Wednesday, 29 October 2014

Bercuti Ke Cairns, Queensland, Australia | Episod 01 : Perth Ke Cairns

As-Salam & Salam Sejahtera,

Kabare shobat2 rakan bloggers dan readers DSKB sekalian? Lama kita tidak ketemu kan di ruangan ini. Ambe, Alhamdulillah sehat sejahtera chuma tiada berita perchutian terkini untuk dilaporkan.

Kalau diperhalusi, tujuan utama DSKB diterbitkan adalah untuk berkongsi kisah dan maklumat berkaitan dunia perwisataan. Dulu2 memang keraplah ambe sekelamin dan sekeluarga berwisata ke sana sini. Tapi atas beberapa komitmen yang tidak dapat dielakkan maka epik perwisataan tersebut seakan terkubur begitu saja.

Blog pelanchongan dah jadi blog merapu meraban. Al-kisahnya kerna sudah lama tidak berjalan seperti dahulu. Tapi merapu meraban tak apalah janji DSKB tidak bersawang.

Sebelum itu, belum terlambat untuk ambe menguchapkan takziah kepada ahli keluarga para riders yang terkorban di Lebuhraya Karak baru2 ini.

Al-Fatihah buat arwah Hazalli Khalid, 33 tahun dan Md Nizam Hanapiah. Semoga roh kedua mereka ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.

Tragedi tragis tersebut sedikit merobek minat ambe kepada bidang permotoran, minat yang baru mula mahu berchambah. Tapi bak kata arwah Hazalli dalam whatapps terakhirnya; "sakit dan mati itu pasti, bersedia dan redho ketentuan Ilahi".

Kalau sudah ajal, kemana pun kita lari sakaratul maut pasti mengejar. Maut itu pasti, kemalangan hanyalah sebab musabab. Tapi tanggungjawab kita juga untuk sentiasa menjaga keselamatan diri dan orang laen. Selebihnya tawakkal kepada Ilahi sajalah.

Berbalik kepada tajuk entry ini, Cairns?

Bila ambe ke Cairs, kata sudah kekeringan modal untuk berhuhahuha.

Relax brader, ambe pun segan nak chakap sebenarnya. 

Kisah epik perjalanan ambe ke Cairns ini berlaku kira2 3 tahun yang lampau. Tarikh perjalanan adalah dari 7-13 Oktober 2011. 

Nah amek ko, ngam2 3 tahun 1 bulan baru epik tersebut terpapar pada screen DSKB.

Awat amek masa bebenor? 

Hehehehe, masa tu ambe mana ada mula berblogging bagai lagi. Blog pun tak kenal lagi apa kebendanya masa tu. Blog DSKB hanya lahir pada tanggal April 2012.

Jadi memang lama lah terperam hikayat perchutian ambe ke Cairns.

Soooooo..... apa kejadah tetiba ambe nak throwback balik epik yang dah berkulat terperam tersebut?

Kamurang perasan tak?

Berapa banyak blog tempatan yang berkongsi kisah pengalaman berchuti ke Cairs? Kamurang chuba google tengok, tak banyak kan terutama yang berbahasa Melayu.

Kalau berchuti ke Australia mesti ramai yang terjah Perth, sebab dekat kut. Paling jauh pun Sydney atau Melbourne. Tang utara machiam tak ramai yang explore atau malas nak tulis kat blog.

Bersandarkan faktor tersebut, ambe throwback perchutian ke Cairns tersebut - ambe kongsi2 maklumat berkaitan tempat tinggal, tempat makan (halal) dan lokasi2 yang wajib dikunjungi jika ke Cairns.

Nak habaq juga, ambe ke Cairns atas tujuan lawatan kerja selama 7 hari. Lama gak tu, tapi memang tak puaslah lepak2 kat Cairns. Cairns memang lokasi yang marbeles untuk lepak2 makan angin.

Mesti ramai yang nak tahu berapa harga tiket untuk ke Cairns dari KLIA kan?

Mintak maap bebanyak, ambe tak dapek nak habaq. Sebabnya ambe ambil flight ke Cairns dari Perth.

Nape amek dari Perth dan bukannya dari KL?

Masa tu Perth tempat ambe menchari rejeki, dan menimba ilmu serta pengalaman. Pendek kata sebelum ini ambe bermastautin di Perth, jadi mamat Ostolia celup sebelum mengambil keputusan untuk kembali ke tanah air.

Yo mate!!!!

Penerbangan ke Cairns dari Perth mengambil masa kira2 4 jam 20 minit menggunakan perkhidmatan Jetstar. Jetstar merupakan salah satu syarikat penerbangan tambang murah di Australia, milik Qantas Airways. 

Qantas pun turut sama menawarkan khidmat penerbangan Perth-Cairns tapi pada kadar premium.

Anda bayangkan ginilah, Jetstar itu AirAsia dan Qantas itu MAS. Fahem?

Lagipula Qantas pada masa tersebut mengalami krisis seperti mana yang dialami oleh MAS sedikit masa lalu. Bukan terhempas tapi kapal terbang mereka selalu mengalami masalah teknikal. Sedikit sebanyak buat ambe gerun untuk terbang bersama mereka. 

Jetstar jugalah sudahnya menjadi pilihan hati.

4 jam 20 minit dari Perth ke Cairns merupakan direct flight. Ada juga yang akan transit di Melbourne selama 4 jam, jadi total hours dari Perth-Melbourne-Cairns akan jadi lebih kurang 10 jam 55 minit.

Sanggup ko?

Melainkan ko memang verangan nak lepak2 kat Melbourne selama 4 jam, baeklah ko amek saja direct flight.


Ehsan Google

Machiam inilah kapal terbang Jetstar yang ambe naik. Terlupa nak snap gambar kapal terbang milik Jetstar, naseb baek ada Uncle Google. Tema dia kaler oren, flight attendant pun pakai baju kaler oren. 

Paling ambe tak boleh lupa stewards yang duty semasa penerbangan Perth-Cairn. Bukan sebab dia hensem, tapi muka penuh parut jerawat, dan paling tak buleh hadam.... sutun ko. Pestaim ambe tengok mat salleh spesis sutun hehehehe.

Opsssss buka nak hina, cuma tak leh nak hadam. Kan kita tengok movie Hollywood hero2 hatta crook mat salleh semua macho2. Tapi bila nampak depan mata mat salleh ala2 sutun teghuih ambe rasa machiam nonton Maharaja Lawak Mega.


Ehsan Google

Urite kita throwback again kisah epik perjalanan ambe ke Cairns dari Perth. 

Ni kisah baru sampai Perth Airport, Terminal 3. Kiranya Terminal 3 Perth Airport khusus untuk kesemua penerbangan domestik Australia. Perth International Airport khusus untuk penerbangan antarabangsa. 

Lupa nak habaq kan, ambe bukan kembara solo tapi mem besar pun ikut sama ekekekeke. 

Nak tribute juga kepada BFF kami Miss Sharon. Minah Singapore ni BFF kami semasa menetap di Ostolia dulu. Kalau kami nak kemana-mana dialah yang bersusah payah hantar pi airport bagai. Bila turn dia pulak na berkelana, ambe la pulak jadi tukang anta ke airport. Give and take gitu!!!

#####krikkrikkrikkrikkrik#######

Tetiba teringat kisah lampau di perantauan. Bukan apa, teringat akan kenangan bersama rakan2 yang sama2 merantau. Walau masing2 berbeza agama, berbeza kewarganegaraan dan berbeza pendapat, tali persahabatan kekeadang boleh merungkai segala perbedaan tersebut.

Malaysian#Singaporean#Taiwanese#China#Pakistani#Bangladesh#SouthKorea#etc

######krikkrikkrikkrik########

Eh kat mana kita tadi?

Baru sampai T3 Perth Domestic Airport kan.

T3 Perth Domestic Airport tak adalah besau mana (3 tahun lepas). LCCT lagi mengancam, KLIA2 lagilah. Tapi den nak puji T3 Perth Airport satu je, tak nampak sesak machiam LCCT. Kedai2 memang tak banyak, para penumpang pun relax je tunggu penerbangan masing2.

Tak adalah huru hara machiam di LCCT. Riuh sana sini dah machiam pasar dah ambe rasa. Memang mat dan minah salleh chukup berdisiplin dalam soal privacy. Sembang pun perlahan-lahan tidak gegak gempita (tapi kalau dah mabok lihat sajalah). 

Satu lagi, selagi tiada pengumuman berkaitan penerbangan mereka, masing2 akan sabar menunggu di luar hall. Kalau kita nak serbu aje takut tertinggal flite. Tapi mat salleh ni semua selamber je relax walau waktu penerbangan kekadang sedikit delay kerana bilangan flite melebihi kapasiti airport pada waktu puncak.

Flite kami pada 7/10/11 jam 10 pagi. Ada la kena delayed sikit, dalam sejam jugalah lewat dari jadual asal. Tengok mat dan minah salleh relax je, kami pun buat2 relax. Tapi dalam hati chuak juga.

Sementara tunggu nombor penerbangan kami dipanggil, kami isi masa dengan lepak2 sambil makan kuachi. Ada kuachi ke kat Perth? Ala ngopi2 sikit, nak makan perut masih kenyang.

Lagipun memang dah makan kenyang2 kat rumah sebelum bertolak ke airport tadi. 4 jam 20 minit lama tu, perut pasti merenyam kalau tak makan awal2.

Memang Jetstar ada sediakan makanan vegetarian, tapi kena pre-booking awal2 lah. Kami memang plan tak nak makan kat atas tu. Cadangnya bila kapal terbang berlepas, ambe pun terus tidur dengan lenanya. Nak sampai Cairns baru buka mata balik hehehehe. Kalau tido tak ade lah terliur nak makan kat atas kapal terbang ye tak.

Best ke naik Jetstar, selesa ke?

Machiam naek Air Asia jugalah. Tapi masa tu Jetstar masih guna Boeing 737, la ni dah tukar Airbus kut.

Mat Salleh yang badan besar bagak elok je duduk, kita orang Asia kechil molek nak komplen apa ye tak?

Tapi serious ada orang kata seat Jestar sedikit luas berbanding Airasia. Ada butut ka, ambe tak perasan sangat.

As a teaser;

Pemandangan bandar Cairns dari hotel penginapan kami.

Nampak date pada penjuru kanan bawah gambirun tersebut?

Ekekekekekeke!!!

Ukielah, kita setop di sini dulu. Nak sambung wat keje ni. Esok ambe sambung lagi cerita epik perchutian kami ke Cairns.

Tungguuuuuuuuu!!!

Roger and out.

No comments:

Post a Comment