Saturday, 5 April 2014

Alhamdulillah Hujan Kembali Menyirami Bumi Nan Gersang

Buat kesekian bulannya kita menderita panas yang amat, hutan gambut terbakaq sana sini disusuli jerebu dan ada yang sampai kena catuan ayaq. Nak ceboq lepas berak pun berkira. Kini hujan rahmat telah kembali, agak lebat juga di beberapa lokasi. Syukur atas nikmat Mu Yang Maha Esa.

Bukan main lebat lagi hujan, lega rasa sejuk badan.

Nyaman rasa badan. Ambo memang suka bunyi dan bau hujan. Ada semachiam satu energy bila hujan turun. Hati rasa damai dan tenteram. Lebih-lebih lagi kalau balik kampung, bunyi ayaq hujan menitik di atas atap zink seakan alunan muzik.

Tapi kalau hujan lebat turun sewaktu memandu ada rasa goyang juga pada kepala lutut. Bukan apa, penglihatan jadi terhad dan jalan raya agak licin.

Pengalaman ambo yang saban hari berulang alik TGM-SA menggunakan highway Plus, kemalangan kerap berlaku sewaktu hujan, terutamanya di laluan antara Bukit Beruntung dan Bukit Tagar. Memang kerap sangat kereta terbabas terutamanya sewaktu hujan lebat.

Untuk makluman laluan Bukit Beruntung-Bukit Tagar juga sering berlaku kemalangan maut. Nasihat ambo, berhati-hatilah sewaktu memandu di laluan ini. Nak kata jalan tak berapa elok, rasanya machiam ok saja, berminyak pun tak. Ada juga cerita berunsur mistik berkaitan laluan tersebut tapi Wallahuallam.

Lokasi berhampiran kediaman elit tempat tinggal Kapten Zahari, juruterbang MH370.

Satu benda yang ambo perasan bila lebatnya hujan, pemandu Malaysia suka memasang hazard light, lampu signal yang menyala kiri dan kanan tu...... memang bidaah sungguh. Ia sepatutnya dipasang jika ada kecemasan dan kereta telah berhenti. Tapi seakan sudah sebati dikalangan sesetengah pemandu untuk menyalakan hazard light sewaktu hujan.

Machiam mana mahu beza kereta berhenti kerna kecemasan atau kerana takut ayaq hujan?

Sapa yang duk Shah Alam atau KL, hujan lebat juga kadang kala mai bersama banjir kilat. Naya nooo, silap-silap kereta tenggelam kat basement machiam tahun2 sudah. Tahun ni tak dengaq lagi. Ayaq yang naik pun setakat atas sikit dari buku lali.  

Itu pun risau juga kot2 enjin mati tengah jalan, maklumlah kekadang ulang alik guna kereta tua. Tapi setakat ni masih Alhamdulillah.

Ari ni mendung je tu kat luar, tak sabaq nak nunggu hujan turun. Rindu dengan bunyi dan bau hujan...... hehehehe.

Roger & out.

No comments:

Post a Comment