Tuesday, 17 December 2013

Apa Seronoknya & Kurang Menyeronokkan Sewaktu Menginap Selama 2H1M (30 Nov - 1 Dis 2013) @ Hotel Vistana Micassa, Taiping?


Hotel Vistana Micassa
No. 18 & 20, Jalan Taming Sari,
34000 Taiping, 
Perak Darul Ridzuan.
Tel: +605-809 1188
Fax: +605-806 7333
Email: hotelvistanamicassa@yahoo.com
Website: www.vistanamicassa.com


Para pembaca blog DSKB yang budiman,

Entry ini dibuat khusus untuk berkongsi pengalaman ambo dan HM sewaktu berpeluang menginap di Hotel Vistana Micassa, Taiping baru-baru ini.

Segala review dan pendapat adalah bersandarkan pengalaman ambo dan HM semata-mata. Selera dan pendapat kita mungkin berbeza, jadi ada baiknya readers rujuk juga pengalaman bloggers lain yang pernah juga menginap di sini.

Ok.... mula-mula kita kongsi apa yang seronoknya menginap di Hotel Vistana Micassa, Taiping.

Pertamanya..... lokasi. Hotel ini letaknya di pekan Taiping, jadi amat mudah bagi anda untuk jalan-jalan cari makan, ataupun jalan-jalan mencari keperluan diri. Tak perlu berkereta, cukup hanya dengan berjalan kaki sambil menyusuri panorama pekan Taiping.

Lokasi hotel ini juga sebenarnya tidak jauh dari tourist spots seperti Muzium Perak, Bukit Larut, Taiping War Memorial, Zoo Taiping dan Taman Tasik Taiping.

Keduanya.... anda dibenarkan check-in awal kalau bilik telah tersedia tanpa charge tambahan. Sesetengah hotel cukup berkira tapi tidak dengan Hotel Vistana Micassa, Taiping. Machiam kami, sekitar jam 1 sudah bersenang lenang di bilik.

Ketiganya.... budi bahasa staf, amatlah terpuji. Layanan yang baik diberi sewaktu ambo menelefon untuk bertanyakan bilik-bilik yang masih available (malangnya untuk walk-in telah fully booked, tapi nasib baik dalam Agoda masih ada). Begitu juga sewaktu ambo dan HM sampai untuk check-in, layanan receptionist amatlah mesra pelanggan.

Apa pula yang kurang menyeronokkan sewaktu menginap di Hotel Vistana Micassa, Taiping?

Harga.... pada ambo dan HM, dengan kadar RM180 semalaman untuk bilik superior with windows amatlah tidak berpatutan dengan saiz dan kondisi bilik. Harga tersebut juga tidak termasuk breakfast, jadi pada ambo dan HM ianya agak mahal.

Namun menurut salah seorang receptionist, harga tersebut adalah termasuk surcharge hujung minggu dan musim cuti sekolah. Maknanya harga tersebut adalah harga peak seasons. Namun bila ambo semak kembali di Agoda untuk bilik yang sama pada waktu bukan musim cuti sekolah, harganya sedikit turun kepada RM150++. Tapi pada ambo masih mahal jika bersandarkan kepada saiz dan kondisi bilik.

Kemudiannya yang membuatkan penginapan kami kurang menyeronokkan adalah saiz dan dekorasi bilik. Bilik kami, superior with windows sedikit sesak dengan susun atur perabot. Ini disebabkan saiz bilik yang agak kecil dan pelik. Pelik di sini kerana bilik kami letaknya di bahagian penjuru bangunan hotel yang sedikit melengkung. Jadinya bilik kami bukan berbentuk segi empat, tapi hampir kepada segi tiga.

Justeru itu ruang menjadi terhad, ok kalau anda solo travellers tapi kalau berkeluarga.... lebih-lebih lagi bersama anak-anak kecil yang agak lasak, amatlah tidak selesa bermalam di bilik yang sedemikian. 

Bagi anak-anak yang suka berendam.... another minus factor kerana hotel ini tiada kolam renang. Bilik superior with windows juga tidak dilengkapi dengan bath tub.

Sedikit gambaran Hotel Vistana Micassa, Taiping.....


Selamat datang ke Hotel Vistana Micassa, Taiping. 


Sila parking kereta anda ditempat yang dikhaskan untuk pelanggan Hotel Vistana Micassa, biasanya di perkarangan hotel. Jika anda parking kereta anda diseberang jalan pada waktu pejabat, jangan lupa tinggalkan tiket parking di atas dashboard.


Jika anda berdiri di hadapan reception dan dongak ke atas, ini yang dapat anda lihat.


Lounge hotel untuk pelanggan beristirehat.


Saiz lif agak kecil dan sempit. Bilik kami hampir setentang dengan lif ini, kadang kala boleh dengar pelanggan lain yang sedang berbual sambil menunggu lif.


Bilik kami.


Anda nampak kan betapa sesak dan sempitnya bilik kami? 


TV letaknya dihujung katil dan dipakukan pada para-para.


Malam-malam minum kopi segera sambil layan TV seronok juga.


Foto penuh artistic ini untuk menunjukkan lantai tanpa karpet. HM cukup tak suka menginap di hotel yang mana lantainya tidak berkarpet.


Bilik air dan toilet tiada masalah, bersih dan mencapai piawaian ISO HM.

Jadi dengan segala pro and cons seperti yang dinyatakan, adakah ambo akan kembali sekali lagi ke Hotel Vistana Micassa, Taiping?

Bergantung.... kalau sebagai solo travellers dan harganya berpatutan, tiada masalah untuk ambo kembali.

Tapi jika bersama keluarga, tidak mungkin lebih-lebih lagi untuk bilik superior with windows yang mana biliknya berbentuk segi tiga.... hehehehe.

Sekian.

No comments:

Post a Comment