Saturday 9 November 2013

Catatan Perjalanan Ke Cameron Highlands (1-3 Nov 2013)

As-salam dan selamat berhujung minggu semua ^_^

Tiba2 rasa energetic di awal pagi Sabtu. Lepas solat Subuh mata tak mahu pejam sudah der. Niat nak qadha tidoq pun tak jadi. Alang2 mata sudah galak dan tak mahu pejam, baik ambo habiskan ceritera out-station plus percutian singkat ke Cameron Highlands. 

Chapter kerja tak payah masuk le kot sebab official tapi chapter hooray2 ambo wrap-up sekali harung. Maksudnya terus cerita-ceriti mana tempat yang kami pergi sekali gus tanpa mengikut hari @ susunan.

Ini kiranya sambungan dari N3 terdahulu. Before dah sembang pasal penginapan kami di Rose Apartment dan juga pengalaman mengeksplorasi keindahan Mossy Forest & Gunung Brinchang. N3 ini secara ringkasnya ambo bawa readers rewind balik tempat2 yang kami sekeluarga kunjungi....

@ Hutan Lipur Parit Falls dan CHiMP (Cameron Highlands Montane Park)

Sesekali bertukar angin apa salahnya ye tak? Kalau sebelum ini asal datang CHs mesti terkam ladang teh dan gerai2 shopping. Apa kata sesekali kita cuba hayati keindahan alam semulajadi di CHs. CHs sebenarnya masih memiliki khazanah semulajadi yang cukup mengkagumkan walaupun saban waktu makin terhimpit dengan kerakusan pihak yang tidak bertanggungjawab menerokai hutan2 CHs atas nama pembangunan dan pertanian.

Di mana letaknya Hutan Lipur Parit Falls? Kira2 dalam 1 km dari bandar Tanah Rata menghala ke Brinchang. Kalau anda memandu dari Tanah Rata atau Brinchang, ambil susur masuk ke Taman Sedia, menghala ke pejabat perhutanan Cameron Highlands. Dari pejabat perhutanan CHs, sama ada anda berjalan kaki melalui denai hutan atau boleh juga memandu terus ke tapak perkhemahan Hutan Lipur Parit Falls.

Alternatif yang lain adalah merentasi denai hutan sejauh 800 meter yang bermula dari pintu masuk denai bersebelahan dengan Hotel Pines Century Tanah Rata.

Apa ada di sana?

Malangnya ambo tidak sempat untuk mengeksplorasi apa yang ada di Hutan Lipur Parit Falls kerana singgah sini pun atas urusan kerja pada hari pertama.

Khabarnya ada air terjun kecil dan anak sungai yang mengalir lesu. Lesu.... kenapa lesu? Khabarnya kesan dari pembangunan di kawasan hulu bagi tujuan pertanian dan pembangungan. Buah mulut juga katanya tidak sesuai untuk mandi manda kerana airnya yang seperti teh tarik.... Wallahualam...

Dataran @ taman kecil yang terdapat di Hutan Lipur Parit Falls. Ada kemudahan tandas untuk mereka yang cepat rasa mahu terkucil. 
  
CHiMP..... mungkin ramai yang masih belum sedar akan kewujudan CHiMP sebagai salah satu tarikan terbaru di CHs. CHiMP atau nama penuhnya Cameron Highlands Montane Park adalah satu usaha Jabatan Perhutanan Pahang dengan kerjasama FRIM dengan tujuan melestarikan khazanah hutan tanah tinggi di Malaysia. 

Species2 tumbuhan herba dan juga orkid dari serata tanah tinggi di Malaysia ditanam dan dipulihara di CHiMP, bagi tujuan penyelidikan, pelestarian dan juga edukasi serta kesedaran akan pemuliharaan alam sekitar.

Buat masa ini CHiMP masih belum dibuka kepada public. Inshaa Allah menurut salah seorang staff perhutanan yang sempat ambo sembang, tiada aral sekitar Mac/April CHiMP akan dibuka untuk tatapan orang ramai.

Alhamdulillah rezeki kami dibenarkan menjenguk CHiMP atas urusan rasmi walau masih belum dibuka kepada orang ramai....

CHiMP letaknya bersebelahan dengan dataran Hutan Lipur Parit Falls. Buat masa ini hanya tumbuhan herba dan species orkid menjadi keutamaan. Insha Allah pada masa hadapan, species2 hutan tanah tinggi yang lain juga akan turut dipulihara di sini.

Laluan denai yang selesa buat pengunjung. Awas kerana permukaan laluan agak licin jika hari hujan. Kiri kanan laluan adalah tumbuhan semulajadi tanah tinggi Cameron. Turut di tanam adalah species2 herba dan orkid dari serata tanah tinggi Malaysia termasuklah dari Gunung Tahan.

Antara species orkid yang terdapat di CHiMP. Untuk lebih menarik kata ranger perhutanan Pahang, sila kunjungi CHiMP di sekitar Jun/Julai kerana ia adalah sela waktu bagi orkid tanah tinggi untuk berbunga.

Species buluh perindu katanya.

@ Kea Farm Brinchang

Disebabkan Rose Apartment tidak jauh dari Kea Farm, petang2 kami jalan kaki saja. Kalau bawa kereta masalah nak parking pula. Simpang masuk ke Kea Farm memang sesak sebab semua main parking tepi jalan saja, lagipun nak parking kat mana lagi?

Apa ada di Kea Farm.... machiam2 ada der tapi kebanyakkannya bertemakan strawberry terutamanya souvenier. Key chain, payung, jacket etc semuanya ada image strawberry. Ini juga salah satu tempat untuk borong strawberry, buah-buahan dan juga sayur-sayuran.

Kami ada la beli sayur sikit2 tapi tertinggal di Rose Apartment. Bila sampai rumah baru tercari-cari mana pergi sayur-sayuran yang kami borong..... hehehehe. Lepas tu ada jugalah beli t-shirt dan bebudak kechiks tu sempat rembat sarung tangan dan penutup telinga, sejuk sangat katanya CHs.

Antara yang boleh diborong di Kea Farm.

Nampak lengang saja kan? Ini sebab sudah lewat petang. Kalau waktu pagi dan tengah hari, kena pula waktu cuti am, nak melangkah pun hazab bedah.

@ Bee Farm Brinchang

Bee Farm kami jenguk2 saja. Malas mahu masuk sebab dah banyak kali pergi. Kalau nak beli produk seperti madu, dan juga produk2 berkaitan madu bolehlah singgah sini. Nak tengok tempat penternakan lebah pun boleh, masuk adalah percuma.

CH Bee Farm terletak di Brinchang.... betul2 depan simpang masuk ke Mossy Forest dan Ladang Teh Boh Sungei Palas.

Antara yang ada dalam Bee Farm. Tingkat atas banyak jual souvenier, tingkat bawah produk2 kesihatan. Belakang blok komersial adalah ladang ternakan lebah.

@ Cactus Point Brinchang

Bilamana namanya adalah Cactus Point, bukan hanya pusat jualan cactus semata malahan flora lain juga terutamanya bunga-bungaan dan ada juga dalam sekelumit strawberry. 

Beraneka species dan usia cactus ada dijual. Makin canteq dan makin berusia cactus tersebut maka makin mahallah harganya. Bagi kami golongan marhain ini, beli saja cactus kecil dalam 4 ketul. Saja2 beli buat halau hantu syaitan kata my HM. Khurafat sungguh niat suci beliau dalam urusan jual beli tersebut.... hehehehe.

Kalau bernasib baik dapat tengok cactus yang berusia puluhan tahun, ada sepemeluk saiznya tapi jarang sekali dipamer kepada umum, takut diganggu gugat keharmonian cactus tersebut kata pemiliknya. Ada satu tempat, Rose Center kalau tak silap namanya... cactus2 yang berusia puluhan tahun memang dipamer untuk tatapan umum, cubalah ke sana kalau anda berminat.


Awal pagi kami sampai, khalayak belum ramai... nak parking pun senang. Tapi masa kami lalu dalam sekitar 11 pagi, parking semua penuh sampai ada yang terpaksa buat double parking.


Cactus yang sudah mengeluarkan bunga.... nampak macam cactus berkepala merah. Cumil2 semua.... tapi bukan species ini yang HM beli.


Alternatif kepada cactus adalah bunga-bungaan yang berwarna-warni. Memang canteq dipandang mata tapi kami tak beli sebab bila dibawa turun nanti, sapa nak jaga?

@ S'Corner Central Market

CM di CHs.... bior betiq der. Ini sebenarnya pusat jualan strawberry dan beraneka ragam produk yang diperbuat dari strawberry. Ada strawberry segar, strawberry kering, jem strawberry, gula2 strawberry malahan minuman berperisa strawberry.

Di sini juga ada kiosk yang menjual barangan souvenier. MIL dan kaum yang ikut serta sempat serbu dan beli penutup kepala yang sekali dengan tudung.... tak reti ambo nak explain eh. Tapi kalau pakai kunun2 tak rasa sejuk sangat kalau berjalan malam2 di CHs.

Rasa dahaga kalu boleh singgah minum2 di Muallaf Tea House, juga dalam blok yang sama dengan S'Corner. Kami tak masuk minum cuma bila pandang dari jauh, ada customer sedang bersarapan dengan teh perisa strawberry dan strawberry cake... yummy.


Parkingnya luas, kalau depan blok dah penuh boleh drive menghala ke laluan keluar dan sebelum menurun bukit untuk keluar anda akan jumpa satu lagi kawasan parking untuk customer.


Bila nampak picca ini baru ambo perasan, yang kaler hijau itu rasanya hirisan buah kiwi. Di CHs sudah boleh tanam pokok kiwi ka?

Kalau rajin jelajah sampai hujung blok, tak jauh mana pun.... anda akan jumpa pepohon strawberry. Tidak pasti sama ada dibenar petik sendiri atau tidak. Kami tak beli pun strawberry dari sini sebab HM kata beli di Kea Farm lagi murah.

Di sini juga ada kemudahan kerusi urut. Kalau dah penat berjalan bolehlah legakan urat saraf dalam 5 ke 10 minit. Kanak2 nak main game pun boleh tapi game machine yang ada ala kadar sajalah.

@ Bharat Plantation Tea Station

Acara wajib untuk kami kalau ke CHs adalah minum2 teh tarik di Bharat Plantation Tea Station. Kalau tak silap sehingga kini Bharat Plantation memiliki 3 Tea Station di CHs dan dalam usaha mengembangkan tea house mereka ke seluruh Malaysia di bawah jenama Cameron Valley Tea. Kali ini kami kunjungi Tea Station mereka yang terbaru, terletak betul2 tepi jalan Ringlet - Tanah Rata. Secara tepatnya saya tidak pasti tapi jika anda naik ke CHs dari Tapah menghala ke Tanah Rata memang akan jumpalah Bharat Tea House. 


Apa istimewanya minum teh tarik di CHs? Ada orang kata aromanya lebih segar dan rasa teh yang lebih lazat. Pada hemat ambo, bukan teh yang membuatkan ia lazat tapi persekitarannya, minum teh sambil menjamu mata dengan kehijauan ladang teh saujana mata memandang. Harga yang agak mahal bagi segelas teh tarik sebab kita bukan sekadar bayar untuk segelas teh, tetapi harga pemandangan sekelilingnya juga.

Kelebihan Bharat Tea House terbaru ini adalah ruang parkingnya yang luas. Tapi secara peribadinya ambo lebih suka singgah di Bharat Tea House yang pertama kita jumpa kalau naik ke CHs dari Tapah. Walau parkingnya agak terhad tapi pengunjung berpeluang untuk turun sehingga ke lembah nun sayup2 di bawah sana untuk berselfie dan melihat pepohon teh yang subur menghijau.

Bukan kata tak boleh buat di Bharat Tea House terbaru cuma laluan menuju ke ladang teh agak curam dan licin. Silap2 tergelongsor buntut mencecah tanah. Kami turun sekejap kemudian cepat2 suruh bebudak kechiks naik semula ke tea house. Nak berjalan pun terjingkit-jingkit sebab laluan teramatlah curam.

@ Taman Pertabalan di Tanah Rata

Singgah sini pun sebab nak lepas gian anak2 yang nak main2 kat taman. Namanya Taman Pertabalan kalau tak silap, di Tanah Rata dan ada menara jam. Tengah seronok2 layan anak kat sini terima panggilan berkaitan urusan penginapan yang masih belum diurus dengan sepatutnya. Picca pun tak sempat nak ambil.

Bila bergegas dari Tanah Rata ke Brinchang, traffic sesak yang teramat pula. Perjalanan yang biasanya ambil masa sekitar 15 minit boleh jadi sejam lebih. Inilah musibahnya jika bercuti ke CHs pada musim perayaan atau cuti umum.



Next time, naik saja CHs pada pertengahan atau hujung bulan. Tak pun weekdays kalau tak nak sangkut dalam kesesakkan traffic sebegini.

Settle urusan berkaitan perut mula terasa lapar sebab dah masuk waktu lunch. Jalan2 cari makan dululah.... tapi bila ramai umat berkunjung ke CHs, nak cari makan pun jadi susah.

@ Royal Berry Strawberry Park and Cafe

Jalan2 cari makan kami di CHs menemukan kami dengan Royal Berry yang baru dibuka kepada public pada May 23, 2013. Lokasinya kira2 5-10 minit dari Equatorial Hotel menghala ke arah Tringkap. Lebih tepat lagi No.1, Jalan Besar, Tringkap. Milik bumiputera kalau tak silap.


Nak petik strawberry boleh, nak lepak2 sambil minum2 pun boleh.

Niat asal singgah sini adalah untuk lunch di salah satu kedai makan, selang beberapa pintu kedai dari Royal Berry tapi ngam2 kami sampai nasi habis pula. Nasib baik sempat senduk nasi untuk bebudak kechiks berdua manakala kami yang tua bangka ini hanya telan air liur melihat mereka dengan lahapnya menyuap nasi.

Tunggu punya tunggu nasi tidak juga masak, bebudak kechiks pun dah habis makan dan kenyang perut suka hati. Malas nak tunggu lagi kami terus cabut ke Royal Berry untuk lihat apa yang ada. 


Nak petik sendiri boleh, nak beli yang telah dipetik oleh pekerja Royal Berry pun boleh. Petik sendiri harganya RM3.50 bagi setiap 100 gram. Bolehlah kalau sekadar nak bagi anak2 merasa pengalaman petik strawberry. ***Tetiba terimbau memori petik strawberry dan anggur masa menetap di Perth dulu. Perth dalam kenangan, kekadang menggamit-gamit memanggil supaya kembali, Inshaa Allah ada rezeki.


Masa ke tandas jumpa jambangan ros merah, cantik dan harum. Royal Berry bukan strawberry semata, ros merah pun boleh didapati di sini.

Lama2 rasa lapar pun sudah hilang, nak balik semula ke kedai makan tadi dah malas. Jadi kami lepak2 sekejap di Royal Berry untuk minum2 dan makan strawberry. Bolehlah buat alas perut sementara jumpa kedai makan yang proper sikit masa perjalanan balik nanti.

@ Avant Chocolate

Rasanya inilah tarikan terbaru ke CHs, kilang chocolate. Ini betul2 menggamit kenangan sewaktu menetap di Perth. Tak perlu pergi Margaret River dah, CHs pun dah ada handmade chocolate factory. Letaknya di Taman Desa Corina, Kampung Raja, Cameron Highlands. Kiranya dah masuk highway menuju Simpang Pulai.


Apa tarikan utama kat sini? Sudah tentulah chocolate, ada kedai jual chocolate dan cafe sekali. Kami tak terjah pula cafenya, bila baca catatan bloggers lain katanya sodap2 makanan dan minuman yang dijual di situ, semuanya berasaskan chocolate. Heaven sakanlah para penggila chocolate. Bagi penggila chocolate suam2 kuku macam ambo, heaven sangatlah kalau HM sudi belanja minum hot chocolate.... hehehe

Avant Chocolate bukan sekadar kilang chocolate, siap ada cafe sekali, macam yang kita jumpa kalau melawat kilang chocolate di oversea. Cuma kali ini kami tak terjah pula cafenya, cuma tinjau2 cuci mata dalam kedai jual chocolate saja. Tinjau2 pun HM dan bebudak kechiks sempat juga rembat chocolate dalam 4-5 packets. Ambo pun merasalah tumpang makan..... hehehe.

Dekorasi kedai memang cun, berunsurkan ala2 kedai chocolate di UK. Siap ada picca taxi London dan sojar yang jaga istana Queen. 

Kalau tak nak beli pun tak pe, ada sample2 yang boleh anda rasa. Chocolate perisa durian pun hado tapi ambo tak suka sebab lebih rasa durian berbanding chocolate.... hehehehe.


Tengah tahan taxi London la kunun. Tunggu la sampai kiamat kalau taxi tu nak berhenti... hehehe. Cantik deco dalaman Avant Chocolate... ambo suko!!!!!

Avant Chocolate ini spot pelancongan terakhir kami singgah dalam perjalanan turun ke Simpang Pulai. Kira berbaloi jugalah korbankan hujung minggu atas urusan kerja tapi masih ada ruang untuk bercuti bersama keluarga.

Masa nak ke Simpang Pulai ada juga singgah gerai milik orang asli, untuk beli rebung. Ada satu gerai jual hasil kraftangan masyarakat orang asli, cantik2 tapi kami slow2 lalu tak singgah pun.... sekadar menjeling.....

Menghampiri susur keluar ke Plus Highway kami singgah sekejap di Petronas sebab ada yang memulas isi perut. Boleh juga ambo rehat-rehat sekejap sementara menunggu yang berkaitan menyelesaikan urusan mereka di rest room. 

Berhenti di Petronas dalam setengah jam kemudian teruskan perjalanan untuk balik ke rumah. Keadaan traffic di highway sedikit sibuk terutamanya bila menghampiri mana-man susur masuk. Terpaksa berhati-hati..... 

Belum sampai rumah dan masih lagi tersengguk-sengguk dengan aliran traffic yang tak begitu lancar, HM tiba-tiba proposed a new plan nak kembali ke CHs. Katanya kali ini kita bermalam di hotel yang exotic sikit. 

Ambo ok saja.... asal kena dengan budget.... hehehehe!!!!

Akhirnya hampir Maghrib baru selamat sampai rumah.... home sweet home!!!

Sekian..... sehingga ketemu lagi dalam catatan yang berikutnya.

p/s: dari awal pagi, dah malam baru habis buat N3 ini.... pemalas sungguh.

No comments:

Post a Comment