Tuesday, 22 November 2016

TRIP KE TELUK BATIK (NOVEMBER 2016) - 06 : Hiking @ Vale Eco Centre !

Tidak perlu risau jika badan kurang fit !

Tidak perlu risau jika tidak pandai pandu arah !

Tidak perlu !

Tidak perlu !

Tidak perlu !

Menyusuri denai hutan di Vale Eco Centre atau Hutan Simpan Teluk Rubiah sesuai untuk semua peringkat umur.

Aku berperut boroi dan bersenam sekali setahun pun berjaya harungi denai-denai yang ada. Anak aku sekolah rendah pun dengan kereknya komplen trek kurang mencabar !

Paling penting, setiap denai lengkap dengan pandu arah ! Kalau sesat juga tak tahulah !

Paling utama, sila lapor diri sebelum masuk trek. Tulis nama dan maklumat berkaitan bagi memudahkan staf Vale Eco Centre mengambil apa-apa tindakan yang perlu jika sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Air pun jangan lupa. Minum air lebih sikit Din, bagus untuk proses pencernaan (iklan teh rerama gold dalam Radio Klasik !).

Ada pelbagai laluan : laluan utama (400 m), laluan air terjun (1400 m) dan laluan pantai (2200 m). Aku pilih laluan pantai sebab nak skodeng burung !

Info menarik disepanjang denai. Anda akan temui beberapa station hutan yang lengkap dengan segala macam info, juga kerusi-kerusi kayu untuk melabuhkan bontot seketika.

Ara hutan !

Periuk kera ! Kera pun tak pernah tahu dia ada periuk !

Lompat si katak lompat !

Rehat ambil napas sambil baca info ! Tiap kali jumpa station hutan, aku dan anak-anak pasti akan menyinggah mintak nyawa !

Penghujung !

Jalan keluar dari hutan ke pantai.

Aku memilih laluan pantai. Santai-mantai, aku dan anak-anak habiskan dalam masa lebih kurang 2 jam. 

2 jam pun sebab kerap berhenti, sama ada aku nak ambil nyawa ataupun sebab anak-anak aku excited terjumpa serangga atau tumbuhan pelik.

Denai hutan yang aku dan anak-anak harungi tembus ke Pantai Teluk Batik. Sebab itu nama denai tersebut 'laluan pantai !'.

Dengar saja bunyi deruan ombak, lega ! Akhirnya berjaya tamatkan !

Tanpa guide, dan hanya berpandukan papan pandu arah semata-mata. Yakin boleh !

Lepak-lepak tepi pantai Teluk Batik ambil angin dan ambil napas hilang penat. Seperti biasa, aku larang anak-anak mandi laut.

Tiba-tiba anak-anak aku cakap "Kalau tak boleh mandi laut, jom masuk hutan balik !"

Excited punya pasal, dan masih belum puas, aku dah anak-anak buat gear reverse. 

Masuk semula ke hutan dan cari denai ke tempat bird watching pula !

Tadi masa di laluan utama dah nampak simpang ke bird watching station, tapi kononnya nak menjengah pantai dahulu.

Next entry aku cerita pengalaman skodeng burung !

- Ketam Batu -

1 comment: