PART I - Kisah sebelumnya.
Monumen ini dibina sebagai mercu tanda pasar basah di pekan Tenom. Lokal dah tak heran dengan ikan batu-batuan ini, tapi pelancong asing sakan nak berswa-foto termasuklah aku.
Monumen ini dibina sebagai mercu tanda pasar basah di pekan Tenom. Lokal dah tak heran dengan ikan batu-batuan ini, tapi pelancong asing sakan nak berswa-foto termasuklah aku.
Aku pun kira pelancong jugak sebab setahun sekali dua sahaja balik Tenom. Pasar basah di pekan Tenom ini agak sesak menjelang hari raya. Maklumlah ramai umat yang membeli-belah untuk beli barangan dapur, nak masak hidangan raya.
Aku biasanya tunggu dalam kereta saja, bini aku dengan mertua yang akan masuk pasar shopping. Tak daya aku nak bersesak-sesak dalam tu.
Tapi tahun ini aku tak perlu risau untuk bersesak-sesak dalam pasar Tenom. Sebabnya tahun ini, aku menyambut 1 Syawal di KLIA2 dan dalam flight bersama Air Asia.
Ye.... aku tak sembang dalam entri terdahulu. Tahun ini 1 Syawal kami di dalam flight, balik kampung Tenom di pagi raya. Tapi ramai juga balik kampung pagi raya, sama flight dengan aku ramai je siap berbaju raya.
Kami dressing biasa-biasa je sebab rimas kau nak berbaju melayu dan berkurung bagai kejar flight, kemudian dari KK nak ke Tenom bukan dekat. Sampai kampung semua dan lencun dengan peluh dan berbau hapak.
Kau tau apa yang indahnya beraya di desa?
Banyak keperluan harian tak perlu keluarkan duit pun. Boleh main petik saja tepi rumah. Sayur-sayuran, ulam-ulaman dan buah-buahan tumbuh subuh keliling rumah. Nak makan ayam, sembelih saja ayam kampung.
Modal cuma kena rajin keluarkan peluh. Umum memang mengetahui daerah Tenom cukup subur dan sesuai untuk industri pertanian.
Campak saja biji benih pasti akan tumbuh dan mengeluarkan hasil yang lumayan. Tenom pada suatu ketika cukup terkenal sebagai pengeluar kopi dan koko utama di Sabah. Namun kejatuhan harga komoditi (harga pasaran dan juga manipulasi harga oleh orang tengah) menyebabkan petani tempatan hilang minat.
Kini getah dan kelapa sawit menjadi pilihan disamping pisang.
Tiada batasan agama, tiada batasan keturunan, tiada batasan darjat. Semuanya bergembira menyambut Aidilfitri tanpa prejudis.
Keluarga aku memang majmuk dalam beragama, ada yang muslim dan ramai juga yang non-muslim. Open house raya memang terbuka untuk semua. Betul-betul 1Malaysia punya sambutan.
Anak-anak buah aku yang non-muslim memang excited kalau tiba hari raya. Inilah masanya nak merasa dapat duit raya dan main bunga api. Chinese New Year dan Christmas, anak-anak aku pula yang terlebih excited.
Bagus bagi mereka, dapat merasa pelbagai jenis perayaan dalam suasana harmoni dan majmuk. Opkoz syariat beragama juga aku tekankan supaya tidak melampaui batas, juga tanpa menyinggung perasaan mana-mana pihak.
Ini menu hari raya ke tiga kalau tak silap. Menu open house kat kampung aku tak lah grande macam kat KL nun. Nasi putih dan lauk pauk adalah kebiasaan. Jarang sangat jumpa sate pasta western bagai.
Gabungan kuih muih tradisional dan yang tak berapa nak tradisional. Ini yang dihidangkan kepada tetamu sebagai menu sampingan. Menu utama sudah tentulah nasi putih dan lauk pauk tadi.
Nampak biasa-biasa je kan ! Tapi kalau dah berkumpul seisi keluarga, yang biasa-biasa pun boleh jadi marbeles dia punya kelazatan. Paling penting dapat beramah-mesra dengan saudara mara yang cuma sesekali dapat bersua-muka.
Sekian dulu, nanti kita sambung cerita dalam PART III.
- Ketam Batu -
No comments:
Post a Comment