Monday, 10 October 2016

PeNYaKiT MeSiN BaSuH SaMSuNG, ON TaPi TaK BoleH STaRT - MaSaLaH PCB BoaRD


Kami beli mesin basuh Samsung dengan kapasiti 7 kg pada bulan Jun tahun 2012. Ada masa seminggu sekali guna, dan acapkali juga hari-hari pulun.

Kira-kira 4 tahun kemudian, Oktober 2016, mesin basuh Samsung kami mula buat perangai, sakit buat pertama kalinya. ON power tapi bila tekan butang START, sunyi sepi. Tiada apa yang berlaku, air tak masuk dan rotor tak berpusing.

Mula Google untuk kenal pasti masalah. Antara blog yang dirujuk adalah Repair Peti Sejuk. Hatta nama blog repair peti sejuk, tuan tanah kedaung juga berkebolehan untuk repair mesin basuh.

Blog tersebut dan beberapa blog lain yang dirujuk menyatakan masalah tersebut memang sering berlaku pada model mesin basuh Samsung dengan kapasiti 7 kg.

Punca masalah adalah kerosakan pada PCB board.


Harga semasa PCB board sekitar RM300. Harga mesin basuh tersebut RM750, harga 4 tahun lalu. Kami buat timbang tara, mana lagi untung - tukar PCB board atau beli mesin basuh baru saja.

Timbang punya timbang, kami ambil keputusan mesin basuh tersebut masih boleh berkhidmat dengan baik jika dibaikpulih. Kami call technician yang kami kenal dan beliau quoted RM350 untuk PCB board beserta dengan upah.

Ambil masa tiga empat hari juga untuk PCB board yang dipesan untuk sampai, dari Johor kata technician kami. Akhirnya semalam mesin basuh Samsung kami bernafas semula selepas PCB board asal ditukar ganti dengan yang baru.

Alhamdulillah sekarang kembali berkhidmat, entah untuk berapa lama sebelum kembali sakit. Harap-harap genaplah 10 tahun berkhidmat macam mesin basuh yang lain.

Sekian.

Update 25 September 2017

Tidak sampai setahun mesin basuh Samsung berkapasiti 7 kg kami berganti PCB board, datang sakit buat kali ke-2 pula. Kali ini semua butang berfungsi dengan baik (boleh ON, boleh wash dan boleh juga rinse), tapi tak boleh nak spin atau keringkan kain pula.

Sekali lagi panggil technician yang sama. Beliau godek sana-sini cuba trouble-shoot. Check valve, pressure system dan segala komponen di panel belakang mesin. Semuanya ok, jadi technician tersebut jumped to conclusion, PCB board rosak lagi.

Mendengar saja perkataan PCB board, on the spot kami buat keputusan untuk biarkan saja Emchek Samsung tanpa dibaiki. Kami beli mesin basuh baru, Pensonic manual saja.

Leceh sikit guna mesin basuh manual sebab dah biasa dengan mesin basuh auto, tapi kami dah malas nak keluar belanja untuk PCB board yang harganya hampir sama dengan mesin basuh manual.

Sekian sekali lagi.

8 comments:

  1. Replies
    1. Nasib, 4 tahun dah meragam. Sebab itu ramai yang suka Toshiba, lebih tahan lasak katanya.

      Delete
  2. baru kenaa sesaat lepas ni.. xboleh start juga. on ok je. selepas 4 tahun jugak 😂😂 tu google info pasal mesin basuh ni. terjumpa blog ni. hahahaha.. nak melayang la duit nii. cobaannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesin kami pun dah rosak buat kali kedua. Terus tamatkan khidmat dan beli mesin basuh manual saja.

      Delete
    2. baru kena juga. 5 tahun berkhidmat. adeh..

      Delete
    3. hehehehe.... memang itu usia PCB board samsung kot. Saya give-up terus beli mesin basuh baru, manual sajalah sebab bajet tak berapa nak ada untuk angkut mesin basuh auto yang baru.

      Delete
  3. Uit..model samsung bro sama cam kita..sama penyakit..baru je terjadi xmasuk air. hanya boleh spin saja..mau repair atau tukar baru?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak masuk air, cuba tengok pump dan valve kat belakang. check juga PCB board. saya tak mahir, jadi terpaksa panggil technician tolong check.

      repair atau tukar baru, bagi saya bergantung pada kos. First time dulu repair, kali kedua tukar baru terus. Kalau PCB board rosak, pada saya baik beli mesin basuh baru saja. Kalau valve atau pump yang rosak, masih berbaloi untuk diperbaiki.

      Delete