Monday, 7 August 2017

LOCENG AGUNG UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


Hujung minggu yang baru lepas aku ke UPSI memenuhi undangan majlis perkahwinan. Majlis resepsi diadakan di dewan SITC. Majlis berlangsung gilang gemilang dan makanan pun sedap-sedap.

Selamat pengantin baru aku ucapkan dan semoga ikatan pernikahan kalian berkekalan hingga ke akhir hayat.

Selepas makan dan salam lebih kurang aku bergegas keluar dari dewan untuk ambil angin. Bukan kerana dalam dewan panas tetapi anak bongsu aku yang umur setahun tak reti duduk diam. 

Sebelum dia meragam tarik kerusi dan ganggu tetamu lain makan, baiklah kami undurkan diri dulu.

Waktu itu juga waktu puncak, ramai tetamu yang berduyun-duyun datang untuk meraikan pengantin. Jadi pada pendapat aku, moleklah yang mana sudah selesai makan dan santuni tuan rumah, undurkan diri. Ataupun sekurang-kurangnya beri peluang tetamu lain duduk dan makan dengan selesa pula.

Ini tidak, aku perasan ada species yang pantat bagai kena gam pada kerusi. Tak reti-reti nak bagi orang lain duduk untuk makan, dah nampak ada hamba Allah dengan anak-anak kecil melilau cari port untuk makan, kau buat-buat tak nampak sambil bergosip dan update FB !

Waktu puncak seat memang limited, jadi bertimbang rasa lah ye !


Keluar dari dewan SITC, depannya ada satu taman. Nampak cun untuk melepak sambil ambil udara segar. No smoking ye dalam kawasan kampus, jangan tersasul ada yang mencucuh putung rokok pula.

Masa duk melepak-lepak, aku perasan ada satu arca agak menarik. Aku snap gambar dan baca keterangan berkenaan arca tersebut.

Loceng agung diberi nama.....

Khabarnya, loceng agung ini diperbuat dari rel keretapi dan berfungsi sebagai pemberitahuan masuknya waktu untuk aktiviti-aktiviti tertentu dalam kawasan kampus.

Loceng tersebut akan diketuk dan dengungan loceng agung dikatakan boleh didengari di keseluruhan kampus SITC atau kini kampus UPSI lama.

Pada zaman darurat pula, bunyi dengungan loceng agung juga menandakan ada bahaya dan penghuni kampus perlu bergegas mencari perlindungan.

Mengikut catatan, loceng agung yang dipamerkan ini hanyalah replika kerana loceng agung yang asal telah hilang sekitar tahun 70an. Sejak kehilangan loceng agung, fungsinya telah digantikan dengan loceng elektrik.

Kemanalah agaknya menghilang loceng agung yang asal, masih wujudkah atau telah dicanai menjadi peralatan yang lain. Teringat kata-kata tukang sembelih, rel keretapi memang dicari-cari mereka untuk dibuat pisau atau golok.

Pisau atau golok yang dicanai dari besi rel keretapi cukup tajam, berkualiti dan tahan lebih lama. Pantangnya cuma satu, jangan diguna untuk menghiris bawang. Biasa bawang boleh menyebabkan pisau sebagus manapun akan pendek jangka hayatnya.

Itu kata pakcik tukang sembelih pada aku dulu. Lama dulu, masa aku masih bersekolah rendah ! Masa itu juga loceng yang diketuk dengan rod besi masih digunakan sebagai penanda mula dan tamatnya sesuatu matapelajaran. Kemudian baru masuk era loceng mekanikal dan loceng elektrik.

Sekian rapuan aku, lain tajuk lain penceritaan semuanya caca-merba.

- Ketam Batu -

No comments:

Post a Comment