Cuti Maulidur Rasul 2013 hanya selang sehari dengan Sabtu/Ahad, lepas tu bersambung pula dengan Thaipusam yang jatuhnya hari Ahad, jadi Isnin turut menjadi cuti umum sebagai gantian cuti Thaipusam. Ramai yang mengambil peluang untuk bercuti bersama keluarga lantaran hujung minggu yang panjang.
Asal muncul cuti panjang mesti kena fikir destinasi untuk berjimba2 sebab anak2 sudah pandai mahu berholiday sakan. Si Sulung (MHD) dan Si Bongsu (QM) memang kaki tidur hotel. Lagi pula FIL & MIL tinggal bersama kami, kena fikirkan destinasi untuk mereka juga sebagai rewards penat lelah jaga rumah dan anak2.
Rancangan asal kami suami isteri adalah untuk bercuti ke Port Dickson tapi seperti biasa spontaneous traveller macam saya suka tangguh2 urusan tempahan hotel. Sudahnya semua hotel di Port Dickson sama ada fully booked atau harganya melambung tinggi (saya selalu rujuk Agoda....).
Fikir punya fikir terlintas difikiran kami belum pernah bercuti ke Taiping dan kawasan sekitarnya, terutama Bukit Merah Laketown Resort. Tanpa bertangguh (sehari sebelum percutian... kah kah kah....) saya terus semak Agoda dan tempah penginapan di Suria Apartment Bukit Merah. Apartment dua bilik menerusi Agoda kami dapat dengan harga RM300 termasuk tax dan sarapan untuk 4 orang.
Tiba detik yang ditunggu-tunggu, kami sekeluarga bertolak dari rumah di Cape Malim kira jam 9 pagi menuju Taiping dan Bukit Merah Laketown Resort. Percutian kami cuma sehari semalam, tapi berbondong-bondong juga bekalan yang dibawa. Penuh bontot Vios dengan segala macam bekal termasuklah lunch pack yang telah MIL masak.
Perjalanan kami cukup lancar merentasi Lebuhraya PLUS menuju utara, kerana tidak banyak kenderaan di atas jalan raya. Landskap di kiri kanan lebuhraya cukup indah, pemandangan gunung batu kapur beserta kehijauan flora. Tapi sayang keindahan alam maya ini bagaikan akan terhakis sedikit masa lagi lantaran kerakusan manusia menerokai sumber alam tanpa pelestarian yang sewajarnya.
Pertengahan jalan kami singgah di R&R Sungai Perak kerana Si Sulung (MHD) dan Si Bongsu (QM) hendak terkucil.
Perjalanan bersama keluarga memang mengujakan lebih2 lagi dengan kaletah MHD dan QM yang tidak putus2 bertanya. MHD dengan soalannya 'bila mahu sampai' setiap 5 minit manakala QM pula yang saban masa meninjau kelibat superbike. Kena pula FIL yang asyik mengimbau kenangan lama sewaktu masih bertugas dalam Rejimen Renjer DiRaja & Rejimen Askar Wataniah. Setiap bukit dan hutan disepanjang lebuhraya menyimpan seribu satu memori yang masih tersemat kukuh di hati beliau semasa berkhidmat di zaman komunis.
Kira2 2 jam perjalanan kami susur keluar dari Plus Highway menerusi persimpangan Changkat Jering menuju Kamunting/Taiping. Kemudian menyusuri pula Jalan Taiping-Kuala Sepetang, Jalan Raja Sulong, Jalan Taming Sari dan Jalan Taman Tasik sebelum tiba di Zoo Taiping. Destinasi menarik yang lain seperti Muzium Taiping, Taman Tasik Taiping dan Penjara Taiping hanya berdekatan dengan Zoo Taiping. Begitu juga dengan Bukit Larut atau Bukit Maxwell.
Papan tanda Zoo Taiping mengalu-alukan kehadiran pengunjung.
Kehadiran kami disambut oleh belasan monyet yang jinak2 merpati. Monyet2 ini berkeliaran di kawasan parkir kereta. Setiap pengunjung dikenakan bayaran parkir sebanyak RM2 oleh Majlis Perbandaran Taiping.
Pengunjung dewasa dikenakan bayaran sebanyak RM12, kanak2 RM8 manakala warga emas rakyat Malaysia dikenakan bayaran sebanyak RM10.
Diluar pintu masuk ada beberapa replika haiwan liar seperti badak, buaya dan juga banteng. Ramai yang bergambar termasuklah MHD dan QM. Bagi yang berminat boleh juga membeli ole2 yang dijual di kedai cenderamata yang terletak bertentangan dengan kaunter tiket. Ada juga perkhidmatan mengambil foto... saya kurang pasti mengenai harga atau foto apa yang diambil kerana saya terus berlalu selepas mengambil risalah dari petugas... tak berminat sebenarnya.
Antara spesis yang ada di Zoo Taiping.
Live specimens... menarik. Merasa MHD & QM mengenal chimpazee yang dipanggilnya Orang Utan... hehehehe.
Menuju pintu keluar...di hujung laluan ini disediakan satu tong bagi pengunjung meletakkan tiket dan risalah berkaitan zoo. Cukup bagus untuk pelestarian alam dan juga kempen kitar semula.
Menjelang tengah hari, kami meninggalkan Zoo Taiping kerana hampir masuk waktu Zuhur dan juga MHD yang mula merengek-rengek kepenatan... manja betul budak ni. Sejurus solat dan makan tengah hari kami membatalkan agenda ke Bukit Larut @ Bukit Maxwell kerana perlu menjejaki sahabat lama FIL di Batu Kurau.
Inshaa Allah lain kali kami akan jejakkan kaki ke Bukit Larut pula.
No comments:
Post a Comment