Saturday, 5 November 2016

KeCeWa aKu DeNGaN TaSiK eMBaYu PRoToN CiTY

Kaki siapa kah ?

Nama Proton City cukup gah !

Hebat namanya, seperti hebatnya kota automotif di luar negara.

Tetapi sebagai pengunjung tetap Proton City, aku sebenarnya sedikit kecewa dengan kemajuan Proton City.

Soal kemajuan aku tak mahu ulas, bukan bidang aku pun.

Cuma aku nak tumpukan pada entri kali ini adalah keadaan semasa Tasik Embayu Proton City, bukan lagi seperti mana di puncak kegemilangannya dulu.

Memang tasik ini saban minggu dipenuhi pengunjung. Ialah, mana lagi penduduk setempat mahu beriadah, bukan ada alternative lain pun.

Kemudahan usang, dan air tasik pun agak kotor pada hemat aku.

Gazebo tepi tasik pun ada yang dah mereput pagarnya, malahan ada yang dah tercabut pun. Mengundang bahaya dan bahana terutama pada anak-anak kecil.

Titian di tepi tasik pun naik ngeri aku nak susuri, nampak uzur dan mereput. Nak malang terjerlus ke dalam tasik.

Pengurusan bagi aku perlu memandang serius keadaan semasa Tasik Embayu, sebab bagi aku tasik ini adalah icon kepada Proton City, selain daripada kilang Proton.

Pengunjung pun patut disalahkan juga. Buang sampah merata, bukan tiada tong sampah disediakan.

Kalau datang awal pagi lagi haru. Tepian tasik akan terjumpa tin dan botol minuman keras. Aku pasti bukan perbuatan penduduk setempat, tapi hasil lepak pekerja asing yang agak ramai kini di Proton City.

Gazebo pun meriah dengan hasil contengan. I wuz ere sana, I wuz ere sini, I lap U, U lap Me dan beraneka contengan lagi.

Paling win 'Mulayu Love Pakisten' !

Apalah makna agaknya.

Please, kembalikan kegemilangan Tasik Embayu Proton City sepertimana awal-awal dahulu.

- Ketam Batu -

No comments:

Post a Comment