Kedai kampung biasa je !
Aku sebenarnya tak pernah dengar pun pasal kedai makan Silaturrahim, Jalan Teluk Batik. Jumpa pun secara tak sengaja.
Dari penginapan aku di Marina Cove, aku meligau cari kedai makan sebab anak-anak aku cepat kebuluq.
Aku drive hingga ke simpang tiga jalan masuk ke Teluk Batik, nampak banyak kereta duk parking kiri dan kanan bahu jalan.
Firasat aku, kalau ramai orang mesti sedap !
Kebetulan ada ruang parking kosong, ngam-ngam depan kedai dan ngam-ngam buat kereta aku.
Buat brek mengejut dan kilas masuk. Nasib baik belakang tiada kereta, kalau tak mampos kena maki !
Mula-mula tengok seat, masih banyak kosong. Tak perlu risau sangat.
Kemudian tinjau lauk pauk. Mak ko ijo ! sikit punya heaven. Banyak nau lauk pauk dan paling best ulam-ulaman !
Masakan kampung segala jenis, ikan bakar, ayam bakar, ikan pekasam, bergoreng, bergulai dan segala macam jenis.
Meleleh ayaq liuq !
Lauk pauk !
Goreng-gorengan !
Gulai-gulaian !
Itu baru sikit tau ! sebab orang makin ramai dan sibuk memilih lauk. Jadi aku naik segan nak snap sana, snap sini.
Ulam-ulaman kampung memang fresh ! siap dengan budu sambal belacan. Tempoyak je tak ada. Lupa aku nak snap gambar ulam-ulaman itu semua, nampak fresh dan menyelerakan.
Konsep kedai ini adalah layan diri @ onani ! Ko pilih dan ambil lauk sendiri, bawa ke meja dan baru panggil pembantu kedai untuk kira. Dah habis makan baru bayaq !
Minum-minuman pun layan diri, kecuali kalau ko nak minum minuman panas. Untuk minuman sejuk, berderet pilihan, ko cuma perlu ambil dan tambah ais.
Tapi amaran keras dari aku, minuman kat sini bagi aku memang stok untuk potong kaki. Manis giler ! anak-anak aku duk ulang tambah ais sebab terlampau manis.
Secawan boleh bahagi 2 orang, kalau tak tahan manis sangat !
Tambah ais banyak-banyak !
Pelbagai cordial penggamit kencing manis !
Antara menu yang sempat aku anak beranak bedal ialah ayam bakar, ikan pari masak asam pedas, ikan pekasam, ulam-ulaman, buah tembikai sebagai pencuci mulut dan opkos minum-minuman cordial.
Aku baru nak suap, pinggan anak kedua aku dah licin !
Dua hari berturut aku repeat makan kat sini, sebab sedap dan anak-anak aku suka ayam bakaq depa ! Tak hangus dan tak juga separa masak, just nice orang kampung kata.
Harga aku rasa murah dan berpatutan; tiga pinggan nasi, 4 gelas cordial, dua ketul besar ayam bakaq, 1 ekor ikan pekasam, sambal belacan, dan 3 potong tembikai. Total kos sekitar 24 hingga 27 ringgit.
Murah ke mahal ?
Murah bagi aku ! kalu mahal pun tak kisah sebab memang sedap !
Kedai makan Silaturrahim ini mengingatkan aku kepada Restoran Tasik Raban kat Gerik nun. Dua-dua kedai menggunakan konsep yang sama, menu selera kampung, sedap dan murah.
Bila aku balik opis dan gugel, memang dah ramai buat review. Mostly sependapat, kedai makan ini memang sedap dan murah !
Akan ku repeat jika ke Lumut lagi !
Aku tak pasti apa alamat kedai makan ini, yang aku tahu betul-betul tepi jalan simpang masuk ke Teluk Batik. Kalu korang sesat atau tak jumpa cari, roger saja owner kedai 019-574 7491.
Kedai dibuka setiap hari kecuali Jumaat, jam 11 pagi hingga 4 petang.
Aku tak pasti apa alamat kedai makan ini, yang aku tahu betul-betul tepi jalan simpang masuk ke Teluk Batik. Kalu korang sesat atau tak jumpa cari, roger saja owner kedai 019-574 7491.
Kedai dibuka setiap hari kecuali Jumaat, jam 11 pagi hingga 4 petang.
- Ketam Batu -
Murah sgt tu! Cuma air tu pesal manis sgt lori gula terbalik ke 😜
ReplyDeleteMkn situ sedap..sblum feri ke pngkor selalu singah situ lunch..
ReplyDelete