Wednesday, 2 August 2017

EKSPO TANAM TUAI DAERAH MUALLIM 2017


Memetik maklumat dari portal rasmi Jabatan Pertanian;

"Program Pertanian Bandar merupakan program yang membantu isi rumah bandar meringankan kos sara hidup melalui pengeluaran sendiri sebahagian daripada bahan makanan".

Tak dinafikan nilai duit kita makin lama makin mengecil. Paling mudah kalau aku pergi shopping bekalan dapur kat pasaraya, tak penuh pun troli tapi bil boleh mencecah tiga pat ratus ringgit.

Giler kentang punya mahal, tapi mahal macam mana pun kena beli juga sebab keperluan. Tak beli tak berasap dapur. Dapur tak berasap maka tak berisi la perut.

Tapi kalau diikutkan, tak semua bahan dapur kita kena beli. Ade je yang boleh kita tanam tepi rumah, kalau rumah yang jenis ada tanah le kan. Tak bertanah pun, masih ada alternative kalau nak bercucuk tanam.

Setakat cili, lengkuas, kunyit, halia, serai, pandan, ubi kayu, terung, betik dan sebagainya boleh je kita keluarkan sendiri. Kan banyak boleh jimat. Tapi aku tahu, sembang memang mudah, nak mulakan yang jadi susah.

Maka Jabatan Pertanian pun mempergiatkan kempen pertanian bandar untuk menggalakkan kita semua yang duduk kat bandar ini tidak kedekut untuk mengeluarkan peluh bagi bercucuk tanam. Mudah sebenarnya jika mendapat bimbingan dan tunjuk ajar yang betul.



Baru-baru ini bertempat di Proton City Tanjong Malim, Ekspo Tanam Tuai (Program Pertanian Bandar) telah dilancarkan oleh MP Tanjong Malim, Dato' Seri Ong Ka Chuan.

Ekspo ini anjuran UKM Graduate School of Business melalui NGO mereka yang dikenali sebagai  Violet Amity. Violet Amity ini diasaskan oleh pelajar-pelajar MBA UKM-GSB. Penganjuran ekspo ini turut mendapat kerjasama KRT setempat dan Jabatan Pertanian.

Ada banyak aturcara disusun, di antaranya adalah senam robik, demonstrasi teknik pertanian bandar oleh pakar pertanian, pertandingan mewarna untuk anak-anak berusia bawah 12 tahun, pertandingan memasak makanan sihat, pameran agensi berkaitan, food truck dan juga lucky draw. 

Paling win, 1000 biji kelapa muda secara percuma diedarkan kepada pengunjung. Pukul rata, ada 400++ pengunjung berdaftar, jadi setiap pengunjung berpeluang minum 2 biji kelapa muda secara percuma.



Ini adalah scenario dan gelagat anak-anak sewaktu pertandingan mewarna. Anak aku pun ada masuk, maka kematulah bontot aku menunggu kat sebelah. Boleh je tinggalkan sekejap, tapi dah jadi habit aku susah nak lepaskan anak sendirian melainkan dalam kawasan sekolah. 

Anak jantan aku dah masuk umur 9-10 tahun, tapi rasa macam kecik sangat lagi. Kat shopping complex pun aku paksa depa masuk jamban sama kalau aku rasa nak kencing berak. Rasa tak selamat je nak suruh depa tunggu kat luar tanpa pengawasan.



Ini pula gelagat mak bapak budak yang bersaing merebut gelaran Masterchef Proton City. Tema adalah makanan sihat. Aku tak follow sangat sebab pertandingan memasak ini diadakan serentak dengan pertandingan mewarna. 

Pemenang gelaran Masterchef Proton City disandang oleh kumpulan yang dianggotai oleh kaum bapa, juga merupakan satu-satunya kumpulan lelaki, yang lain semua kaum ibu.

Nampak ! Lelaki kalau masak memang handal sebenarnya. Aku je yang tak berapa, bukan tak pandai masak cuma tak berapa nak menjadi je !



Masa tengah rancak nama pemenang lucky draw diumumkan, tetiba muncul lori FAMA membawa 1000 biji kelapa muda untuk diedarkan secara percuma.

Berlarian semua pengunjung dari khemah perasmian ke tempat kelapa muda diedarkan. Aku lek- lek je lepak bawah khemah, dengan harapan nombor aku sangkut untuk lucky draw tapi nan hado. Bayangkan 45 hadiah disediakan untuk acara lucky draw, satu nombor aku pun tak sangkut.

Nasib baik sempat juga aku rembat 3 biji kelapa muda walaupun aku antara yang paling last dalam barisan. Sedap juga kelapa muda keluaran Emanate Agricultural Industries. Lemak berkrim disukai ramai. Tapi pasai apa letak jenama kepala botak ek ?

Ekspo berakhir sekitar waktu tengah hari. Lunch tak ada ek! jadi masing-masing berhamburan balik rumah makan nasik. 

Ekspo yang santai tapi meriah, paling penting banyak manafaat. Tak sabar aku nak tunggu event yang seterusnya. Tahun ini aku berazam nak joint semua sosial event yang dianjurkan sekitar 1MYC Tanjong Malim Bandar Mesra Belia.

Sekian.

- Ketam Batu -

No comments:

Post a Comment