Thursday 29 May 2014

Salasilah Kesultanan Negeri Perak Darul Ridzuan



Kurang lebih jam 2 petang nanti Kesultanan Negeri Perak Darul Ridzuan akan berganti takhta ekoran kemangkatan Sultan Azlan Shah. Siapakah Sultan Perak yang baru, kita tunggu sahaja pengumumannya nanti.

  
Siapa jua yang akan menaiki takhta pemerintahan, semoga Negeri Perak akan terus aman makmur dan di bawah limpah kurnia Ilahi jua hendaknya.

Mangkatnya Sultan Perak, Almarhum Sultan Azlan Shah



Negeri Perak khasnya, dan seluruh Malaysia amnya berkabung di atas perginya Sultan Perak, Almarhum Sultan Azlan Shah kerna panggilan Ilahi pada usia 86 tahun. 

Diberitakan Almarhum Sultan Azlan Shah mangkat kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam di Institut Jantung Negara. Sebelum ini memang kedengaran desas-desus akan kegeringan Almarhum Baginda sejak sekian lama.

Jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah akan disemadikan di Makam DiRaja Kuala Kangsar, Perak. Jenazah Almarhum juga akan disemayamkan di Balairong Seri Istana Iskandariah Kuala Kangsar bagi membolehkan rakyat jelata dan para pembesar memberi penghormatan terakhir.

Al-Fatihah. 

Wednesday 28 May 2014

Wordless Wednesday # Anda Kenal BUAH TARAP?



Adakah anda peminat buah-buahan tropika?

Buah dada, mangga, manggis, rambutan, durian, duku, langsat, cempedak, nangka dan sebagainya adalah antara buah-buahan tropika yang popular.

Tapi kenalkah anda akan buah tarap?

Bagi rakan-rakan kita terutamanya di Pedalaman Sabah, buah tarap memang telah menjadi sajian sejak dari kecil lagi.

Cuma ianya agak asing bagi kita di Semenanjung, ambo sendiri pun cuma kenal dan berpeluang untuk merasa buah dada tarap pada usia menginjak 3 series.

Kalau anda mahu tahu lebih lanjut berkenaan buah tarap, sila klik di sini.

Ambo mahu sembang lebih-lebih pasal buah tarap pun, hari ini wordless Wednesday bah!!!!! Len kali sajalah ye kita sembang panjang lebar pasal buah tarap.

Roger and out. 

Tuesday 27 May 2014

Roadster BMW R Nine T & Naked BMW S 1000 R

BMW Group Malaysia telah membawa masuk 2 jentera berprestasi tinggi ke pasaran Malaysia iaitu BMW R Nine T dan BMW S1000R. BMW R Nine T merupakan sebuah jentera dalam kategori classic roadster khusus dibina sempena meraikan ulang tahun ke 90 BMW Motorrad. Manakala BMW S1000R pula merupakan versi naked kepada model sport BMW S1000RR.

Majlis pelancaran oleh BMW Malaysia.

BMW R Nine T - Harga RM115,800.

BMW S1000R - RM95,800.

BMW S1000RR.


Menurut Ketua Motorrad BMW Group Malaysia, tiga lagi varian terbaru jentera berprestasi akan dilancarkan pada tahun ini menjadikan model keseluruhan untuk pasaran Malaysia berjumlah 17 model berpayung di bawah jenama BMW.

Nama BMW sememangnya cukup gah dalam arena permotoran lantaran kualiti dan kemajuan kejuruteraannya. Hatta jentera lama keluaran tahun 70-an atau 80-an pun masih mampu beroperasi dengan baik jika dipelihara dan diselenggara dengan sebaiknya. Maka bagi mereka yang berkemampuan, tanda harga yang diletak pada setiap jentera BMW bukanlah permasalahan besar. Ianya ibarat alah membeli, menang memakai bagi peminat tegar BMW.

Anda pula bagaimana?

IMHO, teringin juga untuk menunggang BMW R1200GS Adventure suatu hari nanti. Sebelum hari tersebut tiba, maka FZ150i lah jadi peneman setia..... hehehehehe.

BMW S 1200 GS Adventure.

Roger and out.

Friday 23 May 2014

Kawasaki Ninja 250 SL



Nampaknya persaingan dalam kelas 250cc semakin rancak. Terkini, Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd telah melancarkan variasi terbaru Kawasaki Ninja 250 yang diberi nama Kawasaki Ninja 250 SL bertempat di Litar Antarabangsa Sepang.

Menurut Pengerusi Eksekutifnya, Raja Datuk Hanipuddin Raja Nong Chik, Kawasaki Malaysia bercadang untuk menguasai kira-kira 50 peratus pasaran jentera bersesaran 250cc di negara ini. Model terkini itu disasarkan untuk dijual sehingga 1500 unit setahun pada harga RM17,689 (retail price).

Jentera yang diimport dari Indonesia itu menggunakan enjin omboh tunggal yang menyalurkan 27 kuasa kuda dan tork sehingga 22.6 Nm pada 8,200 rpm.

Spesifikasi

Engine: 4 stroke, single cylinder, DOHC, liquid cooled, injection
Power: 27 hp/9700 rpm
Torque: 22.6 Nm/8200 rpm
Bore x Stroke: 76 x 61.2 mm
Displacement: 249 cc
Compression: 11.3:1
Dry weight: 151 kg

Roger and out. 

BSN Prudential - Pentingnya Memiliki Perlindungan Insurans

Insurans - masih terngiang-ngiang lagi di telinga ambo pasal tanggapan masyarakat Melayu sekitar 80an berkaitan insurans nyawa - ianya haram dan salah disisi agama Islam. Pada masa itu amat kurang sekali orang Melayu yang berminat dengan skim perlindungan insurans.

Sehinggalah kerajaan dan syarikat insurans merevolusikan konsep insurans nyawa kepada sistem Takaful, barulah sedikit demi sedikit orientasi masyarakat Melayu beragama Islam kepada skim insurans beralih arah. Kini semakin ramai orang kita (walau secara relatifnya masih rendah) yang sedar akan kepentingan perlunya memiliki perlindungan insurans atau pada pandangan peribadi ambo, memang wajib perlindungan insurans kita miliki.

Terdapat pelbagai syarikat insurans di negara kita yang menawarkan skim perlindungan insurans kesihatan, perubatan, simpanan dan sebagainya. Antara nama yang gah di persada negara antaranya Etiqa Takaful, Great Eastern, BSN Prudential dan sebagainya. 

Secara amnya mana-mana syarikat insurans sememangnya menawarkan skim perlindungan yang bagus, kalau tidak bagus masakan mereka masih mampu bersaing dalam industri ini. Cuma kita sebagai pengguna kena bijak memilih skim dan syarikat insurans yang terbaik bergantung kepada keperluan diri masing-masing.

Secara amnya, syarikat yang menawarkan perlindungan tahunan yang tinggi selain daripada perlindungan keseluruhan tentulah lagi bagus dari skim perlindungan tahunan yang rendah. Contohnya Syarikat A akan memberi perlindungan RM60k setahun manakala Syarikat B, RM100k setahun. Sudah tentulah Syarikat B yang lagi baik untuk dipilih. Tapi lain-lain kriteria perlu diambil kira juga seperti medical card, kadar elaun wad jika mendapat rawatan di hospital swasta, penyakit dan musibah yang dilindungi di bawah polisi syarikat dan sebagainya. 

Dapatkan sebanyak mungkin maklumat dari ejen insurans tapi jangan bergantung sepenuhnya kepada mereka. Ingat, mereka juga 'peniaga' yang mahu buat 'sale'. Jadi biasanya benda positif sahaja yang dijaja asalkan boleh buat sale, pendek kata produk dia sahajalah yang hebat dan terbaik. Jarang sekali, malah tak pernah pun ambo jumpa ejen insurans yang berterus terang menyatakan kelemahan dan kekurangan skim yang syarikat mereka tawarkan. Business is business beb!!!

Jadi ada baiknya anda buat cross-check dahulu, bandingkan brochure dari perlbagai syarikat insurans, teliti dan study betul-betul. Boleh juga rujuk pengalaman orang lain melalui blog ataupun forum - dunia global kini memungkinkan maklumat di hujung jari, hanya klik sahaja Inshaa Allah akan membantu anda sedikit sebanyak untuk membuat pilihan terbaik.

Pengalaman peribadi ambo, BSN Prudential dan Great Eastern kini menawarkan skim perlindungan insurans antara yang terbaik di pasaran. Sebagai pemegang polisi kepada BSN Prudential, ambo sekeluarga amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Malahan baru-baru ini, ambo sekeluarga telah mendapat faedah dari skim perlindungan insurans yang BSN Prudential tawarkan, bilamana anak ambo mengalami patah tulang setelah terjatuh di sekolah.

Kos pembedahan dan rawatan di KPJ Selangor berjumlah kira-kira RM10k ditanggung sepenuhnya oleh BSN Prudential. Bayangkan jika tidak memiliki mana-mana skim perlindungan insurans, mana mungkin pekerja berpangkat rendah seperti ambo mampu untuk menampung kos perubatan tersebut.

Mungkin ada yang akan kata, hospital kerajaan kan ada, murah pun murah. Betul, memang tepat sekali kata-kata itu der. Sememangnya ambo tak pernah ragui kemampuan pegawai perubatan dan khidmat hospital kerajaan. Malahan ambo cukup salute dengan dedikasi mereka kerana pernah di rawat dengan baik di Hospital Kajang, Hospital Dungun dan Pusat Perubatan Universiti Malaya di antaranya.

Masa anak ambo kemalangan itu pun ambo hantar ke hospital kerajaan juga, Hospital Slim River. Memang bagus layanan dan khidmat yang diberikan. Cuma malangnya kemalangan tersebut berlaku pada hari Sabtu, dan pakar yang akan menjalankan pembedahan untuk memperbetulkan tulangnya yang patah hanya available on Tuesday. Bayangkan anak ambo kena menunggu sehingga 3 hari baru dapat dibedah, bukan salah hospital kerajaan tapi itulah hakikatnya - kekurangan pakar dan ada prosedur yang perlu dipatuhi. 

Pada hari yang sama, ambo rujuk anak ambo ke KPJ Selangor, masa tu dah hampir tengah malam. Alhamdulillah esoknya terus doktor pakar datang dan jalankan pembedahan. By Tuesday di mana sepatutnya anak ambo jalani pembedahan di hospital kerajaan, dia dah dapat keluar dari wad di KPJ Selangor.

Masa itulah terasa betapa nikmat dan klimaknya memiliki skim perlindungan insurans..... hehehehe!!!! 

Apa sebenarnya yang menghalang kebanyakkan daripada kita dari memiliki skim perlindungan insurans?

Kekangan kewangan..... yeap ramai yang mengeluh kerana merasa tidak mampu dan belum bersedia untuk menepikan sedikit ringgit sebagai bayaran premium insurans.

Kenapa begitu?

Sebabnya kita melihat dan meletakkan bayaran premium insurans dikedudukkan terakhir dalam senarai perbelanjaan bulanan. Carta teratas perbelanjaan bulanan sudah tentulah ansuran rumah, ansuran kereta, belanja parents dan itu ini sehingga saving dan insurans adalah yang paling last. 

Apa kata kita ubah senario tersebut. Mulai bulan hadapan, letakkan premium insurans dikedudukkan antara yang teratas carta perbelanjaan bulanan. Insyaa Allah anda akan nampak peluang dan keupayaan diri untuk membelanjakan sedikit wang saku anda bagi tujuan skim perlindungan insurans.

Sekian dulu buat kali ini, ada masa kita sembang lagi pasal skim perlindungan insurans.

Roger and out.    

Thursday 22 May 2014

Panduan Membeli Rumah - Berapa Deposit Yang Perlu Dibayar Kepada Pemaju dan Yuran Guaman Yang Harus Dijelaskan Kepada Peguam?

Proses untuk memiliki kediaman idaman sememangnya agak memeningkan. Bermulanya dengan memilih lokasi yang bersesuaian dengan citarasa hati, diikuti dengan rekabentuk dan sudah tentulah persediaan kewangan.

Kewangan sememangnya amat crucial kata omputih, sedikit sebanyak memang kena ada. Nak booking rumah kena bayar deposit, kalau beli rumah dengan menggunakan pinjaman bank, busuk-busuk kena dahulukan 10% dari nilai keseluruhan pinjaman. Kalau buat pinjaman perumahan kerajaan sajalah ditanggung 100% pinjaman, tapi kena ingat deposit tetap kena ada. Itu belum lagi yuran guaman!!! Memang nangis jugalah kalau tak ada persediaan awal.

Jadi, persoalannya berapa banyak yang biasanya pemaju minta sebagai wang deposit untuk memiliki sebuah rumah idaman? Ini biasanya bergantung kepada pemaju, nilai rumah dan juga jenis pinjaman.

Apa yang ambo ingin kongsi kali ini adalah pengalaman ambo dan isteri membeli dua unit kediaman berharga dalam lingkungan RM300-400k menggunakan pinjaman kerajaan.

Pengalaman I

Ambo mulakan dengan pengalaman ambo sendiri dahulu. Untuk memiliki seunit kediaman idaman ambo dengan nilai pasaran RM360k, pemaju meminta RM3k sebagai wang deposit. Itu pun sebab ambo nyatakan akan membuat pinjaman kerajaan. Jika membuat pinjaman bank, anda kena lunaskan sekurang-kurangnya 10% dari harga rumah dahulu kerana tiada bank yang menawarkan 100% pinjaman.

Kalau harga rumah pula melebihi kadar kelayakan pinjaman kerajaan, kenalah usahakan lebihan bayaran tersebut - mungkin dari simpanan peribadi, atau mungkin juga dari pinjaman peribadi dari bank-bank komersial.

Yuran guaman pula bagaimana?

Untuk nilai rumah sekitar RM360k yang ambo beli, dijangkakan yuran guaman yang bakal dikenakan adalah sekitar RM12k. Ini meliputi kos guaman perjanjian diantara pemaju dengan pembeli dan juga diantara pemohon dengan Perbendaharaan Malaysia. Nilai RM12k ini nampak agak besar kerana ia sebenarnya meliputi bayaran premium tanah. 

Yuran guaman sebenar tak banyak mana, tapi bila dicampur dengan premium tanah, itu yang menjangkau sehingga RM12k. Jumlah ini mungkin berkurangan jika nilai premium tanah bakal kediaman anda adalah lebih murah - contohnya di luar bandar, kawasan kurang membangun etc. Kalau beli perumahan di kawasan kota atau bandaraya, bersedialah dengan kos guaman yang tinggi disebabkan oleh premium tanah.

Untuk makluman juga, bukanlah kita kena jelaskan yuran guaman tersebut on the dot. Pengalaman peribadi ambo sendiri, selepas hampir 3 bulan perjanjian S&P ditandatangani, bil dari syarikat guaman masih belum ambo terima. Menurut peguam yang terlibat dalam urusan pembelian rumah idaman ambo tersebut, bil biasanya akan dihantar selepas urusan pembelian dan pinjaman perumahan selesai. Itu pun masih boleh runding kalau nak bayar sekaligus atau secara ansuran. Ada juga yang bayar yuran guaman mengikut kemajuan pembinaan rumah, ada yang bayar lump sum. Bergantung kepada budi bicara peguam dan polisi syarikat guaman.

Pengalaman II

Ini pula pengalaman isteri ambo yang membeli sebuah rumah dengan nilai pasaran RM270k, juga menggunakan pinjaman perumahan dari Perbendaharaan Malaysia.

Kita mulakan dengan deposit, pemaju cuma minta RM500. Murahkan berbanding pemaju rumah yang ambo beli tadi? Nilai deposit ini bergantung kepada pemaju, ada yang tinggi dan ada yang rendah, deposit RM0 pun ada kalau memang rezeki anda. 

Hukumnya, kalau kawasan kediaman tersebut bernilai tinggi dan menjadi rebutan, biasanya nilai deposit juga akan turut naik. Kalau kurang sambutan, deposit pun sedikit rendah.

Yuran guaman pula berapa?

Kali ini isteri ambo memang bernasib baik sebab pemaju otak bergeliga dan pandai memanipulasi harga rumah. Masih perlu jelaskan yuran guaman dan premium tanah, tapi tak perlu dahulukan duit sendiri. Kos yuran guaman dan premium tanah dirangkumkan ke dalam harga rumah, jadi nilai pinjaman perumahan beliau merangkumi harga rumah + yuran guaman + premium tanah. 

Ada pemaju yang boleh tolong anda sebegitu. Mereka pun nak jual rumah dan dapatkan pembeli, jadi berbagai usaha dibuat agar bakal pembeli mampu memiliki kediaman idaman masing-masing.

Semoga pengalaman kami ini boleh dijadikan panduan kepada readers semua!!! 

Roger and out.

Panduan Membuat Pinjaman Perumahan Kerajaan - Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia

As-Salam,

Syukur Alhamdulillah permohonan pinjaman perumahan pertama ambo telah diluluskan oleh Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia. La ni tengah tunggu surat tawaran rasmi sahaja dari Perbendaharaan Malaysia, kemudian kena submit 'surat setuju terima pinjaman perbendaharaan' dalam masa 2 minggu dari tarikh surat tawaran. 

Entry ini ambo buat khusus sekadar untuk mencoret pengalaman peribadi ambo dalam membuat pinjaman perumahan kerajaan, dan boleh juga dijadikan panduan kepada readers yang berminat.

So, kat mana nak mula?

Mula-mula kena cari rumah yang berkenan di hati, bayar deposit rumah kepada pemaju (ada pemaju baguih tak perlu bayar deposit awal, ini ambo cerita kemudian) dan tanda tangan S&P (omputih kata Sale & Purchase Agreement, orang melayu sebut Perjanjian Jual Beli).

Salinan S&P ni memang wajib ada kalau nak buat pinjaman, tanpanya memang tak boleh proceed (masa submit permohonan jangan bagi S&P original, cukup hanya salinan yang disahkan oleh peguam). 

Pada masa yang sama pemohon bolehlah mengisi borang permohonan secara online. Nak isi borang permohonan kena daftar ID dahulu -  semuanya boleh rujuk sini https://sppb.treasury.gov.my/v2/  

Apa yang perlu dikemukakan kepada Perbendaharaan Malaysia dalam usaha untuk memohon pinjaman tersebut?

Sila lampirkan kesemua borang-borang dan dokumen-dokumen berikut;

a) Borang permohonan pinjaman online - lepas isi online sila print out.

b) Surat sokongan Ketua Jabatan - sila berhubung dengan Jabatan Sumber Manusia dimana anda ditugaskan, depa tahulah nak draft surat machiam mana.

c) Salinan kad pengenalan yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan @ mana-mana pegawai Gred A.

d) Slip gaji asal atau salinan yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan @ mana-mana pegawai Gred A.

e) Salinan surat pengesahan jawatan sekarang dan salinan surat perletakkan ke dalam skim berpencen yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan @ mana-mana pegawai Gred A.

f) Salinan surat pemangkuan jawatan - tak perlu kalau anda tak pangku apa-apa jawatan khusus @ pentadbiran.

g) Borang akuan pemilihan insurans/takaful - ini pun diisi secara online bersama borang permohonan online - sila print out.

h) Borang 2 - Surat setuju untuk menyelesaikan segala hutang kerajaan yang akan dibuat - ini juga anda isi secara online bersama borang permohonan pinjaman - sila print out.

i) Wang proses RM100 atas nama Setiausaha Bahagian Pinjaman Perumahan - Kiriman Wang/Bank Draf/Perbankan Internet - jangan lupa update maklumat bayaran secara online.

j) Salinan lesen dan permit iklan pemaju - ini minta pemaju sediakan.

k) Surat pengesahan akaun perbankan pemaju - ini pun pemaju atau lawyer akan sediakan.

l) Salinan S&P (Sale & Purchase Agreement) - lawyer akan sediakan.

m) Borang 3A, Borang 4, Borang 5A dan lain-lain dokumen berkaitan - lawyer akan sediakan.

Jika dilihat, dokumen berkaitan borang permohonan, perjawatan & penggajian kita sendiri kena sediakan.

Manakala lain-lain dokumen lawyer dan pemaju yang perlu sediakan. Ini pentingnya berurusan dengan lawyer dan pemaju yang berpengalaman. 

Mesti akan ada yang tanya, mana nak cari lawyer? 

Tak perlu cari, biasanya pemaju yang akan tolong carikan tapi yuran guaman kita sebagai pembelilah yang kena tanggung. Lawyer yang menguruskan S&P (perjanjian antara pembeli dan pemaju) biasanya akan turut sama menjadi lawyer kepada perjanjian diantara pemohon pinjaman dan Perbendaharaan Malaysia. Mudah kata, tak perlu kita susah-susah cari lawyer, pemaju akan aturkan.

Soalan lazim lain yang biasanya akan ditanya oleh pemohon adalah, berapa lama masa yang diperlukan untuk permohonan ini diluluskan. Biasanya kalau semua dokumen lengkap tiada cacat cela, 2-3 minggu diperlukan. Pengalaman peribadi ambo, lepas 3 minggu dah boleh tahu lulus ke tidak secara online (kita boleh semak status pinjaman secara online).

Itu juga pentingnya kita semak betul-betul dokumen biar selengkap-lengkapnya. Kalau ada kurang sana sini, itu yang jadi berbulan-bulan belum selesai. Biasanya pegawai perbendaharaan akan call minta dikemukakan mana-mana dokumen yang masih belum lengkap. Sila alert dengan henpon masing-masing, juga sila save no phone perbendaharaan. 

Kalau boleh la kan selain sendiri semak, minta pemaju atau lawyer tolong semakkan kerana mereka sudah biasa dengan prosedur pinjaman. In my case, pegawai di Jabatan Sumber Manusia di mana ambo berkhidmat yang tolong semak, terima kasih yang amat di atas jasa baik beliau.

Ada juga individu atau syarikat yang menawarkan perkhidmatan untuk menguruskan pinjaman perumahan dengan perbendaharaan Malaysia. Maknanya mereka akan uruskan segala penyediaan dokumen dan borang permohonan, malahan mereka juga yang akan submit dokumen berkaitan ke Putrajaya. Anda tak pening kepala, cuma kena hulurkan sikit yuran perkhidmatan. Ramai yang guna khidmat agen atau runner ini, malahan di kaunter Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia pun ada kaunter khusus untuk agen atau runner. Mudah kan?

Biasanya pemaju atau sesetengah jabatan kerajaan memang ada menggunakan perkhidmatan agen atau runner. Jadi anda sendiri tak perlu ke Putrajaya untuk submit borang permohonan dan dokumen berkaitan. Serahkan saja kepada pemaju, pandai-pandailah dia atur. Lagipun pemaju sebegini ada kenal orang dalam, memudahkan urusan.

In my case, ambo sendiri ke Putrajaya sebab pemaju tak sediakan perkhidmatan untuk submit borang ke Putrajaya. Manakala pemaju rumah yang bini ambo beli pula, segalanya pemaju yang uruskan. Ikut nasiblah.....

Belanja gambaran sikit.....


Blok utama Perbendaharaan Malaysia. Bahagian Pinjaman Perumahan  letaknya selang 2 blok dari blok utama. Jika anda berdiri menghadap blok utama, sila tuju arah kanan anda, akan jumpa CIMB dan kemudian barulah Bahagian Pinjaman Perumahan.

Inilah laluan menghala ke Bahagian Pinjaman Perumahan. Laluan ini boleh dilalui oleh kenderaan. Masa pergi dulu ambo tak tahu, lepas parking bawah pokok ambo cuma berjalan kaki. Nampak bas biru dalam foto di atas? Depan sikit daripada bas tersebut adalah CIMB dan seterusnya Bahagian Pinjaman Perumahan. 

Menapak kira-kira 10 minit dari blok utama, sampailah ke blok Bahagian Pinjaman Perumahan.

Selepas main entrance Bahagian Pinjaman Perumahan, toleh kanan dan anda akan nampak Kaunter Pusat. Di sanalah anda kena submit borang permohonan.

Ini semua mungkin ramai sudah tahu, kadar kelayakan terkini untuk penjawat awam membuat pinjaman perumahan dengan Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan.


Carta alir bagaimana permohonan anda diproses. Pastikan semua dokumen lengkap, Inshaa Allah dalam masa 2-3 minggu semuanya akan selesai.

Moga-moga entry ini sedikit sebanyak membantu kepada readers yang berhasrat untuk membuat permohonan pinjaman perumahan dengan Perbendaharaan Malaysia.

Selamat memohon dan semoga berjaya!!!

Roger and out.

Tuesday 20 May 2014

Naza N5 @ Hyosung Eviv 250

Hyosung Eviv 250 merupakan pertaruhan terbaru Naza Bikes dalam arena permotoran tempatan. Bagi pasaran tempatan, jentera terbaru Naza ini telah dijenamakan semula sebagai Naza N5. 


Jentera ini akan bersaing dalam segmen naked 250cc. Ia datang dengan pilihan warna hitam dan putih. Tanda harga yang diletakkan oleh Naza Bikes adalah RM 13,988 OTR. Difahamkan ini adalah tanda harga promosi untuk 500 pelanggan pertama sahaja.

Sekali imbas ada gaya Duke yang juga merupakan salah satu pesaing terdekatnya. Naza Bikes berhasrat untuk menjual kira-kira 300 unit jentera ini sebulan.



Spesifikasi

Enjin: DOHC satu silinder dengan sistem sejukan cecair
Sesaran: 249 cc
Nisbah mampatan: 12:1
Kuasa maksimum: 21.2 kW @c8500 rpm
Tork maksimum: 26.1 Nm @ 7000 rpm
Sistem penyampaian bahan api: Sistem suntikan terus
Kotak gear: 6 kelajuan
Panjang: 1937mm
Lebar: 800mm
Tinggi: 1055mm
Tinggi tempat duduk: 780mm
Berat: 149kg
Brek hadapan: Cakera 300mm
Brek belakang: Cakera 230mm
Tayar hadapan: 119/70 -17
Tayar belakang: 150/60 - 17 
Fork hadapan: Teleskopik USD 37mm
Suspensi belakang: Monoshock boleh laras
Saiz tangki petrol: 11 liter

Roger and out.

My FZ150i @ Ketam Besi - Servis Pertama (Bacaan Odometer 500 km)

Jika rider lain agaknya, seminggu dua dah habis buat break-in pada motor baru. Tapi ambo selepas sebulan setengah keluar kedai barulah FZ150i kesayangan ambo yang bernama Ketam Besi selesai menjalani tempoh pematangan tahap pertama. Masa melalui Lebuhraya Guthrie semalam, bacaan odometer Ketam Besi mula menunjukkan angka keramat 500. Yippeeeeee!!! Boleh pulas throttle melebihi 50 km/h dan 5000 rpm.

Stop sekejap tepi laluan motor untuk ambil gambar, hehehehe!!!

Kelabu asap le pulok, nampak tak bacaan odometer telah mencecah 500?

Masa kat opis dah pikiaq-pikiaq nak servis pertama kat mana. Kebetulan semalam opis black out, dan alang-alang juga dah ada kat Shah Alam ambo keluar opis awal dengan niat nak servis motor di Maju Motor Racing Seksyen 16 Shah Alam.

Baca repo online kedai ini amat bagus, jadi ambo pun tungganglah Ketam Besi ke Maju Motor dengan niat untuk servis dan jika ada peluang, nak tukar tayar sekali sebab bila guna tayar Kenda, machiam ada belut dok main geli-geli kat tayar. Kalau lalu permukaan tak rata, motor ada sedikit goyang, kadang-kadang rasa mahu luruh jantung kalau tetiba motor seperti mahu tergelincir.

Tak susah nak cari Maju Motor Racing, mula-mula ambo parking depan kedai tapi ada Achi Sales suruh bawa ke belakang. Rupanya depan bilik pameran, kalau nak servis kena bawa belakang. Noted!!!

Lorong belakang agak sempit sebab kebetulan masa tu ada lori tengah turunkan barangan. Jadi menyelitkan dirilah ambo dan Ketam Besi di celah lori tersebut. No hal punyalah.....

Tapi yang menyakitkan hati, apek-apek Motor Maju Racing buat derk je masa ambo masuk bengkel. Tanya apa pun tidak, mungkin jenis malas nak great customer kot, sombong nak mampus!!!

Okied tak pe, biar ambo sendiri approach. Bila ambo cakap nak servis motor, buat muka pulak dah, nak cakap motor banyak le tu. Yeo apek, kalau sibuk pun cakaplah dah ramai customer, tak adalah ambo tertanya-tanya pehal apek ni buat muka pulak. Harkkk tuihhhhhh, tak hingin ambo nak habiskan duit kat tempat sombong bagak machiam ni.

Paham waktu tu lunch hour dan semua mekanik tengah ada kerja nasing-masing. Tapi at least cakaplah kena booking dulu ke, tak sempat ke, ini idok kabor kebende, buat muka ader.

Darah pun mula mendidih sepertimana mendidihnya perut, ambo dan Ketam Besi terus angkat kaki plus angkat tayar untuk chiow dari Maju Motor Racing. 

Disebabkan darah lagi mendidih berbanding perut, terus hilang rasa lapar. Tunggang Si Ketam Besi terus ke tempat di mana ia dibeli, Syarikat Chong Motor Tanjong Malim. Parking depan kedai Chong Motor nampak ada uncle India, mekanik Chong Motor. 

Cakap saja mahu servis, terus dia angkut Ketam Besi masuk bengkel, senang dan mudah. Hati pun tiada rasa panas!!!

First time kena servis, pantang tahap satu sudah complete.

Kemudian kena pilih engine oil yang berkenan dihati. Mulanya ambo cuma nak guna mineral oil sebabnya kalau tak silap bila bacaan odometer mencecah 1000 kena servis buat kedua kalinya untuk buang segala serpihan besi dalam enjin.

Tapi uncle mekanik Chong Motor kata tak payah, guna saja semi-sintetik dan bila bacaan odometer mencecah 2000 baru datang untuk servis kedua. Gitu ke, ikut saja kata mekanik.

Orang kata EO Motul bagus.

Fening lalat sikit masa nak pilih EO tapi pernah dengaq Motul bagus juga. Jadi ambo minta guna EO Motul 3100 10W40. Ini memang main pilih saja, asal jenama Motul hehehehe. Harganya RM33 pek 1L. Setiap 2000 km kena tukar. 

Uncle mekanik siap pesan 'Macha u jangan lupa aaaaaa, ini motor bukan kereta. Jangan tunggu 5000 km baru u datang sini tukar itu minyak hitam'. Gelak ambo dengar pesanan dia.

Tapi kan bila dipikio-pikio, 2000 tu kejap bonar sebab hari-hari ambo travel 180 km ulang-alik. Kalau guna EO murah pun ok kot sebab setiap 2 minggu mesti cecah mileage 2000 km. 

So total kos servis semalam RM51 meliputi engine oil dan oil filter. Upah free sebab ini servis pertama guna kupon HLY.

Ada pemantul cahaya for safety.

Alang-alang dah servis Ketam Besi di tempat di mana ia dibeli, terus minta special price untuk sepasang baju hujan yang agak bagus. 

Chong (lupa nak tanya nama manager, Chong le kot ikut nama syarikat) bagi harga RM80 untuk sepasang baju hujan X Dot, baju dan seluar. Kualiti nampak bagus dan tebal untuk lebih kalis air.

Tayar pula masih belum tukar, lupa nak tanya Chong dia ada stok Maxxis atau Pirelli atau tidak. Tak pun kalau ada masa ingat nak ronda-ronda kedai motor di Bukit Beruntung Inshaa Allah.

Sekian dulu update berkaitan FZ150i ambo.

Pin pin..... Roger and out.

Malaysia Airlines Travel Fair 2014 (MATF 2014)

La ni sedang berlangsungnya promosi tambang murah oleh Malaysia Airlines. Kempen tersebut bermula dari 15 Mei dan bakal berakhir pada 24 Mei 2014. MAS menawarkan potongan sehingga 50% ke mana-mana destinasi popular termasuklah ke luar negeri melalui Malaysia Airlines Travel Fair 2014.

Kepada mereka yang ada perancangan untuk bercuti lebih-lebih lagi pada hujung tahun ini, jangan lepaskan peluang ini untuk merebut tawaran hebat ini. 

Bagaimana caranya?

Cukup mudah, layari saja laman web Malaysia Airlines atau hubungi saja pusat panggilan MAS yang beroperasi 24 jam sehari iaitu 1 300 88 3000. Anda juga boleh kunjungi mana-mana pejabat jualan tiket dan agen-agen pelancongan yang mengambil bahagian dalam kempen promosi MATF 2014.

Sila klik http://www.malaysiaairlines.com untuk layari laman web Malaysia Airlines.

Mari kita sama-sama bantu kempen promosi syarikat penerbangan nasional kita ini. Kalau bukan kita siapa lagi ye dok?

Mungkin ada yang masih ragu-ragu dan sangsi dengan tahap keselamatan pesawat MAS ekoran tragedi MH370 dan MH192 baru-baru ini. 

IMHO itu semua suratan takdir, mungkin ada kesilapan di sana sini tapi ambo yakin pihak MAS sebenarnya telah mengambil segala langkah yang sepatutnya demi keselamatan pesawat dan juga para penumpang. Kemalangan boleh berlaku dimana-mana hatta di rumah kita sendiri pun. 

Kalau diikutkan lebih banyak berlakunya kemalangan jalan raya berbanding kemalangan udara. Cuma bila jarang-jarang berlakunya kemalangan udara, beritanya lebih havoc dan menggemparkan berbanding kemalangan jalan raya.

Inshaa Allah terbang bersama MAS masih selamat, sama-samalah kita berdoa dan tawakkal.

Bagaimana pula dengan tuan tanah kedaung, kempen bukan main tapi sudah booking tiket ke belum?

Ekcelli...... speaking omputih sikit, rezeki travelling untuk kami sekeluarga agak terbatas pada tahun ini. Banyak duit mengalir untuk melengkapkan kediaman idaman kami, juga keperluan kecemasan dan perubatan anak-anak.

Inshaa Allah jika ada rezeki lebih pada tahun depan, blog DSKB akan kembali melaporkan destinasi-destinasi pelancongan yang dikunjungi oleh kami sekeluarga.

Roger and out.

Sunday 11 May 2014

Short Ride | Memburu Tudung JelitaSARA @ Stadium Tertutup Shah Alam

As-Salam dan Selamat Berhujung Minggu,

Cerita ride ambo bersama FZ150i kembali lagi, setelah beberapa minggu tanpa ride santai. Keadaan kesihatan anak yang tidak mengizinkan setelah ditimpa kemalangan baru-baru ini, memaksa ambo menggantung riding gear buat seketika.

Kini keadaan anak ambo semakin stabil malah makin galak, jadi ambo kembali menyarung jaket. Destinasinya tidak lain dan tidak bukan adalah Shah Alam.

Tapi kenapa Shah Alam, dan kenapa tajuknya memburu tudung JelitaSARA?

Ambo mahu bertudung kah? Ekekekekeke...... dua alam ko?

Nak dijadikan hikayat, semalam dan hari ini berlangsungnya festival busana muslimah di Stadium Tertutup Shah Alam. Jadi dengan gediknya HM minta tunjukkan jalan ke Shah Alam. Ambo ok saja, ambo ride dan HM follow dari belakang dengan kereta.

Itu plan asal la kan, tapi endingnya HM selamat sampai ke Shah Alam dengan bantuan GPS manakala ambo masih lagi terhegeh-hegeh di Guthrie menggunakan lorong motor. Speeding tak lebih dari 60 km/h mana nak catch-up dengan kereta. Memang weekend banyak saja motor gunakan highway, tapi ambo masih lagi dengan prinsip, kalau tak sedap hati ikut saja naluri.

Bila mana sampai area stadium, wallawei sesak sakan dengan kereta. Rupanya berpusu-pusu umat mengunjungi Vendor Festival, atau bahasa mudahnya Festival Busana Muslimah di Stadium Tertutup Shah Alam. Khabarnya semalam, kira-kira 10 ribu pengunjung membanjiri festival tersebut. Agaknya kalau Fareeda buat festival lagi gempak.

Seketika Seksyen 13 Shah Alam sesak bak sardin. Bila ambo hello HM, dia pun turut sama bersesak-sesak dalam stadium. Ambo malas nak menyesakkan diri sama, jadi terus ride ke Taman Tasik Shah Alam untuk lepak-lepak. 

Nampak syiok juga lepak-lepak sini sambil picnic, machiam kat obersea la pulop. Terkenang memori semasa menetap di Perth dulu.....

Bukti Ketam Besi sudah sampai Taman Tasik Shah Alam.

Bagus ni untuk program kecilkan saiz perut!!!

Sebenarnya Shah Alam tidak kalah dengan lokasi tarikan pelancongan. Maknanya kalau ada urusan kerja di Shah Alam, tak adalah asyik terperap di bilik hotel jika ada masa senggang. Masa tersebut boleh diisi dengan mengunjungi beberapa mercu tanda bandaraya Shah Alam seperti Masjid Shah Alam, Muzium Shah Alam, Galeri Shah Alam, Laman Budaya dan Taman Botani Bukit Cerakah.

Apa agaknya ada di dalam?

Okied selepas puas lepak-lepak di Taman Tasik Shah Alam, ambo pulas minyak ke Seksyen 14 Shah Alam untuk meninjau Galeri Shah Alam.

Apa ada di Galeri Shah Alam?

Ekcelli sampai ke sudah ambo tak tahu apa yang ada di Galeri Shah Alam sebab tujuan utama ambo singgah sini hanyalah untuk.....

Ketam Besi berlatarbelakangkan Galeri Shah Alam.

Tu dia, tujuan utama singgah nak bagi peluang Ketam Besi berposing depan bangunan Galeri Shah Alam. Bangunannya memang cantik, bangunan kayu, mesti mahal.

Setelah balik rumah baru ambo Google apa fungsi Galeri Shah Alam. Rupanya ia merupakan lokasi untuk penggiat seni tempatan juga luar negara mempamerkan hasil karya mereka, terutamanya lukisan. Kepada bakal pengantin, Galeri Shah Alam juga menawarkan tempat untuk majlis perkahwinan.

Kepada mereka yang berminat untuk ke sini, Galeri Shah Alam dibuka Isnin-Jumaat dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Sabtu dan Ahad ditutup kecuali jika ada pameran lukisan. Agaknya tadi ada pameran sebab itu pintu pagarnya terbuka luas..... hehehehe. Okied lain kali boleh singgah lagi.

Masa keluar dari Galeri Shah Alam, ternampak Laman Budaya Shah Alam. Apa ada di situ ye?

Amik gambar dulu dan balik rumah baru Google, hehehehe!!!

Mana pintu masuknya?

Bila Google baru tahu, setiap Ahad pertama dan ke-3 ada persembahan kebudayaan di Laman Budaya Shah Alam. Laman ini juga dibuka untuk majlis perkahwinan kepada yang berminat. 

Laman Budaya Shah Alam pun ambo cuma singgah untuk ambil gambar tanpa sempat untuk menjengah apa yang ada di dalam. KIV untuk lawatan yang lebih proper pada masa yang akan datang.

Next destinasi cadangnya Muzium Shah Alam tapi perut mula berkeroncong. Hello HM katanya on the way ke Giant Shah Alam, cadangnya lunch kat sana. Tapi bila dipikiaq-pikiaq, Giant sudah pasti sesak dengan limpahan pengunjung Vendor Festival. Jadi ambo terus cadang lunch saja di RnR Guthrie. Maknanya terus balik rumah la lepas ittew.

Kalau singgah di RnR Guthrie hala utara, ada satu kiosk sebelah Sate Kajang Haji Samuri jual mee bakso. Bukanlah yang terbaik tapi sedap jugalah. Kalau singgah sini sama ada ambo order mee goreng atau mee bakso. Meatball yang diletakkan sebagai salah satu ramuan mee bakso terasa lembut dan segar, pendek kata kena pula dengan selera ambo.

Awan nano makin gelap.

Short distance ride tapi keselamatan tetap diutamakan.

Selepas pekena mee bakso semangkuk dan 100 plus sebotol, mata machiam mahu layu pula. Bahaya ni, pantang ride atau drive dalam keadaan mata penuh kelayuan. Lepak-lepak sekejap di pondok rehat RnR sambil buat senaman regangan. 

Agak-agak mata dah boleh beri kerjasama semula, terus hempas montot atas motor dan pulas minyak untuk pulang ke rumah. Nasib baik walau awam nano makin lama makin gelap tapi cuaca agak baik tanpa hujan. Memang hari yang bagus untuk ride. Kalau hujan memang sesak napas juga sebab motor masih pakai tayar stended kilang, tayar Kenda. Ada modal sikit ingat mahu tukar Pirelli atau Maxxis.

Alhamdulillah selamat sampai rumah tanpa sebarang malapetaka. Walau sudah sampai rumah, jangan sangka boleh terus rehat. Kena pulas minyak pusing tawaf taman perumahan dalam dua tiga round. Bukan apa, kasi puas anak-anak yang teringin sangat nak ride sama. Kasi duduk itu belakang motor, jadi pillion sekejap pusing-pusing sekitar perumahan. Janji anak-anak happy, baru senang nak ride next time.

Sekian dulu, roger and out.