaian sendiri yang lupa untuk turn off ignition switch. Agaknya lampu menyala sepanjang malam, tenaga dari bateri diperah sampai kering.

Esok pagi baru perasan ignition switch belum turn off, itu pun sebab ternampak kunci motor masih melekat cantik pada ignition switch. Cuba turn off kemudian turn on balik, semua indicator light tak menyala, hon pun tak ada bunyi, sah2 bateri sudah kong !

GS GTZ5S iaitu bateri asal FZ150i yang baru keluar dari kilang.

Nak bawa bateri ke bengkel untuk charging masih awal pagi, mana ada bengkel buka seawal jam 7 pagi. Terpaksa bawa kereta ke tempat kerja, dan angkut bateri yang kong tadi sekali. Cadangnya petang nanti singgah bengkel untuk charge bateri.

Petangnya, sembang2 dengan mekanik, dia advise tukar sahaja bateri baru, sebabnya dah nak masuk 2 tahun usia bateri asal. Lagi pun dikhuatiri bateri asal gagal untuk menyimpan tenaga walaupun selepas proses charging dilakukan.

Time to choose : Yuasa atau Koyoko?

Kalau tinjau di forum atau group, jenama bateri ini sahaja yang sering disebut oleh pengguna FZ150i. Berkualiti dan berdaya tahan.

Secara peribadi, ambe lebih berminat dengan Koyoko atas dua sebab - teknologi nanogel dan intelligent capacity detector indicator pada setiap bateri Koyoko.

Koyoko Nano-Gel YTZ5S-BS.

Kelebihan teknologi nano-gel secara teorinya, mampu memanjangkan hayat bateri dan membekalkan tenaga dengan lebih konsisten. Tambahan pula free maintenance, maksudnya tak perlu check dan tambah air bateri.

Manakala inovasi capacity detector pada bateri memudahkan kita sebagai pengguna untuk mengetahui hayat atau prestasi bateri dengan lebih mudah. Tekan sahaja butang 'TEST' pada bateri, indicator tertentu akan menyala.

Inovasi capacity detector pada bateri keluaran Koyoko.

Jika lampu hijau yang menyala selepas butang 'TEST' ditekan, ini bermaksud bateri dalam keadaan baik. Tetapi jika lampu kuning atau merah yang menyala, ini menunjukkan tenaga bateri berkurangan dan pengguna perlu charge bateri secepat yang mungkin.

Mudah bukan, dan ini juga satu inovasi yang cukup bijak dari pihak Koyoko !

Harga Koyoko nano-gel untuk FZ bergantung kepada bengkel dan lokasi. Ada pengguna FZ yang dapat harga serendah RM60, ada yang kena sembelih sehingga RM90. 

Kalau dapat harga dalam range RM65 ke RM75 kira ok dah tu. Ambe pun dapat dengan harga RM68, ngam2 ! Tak murah dan tak juga mahal.

Sekian. 

Thursday, 10 December 2015

ReVieW HoTeL SRi BiNTaNG, GeRiK, PeRaK


Hotel Sri Bintang
No. 1428 Jalan Cengal
Taman Ibu
33300 Gerik, Perak.

No. Tel : +605-791 5178

Kadar bilik semalaman : RM40 - RM100


As-Salam dan Salam Sejahtera,

Gerik, kalau zaman 70 hingga 80-an, memang pemes sebagai bandar hitam. Bukan bandarnya yang kaler hitam legam tapi hutan belantara sekitarnya merupakan tempat para pengganas komunis berumah tangga.

Mana2 bekas sojar yang pernah ditugaskan ke belantara Gerik, termasuklah bapak mertua ambe, memang tak kering liur duk sembang betapa marabahayanya Gerik pada waktu itu.

Itu belum lagi ditambah pengalaman para pekerja JKR yang ditugaskan untuk membina lebuh raya Timur-Barat. Ada yang kehilangan nyawa angkara pengganas komunis.

Salah seorang buruh yang membina lebuh raya tersebut adalah abang ipar ambe, mujur ada Pamoga nyawanya masih panjang dan masih meneruskan perkhidmatan bersama JKR sehingga kini.

Tapi kini Gerik dah berubah wajah, bukan lagi bandar kelam tapi agak membangun jugalah. Hotel-hotel pun agak banyak dibina, sebagai indikasi ramai juga pengunjung yang menjejakkan kaki ke bandar Gerik.

Gerik merupakan pintu masuk ke lebuh raya Timur-Barat, juga bandar sempadan sebelum memasuki wilayah Betong di Thailand. Agaknya para pelancong ke Royal Belum, pantai timur dan juga pelancong ke Betong (Kelab Atuk Nakal klik) menjadikan Gerik sebagai bandar persinggahan untuk bermalam.

Lagi pun sekitar Gerik ada banyak institusi pendidikan, MRSM pun sudah 3 buah, ditambah lagi dengan kolej komuniti. Hotel2 ini pasti menjadi tumpuan ibu bapa yang datang ke Gerik untuk melawat anak2 mereka.

Jadi mungkin sebab itu hotel budget tumbuh bak cendawan di bandar ini.

Ambe sendiri pun bukan asing dengan bandar Gerik, acap kali singgah tetapi cuma baru2 ini berkesempatan untuk bermalam. Itu pun sebab sudah melangkaui waktu Maghrib, rasa tak selamat pula nak mengharungi lebuh raya Timur-Barat dengan hanya sebuah kereta. Disepak dek gajah nanti tak ke naya !

Disebabkan Hotel Sri Bintang mudah ditemui, hanya tepi jalan raya utama, keadaan bangunan pun agak baru (dibuka pada tahun 2013 kalau tidak silap) ditambah malas nak cari hotel lain, ambe mengambil keputusan untuk bermalam di hotel ini.

Masa ambe masuk untuk check-in, ada seorang pakcik duk senyum2, ambe ingatkan salah seorang pelanggan rupanya dialah receptionist yang bertugas pada shif malam. Mungkin dia jugalah owner Hotel Sri Bintang.

Malas nak tanya lebih2, straight to the point tanya kat pakcik tu; 'ada bilik kosong Encik, berapa harga semalaman' ?

Murah dak ?

Kalau datang secara solo, boleh amek bilik berharga RM40, ada satu single bed. Kalau datang dengan marka atau bini berdua sahaja, boleh sewa bilik berharga RM50, ada 1 queen bed. Kalau makin ramai ahli rombongan, makin meningkatlah harga bilik tapi maksimum boleh muat pun 4 orang sahaja, bilik berharga RM80, ada 2 queen bed.

Disebabkan ambe cuma berdua dengan orang rumah, anak-anak semua dah export balik kampung, ambe ambil bilik yang berharga RM50 semalaman. Kira murah jugalah, bilik siap dilengkapi dengan hot shower, aircond dan Asteruk yang sah2 limited channels.

Sementara pakcik tu tuliskan item pengenalan diri kat buku catatan hotel, ambe ambil kesempatan untuk tinjau sekitar ruang legar reception.

Come-lote aje !

Menu-menuan & harga-hargaan !

Tepi kaunter reception ada macam satu bar kecil. Ada jual-jual minuman dan makanan ringan. Harga agak murah dan ikut standart harga biasa. Kalau malam-malam haus atau lapar, selongkar sahaja bar mini Hotel Sri Bintang. 

Ruang legar kaunter reception, ada muka Najib !

Dah dapat kunci, moh kite ke bilik.

Bilik ku syorga ku !

Bilik memang kecik dan sempit tu memang lah ! Bayar RM50 je pun, tapi paling best, lantai dia bersih dan masih berkilat. Tak rasa pun terpijak pasir ke hapa. Pendek kata bilik memang bersih walau kelengkapan seadanya seperti dalam gambar di atas.

Tak kisahlah janji bersih !

Bau-bauan yang kurang menyenangkan pun yillek ! 

WiFi ada cuma signal agak kemalu-maluan nak tonjolkan diri. Antena pendek sangat kut !

Bilik air pun ok, ada hot shower dan air pun laju, amat syiok mandi, inzal dibuatnya. Cuma kotak flush tandas ada leaking. Flush sahaja bercucuran air keluar, tapi najis tak sangkut mana2 hahahaha ! Laju je memecut ke salur pembentungan.

Khadam, mana towel beta, perut beta tengah memulas ni !

Tempat tidur dah settle mettle ! Kena cari tempat makan pula. Tak perlu risau sebab Hotel Sri Bintang cuma tak sampai 5 minit pemanduan ke pusat bandar Gerik, ada banyak kedai makan. Tak nak ke bandar pun tak apa, sekangkang kera dari hotel pun ada banyak kedai makan Siam.

Abe ! Abe nok make gapo? 

Hahahaha ! Abe nok make gotu buleh !

Melantak sakan !

Lupa pulak nama kedai, tapi makanan dia memang sedap, handal betul tukang masak melemparkan segala jenis ramu-ramuan. Harga pun stendet kedai siam. 

Kekenyangan kami dibuatnya ! Dah kenyang buat apa lagi, rasa nak balik tido sahajalah. Tapi singgah 7-E dulu untuk beli minum-minuman dan keropok-ropokan. 7E pun tak jauh mana dari Hotel Sri Bintang.

Pendek kata, tak perlu risau pasal makan kalau menginap di Hotel Sri Bintang melainkan selera hang pa lain dari kebiasaan.

Esok pagi dah ni ! 

Masa check-out, pakcik malam tadi dah tak ada. Yang ada cuma seorang awek muda cun tengah kemaskan kaunter.

Agaknya selepas menelan sebotol Pamoga Qu Puteh sumbangan Dato' Sri Vida, pakcik tersebut telah berubah wajah menjadi semakin jelita muahahahaha !

Sebelum meneruskan perjalanan, kena sarapan dahulu. Bayaran ciput sah2 hotel tak sediakan sarapan, jadi kena bersarapan kat luar. Sekali lagi tak perlu risau, bandar tak jauh mana pun. 

Kami ke blok paling belakang bandar Gerik, sekitar Jalan Mat Saman Utama, ada banyak hotel dan deretan kedai makan. Disitulah kami bersarapan.

Deretan gerai makan di Jalan Mat Saman Utama, pekan Gerik.

Gerai yang kami masuk.

Menu istimewa Gerik - terung pipit.

Tengok jam belum pukul 9 pagi, tapi bila tengok makan-makanan yang terhidang, mengalahkan nak makan tengah hari. Semuanya makanan berat, nasi putih dan lauk pauk.

Tapi ambe suko !

Dah biasa makan berat walau masih awal pagi. Paling champion menu pada pagi tersebut adalah sambal terung pipit atau Kelantanese panggil terung manggur. Jarang dah kedai yang hidang juadah terung pipit, agaknya ada generasi baru yang dah tak kenal rupa terung pipit.

Kecik-kecik dulu tak suka sangat makan terung pipit atau terung manggur ini, tapi selalu guna terung ini sebagai peluru senapang kayu, main perang2 dalam kebun getah.

Pistol kayu berpelurukan terung pipit ! (Google Image)

Terung pipit ! (Google Image)

Selain daripada sambal terung pipit, menu unik yang lain adalah ikan pekasam goreng. Fuh semerbak dia punya aroma, lepas makan sabun tangan pun tak hilang dia punya bau. 

Makanan sedap dan harga pun berpatutan, tak ke heaven hidup kat Gerik !

Nak review hotel melalut ke pasal makan semua, tapi tak apa kira package gitu. Kan ke antara benda paling nikmat di atas muka bumi ini adalah membuta dan melantak !

Entri ini sudah pun tiba ke penghujung, jadi kena rumus berbaloi ke tidak bermalam di Hotel Sri Bintang.

Ambe simpulmatikan memang berbaloi dengan harga, kemudahan dan keselesaan. Tidur lena dan makan pun sedap, apa nak lagi?

Sekian.

Monday, 7 December 2015

HoTeL Di BaNDaR GeRiK, PeRaK

As-Salam dan Salam Sejahtera,

Senarai hotel budget di bandar Gerik, Perak. Ambe cuma fokus hotel di sekitar bandar sahaja.

Kadar sewa hotel di bandar ini agak murah, dalam lingkungan RM50 hingga RM100 sahaja.

Sehingga entry ini ditulis, ambe cuma sempat untuk menginap di Hotel Sri Bintang.

Kemudahan yang disediakan, bersesuaian dengan tarafnya sebagai hotel budget.


Sri Bintang Hotel
No. 1428 Jalan Cengal
Taman Ibu
33300 Gerik, Perak.

No Tel : +605-791 5178



SMZ Hotel
No. 17 Jalan Mat Saman Utama
33300 Gerik, Perak.

No Tel : +605-791 7822



Sri Temenggor Hotel
No. 20 Jalan Toh Shahbandar
33300 Gerik, Perak.

No Tel : +605-791 2417

Hotel Gerik
No. 21 Jalan Toh Shahbandar
33300 Gerik, Perak.

No Tel : N/A

Tuesday, 24 November 2015

RoNDa-RoNDa HuJuNG MiNGGu - LaTa SuNGai BiL, TaNJoNG MaLiM DaN KoLaM aiR PaNaS uLu SLiM, SLiM RiVeR

As-Salam dan Salam Sejahtera,

Lama tak ronda-ronda dengan motor, jadi Sabtu lepas bawa BMP (FZ150i) keluar jalan-jalan. Kasi BMP relax dan santai sikit selepas hari-hari kena lenjan pergi balik kerja.

Cadang nak ronda-ronda sedikit jauh, Fraser Hill pun dah lama tak panjat, Cameron Highland dah lama tak dijenguk, Genting - Karak tak pernah pula BMP sampai.

Tapi bila direnung balik, la ni musim hujan la noh ! Sana-sini tanah runtuh, bala jangan kita cari, mahu enjoy risiko kena selidik dahulu.

Lagi pun masa agak suntuk kerana pada hari yang sama kena jemput anak2 dari Kem Bistari Solat.

Jadi kita ronda dekat2 sahajalah.

Mula-mula bawa BMP ke Sungai Bil, Tanjong Malim. Guna jalan lama Behrang - Slim River. Jalan agak berliku tapi menyeronokkan. Tak boleh nak laju sangat, sebab jalan berpasir. 

Hujan lebat sejak beberapa hari yang lepas menghanyutkan pasir ke atas jalan raya. Silap langkah, bersepai cium jalan raya.

Kena fokus, simpang masuk ke Lata Sungai Bil agak mengelirukan, akan terlepas simpang jika tidak biasa.

Kem dan chalet !

Jika diikutkan ini bukan kunjungan pertama ambe ke Sg Bil, tapi cuma pada kali ini baru perasan ada kemudahan chalet di Lata Sg Bil.

Kelihatan beberapa orang pengunjung, pada usia penuntut kolej sedang melakukan aktiviti. Mungkin program anjuran kolej mereka.

Kaunter cukai !

Entah atas izin siapa yuran masuk ini dikenakan. RM2 untuk kereta dan RM1 untuk motosikal. Pondok kutipan ini dibina tepi jalan kampung menuju Lata Sg Bil.

Jika tidak silap pondok kutipan ini jarang beroperasi, mungkin pada musim cuti umum atau ketika pengunjung berpusu-pusu datang sahaja ianya dibuka. 

BMP, nak mandi tak?

Sampai sahaja ke Lata Sg Bil, hanya deruan air dan kicau burung kedengaran. Tiada umat manusia kelihatan, biasanya pada hujung minggu tempat ini akan hingar bingar dengan suara pengunjung.

Agaknya semua malas nak ber 'picnic' sebab sekarang ini kan musim hujan. Sejuk dan mungkin juga risaukan fenomena kepala air.

Pernah dengan fenomena kepala air?

Fenomena kepala air adalah keadaan di mana ombak atau air deras tiba-tiba muncul. Keadaan ini berlaku di hilir sungai, dan disebabkan hujan lebat di kawasan hulu sungai.

Borink duh !

Tak sampai setengah jam, Lata Sg Bil kami tinggalkan.

Pacu BMP ke destinasi kedua iaitu Kolam Air Panas Ulu Slim. Kena lalu jalan kampung, kiri kanan banyak lembu kambing, tengah jalan sah2 penuh dengan tahi lembu.

Kolam Air Panas Ulu Slim tidak jauh dari SK Ulu Slim, jadi jika guna Waze boleh set SK Ulu Slim jika Waze tidak dapat detect Kolam Air Panas Ulu Slim.


Nampak tak wap panas berhamburan naik?

Area Ulu Slim ini sebahagiannya dihuni oleh masyarakat orang asli. Jadi tidak hairan jika ramai dikalangan mereka berselisih dengan anda, muka bengis tapi hati ada taman de !

Paling tak boleh blah, terserempak dengan sekumpulan anak muda orang asli, style rambut punk dan mohawk. Ala yang jenis macam trojan rambut pacak2, siap kaler merah kuning segala lagik.

Nak gelak pun ada, nak kesian pun ada. 

Pencemaran budaya sungguh.


Agaknya dulu tempat ni lagi cantik.

Tiada bayaran masuk, percuma de. Tapi bila benda free ni, kena redha sajalah dengan kemudahan yang ada. Tiada toilet, nak terkuchil pancut saja tepi semak berhampiran.

Kawasan sekitar pun seperti tidak terjaga, rumput2 tumbuh subur dan sebahagian laluan telah diselaputi lumpur.

Nak rebus telur seperti di KLAH Hot Spring pun ada rasa geli de !


Rebus telur ke?

Homestay pun ada sekitar sini, kut la nak lepak2 bermalam kat Ulu Slim. Pemiliknya nama Hajah Rogayah tapi tak sempat kowtim mintak nombor.

Lepak2 jap tapi tak tahan, tercium bau taik lembu !

Potong shetim sungguh. 

Apa nak buat lagi? Balik rumah tido lagi baik !

Sekian.

Thursday, 12 November 2015

Mee GoReNG ZuRaZRiN @ RnR eLMiNa aRaH uTaRa (LeBuHRaYa GuTHRie)

Tayang moto Yeop!

As-Salam dan Salam Sejahtera,

RnR Elmina merupakan my peberet spot untuk menyinggah, sama ada untuk solat Asar, berteduh dari hujan atau mengisi perut yang kelaparan.

Yes, memang ambe pengguna setia Lebuhraya Guthrie. The one and only laluan terdekat dari TM untuk ke Shah Alam.

Di sini Hj Samuri ada buka cawangan, jadi kalau tetiba datang rindu akan sate Kajang, RnR Elmina inilah tempatnya.

Selepas renovasi.

RnR Elmina ini ditutup agak lama sebelum ini untuk kerja2 renovation. Kini ia berwajah baru dan kembali remaja! Remaja bermaksud kelihatan lebih kemas dan berseri berbanding sebelum kerja2 renovation.

Selain kiosk Hj Samuri, kiosk lain yang kerap ambe singgah adalah Oakleaf Venture kalau nak makan nasi kukus ayam berempah dan bakso. Satu kiosk lagi adalah Xurazrin Food Station, biasanya nasi lemak ayam berempah atau mee goreng ayam.

Mee goreng @ RM5.00, ayam goreng berempah @ RM3.50

Mee goreng Zurazrin ini kadang kala superb, kadang kala biasa2 sahaja. Ikut siapa yang menggoreng atau ikut mood tukang masaknya. Kadang kala sedikit basah, ada masanya hampir kering.

Ambe secara peribadi sukakan mee goreng yang sedikit basah dan lebih sos. Kali terakhir singgah, mee goreng Zurazrin agak kering, jadi tak berapa nak kick, sebelum2 itu ok saja.

Sekian TQ.

Wednesday, 11 November 2015

NiKMaTi SuP SeDaP Di SauDaGaQ SuP JuNioR @ TaNJoNG MaLiM


As-Salam dan Salam Sejahtera,

Bandar atau pekan lain meriah dengan Ani Sup Utara, di Tanjong Malim pula pakat berpusu-pusu ke Saudagaq Sup Junior kalau tetiba teringin nak pekena sup.

Berpusu-pusu memang kena dah, sebab tiap kali ambe lalu depan Saudagaq Sup Junior, cukup meriah cukup ceria, pelanggan tak putus-putus datang menjamu selera.

Itu juga yang membuatkan ambe rimas nak masuk, tak biasa makan kat tempat penuh sesak de.

Sehinggalah cuti sempena Deepavali semalam, Tanjong Malim seakan dilanggar garuda senyap sepi. Saudagaq Sup Junior pun nampak sedikit lengang, jadi terus ambe sekeluarga singgah untuk makan lewat tengah hari.

Deko dalaman Saudagaq Sup Junior.

Susun atur kerusi meja Saudagaq Sup Junior agak rapat dan padat. Imagine saja kalau pelanggan penuh sesak, sah2 berlaga montot kalau nak keluar masuk. Biasanya restoran ini sentiasa dipenuhi oleh siswa-siwi UPSI. Main gesel montot dengan siswi memang lumayan, tapi kalau dengan siswa memang kena mandi bunga 40 hari 40 malam.

Kalau pergi mana-mana kedai sup, servis memang pantas dan cargas. Waitress laju saja ambil order dan laju pula makanan sampai. Sama jualah keadaannya dengan Saudagaq Sup Junior. Jadi kalau dah kebuluq, terjah saja kedai sup, lebih2 lagi sewaktu tak ramai pelanggan.

Menu di Saudagaq Sup Junior sah2 berasaskan sup semata. Rasanya tomyam dan menu bergoreng haram nak jumpa.

Minum-minuman pada harga stendet mendet.

Nasi ayam @ RM4.50 sepinggan.

Sup perut @ RM5.50 semangkuk, portion untuk seorang.

Sup tulang @ RM6.00 semangkuk, portion untuk seorang.

Sup di Saudagaq Sup Junior memang padu baq ang! Memang sedap dan pekat likat tapi kalau jenis ada darah tinggi, agak2 lah nak hirup. Sebab sup dia kaya dengan garam, agak sedikit masin tapi sedap. Ajinomoto entah ada ke tak, sebab ambe tak reti nak beza masakan ditambah Aji ataupun tidak.

Portion sup pun kira banyak juga, semangkuk sebenarnya portion untuk seorang tapi kalau untuk berdua pun dah kira banyak melainkan untuk kaki melantak.

Nasi ayam pun lepas ISO anak-anak. Hampir licin depa makan kira sedap dah tu. Ambe rasa pun memang mencanak ibu jari naik ke atas tanda sedap!

Harga kira stendet tak mahal dan tak murah. Lagi pun dekat dengan UPSI, kira harga kowtim sajalah.

Alamat:
Saudagaq Sup Utara
Jalan U1, Taman Universiti, 35900 Tanjong Malim, Perak.

Landmarks;
UPSI Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Hotel Malim dan Hotel Taman U.

Sekian.

Monday, 9 November 2015

CeNDoL PuLuT aiSKRiM MoM'S KaY @ BeHRaNG 2020 TaNJoNG MaLiM


As-Salam dan Salam Sejahtera,

Lama bebenor rasanya tak menyondol menyendol. Rindu akan cendol tidak terperi.

Kelazatan, keenakkan dan kenikmatan sewaktu ketulan2 cendol menerobos salur penghadaman, hanya penggemar tegar cendol sahaja yang memahaminya.

Muahahaha melampau intro!

Memperkenalkan, Cendol Pulut Aiskrim Mom's Kay.

Clap! Clap! Clap!

Pestaim nampak jenama Mom's Kay, gerainya dibuka di luar pasaraya TF Tanjong Malim. Pada pahaman ambe, cendol pulut aiskrim maksudnya cendol ditambah pulut kemudian di top-up pula dengan aiskrim.

Pestaim juga jumpa cendol siap taruk ais-krim.

Fuhhhh mesti meletop dia punya rasa agaknya.

Jadi apa komen?

Hmmm tak leh nak komen sebab belum ada rezeki nak rasa cendol pulut aiskrim.

Tukang beli cuma order cendol biasa! No special-special katanya, next time.

Hukalloh!!!

Harga ais cendol biasa RM2 untuk cup sederhana. Kira murah dah tu, kalau yang special up sikit le kut harganya.

Cendol Mom's Kay kira sedap jugalah, boleh buat penghilang haus tekak. Kalau dapat cendol pulut aiskrim lagi lumayan duh!

Cendol pulut aiskrim Mom's Kay, mung tunggu ambe maghi!