Monday, 16 December 2013

Apa Seronoknya Menginap Selama 2H1M (29-30 Nov 2013) @ Flemington Hotel Taiping?



Flemington Hotel
No. 1 Jalan Samanea Saman,
34000 Taiping,
Perak Darul Ridzuan.
Tel: +605-820 7777
Fax: +605-808 0177
Email: info@flemingtonhotel.com.my
Website: www.flemingtonhotel.com.my


Entry ini khusus untuk review dan memperihal pengalaman ambo dan HM menginap selama 2 hari 1 malam di Flemington Hotel, Taiping baru-baru ini.

Seperti mana yang diwar-warkan dalam entry 'Catatan Perjalanan Ke Taiping', ambo contact Flemington Hotel pada pagi sebelum bertolak ke Taiping. Kebetulan pada masa itu juga merupakan musim cuti sekolah, jadi bilik yang available amatlah terhad.

Namun nak dijadikan rezeki, dapat jugalah ambo booking bilik superior walau hanya untuk semalaman. Asalnya ambo mahu booking untuk 2 malam tetapi untuk hari kedua, hanya suite yang available di mana harganya jauh dari jangkauan isi poket ambo.  


Walau cuma untuk satu malam, cukuplah untuk ambo dan HM merasai sendiri keseronokkan menginap di Flemington Hotel seperti mana yang diceritakan oleh para bloggers yang terlebih dahulu sampai ke sini sebelum ambo.

Jadi apa seronoknya menginap di Flemington Hotel, Taiping?

Bagi ambo, secara peribadinya ambo cukup suka akan lokasi di mana letaknya Flemington Hotel, Taiping. Kedudukkan hotel ini yang hanya setentang dengan Taman Tasik Taiping menjadikan suasananya cukup santai dan mendamaikan. Lokasi Flemington Hotel juga sebenarnya cukup dekat dengan tourist spots seperti Zoo Taiping, Bukit Larut, Taiping War Memorial dan Muzium Taiping.

Secara peribadi juga, ambo berpendapat layanan petugas Flemington Hotel cukup bagus. Bermula dengan receptionist yang cukup membantu sewaktu ambo menelefon untuk membuat tempahan bilik, juga sewaktu proses check-in serta check-out. Malahan security guard juga cukup pro-active sewaktu ambo tercari-cari ruang untuk parking kereta di kawasan basement.

Ini sewaktu kami tiba untuk check-in. Urusan check-in amat pantas dan lancar. Beritahu nama dan IC untuk semakan, tandatangan form berkaitan, bayar deposit dan tidak sampai 10 minit kemudiannya kami sudah berada di bilik.

Berapa harga bilik superior untuk penginapan selama 2 hari 1 malam di Flemington Hotel?

Ambo cuma bayar RM148 semalaman untuk bilik yang cukup selesa, dan yang paling penting amat bersih. Flemington Hotel sebenarnya masih baru, jadi segala kemudahan masih lagi tip top. Harga tersebut juga sudah termasuk breakfast untuk 2 orang.

Mari kita tinjau keadaan bilik.....

Sarang penginapan kami untuk 2 hari 1 malam... bilik 432. Uniknya setiap papan tanda pintu bilik turut terukir gambaran pokok angsana yang menjadi identiti hotel. 

Sebaik sahaja pintu dibuka dan lampu dinyalakan, inilah yang kami nampak. Two single bed, bilik yang cukup luas, selesa dan bersih. Rasa berbaloi sangat dengan harga yang kami bayar untuk menginap di sini.

Foto artistik ini.... hehehe.... untuk menzahirkan keadaan bilik dan karpet yang cukup bersih. Nak berguling-guling di atas lantai berkarpet pun tak ada rasa geli.

Lately kalau menginap dimana-mana hotel, HM amat @ terlampau prihatin dengan kebersihan tandas dan bilik air. Bilik air di Flemington Hotel ternyata lulus piawaian ISO HM.... bersih terpuji. 

Kita zoom bahagian sinki dengan lebih dekat... ada berus gigi, sabun dan.... eh mana shampoo?

Bath tub tiada.... tapi bukannya masalah besar bagi ambo dan HM. Apa yang paling ambo suka adalah kepala paip mandian, lubang keluar air cukup besar. Bila mandi, air yang mencurah cukup deras dan terasa berketul-ketul, kepala macam diketuk-ketuk mesra.... nyaman dan lega rasanya.... hehehehe.

Pemandangan dari bilik ambo dan HM. Disebabkan bilik kami berada di bahagian sisi hotel, view kami meliputi separuh Taman Tasik Taiping manakala separuh lagi adalah blok-blok perumahan. Nak view yang cantik, dapatkan bilik yang menghadap Taman Tasik Taiping sepenuhnya.

Kalau anda atau anak-anak anda minat berenang, kolam renang milik Flemington Hotel letaknya di aras paling atas bersama-sama Sky Bar. Tapi kami tidak berkesempatan untuk meninjau kemudahan kolam renang tersebut. Lagi pula bila anak-anak tak follow sama, agenda kolam renang always not in the list

Flemington Lounge pula tempat untuk pelanggan lepak-lepak sambil dihiburkan oleh resident artist. Cuma kami tidak berpeluang untuk berhibur di Flemington Lounge kerana ianya ditutup pada hari kami menginap.

Keesokkan paginya kami bersarapan di Raintree Cafe, Flemington Hotel. Kadar bilik superior, RM148 sudah termasuk breakfast untuk 2 orang..... murahkan?

Apa yang ada di Raintree Cafe?

Machiam-machiam ada.... nasi lemak, mee goreng, roti, cereals, kuih-muih, buah-buahan dan lain-lain. Pada ambo lebih dari cukup, paling penting sodap!!!

Sarapan ambo dimulakan dengan semangkuk cereals dan susu segar.

Disusuli dengan sepinggan nasi lemak dan beberapa potongan kecil sausage.

Diakhiri dengan 2 biji telur separuh masak dan sepiring hirisan buah-buahan. Burps.... Alhamdulillah.... hehehe. 

Uniknya bersarapan di Raintree Cafe, disamping menjamu selera.... mata anda disajikan dengan kehijauan Taman Tasik Taiping. Dinding kaca memungkinkan pengunjung menikmati keindahan Taman Tasik Taiping sambil menghirup kopi panas di Raintree Cafe.

Sememangnya tidak rugi kami bertandang ke Flemington Hotel, dengan seribu machiam keseronokkan (but of course selera kita mungkin berbeza).    

Konklusinya, ambo dan HM pasti tidak ragu-ragu untuk kembali sekali lagi ke Flemington Hotel, Taiping.

No comments:

Post a Comment