Wednesday, 17 September 2014

Kera Dihutan Kekenyangan, Anak Dipangkuan Lemau Tak Chukup Makan

Nak sembang pasal kera ke hape ni? 

Dah ekkkkkk, saja nak relate peribahasa lama dengan realiti kehidupan kita masa kini.

Peribahasa pun ambo dah modi ikut perkembangan semasa, tapi maksudnya lebih kurang la noh;

Kera dihutan kekenyangan - pendatang asing mai negara kita buleh kaya raya buat duit.

Anak dipangkuan lemau tak chukup makan - anak bangsa kita sendiri duk mengeluh kat Malaysia susah mahu chari makan.

Kita nak salahkan siapa?

Bila mana ada rakyat Malaysia yang nak makan nasik sekali sehari pun tak mampu.

Bila mana ada rakyat Malaysia nak bayaq bil air dan bil elektrik pun tak mampu.

Bila mana ada rakyat Malaysia nak sekolahkan anak pun tak mampu.

Bila mana dah besaq lagi panjang, malah dah tua bangka pun masih harapkan mak bapak sponsor duit rokok.

Alasannya tadak duit, alasannya tadak kerja.

p/s: jangan salah paham, entry ini hanya merujuk kepada mereka yang sihat tubuh badan tapi malas nak chari kerja sahaja. 

Pada mana orang kita sendiri duk mengeluh susah chari makan, susah chari kerja kat Malaysia, saban hari beribu-ribu pendatang asing duk mai serbu peluang untuk chari rezeki kat Malaysia.

Maknanya peluang untuk raih rezeki masih ada, chuma kemahuan saja kurang.

Mat Bangla sibuk banting tulang chari rezeki dengan kerja potong rumput, cuchi longkang dan pelbagai pekerjaan laen yang langsung tak glemer.

Mat Yindun, bukan kemaen gegeh jadi buruh binaan. Tulang 4 kerat dikerah sepenuhnya duk gaul simen, apa sajalah kerja berat janji buleh mendatangkan duet.

Anak muda kita, mana ada yang sanggup kerja potong rumput, cuchi longkang atau jadi buruh binaan. Tak glemer kata depa, nak keje yang buleh pakai smart siap dengan tali leher. Kul 8 punch in, kul 5 punch out. Itu yang depa duk idam-idamkan.

p/s: mentaliti ini ambo pun ada hehehehe!!!!

Apa pasai ambo duk sembang lagu ni?

Nak cherita ada satu macha, ori dari India. Baru sampai Tanah Melayu untuk bekerja sebagai tukang gunting rambut. Speaking Tamil memang dia terer, sambil kunyah sireh pun buleh speaking Tamil tak ada silap. 

Bahasa Melayu sedikit out, tapi dia tetap usaha nak belajaq. Kalau tak belajaq Bahasa Melayu machiam mana mahu entertain kastemer Melayu. 

Jadi macha ni gegehlah duk hapal sukukata, perkataan dan ayat2 mudah Bahasa Melayu untuk dia berkomunikasi dengan pelanggan berbangsa Melayu.

Maknanya dia usaha sungguh2 supaya dapat chari rezeki kat Malaysia. Maknanya negara kita masih kaya dengan peluang pekerjaan, pendatang sanggup buat apa saja, janji dapat terobos masuk Malaysia untuk chari rezeki.

Macha pakai baju kaler merah, kerja tukang gunting rambut. Masih baru di Malaysia, cakhap melayu pun lintang pukang.


Masa duk tunggu turn, nampak ini buku. Macha guna untuk pelajari Bahasa Melayu dikala kastemer tak ramai.


Baguih nohhhhhh ini buku. Nak belajar Bahasa Melayu buleh, Bahasa Arab buleh, Oh! My English pun buleh nohhhhh!!!!

Nampak?

Kalau macha yang baru sampai Tanah Melayu pun buleh berjaya dapat pekerjaan, ngapa anak2 muda kita masih mengeluh kata Malaysia tadak peluang pekerjaan?

Oh! lupa. Depa nak keje dalam opis beraircond saja. Jadi buruh binaan atau buruh ladang 'apa barang' kata depa.

Roger and out!!!

No comments:

Post a Comment