Tuesday, 8 August 2017

CSR FUN LEARNING WITH PROTON CITY COMMUNITY


Hujung minggu lepas memang terisi betul masa. Memenuhi jemputan kahwin, anak training bola dan juga hal-hal peribadi yang lain.

Padat macam mana pun, sempat juga hantar anak untuk sertai CSR Fun Learning anjuran MPP dan PERCAS UPSI. Program untuk melestarikan proses pembelajaran dan meningkatkan minat serta pemahaman.

Program-program sebegini sebenarnya merangsang keberanian anak-anak untuk jadi lebih pro-aktif, berani untuk bersuara dan juga berani untuk bertanya.

Aku pun sebenarnya tak berapa tahu sangat pengisian program, cuma sempat sertai sekejap sahaja masa mula-mula program nak start dengan penutup.

In between terpaksa bergegas untuk ke sesi training bola anak yang satu lagi, serta selesaikan beberapa isu.

Personally, aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada penganjur terutamanya abam2 dan akak2 fasilitator yang sanggup mengorbankan hari minggu demi menabur budi dalam program kemasyarakatan sebegini.

Sebahagian besar daripada mereka adalah pelajar siswazah pendidikan. Malahan ada juga yang telah bertugas, tapi sanggup turun ke UPSI Tanjong Malim kerana minat untuk menyumbangkan tenaga dan idea bagi menjayakan CSR Fun Learning with Proton City Community.

Tahniah untuk anda ! dan terima kasih sekali lagi.

- Ketam Batu -

Monday, 7 August 2017

LOCENG AGUNG UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


Hujung minggu yang baru lepas aku ke UPSI memenuhi undangan majlis perkahwinan. Majlis resepsi diadakan di dewan SITC. Majlis berlangsung gilang gemilang dan makanan pun sedap-sedap.

Selamat pengantin baru aku ucapkan dan semoga ikatan pernikahan kalian berkekalan hingga ke akhir hayat.

Selepas makan dan salam lebih kurang aku bergegas keluar dari dewan untuk ambil angin. Bukan kerana dalam dewan panas tetapi anak bongsu aku yang umur setahun tak reti duduk diam. 

Sebelum dia meragam tarik kerusi dan ganggu tetamu lain makan, baiklah kami undurkan diri dulu.

Waktu itu juga waktu puncak, ramai tetamu yang berduyun-duyun datang untuk meraikan pengantin. Jadi pada pendapat aku, moleklah yang mana sudah selesai makan dan santuni tuan rumah, undurkan diri. Ataupun sekurang-kurangnya beri peluang tetamu lain duduk dan makan dengan selesa pula.

Ini tidak, aku perasan ada species yang pantat bagai kena gam pada kerusi. Tak reti-reti nak bagi orang lain duduk untuk makan, dah nampak ada hamba Allah dengan anak-anak kecil melilau cari port untuk makan, kau buat-buat tak nampak sambil bergosip dan update FB !

Waktu puncak seat memang limited, jadi bertimbang rasa lah ye !


Keluar dari dewan SITC, depannya ada satu taman. Nampak cun untuk melepak sambil ambil udara segar. No smoking ye dalam kawasan kampus, jangan tersasul ada yang mencucuh putung rokok pula.

Masa duk melepak-lepak, aku perasan ada satu arca agak menarik. Aku snap gambar dan baca keterangan berkenaan arca tersebut.

Loceng agung diberi nama.....

Khabarnya, loceng agung ini diperbuat dari rel keretapi dan berfungsi sebagai pemberitahuan masuknya waktu untuk aktiviti-aktiviti tertentu dalam kawasan kampus.

Loceng tersebut akan diketuk dan dengungan loceng agung dikatakan boleh didengari di keseluruhan kampus SITC atau kini kampus UPSI lama.

Pada zaman darurat pula, bunyi dengungan loceng agung juga menandakan ada bahaya dan penghuni kampus perlu bergegas mencari perlindungan.

Mengikut catatan, loceng agung yang dipamerkan ini hanyalah replika kerana loceng agung yang asal telah hilang sekitar tahun 70an. Sejak kehilangan loceng agung, fungsinya telah digantikan dengan loceng elektrik.

Kemanalah agaknya menghilang loceng agung yang asal, masih wujudkah atau telah dicanai menjadi peralatan yang lain. Teringat kata-kata tukang sembelih, rel keretapi memang dicari-cari mereka untuk dibuat pisau atau golok.

Pisau atau golok yang dicanai dari besi rel keretapi cukup tajam, berkualiti dan tahan lebih lama. Pantangnya cuma satu, jangan diguna untuk menghiris bawang. Biasa bawang boleh menyebabkan pisau sebagus manapun akan pendek jangka hayatnya.

Itu kata pakcik tukang sembelih pada aku dulu. Lama dulu, masa aku masih bersekolah rendah ! Masa itu juga loceng yang diketuk dengan rod besi masih digunakan sebagai penanda mula dan tamatnya sesuatu matapelajaran. Kemudian baru masuk era loceng mekanikal dan loceng elektrik.

Sekian rapuan aku, lain tajuk lain penceritaan semuanya caca-merba.

- Ketam Batu -

Sunday, 6 August 2017

BUAH TANGAN KECIL TAPI SIGNIFIKAN DARI BHPetrol


Sebelum ke tempat kerja, aku singgah petrol station nak top-up minyak. Aku bukan memilih sangat, Vios aku mentekedarah je mana-mana petrol.

Cuma aku lebih kerap ke Petronas dan Shell, ada sebab dan musababnya.

Petronas sebab aku adalah pengguna kad kredit CIMB Petronas dan kad Mesra Petronas. Kadar penggunaan petrol aku sebulan di antara 4 ke 5 ratus. Dengan kadar tersebut, setiap bulan aku dapat rebate dari CIMB Petronas sekitar 20 atau 30 ringgit. Memang untuk petrol di Petronas, aku akan guna kad kredit.

Shell pulak sebab aku ada kad BonusLink. Setiap kali isian petrol akan ada mata bonus. Kumpul lama-lama ada jugak la habuannya. Tak lah banyak tapi ok juga dari tak ada langsung.

Cuma pagi tadi aku singgah BHPetrol sebab regular Petronas petrol station yang aku singgah tutup untuk renovation. Shell pulak jauh dan bukan dalam laluan aku ke tempat kerja.

Pilihan paling dekat, BHPetrol. 

Aku isi dalam 30 ringgit je, lepas bayar adik yang jaga kaunter hulur satu kotak tisu. Tanda ingatan untuk customer katanya.

Comel je..... maksud aku kotak tisu ! Tapi adik cashier pun comel gak !

Kotak tisu cenonet je pun, apa yang aku kecoh sangat sampai up dalam blog ! Kecil atau besar bukan soalnya abang akak pakcik makcik, tapi sentimental menghargai customer yang buat valuenya jadi mahal.

Aku ambil contoh insurans. Aku pernah ceritakan dalam entri terdahulu. Aku terminate bukan sahaja kerana manafaat yang sudah tidak sesuai dengan keadaan semasa, tapi juga kerana agen yang kemut melampau dengan customer. Lepas aku sign-up terus lenyap dari pandangan. Paling kurang bagi le planner ke, payung ke, sekali setahun je pun !

Kalau tengok pada kotak tisu tersebut, tertera "WIN ! A BHPETROL MALAYSIA 60TH MERDEKA DAY GOLD COIN'. Ada peraduan sempena hari kemerdekaan rupanya dari BHPetrol.

Baca detail lagi, kena isi borang yang boleh didapati dari mana-mana BHPetrol dan submit sebelum 31 Julai 2017.

Ok ! dah lepas hahahahaha !

Belek lagi kotak tisu tersebut. Tercatat "INFINITI EURO 5 DIESEL, first in Malaysia". Kiranya BHPetrol yang mula-mula jual diesel standard Euro 5 di Malaysia.

Kelebek lagi.......

INFINITI RON 95 and RON 97 THE PREMIUM FUEL

1. High quality additives from Germany
2. Maximum strength petrol additives at 800ppm
3. Made by the World's Leading Chemical Company
4. Superior deposit cleaning agents
5. Friction reducing agents

Details sila lawat www.bhpetrol.com.my

Thank you adik BHPetrol !

- Ketam Batu -

Saturday, 5 August 2017

CERITA RAYA 2017 PART III - AKU RAYA DI TENOM SABAH !



PART IPART II - Kisah sebelumnya.

Caca-merba penceritaan aku tapi bertabahlah kalau korang masih minat nak baca. Tak berapa menarik mungkin cerita raya aku tapi cukuplah untuk aku coret dan jadikan kenangan.

Boleh dikatakan hampir kesemua warga desa aku dan sekitarnya adalah warga tani. Hidup sebagai petani korang tahulah, pendapatan tidak menentu. Kadang-kadang sekadar cukup-cukup makan sahaja.

Jadi tak kesemua mampu memiliki kenderaan 4 roda melainkan motosikal semata. Sekadar motosikal mana nak muat seisi keluarga nak pergi beraya.

Sebagai alternative, mereka biasanya akan pergi beraya secara berkonvoi. Cari dua tiga buah 4 wheels ataupun truck pick-up, kemudian naik ramai-ramai. Kekadang belakang truck pick-up penuh dengan penumpang.

Berdiri ramai-ramai dalam pick-up, terhuyung-hayang sebab jalan kampung bukan elok sangat, sambil bergelak ketawa. Nampak macam membahayakan diri tapi seumur hidup aku tak pernah pula dengar sebarang malapetaka.



Kalau di bandar-bandar besar, menjadi kebiasaan politician buat rumah terbuka. Jemput rakyat jelata dan potential voters datang bertandang. Tempat aku yang pedalaman pun ada juga. 

Siapa sangka, Tenom menyimpan seorang ahli politik yang berpotensi, Jamawi Jaafar yang merupakan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tenom.

Turut menerima jemputan tetapi atas hal-hal yang tidak dapat dielakkan aku dan keluarga tidak dapat menghadirkan diri.



Jika diikutkan cerita orang lama, tapak surau ini diwakafkan oleh seorang mualaf. Aku tak tahu nama asalnya tetapi selepas memeluk agama Islam, beliau lebih dikenali sebagai Haji Azmi.

Namun selepas kematian beliau, dan semakin kurang penduduk beragama Islam kerana berhijrah ke tempat lain, surau tersebut terbiar dan diabaikan untuk tempoh yang agak lama. 

Seingat aku memang belasan jika tidak puluhan tahun surau ini ditimbuni semak samun. Tapi Alhamdulillah, pada Ramadhan yang lepas Surau Haji Azmi kembali diimarahkan. Solat tarawikh diadakan saban malam sepanjang Ramadhan, begitu juga dengan solat 5 waktu.

Semoga surau ini akan terus diimarahkan dan tidak terbiar seperti dahulu. Jika diimarahkan, maka tertunai hasrat arwah Haji Azmi sewaktu beliau mewakafkan tapak surau ini. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan tenang di sana sementara menunggu hari kebangkitan.



Foto ini aku ambil selepas solat Jumaat, misi mencari ayam pencen untuk dibuat sup. Tahu ayam pencen kan, ayam telur yang sudah tidak bertelur secara produktif. Bagilah makan sebagus mana pun, hasil tetap tak seberapa. Jadi dipencenkan dari barisan hadapan yang masih sakan bertelur.

Orang kata ayam pencen, dagingnya agak liat. Tapi bagi aku masih sedap dan empuk. Bergantung kepada cara masakan dan penyediaan. Permintaan untuk ayam pencen sentiasa ada, kadang kala permintaan mengatasi pengeluaran. Kata orang juga, ayam pencen lebih berkhasiat berbanding ayam daging.

Melalut betul entri aku kali ini, memang caca merba. Terima kasih jika ada yang sudi baca. Nanti aku sambung lagi dalam PART IV.

Sekian.

- Ketam Batu -

Friday, 4 August 2017

CERITA RAYA 2017 PART II - AKU RAYA DI TENOM SABAH !


PART I - Kisah sebelumnya.

Monumen ini dibina sebagai mercu tanda pasar basah di pekan Tenom. Lokal dah tak heran dengan ikan batu-batuan ini, tapi pelancong asing sakan nak berswa-foto termasuklah aku.

Aku pun kira pelancong jugak sebab setahun sekali dua sahaja balik Tenom. Pasar basah di pekan Tenom ini agak sesak menjelang hari raya. Maklumlah ramai umat yang membeli-belah untuk beli barangan dapur, nak masak hidangan raya.

Aku biasanya tunggu dalam kereta saja, bini aku dengan mertua yang akan masuk pasar shopping. Tak daya aku nak bersesak-sesak dalam tu.

Tapi tahun ini aku tak perlu risau untuk bersesak-sesak dalam pasar Tenom. Sebabnya tahun ini, aku menyambut 1 Syawal di KLIA2 dan dalam flight bersama Air Asia.

Ye.... aku tak sembang dalam entri terdahulu. Tahun ini 1 Syawal kami di dalam flight, balik kampung Tenom di pagi raya. Tapi ramai juga balik kampung pagi raya, sama flight dengan aku ramai je siap berbaju raya. 

Kami dressing biasa-biasa je sebab rimas kau nak berbaju melayu dan berkurung bagai kejar flight, kemudian dari KK nak ke Tenom bukan dekat. Sampai kampung semua dan lencun dengan peluh dan berbau hapak.


Kau tau apa yang indahnya beraya di desa?

Banyak keperluan harian tak perlu keluarkan duit pun. Boleh main petik saja tepi rumah. Sayur-sayuran, ulam-ulaman dan buah-buahan tumbuh subuh keliling rumah. Nak makan ayam, sembelih saja ayam kampung.



Modal cuma kena rajin keluarkan peluh. Umum memang mengetahui daerah Tenom cukup subur dan sesuai untuk industri pertanian.

Campak saja biji benih pasti akan tumbuh dan mengeluarkan hasil yang lumayan. Tenom pada suatu ketika cukup terkenal sebagai pengeluar kopi dan koko utama di Sabah. Namun kejatuhan harga komoditi (harga pasaran dan juga manipulasi harga oleh orang tengah) menyebabkan petani tempatan hilang minat.

Kini getah dan kelapa sawit menjadi pilihan disamping pisang. 



Tiada batasan agama, tiada batasan keturunan, tiada batasan darjat. Semuanya bergembira menyambut Aidilfitri tanpa prejudis. 

Keluarga aku memang majmuk dalam beragama, ada yang muslim dan ramai juga yang non-muslim. Open house raya memang terbuka untuk semua. Betul-betul 1Malaysia punya sambutan.

Anak-anak buah aku yang non-muslim memang excited kalau tiba hari raya. Inilah masanya nak merasa dapat duit raya dan main bunga api. Chinese New Year dan Christmas, anak-anak aku pula yang terlebih excited. 

Bagus bagi mereka, dapat merasa pelbagai jenis perayaan dalam suasana harmoni dan majmuk. Opkoz syariat beragama juga aku tekankan supaya tidak melampaui batas, juga tanpa menyinggung perasaan mana-mana pihak.



Ini menu hari raya ke tiga kalau tak silap. Menu open house kat kampung aku tak lah grande macam kat KL nun. Nasi putih dan lauk pauk adalah kebiasaan. Jarang sangat jumpa sate pasta western bagai.



Gabungan kuih muih tradisional dan yang tak berapa nak tradisional. Ini yang dihidangkan kepada tetamu sebagai menu sampingan. Menu utama sudah tentulah nasi putih dan lauk pauk tadi. 

Nampak biasa-biasa je kan ! Tapi kalau dah berkumpul seisi keluarga, yang biasa-biasa pun boleh jadi marbeles dia punya kelazatan. Paling penting dapat beramah-mesra dengan saudara mara yang cuma sesekali dapat bersua-muka.

Sekian dulu, nanti kita sambung cerita dalam PART III.

- Ketam Batu -

Thursday, 3 August 2017

CERITA RAYA 2017 PART I - AKU RAYA DI TENOM SABAH !


Tahun ini mencatat sejarah sebagai tahun pertama aku beraya sebagai anak yatim piatu soob ! soob ! soob !

Ayah aku meninggal dunia 10 tahun yang lalu, mak aku pula menyusul bulan April yang sudah. Tak sempat dia nak merasa suasana Ramadhan dan Syawal untuk tahun ini.

Al-Fatihah buat arwah mak dan ayah aku, semoga roh mereka dicucuri rahmat dan tenang di sana sementara menunggu hari kebangkitan.


Tahun ini aku beraya di Tenom, Sabah dan terbang bersama airlines tambang murah Air Asia. Tambang murah yang membuatkan poket aku rabak. Tahu sajalah tiket musim perayaan untuk 2 dewasa dan 3 kanak-kanak. Murah bagi orang lain kut, tapi senak juga bagi aku.

Kebiasaan balik raya kami guna waran kerajaan sebab bini aku kakitangan gomen. Tapi disebabkan masalah teknikal, terpaksa guna duit poket sendiri. Simpan waran untuk balik hujung tahun kalau ada rezeki.

Penerbangan Alhamdulillah smooth, sumandak yang jadi stewardess pun come lote belaka. Anak jantan bongsu aku sempat rembat koleksi patung beruang yang dijual dalam penerbangan tersebut. Pelik aku, anak jantan suka patung beruang !

Tenom ini agak jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Sekitar 2.5 hingga 3 jam pemanduan jalan darat. Sebaik mendarat di KKIA, melalui bantuan salui aku (salui bermaksud biras) kami dapatkan teksi untuk ke Tenom. 

Boleh hubungi Vincent 012-8114285 kalau korang perlukan teksi untuk ke Tenom/Keningau dari Kota Kinabalu. Toyota Unser beliau agak selesa jugalah.

Apa istimewanya Tenom? Nanti aku cerita apa menarik di Tenom, mungkin korang berminat nak melawat Tenom dan nombor Vincent mungkin berguna.

Untuk makluman, Tenom terkenal sebagai pusat kebudayaan Murut, dan juga terkenal sebagai pusat pengeluaran kopi bagi negeri Sabah.

Sekian dulu, nanti sambung cerita lagi. PART II

- Ketam Batu -

Wednesday, 2 August 2017

EKSPO TANAM TUAI DAERAH MUALLIM 2017


Memetik maklumat dari portal rasmi Jabatan Pertanian;

"Program Pertanian Bandar merupakan program yang membantu isi rumah bandar meringankan kos sara hidup melalui pengeluaran sendiri sebahagian daripada bahan makanan".

Tak dinafikan nilai duit kita makin lama makin mengecil. Paling mudah kalau aku pergi shopping bekalan dapur kat pasaraya, tak penuh pun troli tapi bil boleh mencecah tiga pat ratus ringgit.

Giler kentang punya mahal, tapi mahal macam mana pun kena beli juga sebab keperluan. Tak beli tak berasap dapur. Dapur tak berasap maka tak berisi la perut.

Tapi kalau diikutkan, tak semua bahan dapur kita kena beli. Ade je yang boleh kita tanam tepi rumah, kalau rumah yang jenis ada tanah le kan. Tak bertanah pun, masih ada alternative kalau nak bercucuk tanam.

Setakat cili, lengkuas, kunyit, halia, serai, pandan, ubi kayu, terung, betik dan sebagainya boleh je kita keluarkan sendiri. Kan banyak boleh jimat. Tapi aku tahu, sembang memang mudah, nak mulakan yang jadi susah.

Maka Jabatan Pertanian pun mempergiatkan kempen pertanian bandar untuk menggalakkan kita semua yang duduk kat bandar ini tidak kedekut untuk mengeluarkan peluh bagi bercucuk tanam. Mudah sebenarnya jika mendapat bimbingan dan tunjuk ajar yang betul.



Baru-baru ini bertempat di Proton City Tanjong Malim, Ekspo Tanam Tuai (Program Pertanian Bandar) telah dilancarkan oleh MP Tanjong Malim, Dato' Seri Ong Ka Chuan.

Ekspo ini anjuran UKM Graduate School of Business melalui NGO mereka yang dikenali sebagai  Violet Amity. Violet Amity ini diasaskan oleh pelajar-pelajar MBA UKM-GSB. Penganjuran ekspo ini turut mendapat kerjasama KRT setempat dan Jabatan Pertanian.

Ada banyak aturcara disusun, di antaranya adalah senam robik, demonstrasi teknik pertanian bandar oleh pakar pertanian, pertandingan mewarna untuk anak-anak berusia bawah 12 tahun, pertandingan memasak makanan sihat, pameran agensi berkaitan, food truck dan juga lucky draw. 

Paling win, 1000 biji kelapa muda secara percuma diedarkan kepada pengunjung. Pukul rata, ada 400++ pengunjung berdaftar, jadi setiap pengunjung berpeluang minum 2 biji kelapa muda secara percuma.



Ini adalah scenario dan gelagat anak-anak sewaktu pertandingan mewarna. Anak aku pun ada masuk, maka kematulah bontot aku menunggu kat sebelah. Boleh je tinggalkan sekejap, tapi dah jadi habit aku susah nak lepaskan anak sendirian melainkan dalam kawasan sekolah. 

Anak jantan aku dah masuk umur 9-10 tahun, tapi rasa macam kecik sangat lagi. Kat shopping complex pun aku paksa depa masuk jamban sama kalau aku rasa nak kencing berak. Rasa tak selamat je nak suruh depa tunggu kat luar tanpa pengawasan.



Ini pula gelagat mak bapak budak yang bersaing merebut gelaran Masterchef Proton City. Tema adalah makanan sihat. Aku tak follow sangat sebab pertandingan memasak ini diadakan serentak dengan pertandingan mewarna. 

Pemenang gelaran Masterchef Proton City disandang oleh kumpulan yang dianggotai oleh kaum bapa, juga merupakan satu-satunya kumpulan lelaki, yang lain semua kaum ibu.

Nampak ! Lelaki kalau masak memang handal sebenarnya. Aku je yang tak berapa, bukan tak pandai masak cuma tak berapa nak menjadi je !



Masa tengah rancak nama pemenang lucky draw diumumkan, tetiba muncul lori FAMA membawa 1000 biji kelapa muda untuk diedarkan secara percuma.

Berlarian semua pengunjung dari khemah perasmian ke tempat kelapa muda diedarkan. Aku lek- lek je lepak bawah khemah, dengan harapan nombor aku sangkut untuk lucky draw tapi nan hado. Bayangkan 45 hadiah disediakan untuk acara lucky draw, satu nombor aku pun tak sangkut.

Nasib baik sempat juga aku rembat 3 biji kelapa muda walaupun aku antara yang paling last dalam barisan. Sedap juga kelapa muda keluaran Emanate Agricultural Industries. Lemak berkrim disukai ramai. Tapi pasai apa letak jenama kepala botak ek ?

Ekspo berakhir sekitar waktu tengah hari. Lunch tak ada ek! jadi masing-masing berhamburan balik rumah makan nasik. 

Ekspo yang santai tapi meriah, paling penting banyak manafaat. Tak sabar aku nak tunggu event yang seterusnya. Tahun ini aku berazam nak joint semua sosial event yang dianjurkan sekitar 1MYC Tanjong Malim Bandar Mesra Belia.

Sekian.

- Ketam Batu -

Wednesday, 26 July 2017

PERMUKIMAN MENTERI BESAR PERAK DI PARLIMEN TANJONG MALIM

18 hingga 22 Julai 2017 yang lepas, Tanjong Malim meriah dengan pelbagai events sempena program Permukiman MB Perak Di Parlimen Tanjong Malim.

Program permukiman ini mudah kata satu program di mana YAB MB akan melawat setiap daerah dalam negeri Perak dan akan bermukim selama dua tiga hari. Ini memberi peluang kepada rakyat untuk bersua mata dengan YAB MB, dan juga membuka ruang kepada YAB MB untuk melihat kehidupan rakyat di peringkat akar umbi.

Antara program yang diadakan sempena permukiman YAB MB di Tanjong Malim adalah;

1. Hari Mengemas dan Melestarikan Alam Sekitar
2. Mini Karnival Teras Keselamatan
3. Jamuan Rakyat
4. Karnival Jualan Daerah Muallim
5. Fit Perak 2017 peringkat daerah Muallim - Fun Ride & Run 

...... dan banyak lagi aturcara yang tak sempat aku sertai. Lately Tanjong Malim makin lama makin meriah, lebih-lebih lagi semenjak digazetkan sebagai Youth City.

Sebelum ini, aku jarang ambil tahu akan program-program sebegini, tapi semenjak dua menjak ini makin seronok pula rasa hati kalau dapat turut serta. Walau pun umur tak berapa nak youth dah, tapi jiwa hati batin tetap youth forever hellllyeah !!!!


Fun ride and run antara yang sempat aku sertai. Nak ride aku tak ada basikal, jadi aku masuk acara lari-larian. Lari-lari santai sahaja, dan aku antara yang tercorot sampai ke garisan penamat muahahaha ! Nampak sangat aku tak fit, tak sampai 500 m berlari aku dah mengah separuh mati.

Memang sudah agak lama aku tidak bersukan. Zaman belajar dahulu, tiap-tiap petang turun padang. Tapi selepas memulakan kerjaya, riadah aku adalah ternak lemak di perut. Ini menyedarkan aku dan menaikkan semangat aku untuk kembali active bersukan dan juga bersosial.

Fun ride and run ataupun Fit Perak 2017 @ Muallim ini berlangsung di Tasik Embayu Proton City. Tasik yang menjadi tumpuan penghuni Proton City dan Tanjong Muallim untuk beriadah saban hujung minggu.

Serentak dengan Fit Perak 2017 @ Muallim, di lokasi yang sama turut dianjurkan Karnival Pendidikan Tinggi & Kerjaya @ Muallim. Karnival ini memberi ruang dan peluang kepada anak-anak Muallim untuk mendapatkan informasi berkaitan pengajian tinggi dan juga peluang kerja.


Selain daripada itu, pada lokasi dan hari yang sama, Karnival Jualan Usahawan Muallim turut berlangsung. Ramai usahawan-usahawan Muallim membuka booth untuk memperkenalkan produk masing-masing. 

Beberapa agensi kerajaan turut sama membuka kaunter bergerak, antaranya Suruhanjaya Pilihanraya. Lepas mengah berlari dan mendapat antara yang tercorot, aku singgah kaunter SPR untuk semak daftar pemilih. Nama ada tapi belum update alamat terbaru bermastautin. 


Kebetulan pada minggu tersebut aku solat Jumaat di Masjid Behrang 2020, sempatlah juga aku meninjau Mini Karnival Teras Keselamatan yang dilangsungkan di perkarangan Masjid Behrang 2020. Antara agensi kerajaan yang mengambil bahagian polis sudah tentu, ada juga JPJ serta agensi-agensi yang terlibat dengan perkhidmatan kesihatan dan sosial.

Usai solat Jumaat pula, berlangsung Jamuan Rakyat sempena permukiman YAB MB di perkarangan Masjid Behrang 2020. Kali ini aku mampu tengok sahaja, perut memang berbunyi minta diisi tapi que panjang sangat. Makan nasi kat rumah sajalah kata anak aku hehehehe.

Itu antara yang sempat aku sertai, ada banyak lagi tapi aku tak berpeluang nak turut serta. Hari-hari mendatang banyak lagi events yang direncanakan untuk berlangsung di Youth City Tanjong Malim. 

Kalau aku dapat sertai segala macam events tersebut, aku update kat sini. Sekian.

- Ketam Batu -

Monday, 24 July 2017

MENUKAR KAD DEBIT CIMB BANK SEMUDAH ABC !


Kejadian pada 1 Julai 2017 - aku nak keluarkan duit dari mesin ATM CIMB, tiba-tiba mesin mintak maap dengan aku. Minta maap sebab dia tak dapat tolong aku keluarkan duit, kad debit aku dah expired muahahahaha !

Padan muka, asyik bertangguh walau bank dah berulang kali hantar message suruh activate kad debit yang baru sebelum 1 Julai. 

Lagipun kad baru sampai di alamat lama aku, nun di Kajang nun ! hostel UKM ! Ye aku ex-UKM. 

Bila kad dah expired, duit tak dapat nak korek, maka rajinlah aku menjengahkan diri ke CIMB. 

Dulu aku pernah berurusan di CIMB Bangunan UMNO Shah Alam. Pergi sana sudah yillek, rupanya pindah ke Plaza Azalea. Nasib tidak jauh Bangunan UMNO dengan Plaza Azalea.

Mula-mula nak guna mesin kat bawah untuk tukar kad debit, tapi mesin temporary out of service.

Naik tingkat 1 ambil nombor giliran. Belum cecah montot kat kerusi, nombor sudah kena panggil. Di kaunter, staff CIMB cuma minta kad debit yang lama dengan IC.

Kemudian isi form serba ringkas, tulis nama, no IC dengan tanda tangan. Tak sampai 5 minit kad debit CIMB yang baru sudah ada di tangan.

Fuhhhhh laju giler, semudah ABC !

Kalau aku tahu cenggini, dah lama aku pi tukar kad debit muahahahaha !

- Ketam Batu -

Tuesday, 18 July 2017

CERITA SELEPAS RAYA !

Assalamualaikum wbt dan salam sejahatera,

Hari ini 24 Syawal 1438H, bermakna seminggu lagi Syawal akan pergi meninggalkan kita. Tahun ini rasa sekejap sangat puasa dan sekejap sangat raya.

Maknanya masa makin pantas berlalu, atau kita terlalu leka dengan duniawi sehingga tidak sedar akan masa yang sentiasa berdetik.

Sedar atau tidak, kita semakin menghampiri detik untuk bertemu dengan Sang Pencipta, Allah SWT.

INSOF..... INSOF...... INSOF lah wahai umat !

Sepanjang Ramadhan memang aku tak update blog langsung. Kalau update pun, bukan kat sini tapi blog surau perumahan aku. Tak ada cerita apa pun, sekitar aktiviti mengimarahkan surau dan Ramadhan je.

Raya baru-baru ini aku balik kampung angkat, Sabah nun. Hari-hari update kat Insta sebagai diari. Senang aku nak recall balik kalau nak nulis dalam blog nanti. 

Pic raya aku gabung menggunakan apps Layout. Aku malas nak simpan pic banyak-banyak dalam henpon sebab memori kecik. Simpan banyak gambar buat henpon aku pening lalat. Kejung tak tentu pasal.


Aku bukanlah hardcore mamak ! Tapi anak jantan aku nombor 2 suka sangat nasi lemak mamak ! Madeena Curry House merupakan salah satu port peberet dia.

Balik dari cuti raya, bawa dia datang sini untuk sarapan. Lepas gian selepas sebulan berpuasa. Siap bertambah lagi.

Berbalik pada bulan puasa, sepanjang Ramadhan kami langsung tak jejak kaki ke param kecuali pada hari terakhir. 

Jejak kaki pun kerna terpaksa, kami dah kemas rumah dan kemas dapur elok-elok sebelum bercuti raya.

Aku rasa banyak betul dapat berjimat bila tak jejak kaki ke param. Bayangkan, sekali pergi busuk-busuk 30-50 ringgit melayang untuk satu family (dua dewasa plus 3 kanak-kanak).

Masak kat rumah memang boleh save banyak, masak pun simple-simple saja. Kekadang berbuka lauk telur dadar dengan ikan masin je hahahaha ! Kesian anak-anak aku.

Bini aku kerja, masak pun ala kadar kecuali hari minggu atau cuti umum. Aku pulak dah nak Maghrib baru sampai rumah, kalau aku masak grand macam mana pun, tetap depa kata tak sedap LoL !


Ini pula nak lepas gian bini aku, sup urat keting. Kalau di Sabah, kacang je nak cari warung yang saji juadah sup urat. Kat sini susah sangat nak jumpa terutama yang dekat-dekat dengan perumahan aku.

Kalau jalan jauh sikit mungkin ada kut, tapi aku memang malas nak drive jauh-jauh melainkan ada keperluan yang mendesak sangat.

Open house banyak tak korang dapat jemputan. Aku rasa ekonomi makin baik kut tahun ni berbanding tahun lalu. Open house makin meriah berbanding tahun sudah yang agak sunyi sepi. Tahun lalu masing-masing tutup pintu, tahun ni dah berani buka balik.

Trend tahun ini diperumahan aku, buat open house di surau. Ataupun buat open house lepas solat Ishaa', jemput orang surau datang. Siang pun ada juga, lebih kepada untuk keluarga dan kenalan terdekat.

Cukuplah dulu ye sembang, nak sambung buat kerja, jam 2 dah ni. Ada masa aku buat entri raya.

- Ketam Batu -

Wednesday, 31 May 2017

CARA UNTUK MEMOHON PEMBATALAN ATAU SERAHAN BALIK POLISI INSURANS ETIQA TAKAFUL @ TAKAFUL NASIONAL


Etiqa Takaful Berhad,
(Formerly known as Takaful Nasional Berhad),
Level 19, Tower C, Dataran Maybank,
No. 1 Jalan Maarof,
59000 Kuala Lumpur.

Aku menjadi pelanggan Etiqa Takaful sejak dari tahun 2005, masa itu masih dikenali sebagai Takaful Nasional. Dua produk yang aku langgan iaitu TN Mesra dan TN Prima.

Masa itu aku masih mentah, baru masuk kerja. Sertai insurans pun secara membabi buta, serah bulat-bulat pada agent. 

Kenapa aku tiba-tiba terminate polisi, dan kenapa selepas hampir 12 tahun?

Penyebab utama, agent insurans aku menghilangkan diri secara tiba-tiba selepas beberapa tahun polisi berjalan. Segala permasalahan terpaksa aku selesaikan sendiri. 

Untuk ex-agent aku, suka ati ko ek ! Seronok makan komisyen tapi service haprak dan yillek !

Tambahan pula aku banyak menghabiskan masa di luar negara pada masa itu, jadi khidmat agent amat aku tagih. Mula-mula susah nak dapat, akhirnya bila pick-up call kata dah berhenti dari Etiqa ! Dah tak ada kuasa nak buat apa-apa katanya !

Sekembali ke tanah air, aku dibizikan pula dengan tugas-tugas hakiki. Maka makin tertangguhlah hasrat aku untuk menamatkan polisi Etiqa atau TN.

Fed-up dengan Etiqa atau TN yang medical card pun tak ada (produk lama), aku seisi keluarga sertai BSN Prudential.

Agent pun bagus, informative dan supportive ! Nasib badan, belum setahun sertai BSN Prudential, musibah melanda keluarga aku.

Mujur ada medical card BSN Prudential, kos rawatan melebihi 20k ditanggung sepenuhnya oleh pihak insurans. Kalau nak harapkan produk lama dari Etiqa, merangkak aku nak tampung kos rawatan.

Back to cerita asal, BAGAIMANA CARANYA NAK TAMATKAN POLISI ? BERAPA PULA NILAI SERAHAN BALIK YANG BAKAL KITA DAPAT ?

Menjawab persoalan BERAPA BANYAK SERAHAN BALIK, sila rujuk ilustrasi produk yang agent bekalkan masa-masa mula-mula dia datang untuk promo dahulu !

Nak kata tepat sangat pun tak juga. Kes aku agak jauh tersasar berbanding prediction agent.

Contohnya untuk polisi TN Mesra selepas 12 tahun, aku cuma dapat pulangan balik sekitar 56% berbanding prediction agent sekitar 78%.

TN Prima aku lagilah, serahan balik ciput sangat. Itu pun nasib baik produk ini setiap 3 tahun dapat manafaat berjangka sekitar 2k plus. 

Congak-congak aku cuma dapat separuh dari apa yang aku laburkan (baca LEBURKAN) selama ini.

Untuk MENYERAHKAN KEMBALI POLISI pula, kekdahnya agak mudah. Bawa saja polisi asal ke pejabat Etiqa di blok C Dataran Maybank.

Jangan jadi machiam aku, mamai terbawa diri ke Menara Maybank, jenuh cari Blok C memang tak akan jumpa punya. Nasib baik abam dan hakak polis bantuan Maybank sedar-dirikan aku;

"Encik, ini Menara Maybank. Dataran Maybank kat Jalan Maarof nun ! Hehehehehe..."

Adeh ! Machiam mana boleh silap !


Setibanya di Dataran Maybank, terus ke kaunter informasi Etiqa di blok C. Masuk main entrance blok C jalan terus, 10 kali menapak dah nampak kaunter, betul-betul depan lif. 

Senang nak jumpa, aku pun mulanya masuk melalui blok A. Tanya receptionist di blok A, dia siap minta security tunjukkan aku jalan ke blok C.

Thumb up depa punya khidmat pelanggan.

Segala urusan serahan balik boleh dilakukan di kaunter informasi, tak perlu panjat naik lif ke pejabat depa.

1. Beratur ikut giliran depan kaunter informasi Etiqa.

2. Cakap nak serah balik polisi (jangan lupa bawa polisi asal).

3. Kena isi form dan serahkan IC untuk diphotostat.

4. Form cuma kena tulis nama, alamat dan no account bank.

5. Surat pengesahan polisi telah diserahkan akan diberi oleh staf Etiqa.

6. Estimate sebulan untuk dapat duit serahan balik kalau ada.

Mudahkan, dan memang laju. Tak sampai 10 minit dah selesai dengan syarat anda bawa polisi asal/original, IC dan jangan lupa no account bank.


Kes aku agak lama sikit sebab aku lupa no account bank. Check dalam sistem Etiqa, belum update no account terkini. Terpaksa aku menapak cari CIMB Bank untuk print mini statement yang tercatat no account.

Nasib badan sebelah Menara Maybank ada Oldtown White Coffee, dalamnya ada mesin ATM CIMB.

Dah dapat no account terpaksa kembali ke kaunter Etiqa untuk menyelesaikan urusan yang tertangguh tadi.

Urusan yang sepatutnya settle dalam masa 10 minit, lajak kepada hampir setengah jam.

BERAPA LAMA KENA TUNGGU UNTUK DAPATKAN WANG SERAHAN BALIK ?

Kalau ikut SOP katanya sebulan, tapi kalau semuanya ok, tak perlu tunggu sampai sebulan. Aku dapat duit selepas 10 hari polisi diserahkan.

Cuma yang aku ralat potongan ANGKASA. Masih lagi ANGKASA potong duit gaji aku untuk Etiqa. Orang kata ANGKASA ambil masa 3 bulan, baru dia clearkan nama kita dari potongan insurans.

Sikit punya lama de !

Update 22/6/2017 - masuk bulan ke-2 selepas penamatan polisi, ANGKASA dah tak potong gaji aku, muahciked !

Hope pengalaman yang aku kongsikan ini boleh kamurang jadikan panduan.

Personally aku tak salahkan Etiqa. Bagi aku mana-mana produk atau syarikat pun bagus. Kena ingat insuran adalah protection dan bukannya mekanisme pelaburan.

Paling penting, cari agent yang betul-betul ikhlas dan bergiat sepenuh masa dalam jalur insurans, bukan jenis sekadar buat part time atau sebab belum ada kerja tetap.

Terkena agent yang tak jujur atau tak komited dengan bidang insurans, senasib la machiam aku !

Selamat berpuasa !

Update 08/11/2020 - Aku batalkan polisi ini 3 tahun yang lepas dan rupanya masih ada lagi baki yang belum dituntut tanpa pengetahuan aku. Alhamdulillah pihak pengurusan Etiqa amat telus, dikala tengah sesak dek penangan Covid-19 dan PKP, sejumlah baki telah dikreditkan terus ke akaun aku oleh pihak Etiqa. Alhamdulillah Ya Allah.

Semoga kita semua tabah dalam mengharungi cabaran Covid-19.