Friday 22 May 2015

BeRCuTi Ke BuKiT FRaSeR 2015 : TeMPaT MeNaRiK uNTuK DiLaWaTi DaN TeMPaT MaKaN SeDaP Di BuKiT FRaSeR

Photo : Ehsan Google Pic


Apa nawaitu kita ke Fraser's Hill?

Adakah untuk berjimba-jimba, ataupun rejuvenate?

Jujurnya, jika nawaitu ke sana untuk berjimba-jimba, lupakan saja Fraser's Hill. Ini kerana Fraser's Hill tidak sehappening Cameron mahupun Genting Highlands.

Tapi untuk rejuvenate diri dan lupakan seketika kebingitan kota, Fraser's Hill memang pilihan yang tepat.

Suasana yang damai, jauh dari hiruk pikuk, memang marbeles. Lepak-lepak kat taman sambil baca buku, dah machiam bercuti kat over the sea.

p/s: rindu pulak ambe dengan musim luruh dan bunga di Perth.

Bagaimana untuk ke Fraser's Hill jika anda dari Lembah Kelang atau selatan tanah air? 

Jika anda menggunakan applikasi Waze, biasanya anda terpaksa exit ke Bukit Beruntung dari Plus Highway, kemudian teruskan pemanduan ke Rasa dan Kuala Kubu Baru melalui jalan persekutuan. 

Ambe tidak pernah menggunakan laluan tersebut, tetapi seorang rakan menyatakan laluan tersebut agak jauh dan mengambil masa yang agak lama. 

Lebih baik teruskan pemanduan di Plus Highway dan kemudian baru exit di Tg Malim. Menggunakan jalan persekutuan, teruskan pemanduan ke Kuala Kubu Baru dan seterusnya ke Fraser's Hill.

Bermula dari Kuala Kubu Baru menuju Fraser's Hill, laluan akan berliku dan banyak selekoh tajam. Jadi berhati-hatilah dalam pemanduan. 

Pada hari yang sama ambe dan family ke Fraser's Hill, sebuah MyVi masuk gaung, nasib baik pemandu dan kesemua penumpang selamat.

Jangan lupa juga untuk singgah menikmati panorama tasik buatan di Empangan Kuala Selangor. Masa musim kemarau yang lepas, paras air empangan ini surut ke tahap yang agak membimbangkan.

Ini laluan menuju ke The Gap, agak sempit dan berliku. Di lokasi inilah berlakunya pertempuran di antara pihak komunis dengan konvoi Sir Henry Gurney. Beliau terkorban dalam serang hendap tersebut yang berlaku pada 6 Oktober 1951.

Kalau dulu untuk naik ke Fraser's Hill dari The Gap, perlu ikut giliran tapi kini tidak lagi. Telah ada jalan sehala untuk naik dan jalan sehala yang lain untuk turun. Laluan ini cuma muat-muat satu kenderaan untuk melaluinya.

Semasa menggunakan laluan ini untuk naik ke Fraser's Hill, ambe hampir merempuh 2 buah motosikal ex-5 yang tiba-tiba muncul dari sebalik selekoh. 

Mencari nahas, menggunakan laluan salah untuk turun. Nasib baik ambe sempat mengelak. 

Akhirnya tiba juga ke pekan Fraser's Hill. Nun di hujung sana adalah dataran menara jam Bukit Fraser.

Bangunan di sekitar pekan ini masih mengekalkan identiti kolonial. Ada satu kedai runcit yang menjual keperluan asas, kami singgah sekejap untuk re-stock minuman dan beli munchy-munchy.

Mula-mula kami pergi check-in dulu di Shahzan Inn. Hotel ini letaknya di Jalan Lady Guillemard, tidak jauh dari dataran menara jam Fraser's Hill.

Review lengkap mengenai hotel ini, sila KLIK


Restoran Puncak, Fraser's Hill Food Garden

Disebabkan hari pun sudah lewat petang, selepas check-in kami terus ke Fraser's Hill Food Garden untuk makan malam. Food Garden terdiri dari beberapa unit kiosk makanan dan juga kedai cenderamata.

Pada hujung minggu, food garden akan dipenuhi dengan pengunjung dan juga kelab-kelab motor yang berkonvoi ke Fraser's Hill.

Kebanyakan restoran di Fraser's Hill Food Garden telah ditutup kerana hari hampir menjelang malam. Masih dibuka cuma Restoran Puncak dan sebuah restoran tomyam yang ambe lupa namanya.

Semasa meninjau-ninjau tempat untuk makan, kami ditegur oleh pemilik Restoran Puncak, jadi kami ambil keputusan untuk makan malam di sini sahaja.

Disebabkan hari menjelang malam, menu adalah terhad tapi lebih dari cukup untuk kami mengalas perut. Untuk si bambam, kami order mee goreng, ambe pun sama order mee goreng manakala my wife order nasi goreng kampung. Tambahan, sup ekor untuk menghangatkan suasana malam hehehehe.

Sementara menunggu makanan kami tiba, ambe pusing-pusing meninjau kawasan sekitar Fraser's Hill Food Garden.

Ada kedai cenderamata, ambe cuma tinjau-tinjau dari luar. Belum ada mood untuk masuk dan memborong kerana perut dalam keadaan lapar.

Pemandangan pekan Fraser's Hill dari arah food garden. Khemah biru tersebut adalah kedai makan.

Basikal dan motosikal lama. Masa menilik-nilik moto lama ini, my wife memanggil-manggil kerana makanan yang kami order telah sampai.

Cepat kata si bambam, perut sudah lapar. Lapar memanjang budak ni.

Nasi goreng kampung dan telur dadar.

Mee goreng basah.

Sup ekor yang marbeles!!!

Slurps.... slurps.... slurps..... memasing makan tanpa menoleh ke kiri mahupun kanan. 

Makanan di Restoran Puncak memang marbeles dan sedap. Bukan sahaja kerana kami sememangnya tengah lapar, tapi makanan mereka memang sedap. Tak rugi kami singgah, next time pasti singgah lagi.

Terima kasih tukang masak Restoran Puncak kerana sediakan makanan yang sedap untuk kami. Terima kasih juga pemilik Restoran Puncak kerana jamu kami dengan goreng pisang secara percuma. Alhamdulillah.

Total damage untuk makan malam tersebut RM30++ termasuk minuman.

Kemudian kami kemana lagi selepas itu?

Balik hotel, mandi dan zzzZZZZZZZZ!!!!!!


Air Terjun Jeriau

Next morning, awal-awal pagi kami bangun dan bersarapan. Kemudian nikmati keindahan alam dan kicauan burung di sekitar perkarangan hotel.

Untuk pengetahuan anda, Fraser's Hill merupakan salah satu santuari burung di negara kita. Terdapat pelbagai spesis burung yang unik dan dilindungi terdapat di Fraser's Hill.

Semasa sedang bersarapan, ambe ternampak sekumpulan kaki skodeng burung. Tengok sajalah lensa kamera mereka, entah berapa puluh ribu harganya.

Planning ambe pada hari kedua di Fraser's Hill bukanlah untuk mengskodeng burung, tapi untuk ke air terjun Jeriau.

Untuk ke air terjun Jeriau, anda terpaksa memandu melalui jalan yang agak berliku dan agak sempit. Jadi, horn kenderaan perlu kerap ditekan.

pin.... pin.... pin pin...... pin!!!!

Ini sebagai tanda isyarat kepada kereta dari arah bertentangan, make them aware akan keberadaan anda.

Dari tempat parking kenderaan, kena berjalan kaki sejauh kira-kira.... tak pasti berapa jauh tapi kurang 1 km. Masa kami datang, dipertengahan laluan ada pokok tumbang, terpaksa detour. Detour tak ada apa pun, cuma kena melintas anak sungai.

Tak susah kan detour melalui anak sungai sekecil ini.

Persekitaran air terjun Jeriau adalah hutan simpan, dan ada beberapa denai hutan yang boleh diterokai. Jika anda berjiwa adventurous, redah saja denai-denai tersebut dan nikmati keunikkan hutan tanah tinggi di negara kita.

Kita sudah sampai ke air terjun Jeriau.

Inilah air terjun Jeriau, tidaklah bertingkek-tingkek tapi masih menjadi tumpuan pelancong ke Fraser's Hill. Boleh mandi-manda, nak berpicnic pun boleh.

Si bambam galak bermain air, ambe cuma memerhati sambil mengambil gambar. Pengunjung pada hari tersebut tidaklah ramai, mungkin ramai yang masih belum sedar akan kewujudan air terjun ini, ataupun tidak sanggup untuk menempuh laluan ke sini.


Restoran Mimi Strawberi

Sekembalinya dari air terjun Jeriau dan jungle trekking, perut mula berkeroncong minta diisi. Disebabkan semalam kami telah mencuba kelazatan hidangan di Restoran Puncak, hari ini kami ingin bertukar selera pula.

Restoran Mimi Strawberi letaknya di dataran menara jam Fraser's Hill. Inilah restoran pertama yang kita nampak sebaik menjejakkan kaki ke Fraser's Hill.

Meehun sup yang tiada rasa sup.

Mee bandung yang tak berapa nak bandung!!!

Nasi lemak, sedih tengok sambal dia.

Nak ulas ke tak?

Nak ulas ke tak?

Nak ulas ke tak?

Tak yah le kut.

Eh! Ulas jugalah, owner jangan kecik ati ye.

Service wise ok, no problemos. Waiter dan waitress cukup mesra pelanggan.

Cuma kualiti dan kesedapan makanan amat mengecewakan.

My wife order meehun sup, langsung tak ada rasa. Tawa hebe kata orang Kelantan.

Meanwhile, ambe pula order mee bandung. Mee tak dicelur, kuahnya pula bukan pekat tapi seperti membeku. Bukanlah sejuk cuma, pekatnya lain macam.

Nasi lemak si bambam lagilah. Sedih tengok sambal nasi lemak yang agak cair. Telur pun tak ada, agaknya sebabnya kami order nasi lemak biasa. Tapi nasi lemak biasa pun patut ada telur rebus yang dipotong dua atau empat kan?

Owner take note, positively ye!!!

Total damage RM20++ termasuk minuman.


Marina's Gift Shop

Masa hari pertama dah singgah sini dah, tapi cuma tinjau-tinjau. Hari last singgah balik untuk cari T-shirt Fraser's Hill.

Brade-brade yang keje sini memang sempoi dan rock bebeh!!! 

Senang nak berkira, layanan pun mantop!!!

Kami beli T-shirt untuk si bambam dan abangnya si enchem. Size untuk si enchem tiada masalah, tapi si bambam ada masalah sikit. 

Budak ni kan badan semangat, terpaksa ambil size S dewasa.

Ambe pun ada jugalah beli sehelai.

Fridge magnet pun ada beli juga seketul dua, buat tambah koleksi.

Si bambam sentiasa over, dah belikan T-shirt minta belikan pula MP3 player. Nasib baik ko tu birthday boy, belikan jugalah.


Allan's Water

Disebabkan si bambam selaku birthday boy nak sangat main watersport, kami bawa dia ke Allan's Water.

Bukan water sport hape pun, cuma pedal boat dan water ball.


Nampak tak bebola besar tu? Kepompem nampak kan?

Itulah water ball, kita masuk dalam kemudian operator akan isi angin, lalu ditolak ke tengah-tengah tasik.

Terapung, jangan risau, tak akan tenggelam punya.

Apa nak buat seterusnya?

Buatlah apa-apa pun. Nak bergolek boleh, nak baring-baring pun boleh.

Si bambam secara solo masuk dalam water ball, ambe malas.

Kesian dia, keboringan dalam water ball hahahaha!!!


Tak pernah main paddle boat, dan belum ada keinginan untuk menchoba!!!



The Paddock Fraser's Hill

Ini adalah tempat terakhir yang kami kunjungi di Fraser's Hill sebelum bertolak pulang.

Masa ke sini terjadi adegan filem Tamil. Tiba-tiba si bambam merajuk tak tentu pasal. Nasib baik tak kena sebat hahahaha!!!

Lupakan si bambam, kita teruskan penceritaan.


Nampak kan ada logo kuda. Sudah pastilah ini tempat untuk menunggang kuda.

Hatta dah pernah naik kuda di Melaka, tetap juga si bambam nak naik kuda di Fraser's Hill.


Sabar menunggu giliran, kesian pulak ambe tengok kuda ni!!!


Jika tidak berminat untuk menunggang kuda, di The Paddock juga anda boleh menchoba sukan memanah.


Sementara menunggu giliran, si bambam terasa haus. Kita minum dulu katanya.


Masa operasi dan bayaran untuk menunggang kuda. Bayaran untuk memanah ambe kurang pasti.


Akhirnya tercapai hasrat si bambam nak naik kuda di Fraser's Hill hahahaha!!!

Lepas ni kita mana pula abah, tanya si bambam.

Kita baliklah, duit pun dah nak habis ni.

Heheheheheh, gelak besar si bambam.


Final verdict
Ok, kita sudah sampai ke penghujung percutian dan penceritaan. Anda nilaikan sendiri sama ada berbaloi atau tidak untuk ke Fraser's Hill. Ada orang kata tak berbaloi sebab tak banyak tarikan, tapi secara peribadi ambe tidak bersetuju. Pada hemat ambe, Fraser's Hill cukup sesuai sebagai lokasi untuk melapangkan minda dan fizikal.



Update 17 April 2017 - Catatan terkini perjalanan ke Bukit Fraser (April 2017), jika berminat untuk baca sila Bukit Fraser 2017

- Ketam Batu -

50 comments:

  1. Assalam ketam baru,
    oohoiiiiiiiii
    tak sangka ghopernya memang banyak xtvti boleh buat kat bukit fraser ni kan3
    dah lamaaaaaaa tak cotik 2 tempat sojuk2 ghoper ini sob3

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena ajak emcek hubby panjat bukit fraser :)

      Delete
    2. Assalamualaikum.wr.wb. perkenalkan nama saya Ibu Anita Tki Malaysia, saat menulis ini saya teringat memory masa lalu.saya sangat tergugah hati melihat coretan hati yang Ibu tulis. saya jadi teringat tentang masa-masa sulit dulu,karena iktiar dan usaha , seolah2 menjadi dendam bukan lagi motivasi, cuma satu tujuan saya pada saat bagaiman caranya untuk bangkit..singkat kata berbagai macam iktiar dan cara yang saya lalui, mengingat pada saat itu hutang saya 1,2m yang tidak sedikit, belum lagi bunga renternir yang bertambah. karena usaha, kesungguhan hati, akhirnya menemukan jalan /solusi . saya percaya ALLAH ITU TIDAK DIAM MAHA PENYAYANG , cobaan itu bukan lah ujian tapi hadiah yang tersilmut untuk kebahagiaan yang sebenar2nya. Sudah banyak para normal yg kami mintai angka togel dan uang gaib cuma Ki Witjaksno yg berhasil alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus. jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi Ki Witjaksno:+62852_2223_1459. ingat kesempatan tidak akan datang untuk yang kedua kalinya
      KLIK->Toto Magnum 4D 5D 6D Ki Witjaksono.

      Delete
  2. Replies
    1. boleh tahan juga, berselimut sakan anak-anak.

      Delete
  3. Mana lagi sejuk...cameron ke kat bukit fraser ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok masa, kekadang sejuk sangat kekadang biasa2 saja. nak banding cameroon dgn fraser, klu ikutkan pengalaman saya yang tak seberapa, lebih kurang sama saja.

      Delete
  4. Good info. Cadang nak ke sini akhir tahun nih. Not bad, banyak jugak aktiviti boleh buat

    ReplyDelete
  5. nak pegi jugak la, ingatkan takde ape nk buat kat sana.. tq!

    ReplyDelete
  6. Tq informasi tuan.ada facebook x.kawan nak g honeymoon nt kat sana Insyaallah

    ReplyDelete
  7. banyak juga benda yang boleh buat kat bukit fraser ne ya....hari tu pegi sekali tgok jam lama, pastu x tau apa nak buat lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kita, dulu ingatkan menara jam sahaja tempat menarik di Fraser.

      Delete
  8. Assalamualaikum..
    JOM BERKUNJUNG KE SABAH
    kami akan MeRealisasikan percutian anda bila berkunjung ke Sabah,
    BORNEO KINABALU TOUR & TRANSPORT SDN. BHD

    PAKEJ 3HARI 2MALAM

    01/ Hari Pertama (OVERNIGHT KUNDASANG)
    1000 : Jemput di Lapangan Terbang KKIA Terminal 1/2
    1030 : Melawat Rumah Terbalik (up side Down House) Tamparuli.
    1130 : Melawat Pekan Nabalu
    1230 : Melawat Ladang Lembu (Mini New Zealand).
    1400 : Makan Tengah hari di Kundasang.
    1600 : Check in Hotel/Homestay/Chalet (Kundasang)
    1900 : Hantar untuk Makan Malam pekan kundasang.
    *Tour Tamat*

    02/Hari Kedua (TOUR KUNDASANG & RANAU)
    0900 : Jemput dari Hotel/Homestay/Chalet
    1000 : Melawat Ikan Spa.
    1130 : Melawat Hot Spring, Canopy Walk & Air Terjun.
    1600 : Melawat Jambatan Tamparuli.
    1700 : Melawat Yayasan Sabah.
    1730 : Melawat Masjid Bandaraya Kota kinabalu.
    1800 : Melawat Signal Hills.
    1830 : Melawat pasar kraftangan (Pilipino Market).
    2000 : Check in Apartment Marina Kota kinabalu.
    *Tour Tamat*

    03/ Hari Ketiga (SAPI, MANUKAN ISLAND & AIPORT TRANSFER)
    0830 : Check Out dari Apartment Marina ke Jeti Jesselton Point.
    0900 : Menaiki bot ke pulau Sapi (aktiviti pantai & snorkelling).
    1200 : Makan tengah Hari BBQ yang disediakan.
    1245 : Menaiki bot ke pulau Manukan (aktiviti pantai & Snorkelling)
    1500 : Menaiki Bot ke jeti Jesselton Point.
    1530 : Jemput dari jeti Jesselton Point & Melawat Tanjung aru Beach.
    1700 : Transfer ke Airport KKIA T1/2
    *Tour Tamat*

    Pakej ini Termasuk :
    1). Pengangkutan Selama 3Hari 2Malam
    Van Pelancongan @ Taxi Limousine
    Pemandu
    Minyak
    Muatan Maksimum 10 Dewasa
    2). Penginapan Homestay Kundasang & Marina Apartment Kota Kinabalu
    May Homestay Kundasang (1Night)
    Marina Apartment Kota kinablu (1Night)
    3). Tiket-Tiket Masuk tempat lawatan
    Rumah Terbalik (up side down house)
    Ladang Lembu
    Hot Spring
    Ikan Spa
    4). Pulau Sapi & Manukan
    Tiket pulau Sapi
    Tiket pulau Manukan
    Insurance
    Bot
    Jaket Keselamatan
    Maks Snorkelling
    Makan Tengah Hari BBQ di Pulau Sapi.
    Untuk keterangan pakej lebih lanjut bole berhubung,
    En Roslan 0168392919 (whatsapp)
    Email : borneoukinabalutour@gmail.com

    ReplyDelete
  9. Wahh... info sangat bagus. Menyeluruh gitu.... terima kasih. Sib baik jumpa blog ni. Nak naik minggu depan insyaAllah....

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum. Terima kasih berkongsi pengalaman.

    Tertanya2 mana lagi sejuk, cameron atau fraser hill. Tapi dah ade orang tanyakan kat atas. Huhu.

    Baru balik dari cameron, tapi tak puas sebab tak sejuk sangat. Awal pagi sampai pukul 10 je sejuk.

    Mungkin nak cuba Fraser's Hill pula lepas ni. Terima kasih berkongsi cerita. :)

    ReplyDelete
  11. bukit tinggi dgn fraser hill sama tempat ke tidak..? klu tidak.. mana lagi best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain-lain tempat, IMHO dua-dua yempat best. Fraser Hill untuk relax2, Bukit Tinggi happening sikit tapi tak happening macam Genting.

      Delete
  12. terima kasih utk info ye cik ketam batu..mmg sangat2 menolong..nampak mmg cam santai je kt situ.hrp2 gitulah bila dah p nanti.. :)

    ReplyDelete
  13. mekasih utk perkongsian ni..sy memang teringin nk pegi..br ni hsbnd ajak tp bile pkir blk, kwn penah citer jalan ke sana teruk..lg teruk dr cameron..bg 1k kt die pun die xnk pegi dh..nmpk x?haha..sy pun termakan kata2 die..hihi..tp bile tgk gmbr n penerangan tuan sy rs xde la teruk mcm yg disangka..ok laa..klu hsbnd ajak lg bole la pegi lps ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha kalau saya, bagi 1k memang saya rembat je :D sebenarnya tak adalah teruk sangat, memang jalan berlingkar macam ular tapi dengan pemanduan berhemat rasanya ok. tak rugi mencuba, sekali pun jadilah. at least pernah rasa by hand ye tak?

      Delete
  14. saya nak bercuti dg kawan kawan je, so berapa semua bajet yg kena dikeluarkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau hotel sekitar 200-300 semalaman, jika sharing dengan kawan-kawan lagi jimat. makan minum sehari tak sampai 30 per head, tapi bergantung juga apa yang dimakan. lain2 seperti t-shirt, key chain, entrance fee rasanya 50 dah cukup per head.

      Delete
  15. Thank you so much bro atas informasi yg sangat membantu, saya ke sana 28th April ini, doakan selamat pergi dan balik, serta saya doakan tuan yg sama, salam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, selamat bercuti tuan. Semoga selamat semuanya.

      Delete
  16. thanks for review, cadang nak terus ke airterjun jeriau, makan dan check in pukul 3ptg, mungkin tonggang kuda in the evening. saya semalam jer di sana but ur review helps much. thanks ketam

    ReplyDelete
  17. salam, hotel apa yang best ya kat sana? utk family dengan baby kecik

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya selalu inap di Shahzan Inn, memuaskan dan ok kalau ada baby.

      lain-lain hotel seperti the pines saya tak pernah cuba. banglo pun banyak cuma agak terpencil sikit.

      hotel yang agak grand, puan boleh cuba the smokehouse tapi kena booked awal.

      Delete
  18. Sampai di jam bukit fraser tu, kena naik kenderaan atau berjalan kaki?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari mana nak kemana Cik/Puan Nura? Kalau dari the Gap ke menara jam, agak jauh tapi boleh saja jalan kaki. Kalau dari menara jam nak ke tempat tarikan yang lain di bukit fraser, pun boleh jalan kaki, larat tak larat je sebab mendaki bukit.

      Delete
  19. Bas persiaran naik lalu laluan mana ya...

    ReplyDelete
  20. السلام عليكم....
    Nak tanya tuan...pemanduan time balik...kereta berasap tak? Kami guna Viva....😊😊😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, berasap tak, tapi berhabuk ada lah hehehehe. Ok je Viva naik FH, chempiang tu :)

      Delete
  21. Boleh plan gi Fraser Hill pulok.. Tmbh pulok ado air terjun... Anok2 mesti suko ni..

    ReplyDelete