Tuesday, 5 May 2015

NiKMaTi LaKSa KeLaNTaN & LaKSaM Di PaSaR BaSaH KuaLa KRai, KeLaNTaN

As-Salam & Salam Sejahtera,

Masa balik kampung sempena cuti hari pekerja yang baru lepas, ambe cuba perkenalkan beberapa makanan tradisi Kelantan kepada anak-anak ambe.

Antaranya tuak, tapi anak-anak ambe yang merupakan Kelantan celup awal-awal lagi sudah surrender bila tercium bau air tuak.

Makanan tradisi Kelantan lain yang sempat ambe perkenalkan pada anak-anak adalah laksa Kelantan dan juga laksam. 

Apa bezanya laksa Kelantan dan laksa yang terdapat di lain-lain negeri? Laksanya pada hemat ambe tetap sama, bezanya cuma pada kuah. Kuah laksa Kelantan diperbuat dari bahan-bahan berikut;

bawang merah
bawang putih
halia
asam keping
ikan rebus 
kelapa (santan)
garam/gula secukup rasa
gula melaka atau Kelantanese panggil nisse
belacan
kerisik

Resepi lengkap untuk menyediakan kuah laksa Kelantan boleh rujuk blog Cik Mimpi Siang dan Azie Kitchen

Kuah untuk laksa Kelantan ini boleh dimakan sama dengan laksam.

Apa bezanya laksa dengan laksam?  

Mudah kata, laksa yang kurus dan panjang, seperti yang biasa kita nikmati. Laksam pula lebar dan bulat, iaitu kepingan seperti kuey teow yang dipotong bulat.

Laksa Kelantan yang belum dimasukkan kuah.


Inilah laksam. Gambar ehsan mialiana.com

Mana tempat yang ambe bawa anak-anak untuk nikmati laksa Kelantan dan laksam?

Ia cuma satu gerai kecil yang terletak diantara gerai buah dan pasar basah dalam bandar Kuala Krai.

Laksa yang dijual mungkin bukanlah yang paling sedap dalam negeri Kelantan, tapi gerai ini cukup dekat dengan kehidupan ambe.

Masa arwah ayah ambe masih hidup dulu dan pada masa itu usia ambe sekitar 4-12 tahun, setiap kali ke pekan bersama arwah, gerai ini antara yang kerap kami singgah. Tujuan utama, untuk pekena laksa ataupun laksam. 

Apabila usia ambe menjelang remaja, tiap kali ke bandar, seakan wajib untuk ambe pula menyinggah walaupun tanpa arwah. Masa itu sudah ada sedikit duit poket hasil dari menolong arwah di kebun getah. 

Selain dari laksa dan laksam, gerai ini turut menjual makanan lain seperti pulut pengat pisang, pulut durian dan nasi berlauk. Tapi paling popular adalah laksa dan laksam.

Suatu ketika dulu, gerai ini juga sering menjadi tempat berkumpul pemain dan kakibola bolasepak sekitar Kuala Krai untuk bersosial pada waktu senggang. 

Keadaan gerai, tersusun laksa dan laksam yang menanti pelanggan setia. Keadaan dan suasana gerai ini tidak pernah berubah sejak puluhan tahun yang lampau.

Nampaknya, laksa Kelantan dan laksam sedikit kena dengan selera anak-anak ambe. Not totally rejected by tengkolok mereka, tak habis sepinggan tapi ada juga yang sempat masuk ke perut. 

Yang mana tak habis oleh mereka, ambe yang tolong habiskan. In total, sepinggan laksam dan separuh pinggan laksa Kelantan masuk ke perut ambe.

Cukup untuk merubat kerinduan ambe akan laksa/laksam Kelantan serta mengimbau kenangan sewaktu kecil dan remaja dahulu.

2 comments: