Thursday 7 November 2013

Eksplorasi Mossy Forest & Gunung Brinchang, Cameron Highlands

Jarang sekali kita baca pengalaman bloggers menyusuri keindahan Mossy Forest di Gunung Brinchang ataupun berkongsi pengalaman mendaki Gunung Irau, puncak tertinggi di Cameron Highland. Mungkin tidak ramai yang sedar akan kewujudan Mossy Forest, termasuklah ambo sebelum ini. Kebanyakkan daripada kita hanya tahu di Cameron Highland hanya ada ladang teh, kebun sayur, pasar malam Brinchang, dan yang terbaru chocolate factory. Nak kata kurang promosi, boleh jadi juga, sebab itu ramai yang terlepas pandang akan Mossy Forest.

Teruja juga ambo untuk ke sana, lebih2 lagi ada member satu opis siap cakap.... Mossy Forest sebijik sebijun macam dalam filem Avatar dia punya pemandangan. Terkedu ambo, cantik bonar tu der. Ambo dah high expectation dah ni der.....

Jadi bagaimana untuk ke Mossy Forest Gunung Brinchang? Mudah saja der, anda boleh memandu sendiri kerana Gunung Brinchang accessible by road. Cuma jalannya bengkang bengkok dan curam di sesetengah tempat, tapi kalau ada 15 persen skills pemanduan Emcek Karamjit Singh pun dah ok, Inshaa Allah boleh selamat sampai. 

Tapi ambo and the gengs tak drive sendiri, kami guna khidmat private tour agency untuk sewa perkhidmatan kenderaan, 4x4 Land Rover Defender. Tambang pergi balik 4x4 Land Rover Defender RM350, boleh muat kira2 10 orang jadi satu kepala hanya kena bayar RM35. Kalau bilangan group anda kurang 10 pun tak apa, nanti pandai2 lah agency top-up peserta supaya tak adalah group anda kena bayar sampai RM350 walau tak sampai 10 orang. Apa2 pun boleh bincang dengan operator tour.

Seawal pagi kami pakat2 tunggu Land Rover di simpang masuk ke Gunung Brinchang dari jalan utama, hadapannya ada Bee Farm. Sebenarnya boleh saja minta Land Rover datang ambil dari tempat penginapan, itupun kalau anda tiada kenderaan. Disebabkan kami datang ke CH naik bas, jadi pemandu bas turunkan dulu kami di Bee Farm, mana tahu ada yang nak gedix2 dengan lebah seawal pagi. 

Bee Farm, masuk adalah percuma. Few years back ambo & family pernah masuk. Pengunjung boleh menyusuri laluan ke tempat perternakan lebah.

Laluan masuk ke Mossy Forest dan Gunung Brinchang. Kalau anda perasan, ini juga laluan ke Ladang Teh Boh Sungei Palas. Pertengahan jalan nanti ada simpang, kalau ke kanan tuju Ladang Sungei Palas manakala ke kiri akan sampai ke Gunung Brinchang.

Berpeluh juga menunggu Land Rover yang dijanjikan sampai, jadi ada ahli rombongan tumpang berteduh dan tumpang shopping dulu di Bee Farm, masuk adalah percuma tapi dah ambil barang jangan lupa bayar yer (ini pesanan dari tuan tanah kedaung Bee Farm). Tidak kurang juga yang tumpang buang bahan kumuh, sebab bila dah sampai puncak nanti tiada public toilet. Segalanya nature to nature, sakit perut nanti meneran sajalah kat celah2 pokok, no more civilisation..... hehehehe.

Bila Land Rover dah sampai ada sedikit konfusi pula di antara agensi dan pengelola program. Land Rover yang ada hanya mampu bawa separuh dari peserta program terus ke Gunung Brinchang manakala separuh yang lagi kena naik bas sekolah ke Ladang Sungei Palas dulu. Bas sekolah tu der..... entah boleh naik ke idoknyer, nampak macam tinggi juga nak panjat tu. Ambo adalah sebahagian ahli rombongan yang kena naik bas sekolah ke Ladang Sungei Palas, tunggu kat sana kejap sebelum Land Rover yang panjat sampai ke Gunung Brinchang turun kembali.

Inilah bas sekolahnya der.....

Bas sekolah kaler kuning der, pengangkutan inilah yang bawa kami menyusuri jalan berliku dari Bee Farm ke Ladang Sungei Palas. Jalan dia punya sempit der, ngam2 selesa satu kereta, kalau berselisih masing2 kena himpit ke bahu jalan. Kalau silap bajet boleh tergelungsur masuk gaung. Uncle driver bas ini pon bukan naik sheikh lagi tunjuk skills, siap kilas maut masuk korner, profesional sungguh tapi penumpang kat belakang dah terjerit terkencing ketakutan.... hehehehe. Apa taknya rasa muncung bas tu dah hampir sangat dengan tepi gaung, silap2 kami semua masuk paper macam yang kat Genting Highland dulu, dah la sama2 kaler kuning der.

Bas sekolah Uncle Kumar hantar kami sampai ke persimpangan di antara Gunung Brinchang dan Ladang Sungei Palas. Sementara tunggu Land Rover turun dari Gunung Brinchang, kami lepak2 dulu disamping berselfie di sekitar Ladang Sungei Palas. Sebenarnya pakej tour RM350 satu Land Rover dah termasuk kunjungan ke Ladang Teh Boh Sungei Palas tapi kami skip sebab aktiviti di Mossy Forest nanti akan ambil masa yang agak lama.

Masa menunggu Land Rover kembali, nampak ramai juga pengunjung yang cuba skills naik ke Gunung Brinchang dengan memandu sendiri tapi cuma separuh jalan sebab hati tak berapa nak kering. Katanya ngeri sebab nampak jalan naik sempit sangat. Sudahnya sampai Ladang Sungei Palas, pegang2 daun teh dan pekena teh tarik Boh segelas dua terus turun ke Brinchang kembali. Alamak, rugi der.... rugi, dah separuh jalan tu, cekalkan hati kuatkan iman. Inshaa Allah boleh sampai der....

Berselfie dulu barang sekeping dua.....

Rumah salah seorang pekerja ladang teh Boh. Nyaman betul suasana, belakangnya berdiri teguh banjaran yang diselaputi dedaun teh yang menghijau. Cantik tertarik ko memang deboom der dia punya pemandangan, terus ambo jadik romantika de armoure.

Inilah daun teh, hijau subur. Masuk perut sapelah nanti ni.....

Laluan naik ke Gunung Brinchang, hanya muat2 satu kereta. Kalau berselisih, pandai2 lah adjust nak bagi lepas. Sama ada lari ke bahu jalan atau kena reverse ke belakang. Silap reverse boleh masuk semak, nak malang lagi tersangkut tayar kereta dalam lumpur macam satu Proton Satria Neo. Terpaksa kami ramai2 pakat tolong tolak. Cabaran ini semua yang buat ramai yang patah balik, hati tak berapa nak kering untuk teruskan perjalanan. Boleh der boleh, cekalkan hati. Mat Salleh selamber je drive naik, takkan kita yang lokal ni boleh semput kat tengah jalan der.

Masing2 tengah sibuk berselfie, sampailah sudah Land Rover Defender untuk bawa kami ke kemuncak Gunung Brinchang. 

"Lai.... lai.... cepat masuk Leng Rober, satu Leng Rober kasi muat sepuloh olang arrr", panggil Uncle drebar. 

Kalau tadi naik bas sekolah masing2 dah ngeri, kali ini naik lagi Land Rover.... merentasi laluan berliku ke Gunung Brinchang. Meliuk-liuk badan bila Uncle driver buat korner maut sambil tiba2 buat brake mengejut. Jangan risau, keselamatan anda Inshaa Allah terjamin. Mereka ini semua pemandu profesional, setakat korner maut dan cerun dalam bagai, kacang je pun, dah jadi santapan harian mereka.

4WD yang mampu memuatkan 10 penumpang. Bersesak la kat dalam tu macam sardin, nak malang kalau ada yang dari species mudah mabuk. Kalau setakat pening kepala saja ok lagi, kalau sampai tahap termuntah isi perut, bersedialah yang lain dengan aroma yang memualkan. Nasib malang lagi siap tersembur ke muka..... hahahaha.

Uncle yang drive Land Rover kami, tengok tu fokus sungguh menyusuri laluan penuh berliku. Profesional sungguh walau ramai yang dah kecut perut kat belakang.... hehehehe. Tapi bak kata ambo tadi, Inshaa Allah semuanya akan selamat kerana mereka ini cukup berpengalaman, hari2 dok buat kerja yang sama. 

Laju bebenor Land Rover kat depan kami ni, jenuh kami kejar tak dapat nak cucuk buntut. Pengalaman yang mengujakan, sama ada dari cara pemanduan pemandu Land Rover dan juga keindahan ladang teh kemudiannya hutan hijau di kiri dan kanan jalan.

Kalau dihitung2, perjalanan dari Brinchang untuk sampai ke kemuncak Gunung Brinchang tak jauh mana pun. Ada dalam 30 minit agaknya untuk sampai. Land Rover akan hantar sampai ke pintu masuk Mossy Forest dan dari situ pengunjung akan berjalan kaki menerokai keindahan Mossy Forest. 

Jabatan Perhutanan Pahang telah membina laluan berkayu sejauh kira2 150 meter merentasi Mossy Forest bagi kemudahan pengunjung. Agak selesa bagi pengunjung yang mahu menikmati keindahan Mossy Forest tanpa mengotorkan kasut mereka dengan selut2 hutan.... hehehehe.***Tujuan utama sudah tentulah untuk pelestarian alam, maknanya memudahkan lebih ramai pengunjung menikmati keindahan Mossy Forest tanpa perlu memijak lumut2 yang hidup di sekitar track.

Tapi kena sedikit berhati-hati sebab lantai platform agak licin terutamanya pada musim hujan. Tergolek bak cempedak nanti Jabatan Hutan tak akan bertanggung jawab ye.

Welcum to Mossy Forest.... bersedia untuk menerokai khazanah alam tanah tinggi. Anda akan menikmati pemandangan yang jauh berbeza dengan apa yang pernah anda lihat sebelum ini. Bak kata teman seopis ambo, inilah Avatar Malaysia.***Ambo perasan satu perkara, kebanyakkan pengunjung adalah bangsa asing dan orang luar. Mana perginya semangat Hang Jebat & Tun Teja? 

Platform berkayu sejauh 150 meter, selepas dari itu hanya laluan semula jadi menuju Gunung Irau. Dari penghabisan platform, hanya mengambil masa kira2 dua jam lebih untuk sampai ke kemuncak Gunung Irau.

Berhati-hati, papan peringatan memang ada disepanjang laluan. Segala kemalangan dan risiko adalah di bawah tanggungjawab pengunjung sendiri.

Cuba perhatikan jenis2 vegetasi yang tumbuh di persekitaran Mossy Forest. Jauh berbeza dengan apa yang pernah kita lihat sebelum ini.

Antara yang kerap ditemui disepanjang perjalanan, pokok periuk kera.

Tidak ramai yang tahu, tanah tinggi ini sebahagiannya milik Pahang manakala sebahagian lagi milik negeri Perak. Dengan khabarnya oghang Peghok panggil tanah tinggi Brinchang dengan nama lain. Semasa anda menyusuri track, sekejap kaki anda memijak bumi Pahang dan kadang kala melangkah tanah milik Perak Darul Ridzuan. Menarik kan? Menerokai hutan milik dua negeri pada waktu yang hampir sama.

Tengah seronok layan keindahan Avatar Malaya ternampak benda ni, sampah sarap. Sakit mata sungguh, patutnya tak perlu sediakan tong sampah. What you bring in you should bring it out as well. Kalau bawa bekalan makanan, sisa dan bekas nanti bawa balik ke rumah... disposed betul2 dan bukannya selamber buang dalam hutan. Bak kata salah seorang tourist guide, tak lama lagi Gunung Irau boleh dipanggil Gunung Sampah sebab dah banyak sampah dilonggokkan oleh pendaki tak bertanggungjawab.

Kami di ketinggian 2000m. Nun jauh di sana adalah kemuncak tertinggi Tanah Tinggi Brinchang yang menempatkan beberapa buah menara komunikasi dan menara pemerhatian, boleh nampak seluruh Cameron Highland khabarnya. Betul atau tidak kita sama2 terokai nanti.

Selepas 150 meter dah tak ada platform kayu dah, kena redah denai semulajadi. Ini baru dinamakan jungle tracking dan adventure. Selagi kasut tak berselut, tak ada orang percaya lu buat jungle tracking der. Mencabar ke tak, pada ambo biasa2 saja tapi ada yang bangga giler dapat kotorkan kasut dengan selut rimba, maklumlah sebelum ini membesar di kota batu.... hehehehe. 

Khabarnya di Mossy Forest lah lokasi penggambaran filem Puteri Gunung Ledang. Itu pun kalau tourist guide tak kencing kami. Memang kiri kanan track nampak tumbuhan seperti lumut, memang Avatar sungguh. Nak lagi creepy kalau suasana gelap dan berkabus, dah jadi macam filem The Fog dah.....

Kami semua menyusuri Mossy Forest sampai ke penghujung platform kayu, kemudian gerak lagi ke depan menggunakan denai semulajadi kira2 200 meter. Disitulah penerokaan kami berakhir. Kalau diikutkan 2 @ 3 jam lagi dah boleh sampai Gunung Irau tapi dah masing2 tiada persiapan dan perancangan untuk teruskan perjalanan. Next time Gadjet.... next time.....

Lepak 2 sekejap sambil tengok pendaki lain lalu lalang. Veteran pun ramai on the way ke Gunung Irau. Ada siap yang usung periuk nasik lagi.... hehehe.... adventure sungguh.

Hilang lelah kami berpatah balik ikut laluan yang sama. Masa datang tadi rasa jauh betul tapi bila balik kejap saja dah sampai semula ke tempat parking Land Rover. Memang gitu kan, pergi rasa jauh bila balik rasa dekat yang amat.

Masa lepak2 kat tempat parking jumpa seorang apek pemandu bas pelancong.... meriah sungguh mulut dia....

Apek: Lu semua dari mana?
Kami: Kami dari **** la uncle.
Apek: Baru lepas naik Gunung Sampah ka?
Kami: Huh???
Apek: Lu belum tahu ka banyak sampah sana atas Gunung Irau, saya panggil itu Gunung Sampah lu taw ka
Kami: OOoooooo....
Apek: Lu olang suda pergi naik menara ka? Itu depan sana, sudah dekat maaaaa....
Kami: Huhhhh.... ada menara ke sana? Tak taw pon
Apek: Adaaaaaa..... saya talak tipu sana.... pi gi la sendili tengok...

Bior betiq, kami pun yang mana masih larat pakat2 jalan kaki ke arah yang ditunjukkan apek tadi. Masing2 dok harap tak kena kenching dengan apek tadi.

Rupanya memang betul, dalam 1 km dari tempat parking Mossy Forest memang ada menara komunikasi dan menara pemerhati. Itulah yang kami nampak dari kemuncak Mossy Forest tadi. TQ apek......

1 km untuk sampai ke mana? Ke kemuncak Gunung Brinchang le kot....

Laluan menuju kemuncak Gunung Brinchang... kenderaan boleh lalu. Kalau tak bawa kenderaan sendiri menapaklah jawabnya. Ada satu kapel orang putih siap sewa EX5 untuk datang ke sini, gegeh sungguh.

Dah nampak dah sayup2 menara yang tinggi menjulang. Kompem tak kena kenching dengan apek tadi..... hahahaha

Ramainya umat.... tunggu bawah dululah, karang runtuh pulak menara buruk ni.

Dah clear baru kita naik. Pemandangan dari atas menara, ini nasib baik cuaca elok dan tidak berkabus. Kalau idok nampak putih sajalah.

Nampak BMW Gee Ees.... idaman qolbu nih!!!!!!

Hajat hati nak lama2 kat atas, baru selfie sekeping dua dah datang siren tanda Land Rover dah ready nak bawa turun ke Brinchang. Nak tunggu lama2 boleh, tapi silap2 kena menapak turun Brinchang sebab kena tinggal Land Rover.... ko sanggup?

Masa dah sampai Ladang Sungei Palas terserempak dengan jentera bomba katanya nak selamatkan seorang pendaki yang tiba2 pitam.

Besar bagak jentera bomba ni, macam mana nak panjat naik ni?

Lepas turun dari Gunung Brinchang kami tak kemana-mana dah. Masing2 balik apartment rehat2 sekejap, kemudian rasanya ada yang sambung shopping kat Kea Farm. Tapi ambo lepak2 di apartment saja.... sejuk ni sodap membuta.... hehehehe.

Konklusi: Bila dah depan mata memang tak segah Avatar tapi Mossy Forest memang menakjubkan. Berbaloi-baloi datang sini, next trip kita pakat cuba panjat sampai Gunung Irau pula, ada berani?

43 comments:

  1. Terima Kasih atas informasi yang dikongsi.
    lengkap.

    boleh tahu berapa panjang keseluruhan trail?

    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trail kayu sepanjang 150 meter manakala untuk sampai ke Puncak Mini Irau pada ketinggian 6666ft mengambil masa kira-kira 2-3 jam bergantung kepada kemahiran dan stamina. Dari Puncak Mini ke Puncak Irau saya tidak pasti sejauh mana.

      Delete
  2. Replies
    1. Sama2.... Jangan lupa kongsi pengalaman kalau sudah sampai Puncak Irau.

      Delete
  3. hi.. nak tanya macam mana cara nak dapatkan khidmat land rover nak ke mossy forest.. do you have any contact..

    ReplyDelete
  4. TEBING TINGGI BACKPACK
    GUIDE SERVICE
    ALL OVER CAMERON MOUNT
    ANDY 017-9997790

    ReplyDelete
  5. heheheh..org kata macam LOTR pun ya Mossy Forest ni.

    Thanks for sharing

    ReplyDelete
  6. Klu tak keberatan boleh tak sedara share contact info tourguide yg sedara guna? Sebab saya pun plan nak ke mossy forest dlm mac-april tahun ni :) SMS/whatsapp 0196035529

    ReplyDelete
  7. Nk tya abg si ketam batu,klu la nk drive sdr cth dgn avanza.lepas ka smpai ke mossy forest tu.tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaa Allah lepas. Banyak kereta biasa naik sampai atas. Saya sendiri pernah bawa Vios naik, ok cuma perlu berhati-hati sebab jalan sempit.

      Delete
  8. Alhamdulillah, tq atas info en.si ketam batu,saya n family berjaya sampai ke mossy forest td pagi jumaat 10 feb 2017 dgn kenderaan sendiri.harap pengunjung lain dpt ke sana juga nnt.best tempat tu.terima kasih byk2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tumpang tnya, kalau prgi sndiri ke mossy forest kne bayar tak utk masuk dlm tu ?

      Delete
    2. Cik/Puan Anis, setakat yang saya tahu masuk adalah percuma.

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
  9. Pakai kasut phua chu kang ok x nk mndaki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Grip memang bagus cuma takut tak selesa pula sebab kasut pua chu kang tinggi sikit kan....

      Delete
    2. kalau ke mossy forest tidak perlu. nak daki gunung brinchang pun tak perlu permit, tapi baik lapor pada polis dan perhutanan untuk rekod.

      Delete
  10. assalamualaikum, laluan dari kebun teh sg palas ke mossy jungle tu laluan dya grable/ becak atau bertar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan, Laluan bertar, jalan pecah sikit-sikit.

      Delete
  11. good info tuan ketam.....opss sory bohh abg si ketam batu....team kami akan ke sana 25/2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengkiyu boh.... tracker tegar ni, kalah Pok Ya Congcodei.

      Delete
  12. Kalo nk hiking awal bulan 3, bleh msuk ke?dgr cte skrg xleh hiking..mohon pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebiasaan Mossy Forest ditutup sepanjang musim monsoon. Biasanya December hingga Feb. Untuk lebih confirm cuba contact Jabatan Perhutanan Pahang.

      Delete
  13. Hi, I came across your article when I search about Mossy Forest, which I'm interested to go next month. So sini nak tanya skit, perjalanan to the entrance of Mossy Forest boardwalk, akan pass by Boh Tea Plantation dulu? So jika kita nak pergi Mossy Forest entrance, kena naik lagi from Boh Tea Plantation? Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Greeeting bro, yes exactly. We will by pass Boh Plantation first. Further up (to the left junction) then you will see an entrance to Mossy Forest.

      Delete
  14. Yapp..aku pernah gi... By kelisa.. menangiss nk smpai.. HAHAHAHAHAHA fewil diorang poweeerr.. tpi smpai atss lawa, hiking 2 jam pusing balik sbb x ckup gear..hahaha

    ReplyDelete
  15. hi tuan, mesti guna perkhidmatan guide ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu. Tetapi tidak pasti jika ada perubahan prosedur terkini untuk ke puncak gunung. Boleh rujuk Jabatan Perhutanan Pahang.

      Delete
  16. mcm best je,tp mcm xcukup masa nk g esok dh check out..huaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi awal2.... sempat lagi sblm check out jam 12 hehehehe

      Delete
  17. Salam.. Sesuai ke bwk anak²

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesuai, ada platform/laluan kayu, senang anak2 nak jalan.

      Delete
  18. assalam boh nk tanya jalan ke Mossy forest tu sama x dia punya kesempitan nk ke boh sg palas ke lagi mencabar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam puan, lebih kurang sama. Tapi Inshaa Allah ok puan, boleh sampai.

      Delete
  19. Assalamualaikum nak bertanya hehe. Kalau nak ke menara tinjau tu, boleh ke guna kenderaan sendiri? Atau kena daki dgn berjalan kaki dulu?

    ReplyDelete
  20. Nk no contact utk 4wd ke sne...

    ReplyDelete
  21. Boleh beri nombor utk hubungi 4wd ke sana

    ReplyDelete