Friday, 7 March 2014

Bila Nafsu Berkata - Versys 650, Tapi Bila Dompet Berbisik - FZ150i Pun Cukuplah!!!!!

Nafsu versus isi poket memang tak pernah sealiran. Memang selalu ada kontradiksi - kalau salah pertimbangan, memang bertuankan nafsu tapi bila bertunjangkan akal yang waras, mata mula menjeling ke arah dompet, nipis atau tebalkah ia?

Tu dia intro, dah machiam tazkirah pagi Jumaat!!!! Hehehehe....

Sebenaqnya, ambo la ni tengah berkira-kira nak sambaq motoq sebijik buat ulang-alik kerja. Tak tahan noooooo dok ulang alik ari-ari sejauh 180 km pergi balik guna kereta, kos minyak dah RM500 lebih sebulan + tol sekitar RM444, tu belum kira lagi kos maintenance kereta minimum RM300 kalau masuk authorised service centre. Kalau tak kerana kereta masih dalam warranty, memang masuk bengkel Ah Keong sajalah sekadar untuk tukar minyak hitam..... hehehee.

Back to issue motor, kononnya boleh cut cost minyak dan juga tol. Ada a few candidates dari sebesaq-besaq Versys 650, sederhana sikit kepada Ninja 250 dan sekecik-kecik pilihan FZ150i. 

Ari tu ada singgah Welly's Sungai Buloh, ada sebijik Versys 650 seken hend plate WUW **66 harga RM29888, total lepas ding dong ding dong (insurans etc) jadik RM31769. Down payment RM5069, bulan-bulan bayaq RM563 selama 60 bulan. Guna loan BSNC interest 5.3 percent.

Rasa hati memang nak sambaq tapi bila terpikiaq balik, bulanan tu memanglah mampu tapi maintenance machiam mana pula. Kena pula la ni kewangan memang sesak sikit sebab on the way nak masuk rumah baru. Tahun depan kalau ada rezeki siap lagi satu bijik rumah sebagai pelaburan masa depan. Banyak nak kena guna duit tu der..... La ni pun dok pening congak duit nak bayaq yuran guaman dan kos renovation - renovate bukan apa pun cuma tambah plaster siling + grill + kasi besaq dapuq sikit. Koman-koman RM50k kena standby.

Dalam duk terkebil-kebil sebab takut sangkut bayaran bulanan Versys 650, semalam singgah sekejap kat satu kedai motor di TGM. Kali ni try ushar2 FZ150i pulak. Jauh giler tu der, dari 650cc downgrade terus ke 150cc. Tak apalah, bukan rezeki, lagi pun dah 14 tahun tak pulas minyak motor der, kita belajaq balik dari motoq kecik dulu.

Tanya-tanya pasal costing semua, harga hutang AEON RM9500. Down payment RM2k, bulan-bulan RM381 x 2 thn, RM275 x 3 thn @ RM222 x 4 thn. 

Ini baru logik sikit dengan bajet owner baru masuk rumah. Dengaq kata minyak pun jimat Fazer 150i ni, maintenance pun opkos tak semahal Versys 650, maklumlah 150cc je pun. Cukuplah sekadar nak buat ulang alik kerja dan nak jimatkan duit tol + petrol.

Belum ada rezeki - sumber Online.

Nampak gaya ini dululah - sumber Online.

Sebelum keluaq motor, owner kenalah buat lesen dulu..... hehehee. Belum ada lesen der, dulu masa belajaq dok usung gelpren (la ni dah jadi binik nomboq satuq) ke hulu ke hiliq naik motor tadak lesen...... hehehehe. Ingat weken depan nak gi wat lesen L dulu, lepas tu terus buat B Full, mana tahu kot-kot ada rezeki untuk upgrade.

Roger & out.

10 comments:

  1. versys minyak itam & oil filter 5000 km sekali tengok kedai, ada charge 120 ada charge 180 (kalau claim extended warranty kena pegi kedai tertentu). Tayar sepasang 1100 dalam 1 tahun sekali kalau bro bawak 150 setiap hari.. silap2 lagi cepat. kerosakan setakat ni susah nak rosak. kalau versys yg dah season, mileage dah dekat 100 ribu, check mungkin kena tukar coil, harge tak perasan plak.. 300 ke atas kut... coil charge battery, versys biasa kena tukar lepas mileage tinggi. rantai plak dlm 400 satu set. setahun sekali tukar kalau rajin jalan. belilah minyak rantai silkolene dlm 30 setin utk sembur setiap 300km jalan. kalau hujan esok tu sembur, lambat tukar rantai. yang lain xde. kepuasan menunggang? best, pulas berdezup. nak slow2 dlm jem pun xde hal. box beli je yg kecik jgn pakai v35 kalau nak masuk town. saya kalau moto kecik nak mencelah/mintak lalu, saya gi tepi sikit dan kasi, baru ada respek sama2 rider. good luck membajet bang!!

    lesen alang2 amik, amik b full terus... pasal lesen b2, dengan b tu xde beza sangat... save sikit lebih 2 bulan gaji, amik b terus bang... nanti naik lagi rege, naya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tqvm bro, bila ada penerangan sebegini baru terang sikit dan senang nak buat bajet. Inshaa Allah akan sambar sebijik Versys bila keadaan kewangan mengizinkan. Tqvm sekali lagi.

      Delete
  2. Sama2. Saya dulu pakai er6n 2thn pasal versys cbu mahal. Sib baik tunggu ckd :) jimat 12k (cbu otr 52, ckd otr 40k...skarang 2nd boleh 20k atas kawan laa..mileage rendah masih tolak 24k paling murah).

    Kalau bro memang target versys, JANGAN amik er6n. Feeling, gaya tunggangan, saiz besar motor, cara bawak, pergerakan handle bila konar/jem lain. Mat mot pun malas nak ajak versys racing pasal yg bawak ramai otai/bapak orang. Er6n bujang2 bawak, hati panas cepat... Heehe.. Saya er6n main dgn rxz kat cokit.. Gelak2 saya dgn mamat tuh bila dua2 sangkut nak potong bas xboleh.. Hahaha..

    Rider versys memang kurang buat cilok2 pasal ramai yg dah ada family baru amik bike santai camni..lagipun bini memang selalu ada menyibuk nak ikut :)

    Bro bandingkan moto dgn bawak moto tuh, bukan setakat duduk dlm showroom pastu bayang2 kan. Vesys x sama dgn aprilia shiver 750. Jauh sekali dgn benelli/z8, jgn terkejut versys 650 dgn 1000 pun lain bro!

    Kalau dlm jem, apa2 motor yg naik tegak dan bawah 650, handle dia ringan. Apa2 motor yg lain handle berat.. Cepat lenguh.

    Bunyi? Bro, pendapat banyak dan lain2,tapi kalau 1000 tukar ekzos, memang syahdu... Kat Malaysia ramai biker suka 4inline...tapi.bro try tuka ekzos 2inline mcm vesys nih... Lain bunyi dia...

    Kita bukan nak pakai ekjos buluh yg pom pom bising xtentu hala, kita nak kereta perasan kehadiran kita. Tu aje..

    Bro,jgn xlena tido terbayang motor ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tiap2 malam mimpikan Versys bro hahahaha!!!!

      tengah cuba survey di mudah.com

      tapi tricky juga sebab kekadang tahun yang sama tapi harga kekadang lari jauh.

      Delete
  3. Loan saya amik kat koperasi muslimin. Dia tengok gaji kita xleh lebih 60%. Maksimum 7thn, dia bagi pulak maksimum 30k. 3.6% interest. Dia bagi checque ke kedai. Bulan2 saya bayar dlm 450. Tapi kena topap lagi 50 sebagai saham. Tang 50 tu, 40 boleh ambil balik si kemudian hari.10 dia buat sedekah. Potongan angkasa. Kalau bro swasta dia tetap hadkan 60% jugak. Diorang tau kita ada buat loan mana2...saya lari dari satu koperasi tuh 5.4% ke sini. Jimat 8ribu bohhhh... itu dari loan e6n dulu... moto er6n tolak 28k (memang kedai tu amik tinggi tahun 2011 tuh).. setel loan koperasi pertama dan lari buat di koperasi muslimin. Arwah mak dgn ayah pun saya buat badal haji sini.

    2hari lepas saja ride sorang ke Melaka.
    Lazatttttttt....

    ReplyDelete
    Replies
    1. koperasi muslim ni buat potongan melalui Angkasa ke bro? Lazat tu layan Versys kat hway.

      Delete
  4. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh sedap dengar kawan kawan beli versys...minat jugak...nak tanya dimana boleh dapat beli tong v35 utk versys 1000...tkasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak pasti pula saya tuan. Tapi kalau nak yang 2nd hand cuba riki2 FB Versys Owner Group. Saya beli seken hand je, dapat dari ahli group yang dah nak pencen main Versys.

      Delete
  5. saya baru jual versys 17k kat member. bro camana? dah pakai versys ke?

    saya ujung bulan ni keluar z800. saja nak layan 4 inline punya bunyi. dah 7 tahun pakai versys 650, dah nak tukar angin bro.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah bro, ada member tolak 20k. Memang layan kat highway rasa macho je. Tapi bila kena potong dengan Z800, rasa macam tersebut racun la pulak. Dia punya bunyi syahdu sungguh hahahaha....

      Delete