Friday, 25 April 2014

Naza Blade 250i Naked SE Telah Dilancarkan Oleh Naza Bikes Sdn Bhd

Naza Bikes Sdn Bhd, sebahagian daripada Kumpulan Naza semalam secara rasminya telah melancarkan model terbaru keluaran mereka, Naza Blade 250i Naked SE bertempat di Naza Bikes Seksyen 15, Shah Alam.



Jentera yang dijual pada harga RM13,988 (tanpa insurans) itu dilengkapi dengan ciri-ciri terbaru membabitkan perubahan pada lampu hadapan dan penghadang sisi rekaan baru serta peredam ekzos bentuk segitiga. Perubahan-perubahan ini dikatakan hasil titik peluh team R&D Naza Bikes sendiri. 



Naza Blade sebenarnya sebuah jentera hasil kolaborasi Kumpulan Naza dengan firma Hyosung dari Korea Selatan. Sejak itu beberapa ribu unit berjaya terjual dan jentera ini menjadi pilihan kepada golongan berusia diantara 20-35 tahun, dan juga kepada mereka yang baru mahu berjinak-jinak dengan dunia motosikal berkuasa tinggi.

Model terbaru Naza Blade ini boleh ditempah mulai hari ini dari wakil pengedar Naza di seluruh negara. Diberitakan juga jentera ini bakal dieksport ke pasaran luar meliputi Indonesia, Kemboja dan Vietnam.

Roger & out.

Tuesday, 22 April 2014

Lirik Lagu Pandang Memandang - Dendangan Khadijah Ibrahim & Latif Ibrahim

As-Salam & Salam Sejahtera,

Radio..... siapa tak minat dengar radio hangkat kaki tinggi-tinggi!!!! Haaaaaaa....... dah hangkat ke belom?

Ari ni kita sembang pasal radio sikit, bukan apa, radiolah peneman ambo pagi-pagi buat hilang mengantuk semasa memandu ke opis. Maklumlah belum azan Subuh ambo sudah kena panaskan enjin kereta dan bergegas ke pejabat. Mata masih layu dan kuyu.

Jadi radiolah peneman dan jadi ubat penahan dari mengantuk. 

Jika sebelum ini ERA FM menjadi peneman setia, dengan gelagat JOHARA yang tak kering gusi dibuatnya. Kemudian ambo beralih pula kepada Hot FM, lebih-lebih lagi sewaktu DJ Faizal Bin Ismail masih bertugas. Kemudian bila DJ FBI mengundurkan diri, dah sedikit kurang seri Hot FM.

Lalu membawa dirilah ambo ke Klasik Nasional FM..... hahahaha. Tempat di mana kertu-kertu menghiburkan diri...... hahahaha. Tapi sekali dengar Klasik Nasional FM, boleh sangkut dan jatuh hati la pulok. 

Mengimbau memori lama betullah, dan memang layan dengar lagu-lagu lama dari tahun 50an, 60an, 70an, 80an sehinggalah 90an. 

Paling best kita boleh dengar lagu-lagu yang sememangnya sudah lama tidak menjadi halwa telinga, malahan mungkin semakin dilupakan. Jadi dengan wujudnya Klasik Nasional FM, bolehlah otai-otai dan juga generasi baru yang berminat dengan lagu malar hijau menjamu halwa telinga mereka.

Panjang la pulop intro, ekcelli ambo nak kongsi cerita pasal lagu Pandang Memandang yang ambo dengar pagi tadi masa memandu. Awalnya machiam funny bunyi lagu, tapi bila dengar lama-lama, catchy juga dia punya rhytm. Terus ambo google nak cari siapa penyanyi lagu tersebut sebaik sahaja sampai opis (gegeh giler!!!!).

Rupanya dendangan Khadijah Ibrahim dan Allahyarham Latif Ibrahim. 

Stylo zaman dulu-dulu..... hehehehe.
Sumber: Google Image.

Al-Fatihah buat Allahyarham Latiff Ibrahim.
Sumber: Google Image.

Ambo nak tepek Youtube tak reti, lagipun opis ambo memang block Youtube waktu opis hour. Jadi ambo kongsi liriknya dulu ye.

Pandang Memandang

Hai sorang je nampaknya ni, nak ke mana?
Ahhhhhhhh, tanya-tanya pulak
Hai tanya pun tak boleh?

Sudah lama asyik pandang-pandang
Tanya sana dan tanya sini
Hingga kini masih kesorangan
Belum jumpa idaman hati

Laki-laki kalau tidak tetap fikiran
Memang susah hendak bertemu pasangan
Kau tak suka si pendiam
Gadis bijak kau terancam
Sampai ke tua hidup membujang

Sudah lama asyik pandang-pandang
Tanya sana dan tanya sini
Hingga kini masih kesorangan
Belum jumpa idaman hati

Perempuan yang cerewet usah dilayan
Nanti hanya akan menambah bebanan
Ada hati nak memilih tapi sayang tak terpilih
Membilang air liur terlebih

Sudah lama asyik pandang-pandang
Tanya sana dan tanya sini
Hingga kini masih kesorangan
Belum jumpa idaman hati

Laki-laki hari ini tidak berbeda
Bujang duda yang beristeri sama saja
Janji sana janji sini
Tapi satu tak tepati
Akhir wanita yang makan hati

Sudah lama asyik pandang-pandang
Tanya sana dan tanya sini
Hingga kini masih kesorangan
Belum jumpa idaman hati

Perempuan yang budiman sukar dicari
Sama lagak dara janda yang bersuami
Kalau pandang paras gaya
Mana intan mana kaca
Bijak lelaki terjerat juga


Sudah lama asyik pandang-pandang
Tanya sana dan tanya sini
Hingga kini masih kesorangan
Belum jumpa idaman hati.



Amachiam?

Layan tak?

Godek punya godek dapat juga ambo masukkan Youtube. Eh, sejak bila opis ambo boleh buka Youtube waktu opis hour ni?

Kalau sesiapa berminat nak layan Klasik Nasional FM, ini dia punya frekuensi.

FM 98.3 - Selangor, KL & Pahang Barat
FM 87.7 - Shah Alam
FM 88.3 - Ipoh
FM 88.7 - Tapah
FM 95.5 - Machang
FM101.1 - Kota Bharu

Lain-lain frekuensi boleh rujuk laman web Klasik Nasional & Wikipedia.

Roger & out. 

Monday, 21 April 2014

Ride Lone Ranger | Kuala Kubu Bharu & Fraser Hill

As-Salam & Salam Sejahtera,

La ni nak cerita sikit ride lone ranger ke Kuala Kubu Bharu & Fraser Hill pada minggu lepas. Ride ini semata-mata untuk sesi break-in enjin Ketam Besi yang masih dalam pantang, disamping mengasah bakat ridernya sekali.

Ride bermula selewat 10 am..... hehehehe. Agak lewat juga sebenarnya tapi tak pe ride solo, jadi tak ganggu jadual rakan-rakan rider yang lain. Lepas check motor lebih kurang, sarung riding gear dan tinggalkan rumah menuju arah Kuala Kubu Bharu guna jalan dalam.

Ride memang santai sakan, 50 km/h dan kurang 5000 rpm, masih dalam pantang la katakan. Tapi seronok juga enjoy boleh jeling kiri dan kanan. Cuma tak best sebab rasa handle motor bergegar sikit, mungkin sebab tayar Kenda? Kena tukar tayar baru ke untuk hilangkan gegaran?

Ride ini secara tidak langsung sebenarnya memberi peluang kepada ambo untuk meng 'explore' segala tarikan perwisataan yang ada di sekitar Kuala Kubu Bharu dan Fraser Hill. Bila bermotosikal, nak redah celah mana pun senang, jalan off road pun boleh masuk.

Jadi persinggahan pertama adalah Kolam Air Panas Kuala Kubu Bharu.

@ Kolam Air Panas Kuala Kubu Bharu.

Kena lalu jalan off road dan tempuh kawasan perumahan dulu baru boleh sampai sini. Dulu khabarnya tak perlu pusing jauh, boleh tembus terus dari jalan utama Kuala Kubu Bharu tapi selepas pembinaan sebuah institusi, jalan pintas tersebut telah ditutup, jadi kena pusing jauh baru boleh sampai.

Masih belum ramai pengunjung yang tiba, Ketam Besi parking solo. Tak ada motor lain yang lepak sini.

Kochik saja area air panasnya.

Kita zoom-in sikit, nampak tak? Lebih kurang sama sajakan batu tanda Kolam Air Panas KKB dengan kolam air panas yang lain sekitar Hulu selangor.

Lepas lepak-lepak lebih kurang dan ambil gambar, ambo dan Ketam Besi beredar meninggalkan Kolam Air Panas Kuala Kubu Bharu. Bukan tak sudi nak lepak lama-lama, tapi machiam tak ada feeling nak rendam kaki, lebih tepat lagi malas nak buka knee guard dan kasut. 

Sedikit panduan untuk ke sini, pengunjung kena lalu kawasan perumahan, Taman Arif. Jangan konpius, follow saja signage. Ambo mulanya konpius juga, sebab alih-alih memang kena lalu depan pintu rumah orang. Rupanya jalan sebenar ke Kolam Air Panas KKB telah ditutup. Jadi terpaksalah meggunakan laluan sekarang. Pada hemat ambo, memang mengganggu ketenteraman penduduk Taman Arif sebenarnya dengan kereta dan motor duk lalu lalang terutamanya pada hujung minggu.

Okied, ride dan terus ride. Tiba pula di Empangan Sungai Selangor, Kuala Kubu Bharu. Humang aihhhhh...... patutlah kena catu, hampir kering kontang rupanya.

@ Empangan Sungai Selangor

Selfie dulu sebagai bukti Ketam Besi pernah sampai sini, hehehehe!!!. Sticker L masih tersemat kukuh, biorlah dia melepak situ lama-lama.

Kalau mahu info lebih, boleh kunjungi Pusat Maklumat SSF3 tapi ambo tak pergi pun. Sibuk berselfie depan pintu masuk, hehehehe!!!!

Saksikanlah, ini sajalah sisa-sisa bekalan air kita. Kalau hujan mencukupi tidak juga mai, ketandusan bekalan airlah rakyat Lembah Kelang.

Zoom-in sikit, bukan nak zoom-in empangan tapi nak zoom-in sampah sarap. Tak tahulah, di Malaysia sampah sarap memang sinonim dengan tempat beriadah dan berwisata. Apa salahnya simpan botol-botol minuman dan bawa balik ke rumah, tempat sebegini memang jarang disediakan tong sampah.

Testing..... testing!!!!! Hehehehe. Bagi peluang rider pula untuk berselfie sama. Selalu nampak rider lain amik picca sebegini..... hehehehe. 

Lesu saja anak sungai yang mengalir ke empangan. Dah banyak batu berbanding air. Hujan Oh! hujan, turunlah dengan lebat, basahi bumi yang sedang kekontangan ini.

Sebetulnya ambo cukup kachewa dengan isu air yang melanda kita, khususnya rakyat Lembah Klang. Agaknya inilah musibahnya apabila sumber air dikomoditikan, dikomersialkan dan paling teruk dipolitikkan. Jika Singapore boleh kita bekalkan dengan sumber air yang secukupnya, kenapa tidak kepada rakyat kita sendiri?

Hanya sekadar kerana perbezaan fahaman politik?

Hark tuihhhhhhhhhh!!!!!!

Ambo memang tak minat politik tapi isu air jangan sekali dipolitikkan. Itukan keperluan asasi, antara paling asas yang kita kena ada. Satu lagi ambo memang cukup tak suka sumber air diswastakan dan diniagakan..... what the.....

Lepas lepak-lepak sini, kepala asyik berpikior, nak teruskan atau patah balik. Cuaca memang bagus, jalan pun sodap untuk asah bakat melefer dan main clutch. Hmmmmm..... lepas dicongak timbang, kita ride ke depan sikit lagilah. Alang-alang dah sampai bior sampai ke pangkal..... hehehehe.

Ride hari ni memang sodap sebab selain cuaca elok, kenderaan lain pun tak banyak. Amat sesuailah untuk newbie machiam ambo yang baru nak mengasah bakat main motor ada clutch.

Kalau nak sampai ke Empangan Sungai Selangor tadi jalan memang cantik tapi makin naik ke atas jalan makin berlingkor-lingkor machiam ulaq kena palu. Tapi syiok juga main lefer melefer walau sekadar tak lebih 50 km/h. Sesekali otai lain melintas, naik meremang bulu tengkok ambo. Lipat lutut cecah tanah tuuuuuuuu!!!!!!!

Lipat punya lipat kita singgah dulu di kawasan perkelahan Sungai Chiling, Peretak.

@ Sungai Chiling, Peretak

Jangan lupa guna extra kunci kalau nak tinggalkan motor. Sebabnya kawasan berkelah nun jauh di bawah, memang tak nampak apa yang akan berlaku pada motor.

Lokasi ini cuma untuk berkelah, memancing memang dilarang keras kerana Sungai Chiling merupakan lokasi santuari pembiakan ikan air tawar.

Turun nun jauh ke bawah, dari atas pun nampak lesu je ayor. Tapi masih dingin, segar mato dan badan kalau dapat berendam.

Uik mana semua orang? Kereta sikit punya banyak parking kiri kanan jalan, orangnya mana? Lepaking tempat lain kot!!!


Bawak awek nak ke mana tu bang? Hehehehehe nak kan lebih privacy le tu. Opssssss!!! Sangka baik, sangka baik, sangka baik.

Dari hujung jambatan inilah tetiba terdengar deruman berdentum-dentum menggegarkan hutan belantara. Penat menunggu, bunyi sampai dulu ahakkkkkkkssssss. Rupa-rupanya geng KTM Duke berkonvoi memanjat Fraser Hill.

Ke depan lagi kalau nak ke Fraser Hill. Ketam Besi, ade bran? Okied, Ketam Besi menyahut cabaran, kami teruskan ride ke depan menempuhi jalan penuh liku tapi syiok yang amat.

Kepada yang otai memang kacang peanut butter lah panjat jalan menuju Fraser Hill. Tapi newbie machiam ambo memang beberapa kali hampir ter over shot terutama sewaktu mengambil selekoh tajam. Hanya fokus dan terus fokus untuk mengelakkan sebarang malapetaka. 

Syioknya, boleh cium bau hutan yang cukup menyegarkan. Terus buka cermin pulpes, kasi lembapkan muka dengan kesegaran hutan hujan tropika. 

Ramai juga rupanya yang berbasikal panjat Fraser Hill. Memang respect sakanlah. Ambo? Naik motor pun boleh rasa semput, apatah lagi jika hanya berbasikal.

Lipat punya lipat akhirnya.....

@ Di perut Fraser Hill

Belum sampai puncak lagi sebenarnya. Kita lepak-lepak sini dululah. Kasi sejukkan enjin Ketam Besi dulu, kesian dia bekerja keras tadi.

Bagi peluang rider berselfie sama, hehehehe!!!!

Ada kira-kira 8 km lagi nak sampai puncak sebenarnya.

La ni tak machiam dulu. Anytime boleh naik atas tak perlu tunggu que.

Baca sejarah Fraser Hill untuk tambah pengetahuan.

Terus ke hadapan boleh sampai Raub/Kuala Lipis.

UKM, gedung tempat ambo menimba ilmu.

Masih dalam mood lepak. Tapi tersalah pilih tempat lepak daaaaaa, kena hurung lebah. Pulpes pun ada lebah curi-curi masuk dalam pat lima ekor.

Uniknya tanah tinggi Malaysia, ia dikongsi oleh beberapa buah negeri.

Banglo tinggal dan di depannya ada jambatan gantung.

Kekdahnya, nak naik sampai puncak ke tak ni?

Rasa machiam malas pula nak naik ke puncak. Nak gi tempat sejuk ni kena ada pillion baru syiok..... hehehehe. Okied, kita turun sajalah, next time baru naik sampai atas.

Memang cam gitu kan, waktu nak naik rasa jauh, bila turun tup tup tup dah sampai pekan Kuala Kubu Bharu. Padehal slow bukan main sebab masih ada rasa seram bila bawa motor. Pejam celik pejam celik sampai suda!!!

Nak singgah makan malas walau perut dah lapor. Slow-slow ride sampai rumah dan terus terkam dapur makan nasik...... hahahaha. Next time ride jangan lupa bawa bekal roti dan air untuk alas perut.

Konklusinya ride solo yang menyeronokkan. Next week, ke mana pula?

Roger & out.

Friday, 18 April 2014

Short Ride | Taman Tasik YDP Majlis Perbandaran Tanjong Malim

As-Salam dan Salam Jumaat yang mulia,

Seronok bangun pagi tadi sebab tak perlu ke tempat kerja, ambil cuti sebab ada urusan rumah sedikit. Lepas hantar anak-anak ke sekolah, sarapan di kedai mamak berdekatan dan beli barang-barang untuk renovate & kemas kini apa yang patut pada rumah yang bakal diduduki mulai bulan hadapan. 

Tup tap tup tap segala urusan selesai sebelum jam 10. Hahahaha machiam tak berbaloi ambil cuti kan? Tak pe, cuti tahunan ada banyak lagi, tahun ni baru ambil 2 hari termasuk ari ni. Boleh rehat-rehat dan lepak-lepak di rumah.

Sekali terpandang Ketam Besi berkelubung. Aiyak, kena kasi panas sikit dia punya enjin. Tapi alang-alang kasi panas baik ride terus. Kalau boleh nak cuba habiskan pantang secepat mungkin, baru syiok ride ke tempat kerja. Disamping memantapkan keyakinan diri untuk menunggang kembali.

Terus ambil riding gear, hatta memang tahu tak jauh mana pun ride hari ni. Lagipun jam 12 kena ambil anak dari sekolah kemudian dah suntuk dengan solat Jumaat. Cukuplah ride dalam masa lebih kurang 2 jam.

Ke mana kita Yeop?


Di persimpangan dilemma la sangat!

Terus sajalah ke utara, malas nak masuk highway. Masa nak teruskan perjalanan selepas berhenti di simpang ke highway Plus, ada brader moto tahan ambo untuk minta tolong, moto dia kehabisan minyak. Mulanya dia minta tunda, tapi kaki ambo tak berapa nak kuat..... hehehehe.

Kesian kat brader tu yang buat muka seposen, ambo patah balik ke Petronas untuk tolong belikan minyak. Ngam-ngam ambo nak isikan minyak ke dalam botol yang ambo jumpa tepi jalan, brader tadi pun sampai. Bukan sampai sendirilah tapi ada orang tolong tunda, amoi lagi tu...... hehehehe. Salam lebih kurang dan ambo teruskan perjalanan.

Ride punya ride, singgah lepak-lepak di Taman Tasik YDP Majlis Perbandaran Tanjong Malim. Letaknya tasik ini di Slim River, malahan tidak jauh dari simpang masuk ke Hospital Slim River jika anda datang dari arah selatan.


Lepak jap!

Walaupun namanya Taman Tasik YDP - Yang Di Pertua, tapi dia punya features tak berapa nak cun. Cun lagi Taman Tasik Proton City. Tasik memang luas tapi kemudahan rekreasi machiam tak berapa nak menjadi. Trek untuk jogging pun tak nampak, cuma ada sedikit tempat untuk kanak-kanak bermain dan tempat lepak pasangan muda-mudi.

Memandang jauh ke seberang tasik, nampak segerombolan lembu sedang seronok meragut rumput. Padang ragut dan ternak agaknya di seberang sana.


Hijau rumput - akulah raja kata Emcek Lembu.

Kenangan kami sekeluarga di Taman Tasik YDP, ini cerita 7 tahun yang lepas lebih kurang. Pihak berkuasa tempatan ada anjurkan satu majlis untuk rakyat. Antara salah satu tarikan utama pada waktu petang adalah show oleh Mawi khabarnya. Mawi memang tengah top pada masa tersebut. Jadi ramailah penduduk setempat datang berduyun-duyun untuk menyaksikan persembahan Mawi termasuklah ambo sekeluarga, hahahaha.

Sanggup berpanas bawah khemah semata-mata menunggu kehadiran Mawi. Masa tu anak sulung ambo baru berusia kurang setahun, berpeluh-peluh budak tu sebab neneknya memang nak sangat tengok Mawi. 

Sekali entah silap kat mana atau memang kena kelentong dengan organiser, sampai ke sudah Mawi tidak muncul. Uik, ini gimik nak suruh ramai orang datang ke hapa..... hangin betul peminat fanatik Mawi masa tu..... hahahaha.

La ni Mawi dah tenggelam, tapi tak pa sebab duit dah berkepuk-kepuk. Bini pun cun dan langsing buat penyedap malam-malam. Peminat pun rasanya dah makin lupakan Mawi sedikit demi sedikit, generasi baru pun tak berapa nak pandang.

Okied, cukup pasal Mawi. Lepak lebih kurang di Taman Tasik YDP, tengok jam dah hampir jam 12. Kena bergegas balik untuk ambil anak dari sekolah. Bergegas pun ride tetap dalam keadaan selamat, throttle pun masih memulas tak melebihi 50 km/h sebab masih dalam pantang.

Hmmmmm...... esok dan lusa nak ride ke mana lagi ye?

Roger & out.

Thursday, 17 April 2014

Yamaha FZ150i Model 2014

Sumber: Google Image.


Akhirnya Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd melancarkan secara rasmi model terbaru FZ150i untuk pasaran Malaysia. Model terbaru tersebut dijual pada harga RM8,538.

Kehadiran model facelift ini sememangnya telah dihidu oleh dunia permotoran sejak dari awal tahun lagi, cuma pihak Hong Leong seakan mahu berteka-teki akan kehadirannya untuk pasaran Malaysia.

Adakah itu merupakan strategi pemasaran untuk menghabiskan stok-stok lama sebelum facelift baru dibawa masuk? Sememangnya strategi tersebut berjaya, sekurang-kurangnya kepada ambo sendiri yang baru seminggu membawa pulang Yamaha FZ150i model terdahulu.

Huk huk huk!!!!! Mahu nanges pun ada bila tup tup Hong Leong lancarkan model facelift 2014. Kalaulah ambo bersabar dalam seminggu dua..... ye KALAU!!!!! 

Tapi bila dipikiaq-pikiaq, nak tunggu model facelift 2014 pun bukannya ada terus stok kat kedai. Okied, ambo tetap sayang Ketam Besi walaupun model sedikit lama...... hehehehe.

Buat masa ini ambo masih belum berpeluang untuk melihat secara dekat apa perubahan yang ada pada model 2014 selain dari fizikalnya yang sedikit berlainan.

Tapi menurut pihak Hong Leong Yamaha Malaysia, model facelift tersebut hadir dengan sedikit perubahan membabitkan perumah bagi lampu utama hadapan serta belakang, ciri keselamatan dipertingkatkan, tangki bahan api rekaan sporty dan padanan brek cakera belakang.

Buat masa ini FZ150i Model 2014 hadir dengan variasi warna merah, putih dan hitam. Jika tiada aral, model tersebut akan mula menghiasi 230 pusat pengedar Yamaha bermula minggu hadapan. 

Inshaa Allah jika ada maklumat terkini akan di update dari semasa ke semasa.

Roger & out. 

Wednesday, 16 April 2014

Wordless Wednesday # Pesta Songkhran

Sumber: Online/Forum Cari.

Seronoknya depa di Thailand nun dok main ayaq, kita kat sini kering kontang air kena catu. Nak ceboq pun berkira sakan..... hehehehe!!!!!

Dengaq cerita, kat Pendang Kedah pun ada buat Pesta Songkhran, khusus bagi masyarakat Siam setempat.

Ada unsur-unsur sebegini ka buat cuci mata?


Sumber: Online/Forum Cari.

Kalau ada seronoklah geng-geng Kodiang kita...... hehehehe. Boleh kita kat sebelah sini joint sekaki tahun depan, SAWADIKAP!!!!!

Roger & out.

Tuesday, 15 April 2014

Short Ride | Ride Memecah Dara Ke Kolam Air Panas Kerling

Dara siapa mahu kasi pecah? Tak senonoh sungguh title..... hehehehe. 

Nak habaq mai, ambo punya Yamaha FZ150i aka Ketam Besi sudah keluaq kedai Sabtu lepas. Lepas balik dari kedai, memang tak pernah bawa ke mana-mana lagi, terus berkelubung kat rumah saja.

Amoi kedai motor ada pesan, bawa slow-slow ye sebab enjin masih dara lagi, tak mahu ganas-ganas. Siap pesan lagi, masuk gear kena lemah lembut, throttle jangan lebih 5000 rpm, meter jangan mencanak lebih dari 50. Tu dia, kena jaga sungguh, maklumlah masih dara. Kiranya masa bawa balik rumah, kena gentle sebab masih peringkat geli-geli lagi.

Disebabkan minggu ini ada sedikit kurang sibuk, petang tadi ambo amik half day. Balik dari opis, sampai rumah rehat sekejap terus sarung riding gear nak bawa Ketam Besi pergi jalan-jalan amik angin. 

Ambo cakap betul, tengah panas matahari terpacak, ambo sarung riding jacket, glove, knee/shin protection dan helmet pulpes. Kasut je tak berapa nak cun sebab belum beli kasut khas untuk riding. 

Nampak melampau sangat kan...... tapi tak peduli, itu semua for my own safety. Jejiran nampak machiam mahu ride jauh, padahal nak pusing-pusing matangkan enjin Ketam Besi saja pun..... hehehehe.

So ke mana kami?

Tanpa arah tujuan yang sebetulnya, cuma bawa ke mana saja ikut sedap hati. Sehinggalah ternampak signage menuju Kolam Air Panas Kerling, terus timbul idea mahu terjah. Tak jauh mana dari rumah tapi memang tak pernah sampai.

Okied, apa kata kita tinjau apa ada di sana.

Untuk sampai ke Kolam Air Panas Kerling kena lalui perkampungan India, Cina dan beberapa kawasan perumahan. Masuk jauh ke dalam baru jumpa perkampungan Melayu. Jarak dari jalan besar lebih kurang 5-10 km.

Tu dia 5-10 km, sikit punya besar julat..... hahahaha. Sebab tak perati sangat jaraknya, tapi tak adalah jauh sangat, dekat sangat pun tak..... hehehehe. 

Laluan biasa-biasa saja, tapi cukuplah untuk ambo dan Ketam Besi untuk berkenalan di antara satu sama lain. Naik pun tak laju mana, sekitar 50 km/h. Kekadang terlebih juga throttle tapi cepat-cepat undur balik..... hehehehe.

Kasi belanja picca sikit.....

Sampai sudah kami. Sepesen je mercu tanda kolam air panas di sekitar Hulu Selangor, agaknya kontraktor yang sama.

Tu dia, ada anak sungai. Kasi terjun satu kali memang seronok. Malang sebab tak bawa baju mandi. Mandi bogel kalu...... aiyak!!!!!

Nak mandi sungai boleh, nak mandi takungan ayaq panas pun boleh. Kalau tengah panas remang, berendam dalam anak sungai memang syiok.

Kemudahan baru siap rupanya, sempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2014. Harap maintenance kemudahan yang ada pun biarlah berpanjangan.

Kemudahan surau untuk tunaikan kewajipan kepada Ilahi juga tandas untuk menyahut panggilan alam. Masih baru masih cantik, juga bersih.

Gazebo buat lepak-lepak santai. Ada 2 saja pun, tapi sebelahnya ada padang luas, boleh hampar tikar dan picnic bersama keluarga.

Agaknya kalau hujung minggu memang ramai orang yang datang. Ambo datang hari Selasa memang sunyi sakan. Mulanya gerun juga mahu masuk sebab tak nampak orang, kot kena samun ke, rompak ke, kepow ke..... tapi kuatkan hati. Kita niat baik, Inshaa Allah selamat.

Bila usha dekat-dekat hanya ada dua orang ibu bersama anak masing-masing. Seorang nyonya bersama anak lelaki datang untuk cuci baju, manakala seorang lagi ibu bersama anak lelaki datang untuk mandi, total cuma kami berlima pengunjung ke Kolam Air Panas Kerling.

Tengok tu, selamat je pompuan tu semua..... hehehehe. Terus rasa tenang hati. Tempat ni memang sempoi, siap ada anak sungai. Malang sebab tak bawa baju mandi, kalau tak memang ambo terjun tiruk. Panas-panas memang sedap kasi rendam body. 

Kemudahan pun ok, masih baru. Ada tandas dan surau. Baru siap dalam tahun ini juga sempena Tahun Melawat Malaysia 2014. Kemudahan sudah cantik, harap maintenance nanti pun cantik juga.

Lepak-lepak sekejap sambil amik gambar. Kemudian bawa Ketam Besi tinjau-tinjau kawasan sekitar.

Rupanya ada resort berdekatan. Namanya Pelangi Hill Resort tapi kini menjadi lokasi Kem PLKN. Tak pasti sama ada masih menerima kunjungan tetamu selain pelatih PLKN. 

Disekitar Hulu Selangor dan TGM memang banyak eco-resort cuma tak ramai yang tahu termasuklah penduduk tempatan sendiri. 

Pelangi Hill Resort.

Ada satu lagi lokasi menarik untuk diambil gambar, iaitu Jambatan Gantung G. Palaineval, jambatan gantung yang dinamakan sempena salah seorang ahli politik kaum India. Tapi sekali ambo ada masalah nak free kan gear Ketam Besi. Puas menchoba tapi tak jadi juga, pe ke hei le pulok?

Tak nak juga free, ambo teruskan perjalanan tanpa sempat bergambar dengan jambatan gantung tadi. Masa sampai kat simpang keluar ke jalan besar, ambo cuba free kan gear Ketam Besi sekali lagi. Eh boleh pula, kacang je pun. Misteri nusantara la pulak..... hehehehe.

Lepas tu pikiaq nak terus ride ke depan ke atau terus balik?

Cuaca pun tak berapa nak elok, baju hujan pun tadak. Balik sajalah lagi pun kena amik anak dari sekolah agama.

So total ride hari ini..... 43 km..... hahahahaha. Sembang sakan rupanya cuma sejauh 43 km. Bolehlah sebagai sesi perkenalan dengan Ketam Besi yang masih dara.

Gebang pasal riding gear, memang ambo pakai full riding gear. Naik segan juga mulanya sebab masa berhenti kat traffic light memang ramai dok jeling-jeling. 

Tapi ambo memang respect dengan geng2 superbike. Masa bertembung dengan ambo kat traffic light atau di tengah jalan, siap hon dan bagi thumb up lagi. Terus hilang rasa segan pakai full riding gear walaupun hanya menunggang FZ150i.

Maaf buat brader2 superbike tadi, tak sempat nak balas thumb up mereka. Ambo nak angkat tangat takut motor terbabas ke longkang, maklumlah masih newbie..... hehehehe. Nak hon tak jumpa cari butang hon sebab pakai glove rasa tebal sangat. Sudahnya cuma main hangguk kepala, entah brader superbike tadi perasan ke tidak sebab masa tu dia dah tinggal ambo 20 tiang..... kah kah kah!!!!!.

Okielah, sekian buat kali ini. Ada masa ambo gebang lagi.

Roger & out.