Thursday 8 September 2016

MeNu KoBoi @ CoWBoY WeSTeRN FooD, SuNGai BuLoH | 20/02/2016

Cerita makan awal tahun dahulu, bulan 2, agak lama tapi berbaloi untuk ditulis disebabkan keunikan kedai makan tersebut.

Kedai makan hidangan barat ini cukup terkenal dikalangan bikers, justeru itu dikenali juga sebagai Bikers Cafe.

Uniknya kedai makan ini, kesemua staf memakai pakaian ala koboi. Katanya. boss besar Cowboy Western Food peminat fanatik koboi.

Keratan akhbar berkaitan Cowboy Western Food.


Setting dalaman kedai.


Nak makan bawah khemah pun boleh.


Koboi tengah ambil order !


Bang ! Bang ! Bang !


Koleksi baju koboi, koboi Mexico pun ada.


Aneka menu barat disediakan seperti chicken chop, lamb chop, ribeye steak, chicken breast fajita strips dan sebagainya. 

Mutakhirnya ini hidangan tempatan pun ada atas permintaan pelanggan.

Beef steak.


Chicken chop.


Aneka burgers.


Selera tekak tempatan.


Harga lupa sebab event sudah lama berlalu. Tapi amat berpatutan dan masih dalam kemampuan semua.

Alamat untuk mereka yang berminat untuk ke sini;

Cowboy Western Food
Batu 15, Paya Jaras
Sungai Buloh, Selangor.

Waktu perniagaan dari 5 petang hingga 2.30 pagi.

Ketam Batu

Wednesday 7 September 2016

LuNCH @ ReSToRaN SiMPaNG TiGa, iPoH | 16-08-2016


Kali ke-2 datang makan kat sini. Pengalaman kali pertama dulu superb, menu sedap dan layanan pun tip-top.

Bersandarkan pengalaman lampau, singgah lagi buat kali ke-2 untuk merasai pengalaman yang sama.

Tapi nan hado.....

Kami tiba tepat pada waktu orang pejabat keluar untuk lunch, jadi pelanggan agak ramai (bukanlah tahap sesak cuma setiap meja ada pelanggan). 

Waiter/waitress tak menang tangan untuk ambil order. Kena tunggu lama sikit sehingga si debab tertidur. Waitress yang berjanji untuk ambil order kami pun sampai ke sudah menghilangkan diri.

Nasib baik supervisor/manager (bertali leher dalam gambar di bawah) perasan situasi kami, beliau dengan senang hati membantu kami untuk memesan makanan.

TQVM di atas keprihatinan beliau.


Malangnya lauk yang kami idamkan, ikan pekasam goreng tiada dalam senarai, bukan musim katanya. Lauk-pauk yang kami pernah makan dulupun tiada, mungkin menu telah bertukar atau pun telah habis.

End up dengan hidangan berikut;


Lauk pauk;

Pari bakar seketul @ RM5.00

Gulai ayam kampung seketul @ RM7.50

Gulai babat (perut lembu) sepinggan @ RM9.00

Masak lemak daun ubi sepinggan @ RM5.00

Sambal merah sepiring @ RM1.80

Sambal hijau sepiring @ RM1.80

Minuman;

Kelapa madu sebiji @ RM5.50

Semangka lemon @ RM5.50

Markisa sunset @ RM5.50

Sambal hijau dan sambal merah masih superb, sedap macam yang kami pernah makan dahulu. Lauk pauk lain biasa-biasa sahaja.

Tak puas makan sebab tiada lauk kegemaran kami pada kali ini.

Jika berminat untuk menikmati juadah mereka, ini alamat restoran ini;

Restoran Simpang Tiga
D-G Greentown Square
Jalan Dato Seri Ahmad Said
30450 Ipoh, Perak.

Tel : +605-255 1220

Ketam Batu

Saturday 3 September 2016

MeNaRiK Di iPoH # 2016 - Muzium Geologi


Akhirnya berjaya juga menyinggah ke Muzium Geologi yang terletak di Ipoh. Banyak kali ke Ipoh sebelum ini, tapi cuma memandang signboard Muzium Geologi sahaja kerna kesuntukan masa membantutkan hasrat untuk melihat isi dalam muzium ini.

Muzium ini letaknya di;

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia
Jalan Sultan Azlan Shah
31400 Ipoh, Perak
Tel : +605-540 6000


Masuk adalah percuma !


Dibuka hanya pada hari bekerja dan waktu pejabat (kerajaan).


Batu selamat datang, sebab dia melepak kat pintu masuk muzium. 


Buka kasut dan masuk ke kaunter muzium untuk tulis nama sebagai bukti pernah sampai sini.


Lawatan dimulakan dengan mengkaji sejarah Jabatan Kajibumi. Zaman British dah ada, pengarah awal pun terdiri dari warga British sebelum diambil alih oleh anak watan.


Sejarah Muzium Geologi - dibina pada tahun 1957 sebagai tempat untuk menyimpan pelbagai koleksi batuan dan fosil. Ditambah-besar pada tahun 1978 dan dinaik-taraf sekali lagi dalam RMK-9.


T-Rex pun ada !


Bila kita pijak lantai berhampiran, T-Rex ini akan menggerakkan kepala, membuka mulut luas-luas untuk pamer taring dan mengeluarkan bunyi mengaum macam dalam filem Jurassic Park.


Belajar perkataan baru - T.A.P.H.O.N.O.M.Y !


Proses pengawetan kayu menjadi fosil, berlakunya secara alami.


Sampel batuan yang ada di negara kita.

Dan dan di situ juga henpon habis bateri. Jadi tiada lagi gambar yang dapat diambil. Selain dari di atas, muzium ini turut mempamerkan batu-batuan berharga dan separuh berharga (pelbagai jenis permata). 

Pada satu sudut, dipamerkan model perlombongan bijih timah dengan pelbagai teknik - mendulang, lombong dedah, kelikir dan juga kapal korek. Juga sedikit sejarah berkenaan industri bijih timah di negara kita.

Boleh juga kenal-kenal peralatan melombong yang sebelum tidak pernah dilihat dengan mata kepala sendiri.

Pendek kata, Muzium Geologi berbaloi untuk disinggahi jika berkunjung ke Ipoh.

Ketam Batu

Thursday 1 September 2016

MeNaRiK Di iPoH # 2016 - Taman DR Seenivasagam & Taman Jepun

Latarbelakang DR Seenivasagam

Darma Raja Seenivasagam adalah nama penuh beliau. DR singkatan kepada Darma Raja dan bukannya singkatan untuk gelaran doktor. Sebaliknya beliau lulusan undang-undang dan dilahirkan pada tahun 1925 di Ipoh dan meninggal dunia pada 15.3.1969 juga di Ipoh.

Bapanya berasal dari Ceylon atau kini dikenali sebagai Sri Langka, berketurunan Tamil dan merupakan seorang peguam di Jaffna sebelum berhijrah ke Persekutuan Tanah Melayu.

Mengikut jejak langkah bapanya, beliau bersama saudara lelakinya, SP Seenivasagam turut terlibat dalam bidang perundangan, malahan mereka antara peguam yang terulung di Tanah Melayu pada era tersebut.

Seterusnya terjebak dengan dunia politik dan mengasaskan Parti Progresif Perak pada 1953 (PPP - selepas 1959 dikenali sebagai Parti Progresif Penduduk).

Terpilih sebagai Ahli Bandaraya Ipoh dan Menglembu dalam pilihanraya tempatan pada 1954 di bawah tiket Perikatan. Kalah dalam pilihanraya persekutuan 1955 tapi menang dalam pilihanraya kecil 1956. 

Karier politiknya terus berkembang terutamanya di Ipoh, Perak selepas tidak lagi bersama Perikatan. PPP pimpinan beliau menyapu bersih kerusi parlimen di Perak dalam pilihanraya tahun 1959 dan 1969.

Rujukan : Wiki


Taman DR Seenivasagam


Asalnya taman ini dikenali sebagai Taman Coronation dan dibuka sekitar 1950an. Dijenamakan semula sebagai Taman DR Seenivasagam sebagai mengenang jasa-jasa peguam dan ahli politik terkenal tersebut. 

Taman ini terbahagi kepada beberapa bahagian, antaranya padang bolasepak, taman permainan kanak-kanak, trek berbasikal, tasik kecil dan kawasan untuk bersantai. 

Gerbang masuk ke Taman DR Seenivasagam.

Taman ini kini di bawah seliaan Majlis Bandaraya Ipoh.

Taman permainan untuk si kecil.

Kalau hujung minggu atau cuti umum, sekitaran taman ini meriah dengan pengunjung dan acara-acara tertentu. Jika anda kaki cycling, boleh bawa basikal sendiri dan boleh juga disewa dari vendor yang beroperasi di sini.

Sekitar 1980an, Taman Jepun telah dibina sebagai tarikan tambahan Taman DR Seenivasagam. Taman Jepun ini dikatakan versi mini sebuah taman di Fukuoka, Jepun yang merupakan bandaraya kembar Ipoh, Perak.

Dilarang memancing di Taman Jepun - banyak ikan keli sebesar betis.

Jambatan kecil merentasi tasik.

Kolam kecil kaya dengan ikan keli.

Antaranya...

Pohon buluh yang merimbun.


Monumen Lions Club @ Taman DR Seenivasagam

Tugu Lions Club yang mana dalamnya mengandungi kapsul masa.

Tercatat sejarah ringkas Lions Club pada salah satu sisi monumen tersebut.

Monumen ini dirasmikan pada 21.5.2000 oleh YB MB Perak.

Orang kuat dan pihak yang terlibat dalam pembinaan tugu dan kapsul masa Lions Club Perak.

Kapsul masa ini dikatakan akan dibuka pada tahun 2100, kira-kira 84 tahun dari sekarang. Entah apa isi kapsul masa tersebut.

Tahun ini turut diraikan sebagai ulangtahun ke 50 Lions Club Ipoh.

Tapak tangan orang tersohor Lions Club.

Siapa sangka Taman DR Seenivasagam menyimpan khazanah unik seperti kapsul masa ini. Setiap destinasi pasti ada kelebihannya yang tersendiri. Rajin-rajinlah menyelongkar lokasi wisata yang berdekatan dengan anda dan kongsi dengan umum, agar boleh dinikmati bersama.

Ketam Batu