Saturday, 30 May 2015

KeMBaRa LiBuR KoTa BHaRu - KuaLa TeReNGGaNu - KuaNTaN 2015 : PReVieW


Hari ini Sabtu, tapi ambe bertapa dalam opis semata-mata nak siapkan kerja. Kerja-kerja yang perlu disiapkan sebelum ambe bercuti selama seminggu bermula minggu hadapan.

Pagi tapi on the way ke tempat kerja, keadaan lalu lintas sedikit berbeza berbanding kebiasaan.

Umum ketahui cuti sekolah telah bermula. Jadi laluan trafik memasuki KL amatlah kurang tetapi kenderaan menuju utara, agak luarbiasa bilangannya. 

Mungkin ramai yang telah mula bercuti, sama ada untuk pulang ke kampung atau pun jalan-jalan makan angin.

Ambe pun akan sama memeriahkan dan menambah laluan trafik, tapi bukan pada awal minggu. Pertengahan minggu baru mulakan perjalanan, hope jalan raya tak adalah sesak mana nanti terutama di Karak dan LPT.

Destinasi ambe pada kali ini adalah Kota Bharu, Kuala Terengganu dan berkemungkinan Kuantan atau pun Cherating. Kira jelajah pantai timur gitu.

Main purpose kembara ini adalah untuk makan kenduri di Kota Bharu dan Kuala Terengganu. Jika ada kesempatan, jalan-jalan cari makan dan shopping mopping bagi orang rumah.

Kuantan dan Cherating, sekadar persinggahan untuk merehatkan badan dan minda sebelum kembali bekerja pada hari yang berikutnya.

Tentative lengkap selain makan kenduri, masih belum dipastikan. Mungkin main redah sahaja mengikut kesesuaian masa. Malas nak berschedule bagai. Mana yang sempat kita singgah, mana yang nampak kita makan. Ha gitu...

Tapi penginapan kena stand-by siap-siap. Maklumlah cuti persekolahan, kebanyakkan hotel fully booked.

Penginapan di Kota Bharu, my wife baru tadi dengan jayanya telah membooking Khalifa Inn di Wakaf Che Yeh, Kelantan.

Khalifa Inn
No. 1 Tingkat Atas Bazar Lot Niaga
Jalan Kuala Krai
Zon Komersial Wakaf Che Yeh
15100 Kota Bharu 
Kelantan
Tel: +609-746 1777
Rate: RM157++ (Family Room, 2 Queen Bed, without Breakfast)

Manakala di Kuala Terengganu nanti, kami bakal menginap di Chalet Che Su dan Hotel YT Midtown.

Chalet Su
A-1545 Kampung Rusila
21600 Marang
Terengganu
Tel: +6017-679 7672, +6012-974 6489
Rate: RM150 (Superior Room, 2 Queen Bed, without Breakfast)

Hotel YT Midtown
No. 30 Jalan Tok Lam
20100 Kuala Terengganu
Terengganu
Tel: +609-622 3088
Rate: RM213 (Suite, Queen Bed, 2 Breakfast Vouchers)

Penginapan di Kuantan atau pun Cherating masih dalam pertimbangan. Antara yang telah di 'short-listed' kan;

Suria Cherating Beach Resort
Residence Inn Cherating
Swiss-Garden Beach Resort Kuantan

Update: 1 Jun 2015, akhirnya Swiss-Garden Beach Resort jadi pilihan. Cherating akan disinggahin masa on the way ke Kuantan nanti.

Swiss-Garden Beach Resort
2656-2657 Mukim Balok Beach
Beserah
26100 Kuantan
Pahang
Tel: +609-544 7333
Rate: RM433.25 (Executive Deluxe, Queen Bed, without Breakfast)


4 comments:

  1. wahh perkongsian yg menarikk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengah nak siapkan entri percutian tersebut.

      Delete
  2. Assalam ketam,
    iols pun tengah dok buat itinerary untuk cotik2 penang-ganu-pahang-kl untuk ghayer
    haaaaaa
    awai gilos plan kan3
    nanti uols up la netry sebagai rujukan naaaaaaaaa :)

    ReplyDelete