Kalau dihitung2, ini kali pertama kami menginap dimana2 service apartment berlokasikan Cameron Highland. Kali pertama kami bermalam di Cameron Highland adalah di Iris Hotel, lebih 10 tahun yang lepas. Lain2 kunjungan cuma a day trip, pergi pagi petangnya terus balik.
Apa yang membuatkan kami bermalam pada trip kali ini? Trip kerja... yeap ini sebenarnya trip kerja dan bukannya holidays. Kena kerja hujung minggu dan lokasinya adalah Cameron Highland. Apa lagi, siap hangkut family sama, lagipun apartment 3 bilik.... tak kan nak tidoq sesorang.
Next Q is, kenapa Rose Apartment? Q yang ini ambo tak boleh jawab sebab ini atas daya usaha pihak pengelola program. Mereka yang pilih Rose Apartment jadi ambo redho sajalah. Ada juga bahan untuk dimuatkan dalam blog DSKB.
Kadar semalaman di Rose Apartment bagi apartment 3 bilik adalah RM325. Agak mahal mengikut firasat poket ambo golongan marhain ini tapi kalau ramai2 kongsi rasanya ok. Ada tiga bilik, satu family ambil satu bilik. Kanak2 boleh ramai2 tidur di ruang tamu. Menjimatkan bagi keluarga besar, lebih jimat sewa apartment berbanding sewa bilik hotel.
Rose Apartment adalah milik persendirian, jadi kalau anda berpeluang berunding dengan pemilik sebenar mungkin boleh dapat harga yang bagus. Kalau tengok di Agoda pun, ada variasi dalam harga semalaman bergantung kepada pemilik. Kami dapat RM325 pun sebab katanya hujung minggu dan Deepavali, kena pula pengelola program berunding melalui orang tengah, harga mesti telah mark-up untuk buat untung.
Moral of the story, usaha sendiri contact pemilik @ nak senang semak saja di Agoda (bila ambo semak balik, harga di Agoda lebih mahal, what a surprise!!!).
Location..... location.... dimana letaknya Rose Apartment? Ia terletak di Kea Farm Brinchang, berhampiran dengan Equatorial Hotel. Kiri kanan jalan masuk ke Rose Apartment ada banyak kedai2 jual bunga, sayur-sayuran dan souvenier. Mudah untuk anda cam simpang masuk ke Rose Apartment, jumpa Equatorial drive ke depan sikit (kalau anda dari arah Tringkap) kemudian jumpa jalan sesak sebab banyak kereta parking untuk shopping..... situlah lokasi simpang masuk ke Rose Apartment. Waktu kedai dibuka (7 am - 6 pm) memang sesak, kereta kena slow2 jalan nak lepasi deretan kedai dan pejalan kaki.
Jadi dengan harga RM325 semalaman apa yang kami dapat? Lets the piccas telling the story....
Rose Apartment terdiri dari 2 buah blok penginapan (apartment 3 bilik dan penthouse 4 bilik). Milik persendirian dan kebanyakkan disewakan kepada pelancong ke Cameron Highland. |
Pandangan Rose Apartment dari pondok pengawal. Pengawal bangsa asing, Bangla rasanya. Keselamatan tak meragukan, pengunjung kena isi maklumat diri sebelum dibenarkan masuk ke perkarangan apartment. |
Model cilik tapi debab tengah demo cara nak buka rak kasut. Menarik, di antara jeriji besi dan pintu utama ada rak untuk simpan kasut. Nampak kemas, tidaklah kasut bertaburan depan apartment. |
Sila masuk.... sila masuk!!! Pandangan dari pintu masuk. Ini hari ke dua jadi keadaan apartment amatlah bersepah dengan barangan kami sekeluarga. Harap maklomat!!!! |
Dining hall, no complaints. |
No comments:
Post a Comment