Wednesday, 20 November 2013

JoM MaKaN - Citarasa Thailand Utara @ Restoran Asli Kampung Siam, Seksyen 13 Shah Alam.

Ini merupakan kunjungan kedua ambo ke Restoran Asli Kampung Siam bertempat di Seksyen 13, Shah Alam. Kunjungan pertama dahulu bersama-sama sahabat lama yang bersungguh-sungguh nak belanja ambo makan tengah hari. Rezeki Allah nak bagi, sape lah ambo untuk menolaknya ye tak.... Alhamdulillah.

Kunjungan kedua pula pada minggu lepas bersama-sama family untuk makan malam, dinner kata orang kampung ambo. Ambo dah merasa sebelum ini, jadi bagi peluang pula untuk mereka turut sama merasa kelazatan hasil tangan chef2 di Restoran Asli Kampung Siam.

Apa istimewanya Restoran Asli Kampung Siam berbanding kedai2 makan tomyam yang bersepah di Shah Alam mahupun seluruh negeri Selangor?

Keunikkan utama mereka ialah, Restoran Asli Kampung Siam merupakan satu-satunya (sepanjang pengetahuan ambo, jika ada yang lain mohon kongsi info ye readers DSKB) restoran yang mengkhusus kepada masakan daerah utara Thailand yang ada di Shah Alam. 

Lain2 kedai tomyam yang bersepah di merata-rata tempat itu lebih kepada hidangan daerah selatan Thailand seperti Pattani dan Narathiwat.

Kelebihan yang lain, restoran ini agak up scale.... layanan yang amat mesra pelanggan dan berhawa dingin. Bila up scale dekorasi dan layanan, sudah tentulah harga setiap hidangan pun up scale sama. Sebab itulah agaknya pengunjung tidaklah seramai warung tomyam biasa.... tiap2 malam makan kat sini memang kopaklah poket kuli cabuk macam ambo. Kalau jutawan lainlah....

Apa yang kami order pada malam tersebut? 

Ini dia untuk 3 adults + 2 kids.....

Tomyam putih (medium), chicken green curry (medium), kerabu mangga (small), kangkung belacan (small), telur dadar (small) dan jus buah-buahan.

Kos keseluruhan untuk makan malam tersebut?

Tu dia... sesekali bolehlah. Bila ambo dah jadi jutawan bolehlah makan tiap2 hari. 

Nak habaq mai.... bila kita duduk saja, pelayan akan bawakan ais kosong.... FOC seperti mana yang biasa kita dapat kalau makan dimana2 restoran di negara Thailand.

Pelayan juga akan bawa keluar sepinggan kacang dan sepinggan keropok..... ini bukan FOC ye, kena bayar. Kacang harganya RM2.50 sepinggan dan keropok RM2 sepinggan. Kalau tak nak makan atau tak nak bayar, suruh saja pelayan ambil balik.... no problemos dan tak perlu malu2.

Selain itu.... setiap pelanggan akan diberi wet tissue dengan harga 30 sen sekeping. Ini pun kalau tak nak guna suruh pelayan ambil balik.... atau masa bayar nanti bagitahu cashier kita tak guna wet tissue tersebut. Jadi dia akan deduct dari bil kita nanti.

Sedap ke masakan kat sini?

Ini subjective sebenarnya..... pada hemat ambo memanglah sedap. Tapi nak kata lagi sedap berbanding gerai2 tomyam biasa, tak adalah juga. 

Berbaloi tak dengan harga yang dibayar?

Ini pun subjective juga..... restoran sebegini bukan sahaja kita kena bayar harga makanan, tapi termasuk juga services dan keselesaan yang disediakan untuk pelanggan. Tepuk poket buka wallet masing2.

Adakah ambo akan datang sini untuk makan2 sekali lagi?

Ada duit lebih apa salahnya, sesekali tukar selera. Kalau ada yang sudi belanja lagilah ambo sanggup..... hehehehe

Selamat menjamu selera semua!!!!

No comments:

Post a Comment