Tuesday, 10 April 2012

Bercuti Ke Bali 2012: Wina Holiday Villa Kuta

Wina Holiday Villa

Jalan Pantai Kuta
(Inna Kuta Beach)
Bali
Indonesia


*Entrance Wina Holiday Villa

Me and wifey menginap di Wina Holiday Villa Kuta
(March 21 - 24, 2012)
Superior room dengan kadar RM186++ semalam termasuk tax
(Breakfast for two)

Seperti biasa, tempah melalui Agoda.com
Tapi AWAS!!!!!!!
Jangan terpedaya dengan keindahan foto yang terpampang dalam Agoda.com
Nak tahu kenapa?
Akan diterangkan nanti.... tungguuuuuuuuuuuuu!!!!!

*Lobi Wina Holiday Villa

Kami tiba di hotel selepas tengah malam
Disambut dengan senyuman manis
Bali hospitality
Malah dihulurkan dengan tuala panas buat penyegar badan
Urusan check in berjalan lancar
Hulurkan saja print out voucher dari Agoda
Segalanya gratis!!!!!

Okies... nak habaq mai
Masa check in hotel ada minta deposit sebanyak RM200
(Hotel menerima matawang rupiah dan juga matawang asing)
Akan dikembalikan sewaktu check out nanti

TIP berguna: sewaktu check in cuba minta bilik yang baru di renovate
Marbeles
Malangnya kami cuma tahu info ini selepas check out
Huhuhuhuhu............

Selesai urusan check in Pak Bell Boy bawa kami ke bilik
Bilik kami terletak di tingkat 2
Kena menaiki tangga yang agak curam
(Hotel ni tiada lif, masalah juga untuk warga emas, ibu yang sarat mengandung etc)
Langkah juga kena sedikit besar, sebab anak tangga tu macam lebar dari biasa
Kemudian lorong menuju bilik di setiap aras agak sempit dan gelap
(Macam lorong belakang mati le pulop)

*Superior room, tempat kami beradu for the next 3 days

Susun atur bilik agak cun
Lengkap dengan segala kemudahan
(TV tapi bukan flat screen, freezer, safe box)
Siap ada balkoni lagi, bilik kami balkoninya mengadap taman
Cuma lantai bilik tanpa karpet
Wifey tak suka sebab sejuk kaki katanya
Juga keadaan lantai sedikit berpasir

Bilik air bersih tapi amatlah usang
Tanda hitam di sana sini
Bila buka paip, airnya mengeluarkan sedikit bau hanyir
Bau macam air sungai yang keruh
(Sape dok kampung dan kaki mandi sungai tahulah.......)

Aircond dan toilet berfungsi sewajarnya
Jika anda baca review di Agoda, ada bilik yang bermasalah dengan aircond dan juga toilet
Ewwwwwwwwwwwwww
(Lupa nak snap pic bilik air)

*Garden setentang dengan bilik kami, amat mendamaikan

Pada awal tadi, Ketam ada nyatakan jangan percaya dengan foto dalam Agoda......
Nak tahu kenapa?
Wina Holiday Villa ni sebuah hotel tua
Foto dalam Agoda.com tu foto lama
Mungkin diambil sewaktu hotel mula dibuka
Nampak marbeles dalam website
Tapi hakikatnya hotel ini dimamah usia
Tanda-tanda usang boleh kelihatan di setiap penjuru
Terutama dalam toilet, hitam dan karat di sana sini

Apa lagi yer, hmmmmmm....
Okies... pasal makan minum kat hotel pula
Restaurant kat hotel ni namanya Lagenda Malaysian Food Garden
Makanan dia memang marbeles
Kena dengan selera Ketam dan wifey
Paling utama, ada sijil HALAL

Lagenda Malaysian Food Garden ni buka 24/7
Ada satu malam tu kami late supper kat sini
Ketam order mee goreng + soft drink
Wifey order nasi goreng + soft drink
Marbeles
Harga keseluruhan IDR145 000

*Lagenda Malaysian Food Garden

Nak review pasal swimming pool... Ketam tak utilise sebenarnya
Sebab busy  dengan tour dan pool tu penuh dengan kokesen
Pandang dari jauh je, tak pun jenguk masa breakfast
Tapi nampak bersih walau tak besar mana
Swimming pool tutup jam 8
Siap ada security ronda
Sebab ada kokesen yang memalam buta pun nak terjun kolam

Dari segi lokasi memang strategik
Bertentangan dengan Pantai Kuta dan tak jauh dari Pantai Legian
Nak ke Legian Street pun jalan kaki je
(Tempat shopping sobenier)
Hard Rock Cafe dari Wina less than 10 minutes jalan kaki
KFC, minimart dan tempat makan merata
Pendek kata lokasi memang strategik

Kesimpulannya kami berpuas hati dengan kemudahan dan juga layanan staff
Cuma, kalau bilik dah upgrade semua.... lagi bagus

Selamat berwisata

1 comment: