Monday, 7 April 2014

Captain America: The Winter Soldier

Malam tadi ada peluang horey2 dengan binik dan rakan2. Bukan horey2 apa pun cuma pergi AEON Rawang untuk menonton Captain America: The Winter Soldier.


Sumber: Google Image



Captain America: The Winter Soldier ini merupakan sequel kepada Captain America: The First Avenger. Namun bukanlah berkait secara langsung, cuma ada satu dua babak yang menjadi titik kesinambungan. Maknanya kalau anda belum menonton The First Avenger, tak ada masalah pun nak faham The Winter Soldier.

Kisahnya bermula apabila Director Nick Fury mengarahkan Captain America aka Steve Rogers (lakonan Chris Evans) bersama-sama Agent Natasha Romanoff/Black Widow (lakonan Scarlett Johansson - cantik montot dia ni...... hehehehe) dan pasukan khas S.T.R.I.K.E untuk menyelamatkan sebuah kapal milik SHIELD yang telah ditawan lanun yang diketuai oleh Georges Batroc.

Setelah bertempur hebat, seperti biasa adiwira kita Captain America and The Gangs berjaya menawan kembali kapal tersebut dan menyelamatkan anak kapal termasuklah kapten kapal, Jasper Sitwell yang juga merupakan agen kanan SHIELD. 

Sewaktu operasi menyelamat tersebut, Captain America ternampak Agent Romanoff sedang memuat turun data dari bilik operasi kapal. Maka tertanya-tanyalah Captain America akan tujuan Agent Romanov, kerana setahu beliau, operasi tersebut hanyalah untuk menyelamatkan kapal dari tawanan lanun. Lagi pula Director Fury tak pernah briefing apa-apa pasal aktiviti download mendownload.

Maka benganglah Captain America apabila diberitahu oleh Agent Romanov bahawa beliau mempunyai misi rahsia yang lain sebagaimana yang diarahkan oleh Director Fury. 

Balik HQ SHIELD selepas operasi, Captain America terus serbu pejabat Director Fury untuk minta penjelasan. Pada pandangan Captain America, sebagai ketua operasi menyelamat tersebut, beliau sepatutnya diberitahu jika ada sebarang operasi lain yang berkaitan. Tapi Director Fury mempertahankan diri, katanya mana boleh tahu semua, sikit-sikit cukuplah demi kelangsungan hayat SHIELD.

Dalam pada itu, Director Fury mendedahkan kepada Captain America satu projek rahsia SHIELD yang dinamakan Project Insight di mana 3 buah kapal pengangkut dibina khusus untuk membunuh mana-mana individu yang berpotensi untuk menjadi pengganas. Tak ada soal siasat, asal berpotensi secara algoritm sahaja, maka individu tersebut akan dibunuh. Siapa yang mencipta algoritm tersebut? Nanti kita cerita.......

Okied, dalam babak seterusnya, Director Nick Fury telah diserang oleh sekumpulan geng bersenjata diketuai oleh pembunuh upahan yang selama ini disangka sebagai cerita dongeng, The Winter Soldier. Semasa diserang, Nick Fury sebenarnya dalam perjalanan untuk berjumpa dengan Maria Hill (lakonan Cobie Smulders), seorang lagi adiwira yang juga merupakan seorang agen kanan SHIELD.

Akibat serangan tersebut, Nick Fury cedera parah tapi sempat menyelamatkan diri dari The Winter Soldier. Beliau terus melarikan diri dan bersembunyi di apartment Captain America. Malangnya penjahat berjaya mengesan beliau dan ditembak sebanyak dua das  yang membawa kepada kematiannya.

Susulan itu, timbul tanya kenapa Nick Fury lari ke apartment Captain America hingga membawa kepada pertuduhan bahawa beliau dan Nick Fury terlibat dalam skandal penyalahgunaan kuasa dalam SHIELD.

Captain America telah ditangkap atas pertuduhan tersebut tapi seperti biasa, hero memang senang-senang sahaja untuk melepaskan diri. Demi membersihkan namanya dan untuk menyiasat perkara sebenar, Captain America meminta bantuan Black Widow/Agent Romanov dan Sam Wilson aka Falcon (lakonan Anthony Mackie). Malangnya mereka telah dihalang oleh The Winter Soldier dan S.T.R.I.K.E lalu tertangkap. 

Nasib baik agent Maria Hill berhasil membebaskan mereka lalu dibawa ke HQ SHIELD yang baru, tersembunyi di bawah tanah. Di situ mereka bertemu kembali dengan Director Nick Fury yang rupa-rupanya telah dipalsukan kematiannya.

Rupanya mereka telah diperangkap oleh organisasi HYDRA, sekumpulan saintis berfahaman Nazi. HYDRA sebenarnya telah dihapuskan sewaktu Captain America: The First Avenger tapi tanpa mereka sedari, HYDRA berhasil menyusup masuk ke dalam organisasi SHIELD dari akar umbi hingga ke pucuk pimpinan.

Secretary Alexander Pierce dan Jasper Sitwell yang merupakan antara pegawai kanan SHIELD merupakan agen-agen HYDRA yang menyamar dan membuat onar dalam SHIELD.

Oleh itu Director Fury, Captain America dan Agent Romanov memutuskan untuk menghapuskan HYDRA dan SHIELD sepenuhnya demi keselamatan sejagat.

Usaha mereka ini dibuat dengan cara mensabotaj Project Insight, yang mana algoritma untuk mengenalpasti mana-mana pengganas sebenarnya dicipta oleh Arnim Zola iaitu salah seorang bekas saintis HYDRA yang disangkakan telah berpaling tadah menyokong SHIELD. Tapi sekali lagi usaha ini dihalang oleh The Winter Soldier.

Lagi-lagi The Winter Soldier. Siapa The Winter Soldier?

Persoalan ini terjawab apabila semasa pertempuran Captain America dan The Winter Soldier, topeng The Winter Soldier tercabut. Terpaku Captain America apabila didapati The Winter Soldier sebenarnya adalah Sergeant Bucky Barnes, orang kanan beliau dalam pasukan komando The First Avenger dan juga merupakan sepupunya sendiri.

Kalau anda masih ingat, Sergeant Bucky Barnes terbunuh dalam Captain America: The First Avenger setelah terjatuh dari keretapi. Rupanya beliau masih hidup dan ditemui oleh HYDRA. HYDRA telah berekperimentasi dengan badan Sergeant Bucky Barnes dan terhasillah super-human bergelar The Winter Soldier.

Jadi bagaimana pengakhiran Captain America: The Winter Soldier?

Sanggupkah Captain America membunuh The Winter Soldier yang rupa-rupanya sepupunya sendiri?

Apa nasib Director Fury, agent-agen yang masih setia kepada SHIELD dan organisasi SHIELD sendiri?

Adakah HYDRA akan berjaya dengan agendanya?

Untuk menjawab persoalan tersebut, apa kata anda ke pawagam berhampiran sekarang?

Hehehehehehe........ kalau ambo terus cerita sampai ending tak suspen la kome nengok wayang nanti.

Semoga terhibur ye.

Roger & out. 

2 comments: