Saturday 20 July 2013

Trip Ke Padang Besar, 1 Julai 2013

Kembara kami ke utara diteruskan menuju Padang Besaq. Alang2 dah sampai Langkawi dan Kuala Perlis, sayang kalau tak menjengah ke Padang Besaq. Bukan niat nak shopping cuma nak tengok macam mana rupa Padang Besaq yang kepoh di stori mori kan oleh kaki2 shopping.

Disebabkan lepas sampai di Kuala Perlis dari Langkawi dah masuk tengah hari dan kami belum makan lagi. Jadi lepas ambil kereta kami cadang nak singgah mana2 untuk makan tengah hari.

Ambo tak pasti lokasi sebenar tapi kalau tak silap tak jauh mana pun dari Kuala Perlis..... kami berhenti makan tengah hari di Kedai Makan Kak Na Terangkat. Apa yang terangkat? Bukan Kak Na yang kena angkat..... tapi menu dia tu yang dikatakan terangkat....


Specialities kat Kak Na Terangkat adalah nasi ayam, ayam percik dan pulut ayam. Ada juga ayam masak hitam..... sedap katanya. 

Lapar punya pasal kami order nasi ayam dengan ayam seekor..... makan untuk 4 dewasa dan 2 si kenit. Tambah satu mangkuk sup ayam.....

Bagai dikata..... nasi ayam kat sini memang terangkat..... kena pula perut memang tengah lapar......


Menu terangkat tapi harga masih berpatutan..... malahan cukup murah jika dibandingkan dengan apa yang kami makan.

Gendang gendut tali kechapi..... kenyang perut kita solat dulu. 

Selesai tunai kewajipan di masjid berdekatan, perjalanan diteruskan ke Padang Besaq berpandukan GPS..... entah mana2 GPS bawa kami. Yang pastinya untuk ke sana dari Kuala Perlis langsung kami tak guna highway. 

GPS bawa kami mengikut jalan lama..... ladang tebu Chuping pun sipi2 kami lalu.....

Kalau tak ada GPS pun Inshaa Allah boleh sampai sebab signboard memang cukup dan jelas..... kalau jumpa check-point UPP maknanya dah dekat sangatlah dengan komplek bebas cukai Padang Besaq.

#Tahukah anda?
Padang Besar merupakan sebuah bandar di Perlis yang bersempadan dengan Wilayah Songkla, Thailand. Letaknya cuma 35 km dari Kangar dan 57 km dari Hat Yai.

Nak masuk ke kawasan kompleks kena bayar RM2 untuk parking..... agaknya masuk sekejap ke lama ke tetap kena RM2.



As usual tempat sebegini dibanjiri oleh makcik2 yang sibuk nak borong periuk belanga dan pinggan mangkuk. Dah macam Pengkalan Kubur @ Rantau Panjang di Kelantan.

Ada deretan kedai2 dan ditengahnya arked niaga.... 


Kami...... masih dengan misi memburu beg Deuter..... hahahaha. Memang jumpa dan agak murah tapi ambo amat tidak berpuas hati dengan mutu jahitan...... hahahaha. Nak murah tapi banyak songeh!!!!!

Pujuk hati....... tak payahlah beli Deuter ciplak, beli yang ori baru puas hati.....

Lain-lain...... cuma cuci mata sebab tak ada idea nak beli apa. Keluar masuk kedai dan arked niaga. Mulanya nak beli jersi untuk si kenit tapi tengok kualiti kain macam tak kena dengan harga.


Orang kata Padang Besaq syurga membeli belah..... tapi kami macam rusa masuk kampung..... hahahaha. Sebabnya Padang Besaq macam tak ada apa..... harganya pun macam boleh tahan mahal.... maklumlah skill nego dan bargain kami tahap newbie.

Bersusah payah kami ke sini..... apa hasilnya? Beberapa paket ikan bilis goreng dan keropok..... hahahaha. Macam tak berbaloikan?

Nampak macam tak berbaloi sebab kami tak shopping hapa pun...... tapi untuk pengalaman dan tengok dengan mata kepala sendiri macam mana rupa Padang Besaq..... its priceless kata orang kampung ambo. 

Kadang kala sesuatu pengalaman lebih bererti jika kita sendiri alami berbanding dengan cuma dengar dari mulut orang lain. Ada juga bahan untuk ditulis dalam blog.....

Kalau orang lain berjam-jam pun tak cukup.... kami tak sampai sejam dah masuk kereta untuk beransur pulang...... hehehehe.

Masa balik GPS bawa kami ikut jalan lain pula..... kali ini lalu UNIMAP dan ladang tebu yang luas terbentang. Masa ni army tengah buat latihan penerjunan..... penuh tepi jalan kereta berhenti nak tengok army terjun dari kapal terbang. Siap ada yang buka gerai minuman..... pandai buat duit.....

Merasa juga memandu melalui ladang tebu yang seluas mata memandang..... tapi masa ni tebu sudah kena tuai..... rumput dan lalang saja tinggal.....


Bukit berkembar...... huhuhuhu


Bukti dah sampai ke Chuping, ladang tebu terbesar di Tanah Melayu.....


Dari Chuping ambo sekeluarga meneruskan perjalanan balik ke Tanjong Malim tanpa singgah dimana2 lagi dah. Kalau singgah pun untuk solat dan kalau ada rasa nak terkucil..... juga untuk hilangkan lenguh2 dan pekena kopi pekat bagi buang rasa mengantuk.

Alhamdulillah perjalanan balik lancar dan jauh dari kesesakkan walau bilangan kereta atas highway agak banyak.

Sekitar 9 malam sampai rumah..... ending pengembaraan ke utara tanah air merangkumi Kuala Perlis - Langkawi - Padang Besaq.

Adiyosssssss........

Tok Jah Homestay Langkawi


Tok Jah Homestay
Pantai Cenang Langkawi
Contact: +6017-542 2470 (Kak Eshah) 

Lokasi Tok Jah's memang strategik..... opposite dengan Underwater World. Nak pergi Pantai Cenang cukup dekat, boleh jalan kaki saja.

Kalau malam2 kawasan sekitar memang happening...... gerai2 cenderamata dan restoran dibuka sampai lewat malam.

Tok Jah's ada beberapa jenis penginapan..... banglo yang boleh memuatkan berbelas-belas orang, rumah 2 bilik dan juga hostel.

Tak pasti berapa harga untuk banglo. Tapi untuk rumah 2 bilik, Kak Eshah bagi harga RM350 untuk 2 malam. Kalau nak hostel dia letak harga RM60 untuk satu malam.

Macam mana rupa rumah 2 bilik di Tok Jah's?

Ni dia..... depan rumah..... masa kami pergi kaler hijau.....


Ini laluan masuk ke Tok Jah's..... terserlah kedesaan...... tak nampak ayam itik saja.....


Kelapa nan sebatang depan rumah.....


Jemput masuk..... jemput2...... buat macam rumah sendirik.... hahahaha


Nak lepak boleh..... nak tidur kat ruang tamu pun boleh.... cukup selesa.....


Hauslah..... kita masuk dapur dulu bancuh kopi atau teh.....


Kalau rajin boleh memasak...... peti ais periuk belanga cukup lengkap disediakan.....


Dah masak boleh makan2 kat sini......


Bilik tidur cukup selesa..... siap ada aircond......


Bilik air pun bersih..... kalau bilik air pun bersih..... area lain apatah lagi..... bak kata Tun Madet, nak tahu sesuatu tempat itu terjaga atau tidak kita jenguk saja bilik airnya.....


Final verdict, ambo amat berpuas hati dengan Tok Jah's. Kalau ahli keluarga besar memang sesuai menginap kat sini. Menjimatkan.... nak sewa hotel sudah tentu kena sewa banyak bilik..... kat Tok Jah's rasanya Kak Eshah tak kisah mana pun berapa ramai nak sumbat masuk satu rumah.

Dah namanya tengah bercuti..... bilik jadi tempat tidur dan mandi sahaja. Selebihnya masa banyak terluang kat luar...... orang kaya saja bercuti terperap kat bilik..... hehehehe

Selamat berkunjung ke Tok Jah's.......

Trip Ke Langkawi, June 2013 - Episod 3: Minyak Gamat Nusantara & Zon Bebas Cukai Jeti Kuah

Sendu betul ambo nak abiskan field report percutian ke Langkawi. Kena pula lately ambo agak bizi dengan opis matters.... jadi slow la sikit nak update blog. Apa2 pun ambo cuba habiskan N3 berkaitan Langkawi sepantas mungkin.... N3 ini akan rewind hari ke-3 percutian we'olls.....

Awal paginya check-out dari Tok Jah's siap2..... tinggalkan kunci dan salam2 dengan brader yang duty kat kaunter. Keluar dari simpang Tok Jah's, as usual mata terkebil2 pandang Underwater World. Tiga hari di Langkawi ilham langsung tak mai untuk masuk Underwater World..... lagipun pernah masuk 13 tahun yang lepas.

Cadangnya nak cuci mata kat Pantai Cenang dulu tapi jalan yang kami tuju ditutup kepada kenderaan berenjin, hanya dibuka untuk pejalan kaki !!!! Boleh saja pusing guna jalan lain tapi masing2 tak berapa nak bersungguh nak pergi Pantai Cenang.... semua nak sarapan dahulu. Lupa kami sarapan dimana tapi rasanya gerai tepi2 jalan juga.

Kalau dicongak2.... sepanjang 2 hari di Langkawi kami cuma sempat kunjungi Dataran Helang, Oriental Village, Telaga 7 dan Kota Mahsuri. Diikutkan banyak lagi tempat yang belum kami singgah...... macam Wildlife Park, Underwater World atau beras terbakar...... boleh saja nak buat pada hari ke-3 sebab masa masih panjang. Avanza pun boleh pakai sampai jam 2 pm, cuma rasa nak reserve tempat2 tu semua untuk kunjungan yang akan datang..... hehehe.

Tapi alang2 dah sampai Langkawi, kena juga menyinggah di mana2 perusahaan gamat. Nak senang kami singgah di Nusantara Maju, pemes amos dengan arca botol gamat besar sepemeluk tepi jalan.... letaknya di Kg Mata Air, Ulu Melaka Langkawi....... Ulu Melaka Langkawi ye..... bukan Ulu Melaka kat Melaka nun.....



Mari kita terjah apa ada kat Nusantara Maju...... gamat opkos!!!! Sementara yang lain terus serbu kedai, ambo tinjau dulu tempat memasak gamat..... dimasaknya gamat dalam kawah besar..... macam gulai kawah jadinya. 



Tanpa pengawasan staff Nusantara, pengunjung tak dibenarkan masuk ke bangsal tempat gamat dimasak..... cuma tengok dari luar sahaja...... for safety purposes. Tapi kalau kebetulan nasib baik, siap boleh celop tangan dalam kawah yang sedang mendidih......... ada bran?

Bran aja dong........ nampak saja mendidih tapi bila celop tangan tak rasa panas mana pong!!!!! Masa celop rasa suam2 gitu bila keluar tangan dari kawah terus rasa sejuk..... ini lah rahsia pandekar amin mulia mandi minyak panas lepas tamat latihan silat. Nampak hebat mandi minyak panas walhal bukan panas mana pong!!!!!

Cukup syarat celop tangan dalam kawah berisi minyak gamat sedang menggelegak, ambo jenguk pula apa yang ada dalam kedai. Nampaknya yang lain sedang sibuk memborong.....

Antara produk keluaran Nusantara Maju..... nombor 3 ada ambo borong cuma belum sempat choba saja lagi..... akan kuchoba sedikit masa lagi...... hahahaha



Antara produk2 gamat yang wajib diborong...... p/s: saya cuba carik minyak belacak gamat tapi tak jumpa sampai ke sudah..... nak tanya segan..... malu bertanya tak merasa penangan mintak belacak..... huhuhu



Kat sini juga boleh cuba air tongkat asli..... pure dari hutan..... pahitnya ya ampunnnnnnn........... MHD pun gedik nak menchoba penangan tongkat ali.....



Lepas tengok gamat kita nak gi mana pula?

Bila dibincang2..... semua tak nak menyinggah kat mana2 dah.... nak terus ke jeti Kuah dan balik ke Kuala Perlis. Lagipun cadang bila sampai Kuala Perlis nanti nak terus ke Padang Besaq..... nak tengok apa hado kat sana..... tapi nan hado rupanya (p/s: episod nan hado ini akan dikongsi dalam N3 berkaitan Padang Besaq).

Hokey...... bila sampai jeti Kuah terus contact owner Avanza tapi ahkak owner tak pick-up call pula. Jadi ambo parkir kereta kat parking lot depan jeti dan letak kunci bawah karpet.... ahkak owner dah pesan masa amik kereta suruh buat cam gitu saja. Lagipun sape nak curik..... kalau curik pun nak bawak larik ke mana? Pusing2 ke laut juga perginya......

Mula2 kita beli tiket nak balik Kuala Perlis dulu..... dapat tiket jam 11.30 pagi.....



Ada masa sikit..... dalam sejam gitu untuk tengok apa yang ada kat zon bebas cukai jeti Kuah. Nak cari beg Deuter tapi tak ada pula... atau ambo cari ditempat yang salah?

Apa lagi yang hado..... pada ambo macam tak ada apa pun (p/s: ini ayat bukan kaki shopping, kalau kaki shopping banyak aja benda yang boleh diborong kat sinun).

Hokey...... time untuk boarding.....



Pakcik yang keje kat kaunter pengumuman ni siap berpantun bagai masa nak jemput penumpang untuk boarding...... hehehehe



Tengok.... weekend biasa pun boleh sesak..... tanda Langkawi makin makmur......



Ini dah masuk feri dah..... macam tak ramai orang saja kan? Tapi sebenarnya fully loaded...... bukan saja penumpang tapi dengan barangan yang diborong. Pelik haku, pergi Langkawi sampai berkoyan-koyan barangan nak diborong (p/s: again ini ayat bukan kaki shopping).



Makcik2 dan pakcik2 dalam picca kat atas tu satu rombongan..... entah dari mana tapi semuanya veteran2 buat rombongan cik kiah ke Langkawi. Masing2 berbondong2 beli barang..... periuk belanga.... pinggan mangkuk..... silap2 tong gas pun hado..... hahaha!!!

Feri yang ambo naik masa nak balik dari Langkawi antara yang terbesar.... bila fully loaded beratus jugalah penumpang. Bila dah beratus maka beratus perangai boleh dilihat. Paling nan hado berebut-rebut masa nak naik dan berebut-rebut masa nak turun.... aduyai!!!!!

Nak naik berebut buat apo..... bukan tak dapat seat pong!!!!! Dah jelas kat tiket tulis nombor seat..... siap potong Q macamlah ada urang mao amik dia punya seat. 

Bila masa naik berebut...... nak turun pun hado yang berebut juga.... tak faham ambo. Kalau yang ada anak kecil tak payahlah nak berebut-rebut, tersepit budak tu kat celahan umat kan kes naya. Bila anak menangis kepanasan bersesak-sesak mula nak marahkan orang depan sebab lambat keluar.... ini kes makcik Indon, tapi makcik local pun sama kekdahnya.

Satu lagi.... kalau dah tahu barang yang diborong tu banyak..... turun la dulu, kemudian kan ada staff yang akan tolong turunkan barangan yang berlambak tu...... tak pun hang tunggu dulu. Ini tidak siap block pintu keluar supaya senang dia nak punggah barang. Kalau satu kotak tak apa lah, ini dah kira kes beribu-ribu lemon der.... mana makcik Indon tadi tak naik hangin..... hahahaha..... hantam sajalah labuuuuuuuuuu........

Ambo dah pesan pada rombongan, wait a seken..... biar semua urang turun baru kita turun..... lega nak melangkah.

Kami antara yang paling last keluar..... posing dulu.......



Masa datang dulu, lepas parking kereta kat depan rumah orang kampung..... brader ulat parking akan beri satu resit siap dengan nombor henpon. Nanti bila dah sampai jeti Kuala Perlis balik kita kontek saja nombor tersebut, dan brader tersebut akan datang dan bawa kita naik motor ke tempat parking.

Tapi ambo malas malas nak call, main menapak kekdahnya..... sebab rasa macam tak jauh mana. Sekali bila sampai mengah juga... hehehe.

Makcik yang jaga parking pon siap naik heran ben hajaib..... nape menapak sampai mengah..... kan senang call saja brader ulat parking. Tak apalah makcik..... kami nak eksesais keluar peluh..... huhuhu.....

Sambil panaskan henjin Vios yang sudah 3 hari tersadai..... sembang2 dengan owner parking tanya macam mana nak ke Padang Besaq. Tengok map macam dah tak jauh mana..... tapi bila ditanya owner parking katanya dalam sejam jugalah nak sampai.

Hokey gengs...... nak gi Padang Besaq tak? Semuanya hangguk nak gi...... so ke Padang Besaq kita...... hahahaha!!!!!

Kiranya tamatlah kisah kembara kami sekeluarga ke Langkawi. Lepas ni kalau ada masa, ada rezeki ambo buat N3 pasal Tok Jah's, anggaran bajet ke Langkawi dan stori de mori kami ke Padang Besaq.....

Adiyossss................

Tuesday 16 July 2013

Trip Ke Langkawi, June 2013 - Episod 2: Oriental Village, Langkawi Duck Tours, Telaga Tujuh & Kota Mahsuri

As-salam & Salam Ramadhan,

Bertemu lagi kita dalam sambungan N3 cuti2 Malaysia ke Langkawi. Kali ini ambo nak rewind balik xtvt kami pada hari ke-2 di Langkawi........

Macam hari pertama, pada hari ke-2 pon ambo masih belum buat perancangan mana nak pergi. Start enjin Avanza dan terus jalan, nampak signboard ke mana-mana tempat menarik baru follow dan singgah.... malas nak ikut schedule bagai.... ikut sedap hati nak singgah mana.... yang pasti kena singgah isi tangki perut dulu.

Nak isi tangki perut ambo dan rombongan singgah kat satu kedai kopi tepi jalan, keluar sikit saja dari area Pantai Cenang. Kami pakat pekena nasi lemak beserta roti canai kongsi ramai2. Lupa apa nama kedai.... piccas pun tak sempat nak capture sebab nasi lemak dia sedap sangat.... ada yang bedal sampai dua bungkus..... anak sapa le tu....

Sesekali lepak kedai kopi memang layan.... kena pula tepi sawah. Nak saja lepak lama2 tapi makin lama makin ramai orang yang menyinggah. Tak pa.... kita dah selesai makan kita bagi peluang untuk orang lain. Lepas bayar terus gerak.... tanpa hala tuju. Masa keluar kat satu simpang nampak signage menuju Langkawi Geopark & Oriental Village. Baru ilham mai terjah..... kita tuju ke Oriental Village lah dulu..... hehehehe. Kat tengah jalan menuju Langkawi Geopark nampak satu tempat macam berbaloi untuk disinggah..... lupa apa nama bahasa Melayunya tapi orang kampung ambo panggil Point of Observation.

Point of Observation ni tuan2 dan puan2 letaknya di puncak satu bukit kecil. Kita parking kereta kat bawah kemudian kena panjat anak tangga untuk naik ke atas. Walau namanya bukit tapi tidaklah tinggi mana, menapak 5 min pun dah boleh sampai. Apa yang anda boleh nampak? Bila dah sampai atas kita boleh nampak tapak pameran LIMA..... agaknya sewaktu pameran LIMA berlangsung, point of observation ini akan dipenuhi oleh orang ramai yang tidak berkesempatan untuk masuk ke tapak pameran.



Singgah sini pun tak ada lah lama mana, sekadar cukup syarat saja. Masa lepak2, terdengar sayup2 suara budak menangis kesakitan.... apa jadi... anak sapa? Dah la tetiba ada bau busuk, kemudian ada bunyi budak menangis le pulop..... suspen kejap!!!!!!

Owsssss.... anak ambo rupanya. Menangis sebab kaki tergaret kena duri..... huhuhu. Meleleh-leheh darah keluar.... biasa la hero, takat macam tu pun tak kan nak nangis sakan der....


Sapu sikit2 dan hembus mana yang patut untuk hentikan pendarahan..... pendarahan..... macam parah benor cederanya.... hehehe. Bila tuan punya luka pun dah calm down dan boleh menerima hakikat.... dah berhenti menangis.... kami teruskan perjalanan menuju Langkawi Geopark & Oriental Village.

Nak cari Langkawi Geopark senang saja, sebab banyak signboard tapi nak habaq mai.... agak jauh juga nak sampai kalau dari area Cenang. Kena susuri jalan kampung, macam masuk ke dalam sikit tapi memang  best..... terutama bila dah dekat2 nak sampai. Best bukan apa.... dia punya enviro..... ada satu area tu hutan kiri kanan...... nyaman sungguh. Sesekali bertembung dengan Mat & Minah Sallah yang naik scooter layan korner.... baru balik dari Langkawi Geopark agaknya.

Seken destini kami singgah on the way ke Langkawi Geopark adalah Petronas Quay. Nawaitu asalnya nak cari tempat untuk tuang petrol.... sebab tengok meter Avanza macam dah nak masuk line merah dah..... melahap petrol juga Avanza ni. Bila nampak ada Petronas terus cilok masuk then baru nampak belakangnya penuh kapal layar mewah sedang berlabuh.



Petronas Quay.... belah Petronas jadi tempat kapal layar mewah melepak..... di seberangnya pula port nelayan tradisional Langkawi labuhkan sampan..... antara dua darjat sungguh.

Bila jumpa Petronas Quay maknanya dah tak jauh dari Langkawi Geopark..... kalau drive santai 10 min sampailah. Masa ambo sampai sini kiranya masih awal pagi..... petak parking masih banyak kosong..... kedai2 kat dalam Oriental Village pun masih banyak yang belum buka.



Apa ada kat dalam Langkawi Geopark & Oriental Village? Banyak benda der....... antaranya kedai2 cenderamata, mini muzium, animals garden, elephant ride, Winter Sonata garden dan yang paling pemes amos sudah tentulah cable car..... tapi masa kami sampai cable car telah ditutup untuk tujuan penyelenggaraan tahunan.



Nak masuk Oriental Village tak perlu bayaq ye hadeq2..... FOC.... cuma kami sampai awal sangat jadi banyak hot spots masih ditutup atau baru nak buka pintu. Antaranya......



Hati MHD tengah kombang nak naik basikal air tapi disebabkan masih belum dibuka..... posing kat depan pun jadilah..... hahahaha kesian anak haku. Tapi tak pe, banyak lagi kita boleh buat kat Oriental Village.... antaranya cuci mata kat dua tiga taman kat dalam tu....



Nampak macam kat obersea dah.....



Kat Korea ke Langkawi ni?



Masa jalan2 terserempak dengan pak belang.... tanpa segan silu MHD dan QM ajak posing..... baik hati benor pak belang kat Langkawi ni...



Pak belang kita ni selalu melepak kat depan satu cafe.... khabarnya kat dalamnya ada pak belang betul suatu ketika dulu.... tak tahu pula masih ada lagi ke tak. Masa kami tinjau tak dengar pula suara pak belang berdehem. 

Tak jauh dari tapak pak belang ada port untuk naik gajah. Teringin benor MHD dan QM nak naik gajah tapi dah kami sampai awai bebenor.... gajah2 semua masih belom start keje gamaknya.... sebab tak ada seekor pun kelihatan. Sabar anak2.... ada rezeki kita pergi Krabi.... kat sana pun boleh naik gajah..... hehehehe

Kemudian jumpa pula taman arnab. Nak masuk dalam bagi arnab makan pun boleh, tapi mana nak beli makanan arnab ni der?



Pusing2 keliling tak ada nampak pula kaunter jual makanan arnab.... nak tanya orang, nak tanya sape masalahnya. Sudahnya tengok dari luar sajalah anak2. Tak pe, kan kita dah bagi makan arnab masa bercuti kat Colmar Tropicale dulu (ayat penyedap hati nak meredakan hangin MHD dan QM......).

Kalau nak tahu lebih lanjut pasal asal-usul kejadian Langkawi Geopark, boleh singgah Geopark Information Center. Asal-usul secara saintifik ada diterangkan, secara mitos pun hado. Tapi yang menarik perhatian ambo adalah mitos tentang kejadian Langkawi Geopark.



Kununnya once upon a time, ada dua brader kita kat Langkawi hendak melangsungkan perkahwenan anak2 mereka. Tapi entah silap kat mana ntah, salah seorang bakal pengantin berlaku curang menyebabkan perkahwenan terpaksa dibatalkan. Apa lagi, hangin satu badanlah bapa kepada salah seorang pengantin lalu diserangnya bakal besan beliyau. Kebetulan kedua-dua bakal besan ini adalah pandekar amin muliya yang handal bersilat. Bertarunglah mereka tujuh hari tujuh malam sehingga gegak gempitalah Pulau Lang Menenggek Batu Kawi. 

Khabarnya sewaktu mereka bertarung, habis tumpah gulai kawen dan habis melayang periuk belanga yang akhirnya bertukar menjadi batu. Salah seorang dari mereka juga dikatakan tewas dihujung keris pihak lawan lalu mati dan bertukar menjadi batu.... ish ish ish nenek moyang ku..... asal mati terus jadi batu. Itulah menurut lagenda asal-usul Langkawi Geopark.

# Tahukah anda? 
Langkawi Geopark merupakan formasi batuan tertua di Asia Tenggara, berusia lebih 550 juta tahun dan batuan 'dropstone' berusia satu billion tahun turut telah ditemui.

Apa lagi yang kami buat di Oriental Village ye.... hmmmm, jap nak rewind jap..... inilah natijahnya kalau dah lama baru nak update kat blog...... hahahaha. Ok, next kami singgah kat kedai2 cenderamata yang baru dibuka. Ada satu kedai yang kami masuk jual beg Deuter.... murah banget. Kalau yang saiz 30 L harganya sekitar 65 hengget..... waet a seken.... biar betul? Hampir2 pemikiran ambo tewas, tak kan lah Deuter boleh ada semurah tu..... ini mesti versi ciplak ni.....

Fikir punya fikir tak jadilah beli.... alang2 nak beli Deuter biarlah yang ori. Baru puas hati usung ke hulu ke hilir. Tapi kami tak keluar dengan tangan kosong, beli jugalah t-shirt untuk MHD dan QM sebagai bukti mereka dah sampai Langkawi..... hehehehe

Apa lagi nak buat di Oriental Village agaknya...... nak naik cable car, dah ditutup untuk penyelenggaraan tahunan.......



6D cinemotion masih dibuka pada yang berminat tapi ambo & family tak pula masuk..... ilham tak mai!!!!! Jadi sampai ke sudah ndak tahu apa kebendanya 6D cinemotion tu......



Satu lagi..... kalau berminat nak ambil gambar dengan ular sawa, ada hadeq tu buka kaunter kat dalam Oriental Village. Sekali snap piccas dengan ular sawa dia charge RM10..... tapi dia ni jenis tak berkira sangat. Mulut saja kata 10 hengget satu picca tapi bila dia yang pegang kamera, berbelas2 piccas diamiknya..... pun dengan harga cuma 10 hengget. Moga murah rezeki ko deq......



Masa nak keluar dari Oriental Village, MHD dan QM nampak benda ni..... Duck Tours!!!!!



Mula2 nak bergambar depan Duck Tours... kemudian nangis nak naik.....



Kita kena beli tiket dulu.... MHD dan QM masing2 keluarkan duit nak beli tiket..... semangat sungguh tapi tak cukup pun...... hahahaha



Berapa harga tiket untuk Duck Tours?



RM38 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak2 kalau tak silap..... senior citizen pun ada potongan harga.

Apa benda Langkawi Duck Tours tu..... basically amphibious truck..... diulangi amphibious...... maknanya kenderaan Duck Tours ni boleh bergerak di daratan dan juga dalam air..... dah itik kekdahnya!!!! Penumpang akan dibawa bersiar-siar selama 45 min bermula dari Oriental Village menuju Pantai Kok..... kemudian menyusuri pula Petronas Quay dan juga Telaga Harbour.

Antara ahli jamaah satu Duck Tours dengan kami.... masing2 dah ready dengan life jacket..... safety first!!!!!



Masa masih di daratan ambo tak ambil banyak piccas tapi bila The Ducky masuk laut baru ambo snap sana sini.....

Ini masa The Ducky baru sampai di Pantai Kok.... ada satu platform yang membolehkan kenderaan masuk ke laut.... berdekatannya ada rumah api.....



Berselisih dengan itik yang lain...... aku lambai ko, ko lambai aku balik..... quack..... quack...... hahahaha



Kalau tak salah ini area Telaga Harbour..... opis Datuk Azhar Mansor yang naik kapal layar kelilingi dunia, sekitar2 sinilah.....



Jeti nelayan tradisional Langkawi.....



MHD berangan bercuti kat obersea...... hahahaha



Itik  naik ke darat..... kena bilas dengan air tawar dulu, kalau tak berkarat sendi2 itik.....



Dipendekkan cerita..... (kena kasi pendek, kalau tak entah bila habis stori ke Langkawi ni) turun dari The Ducky..... ingatkan nak terus shoot ke tempat lain...... sekali kejadian, ahli veteran dalam rombongan berminat nak mengabadikan lawatan ke Langkawi dengan buat benda ni......



Arca lilin..... huhuhuhu..... mana ilham mai ntah!!!!! Kiosk untuk buat benda ni betul2 depan pintu masuk ke Oriental Village, hanya bersebelahan dengan kaunter tiket Duck Tours. Bila veteran pun dah buat..... juniors pun nak buat sama. Bertapalah kami sekejap kat depan Oriental Village sementara menunggu tapak tangan masing2 siap diarcakan.....



Menggigil tangan masa kena celop..... hehehehe



Tak ingat berapa harganya.... tapi boleh tahanlah. Tak apalah, lagipun bak kata MHD, nak tambah koleksi..... boleh letak kat bilik bila dah masuk rumah baru nanti..... hehehehe

# Tahukah anda?
Nak tunggu arca tu betul2 kering kena tunggu agak lama.... jadi brader owner buat delivery service. Kita bayar siap2, lepas dia tutup kedai sekitar 6 pm..... nanti dia hantar arca tangan masing2 ke hotel tempat pelanggan menginap. Jimat masa......

Next destini.... kami ke Telaga 7 pula.... pun tak jauh dari Oriental Village.



FOC.... cuma kena bayaq tiket parking 2 hengget......



Bila dah namanya Telaga 7 dan air terjun.... memang kena daki bukit untuk sampai. Agak tinggi jugalah..... kena panjat tangga macam kat bawah ni.......



Nak sampai Telaga 7 ambil masa kira2 15-20 minit..... nak naik lagi ke air terjun tambah masa lagi kira2 10-15 minit. Kalau banyak berhenti lagi lamalah nak sampai..... Inshaa Allah boleh, kena kuatkan semangat. Bagi yang kus semangat boleh lepak2 sahaja kat bawah, lagi pun banyak kedai2 jual sobenier. Sementara yang gagah perkasa mendaki ke puncak..... yang lain2 boleh hepi2 shopping sobenier!!!!!

Tapi gagah perkasa macam mana pun..... menggigil juga kepala lutut nak sampai ke Telaga 7. Memang kena kuatkan iltizam!!!! Inshaa Allah anda akan berjaya...... hehehehe. Jangan lupa bawa air masak, haus banget bila dah sampai atas, banyak keringat yang hilang.

Jangan lupa juga bawa baju extra untuk mandi manda.... kalau tak jadilah macam bebudak kat bawah ni..... baju jalan jadi baju mandi...



Bahan bukti nak tunjuk pada kawan2 dah sampai Telaga 7..... hehehe



Kalau ikut lagenda, Telaga 7 dahulu kala tempat puteri kayangan mandi manda. Ambo memang berminat dengan stori mori lagenda sebegini..... alang2 dah sampai ambo cuba siasat sama ada mitos tersebut ada benarnya atau tidak.

Ternyata mitos tersebut bukan sekadar lagenda..... malah ada benarnya..... cuba skodeng......



Hahahahaha..... kan betul kisah lagenda kata, Telaga 7 ni tempat puteri kayangan bersiram. Khabarnya lagi, sudah tidak ramai puteri kayangan versi tempatan yang sudi bersiram di Telaga 7 kerana tidak tahan diskodeng oleh jejaka2 tempatan.

Ini disahkan oleh kaki2 skodeng tempatan...... hahahaha



Nak tengok lebih banyak piccas puteri kayangan sedang bersiram? Nantilah dulu.... nanti terhakis pahala puasa masing2...... hehehehe

Ambo: Ok anak2..... time up..... masa untuk turun!!!!
MHD: Kejap saja lagi.....
QM: Lima minit!!!!!

Puas memujuk suruh keluar dari air.... 5 min..... kejap2 5 min..... tengok2 dari 5 min dah jadi setengah jam......



Masa panjat naik tadi dah menggigil kepala lutut kan? Masa turun lagi hazab sebenarnya..... rasa nak tanggal tempurung lutut.....



Mission accomplished!!!!!!!

Ke mana pula kita lepas ni?

Hmmmm, solat Zuhur dulu kat Masjid Al-Istiqomah Kg Kuala Teriang......



Kemudian makan tengah hari di Restoran Siti Fatimah...... area dekat2 Tok Senik Resort dan Kota Mahsuri.....



Makanan pun banyak yang dah habis tapi sebab lapar banget kami makan saja apa yang ada. Sedap juga.... tambahan pula perut memang dah berkeroncong sakan. Lepas makan rehat2 sekejap... lagi pun tak perlu rushing mana sebab Kota Mahsuri memang dekat sangat dengan Restoran Fatimah. Kalau menginap di Tok Senik Resort, memang dah dekat sangatlah dengan Kota Mahsuri.

Dekat2 sini juga ada sisa jalan lama yang dibina dari batu marmar Langkawi. Jalan lama tersebut dibina pada tahun 1962.... bukan di zaman Mahsuri ye..... hehehe



Tiket masuk ke Kota Mahsuri..... RM7 dewasa dan RM1 kanak2....



Apa yang terkini di Kota Mahsuri?



Tarikan utama sudah pastilah makam Mahsuri (Al-Fatihah..... semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman), rumah pusaka Mahsuri dan juga kini turut dibina mini galeria untuk memperingati kisah lagenda Mahsuri.

Kat dalam Kota Mahsuri ada makcik jual ice-cream tapai..... sedap juga. Belacan pun dia ada jual..... pun sodap juga..... berselera ambo berbuka dan bersahur dengan sambal belacan makcik ni.... hehehe



Dah merasa ice-cream makcik tudung kaler pelangi..... kita jenguk2 pula rumah pusaka Mahsuri. Malangnya ketika ini sedang dipulihara jadi kami hanya dibenarkan melihat dari jauh.... nak masuk memang jauh sekali.....



Ambo nak kongsi satu pengalaman misteri yang ambo sendiri alami sewaktu menziarah kompleks makam Mahsuri. Ada satu ketika, ambo berehat-rehat dibangku berhampiran dengan makam Mahsuri..... tepinya ada satu pokok besar, pokok kekabu kalau tak silap ambo. Entah macam mana, terdetik hati ambo untuk mengambil picca pokok kekabu tersebut.

Masa ambo ambil picca tersebut, ambo amat pasti..... memang tiada sesiapa di situ..... tetapi apabila ambo melihat kembali picca tersebut..... muncul jelmaan lelaki tua memakai serba putih dalam picca yang ambo ambil. Setahu ambo dan ambo amat yakin, lelaki tua berpakaian serba putih memang tiada dalam lensa kamera ambo sewaktu picca tersebut diambil.

Hmmmm..... readers tatap dan nilailah sendiri...... siapakah dan apakah beliau itu?



Al-Fatihah untuk Mahsuri binti Pandak Mayah....



Banyak pengajaran yang kita boleh ambil dari peristiwa Mahsuri.... mungkin lagenda, mungkin cerita benar yang sudah ditokok tambah di sana sini..... tetapi jika kita hayati pengajaran di sebaliknya.... Mashaa Allah!!!!

Bagaimana hasad dengki boleh menyebabkan anak terpisah dari kasih sayang seorang ibu....... ibu bapa kehilangan anak yang ditatang seperti minyak yang penuh.... suami kehilangan isteri tersayang..... dan banyak lagi musibah susulan daripada peristiwa Mahsuri mati dibunuh. Wallahuallam.....

Hampir lewat petang baru Kota Mahsuri kami tinggalkan. Alang2 dah sampai Langkawi, ambo teringin juga nak singgah Haji Ismail Group yang heboh diperkatakan.....



Haji Ismail Group...... tempat jual periuk belanga, pinggan mangkuk dan cokelat rupanya...... hehehehe. Kalau tahu.... tak singgah pun tak pe...... hehehehe



Ada jugalah beli cokelat sikit2.... buat buah tangan. Pinggan mangkuk.... shopping kat Perth lagi best.... heheheh

HIG memang banyak cawangan di Langkawi, yang ambo singgah cawangan HIG yang depannya ada Langkawi Saga.....



Di Langkawi Saga, MHD dan QM sambar masing2 2 helai baju tidur dan benda ni.......



Hahahahaha....... haruan....... haru sungguh!!!! Datang Langkawi MHD & QM bawa balik maggie kari perasa ayam sebagai sobenier.... hehehe. Lihatlah betapa bahagianya mereka menikmati maggie kari yang dibeli dari kedai bebas cukai Langkawi Saga..... hahahaha



Lepak2 Langkawi Saga ni pun sebab tunggu brader yang jual arca lilin di Oriental Village. Dia nak deliver arca yang dah kami tempah pagi tadi......

Lepas pick-up arca lilin..... kami terus balik ke Tok Jah's untuk berehat dan solat Maghrib. Malamnya keluar untuk makan malam, cuba cari kedai makan yang sebelumnya tapi ditutup. Jadi kami singgah kedai lain, pun sedap juga..... dan berpatutan, Alhamdulillah......

Malam kedua di Langkawi tak banyak xtvt sangat.... lepas makan malam terus balik Tok Jah's untuk berehat dan tidur. Esok sudah hari terakhir di Langkawi.... bangun pagi esok baru plan apa nak buat.


End of day 2..... babai