Wednesday, 21 December 2016

ROAD TO PADANG IPOH (2016) - Amanjaya Junior Cup 2016

Road To Wembley !

Belum tiba masanya, masih jauh yang perlu dilangkau !

Kita Road To Padang Ipoh dahulu !

Trip aku sekeluarga ke Ipoh pada kali ini khusus untuk menyapot penyertaan anak aku dalam Amanjaya Junior Cup 2016. Alhamdulillah anak aku terpilih sebagai salah seorang pemain untuk kejohanan tersebut yang berlangsung pada 10/12/2016. 

Kembara 'Road To Jalan Ipoh' kami bermula lewat petang Jumaat. 9/12/2016. Asalnya mahu bertolak awal kerana aku sedia maklum, lebuhraya pasti akan sesak kerana musim cuti sekolah, juga kerana cuti hujung minggu yang agak panjang sempena Maulidur Rasul dan keputeraan Sultan Selangor.

Rancang macam mana pun, jam 6 petang juga baru kami tinggalkan rumah. 

Disebabkan hujung minggu yang panjang juga, kami menghadapi kesukaran untuk mendapatkan tempat penginapan. Kesemua hotel yang bagus-bagus habis ditempah. 

Cuma beberapa hotel bajet yang masih available, tapi aku membawa bersama bayi berusia 8 bulan. Aku rasa akan buat keadaan jadi tidak selesa jika menginap di hotel sebegitu.

Nasib baik juga last minute terjah booking.com tiba-tiba ada bilik yang masih available di Impiana Hotel Ipoh, Alhamdulillah.


Perjalanan yang perlahan tapi lancar pada mulanya, jadi tersengguk-sengguk bila melepasti RnR Tapah. Kesemua lorong menjadi sesak, ditambah pula dengan hujan. 

Khabarnya ada kemalangan, maklumat dari wasap menyarankan susur keluar ke jalan alternative. Bermaksud menggunakan jalan dalam atau jalan lama ke Ipoh.

Tidak bagi aku, sebab aku ada masalah untuk memandu pada waktu malam. Guna jalan lama yang gelap dan tidak pula familiar bagi aku akan menyukarkan lagi keadaan.


Tarak apa, kita pelan-pelan kayuh. Tak lari Ipoh dikejar ye tak? Aku cuma drive slow and steady dan akhirnya perjalanan menjadi lancar kembali selepas melepasi lokasi kemalangan. Peliknya kemalangan berlaku dilaluan setentang tetapi kenapa laluan kami pun turut sama sesak?


Sekitar jam 9 malam baru kami memasuki bandar Ipoh. Sebelah tangan pegang stereng, sebelah tangan lagi sibuk snappy-snappy. Memang mencari nahas ! Ha ha ha !

Tapi aku memang drive perlahan saja, kenderaan pun tidak banyak pada malam tersebut. Bagus untuk mereka yang suka memandu secara santai sambil menikmati panorama bandaraya Ipoh pada waktu malam.


Menghampiri trafik light di Jalan Raja DiHilir. Nampak banyak kenderaan ini pun sebab adanya trafik light.


Lepasi sahaja mana-mana trafik light, inilah keadaan jalan di bandaraya Ipoh pada malam tersebut. Mana kereta yang lain, entah aku pun tak tahu. Semua pakat-pakat tido awal kut !


Sebaik sahaja tiba di Impiana Hotel, check-in, naik bilik untuk letak barang dan turun pula ke coffee house untuk makan malam. Penginapan aku di Impiana disertakan dengan 2 voucher untuk makan malam, jadi tak perlu susah-susah keluar untuk jalan-jalan cari makan ! Nanti aku buat entri khusus untuk menceritakan pengalaman aku menginap di Impiana Hotel Ipoh !


Usai makan malam, bini aku kata dia perlu beli sedikit barang keperluan. Jam sudah melepasi pukul 10 malam, sah-sah kedai sudah tutup. Jadi option yang ada cumalah 7-E. Aku tak adalah pandai sangat dengan selok belok bandaraya Ipoh, tapi ada juga lah laluan yang aku agak familiar dan tahu mana letaknya 7-E. Maka tak adalah bazir masa pusing sana pusing sini semata-mata menggagau 7-E tengah-tengah malam.


Pelancong dari Tanah Besar China, ke-poh-chi dan meriah dengan suara berbual. Aku dalam kereta tertutup pun masih boleh dengar isi perbualan mereka. Paham le sikit-sikit hasil selalu nonton cerita cina kat tv he he he !


Octagon, setentang dengan 7-E tempat bini aku kelebek barang keperluan. Aku pun tak pasti apa benda Octagon, bangunan komersial kut.

Pusing-pusing sekejap, tapi mata tak tahan sudah mengantuk. Semua nak cepat-cepat balik hotel dan tidur.

...... esok paginya


Jam 5 pagi anak aku dah bangun. Tak sabar nak bersaing dalam kejohanan Amanjaya Junior Cup 2016. Siap mandi dan solat segala, 6.30 pagi terpacak depan coffee house untuk bersarapan. Tapi malangnya, 7 am baru depa get ready !

Malas untuk menunggu, naik semula ke bilik dan sarapan secara ala kadar. Kemudian aku dan anak aku menuju ke Padang Ipoh. Bini dan anak-anak aku yang lain mengambil keputusan untuk menunggu di hotel sahaja.


Seronoknya, jalan lengang selengangnya. Damai dan cukup damai ! Jarak Impiana ke Padang Ipoh tak jauh mana, dalam keadaan trafik seperti di atas, kurang 10 minutes boleh sampai.


Aku cuba ambil gambar di sini malam tadi, sebab cantik dengan lampu-lampuan tapi tak sempat bila trafik light bertukar dari merah ke hijau.


Destinasi 'Road To Padang Ipoh'. Jika dibaca, Padang Ipoh ini pun banyak menyimpan sejarah, sisipan sejarah Ipoh itu sendiri dan juga sejarah negeri Perak. Inshaa Allah jika ada rezeki, aku nak tulis sedikit entri berkaitan Padang Ipoh atau awek Waze sebut "Ipoh Padeng" !


Team anak aku sedang warm-up !

Team lawan.

Juga team lawan.

Ini juga team lawan.

Para pegawai perlawanan.

Pemain, pegawai pasukan, penyokong dan para ibu-bapa.

Nasib pasukan anak aku tidak berapa baik untuk tahun ini, tapi menunjukkan peningkatan berbanding tahun sudah. Tidak memenangi kejohanan tetapi mengutip banyak pengalaman baru dan berharga.

Padang Ipoh ini agak strategik jugalah untuk sebarang aktiviti. Nak solat pun senang sebab dekat sangat dengan masjid India dan masjid negeri. Nak makan-makan pun ok je sebab dikelilingi banyak kedai makan. Hotel Cititel Express pun dekat, bank-bank dan bangunan komersial lain pun cukup hampir.


Kalau ikutkan malam tersebut aku bercadang untuk bermalam lagi di Ipoh. Tapi sampai ke sudah tiada bilik hotel yang kosong. Selesai kejohanan, aku sekeluarga terus bertolak pulang. 

Mengantuk dan penat. Hampir terlelap semasa pemanduan, Alhamdulillah masih dipelihara Allah dari segala kecelakaan.

- Ketam Batu -

No comments:

Post a Comment