Monday 29 June 2015

RaMaDHaN Di KLia



Ambe berada di KLIA pada hujung minggu yang baru lalu. Menjadi supir kepada in-laws yang berangkat pulang ke kampung.

Suasana di KLIA masih tenang dan tidak terlalu sibuk. Tapi tunggu sajalah bila Syawal makin hampir menjelang, nak bergerak pun seperti tiada ruang.


Sementara menunggu in-laws boarding, ambe dan anak-anak melepak di tepi tingkap sebelah domestic departure hall. Tengok kapal terbang berlepas.

p/s: Nak usha pramugari melenggang, kut kurang pahala puasa!!!

Anak-anak duk kira kapal terbang;

Ada KLM - besar bagak warna biru. Air Asia -  warna paling comel kata si bambam. Paling kerap terbang, Boeing 737 milik MAS.

Perasan tak, dalam gambar di atas, livery pesawat MAS berbeza. Sebelah kanan, kombinasi warna biru dan merah manakala pesawat di sebelah kiri menggunakan warna merah dan putih.

Livery merah putih merupakan livery asal Malaysian Airlines System, nama asal Malaysia Airlines. 


Si bambam nampak kedai chocolate, dan nak beli. Tapi bila tengok harga chocolate biasa pun mahal banget, baik beli kat kedai runcit sebelah rumah. 

Sebagai ganti, kami belikan si bambam Dunkin Donut. Harga di airport sama seperti kat luar. Kebetulan azan Maghrib berkumandang ketika kami masih di highway, Dunkin Donut itu menjadi juadah kami untuk berbuka.



JoM BaYaR ZaKaT FiTRaH 1436H/2015M


Kadar zakat fitrah pada tahun 1436H/2015M bagi seluruh negeri di Malaysia adalah sepertimana berikut;

 Sumber: Google Image

Kelaziman sepertimana tahun-tahun yang sudah, ambe melunaskan zakat fitrah melalui amil yang dilantik oleh MAIS dan Lembaga Zakat Selangor.



Kadar zakat di negeri Selangor pada tahun ini adalah RM7 bersamaan dengan harga 2.6 kg beras.

Alhamdulillah


Thursday 25 June 2015

ReVieW HoTeL YT MiDToWN KuaLa TeReNGGaNu 2015


No.30 Jalan Tok Lam
20100 Kuala Terengganu
Terengganu

Phone: +609-622 3088
Fax: +609-622 2999
Email: ythotel@hotmail.com
Website: www.hotelytmidtown.com.my


Hotel YT Midtown ini letaknya di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu (Latitude N05 20 02.57 Longitude E103 08 21.13).

Bilik penginapan di sini terdiri daripada;

a. 126 bilik superior - RM130++ per nite 
b. 8 deluxe - RM150++ per nite 
c. 7 suite - RM225++ pernite


Review berikut berdasarkan pengalaman peribadi pemilik blog DSKB.

Kita mulakan dengan teka-teki.

Siapa tahu maksud YT?

Sebeleum tiba, ambe ingatkan YT bermaksud Yayasan Terengganu, tapi bukan. 

Jika tak silap YT merujuk kepada nama Cina, Yee Tee, pengasas hotel ini agaknya.

Ambe menginap di YT Midtown pada 6 Jun 2015 yang lepas. Bilik yang kami sekeluarga inap adalah suite 901, pada kadar RM213 semalaman (harga Agoda, disertakan 2 voucher untuk sarapan).


Check-in very straight forward, tak ada berbasa-basi. Receptionist pun ok je, cuma mahal dengan senyuman (6.5 bintang dari 10).  


Dapat kunci terus naik lif untuk ke bilik, di tingkat 9. Ada tempat BBQ juga rupanya, sesuai untuk corporate event.


Laluan menuju ke bilik 901. Nampak hotel ini dimamah usia, tapi masih kemas dan bersih.


Dah sampai pun, siapa pegang kunci?


Hanya di bilik suite, buka sahaja pintu bilik, kita nampak ruang tamu dulu. Ruang tamunya ada set TV dan sofa panjang. Nota: model veteran bersongkok dalam gambar di atas bukan pemilik blog!!!

Melepas ruang tamu, kita jumpa ruang kerja pula. Sesuai untuk mereka yang datang ke KT untuk business trip.

Sebelah kiri ruang kerja, ada wardrobe, dalam wardrobe boleh jumpa penyangkut baju, sejadah, seterika dan papan iron.

Ruang ke tiga bilik suite, adalah ruang tidur. Katil cukup besar dan selesa, queen size. Area ini dilengkapi dengan satu sofa kecil dan juga set TV. Jika anak-anak mahu menonton TV, suruh mereka ke ruang tamu, parents tonton TV di kamar tidur. 

Temui nota ini di kamar tidur. Misteri, siapakah Ema yang bertugas membersihkan bilik kami, saudara mara Emma Maembong kah? Bersandarkan nama, rupa paras Ema pasti cun dan persis artis sinetron hahahaa!!!


Bilik air ada bath tub, jadi tempat anak-anak berendam disebabkan YT Hotel tiada kolam renang. Tapi tergamak ke anda nak biarkan anak-anak berendam dalam bath tub hotel?

Toiletries.

Secara peribadi, ambe menyukai bilik suite di YT Midtown Hotel. Cukup luas, selesa dan bersih. Keseluruhan ambe bagi 7.5 bintang dari 10. Jika karpet dan perabot ditukar baru, boleh diupgrade kepada 9 dari 10 bintang.


Pemandangan Masjid Zainal Abidin, atau dikenali juga sebagai Masjid Putih dari dalam bilik. Masjid ini dibina di antara tahun 1793 - 1808. Dua kerabat diraja bersemadi di perkarangan masjid ini iaitu sultan ke-5 Terengganu, Almarhum Sulta Ismail Nasiruddin dan isteri baginda, Tengku Intan Zaharah.



Sebahagian daripada bandar Kuala Terengganu dari bilik suite 901.

View dari tingkat 9 Hotel YT Midtown


Midtown Cafe - Penginapan di Hotel YT Midtown disertakan dengan breakfast voucher untuk dua orang. Jadi, hanya ambe dan si bambam yang turun bersarapan keesokkan harinya. Yang lain cuma kunyah biskut dalam bilik hahahaha kejam gile.


Jom kita sarapan di hotel kat si bambam.

Hotel fully booked tapi tidak ramai yang turun bersarapan. Agaknya ramai yang memilih untuk bersarapan di luar.

Midtown Cafe agak kecil dan terhad ruangnya. Jika ramai yang bersarapan pada masa yang sama, keadaan mungkin menjadi sedikit sesak.

Pilihan makanan bagi ambe sedikit terhad dan biasa-biasa saja. Pada pagi tersebut ada nasi lemak, sedikit kuih muih, roti dan buah-buahan.

Nasi lemak di sini agak pelik sedikit bagi ambe. Pelik kerana, nasi lemak bukan dimakan bersama sambal bilis seperti kebiasaan tapi ikan tongkol yang dimasak kicap!!!

Terkesima dengan nasi lemak tersebut, ambe cuma bersarapan dengan segelas kopi. Si bambam tetap mahu mencuba nasi lemak, tapi baru dua tiga suap sudah kenyang katanya. Tak kena dengan seleralah tu.

Disebabkan tidak menepati selera, ambe bagi Midtown Cafe 5 bintang dari 10.

Set lunch dengan harga cuma RM6, cukup murah.

Awak Ema ke? Eh! nama saya Ina bang. Misi mencari Ema diteruskan ke Midtown Cafe.


Rome Service Menu
- Pada malam ketibaan, kami malas untuk makan malam di luar. Jadi kami order room service sahaja.

Menu, machiam-machiam ada. Harga pun kira berpatutan. Tak terlalu mahal dan tidak juga terlalu murah.

Hidangan makan malam untuk kami berenam, 4 dewasa dan 2 kanak-kanak. 

5 nasi kosong + 1 nasi goreng kampung + 1 tom yam soup + 1 vegetables soup + 1 omellete

Berbeza dengan sarapan pagi di Midtown Cafe yang sedikit mematikan selera ambe, makanan room service pula sebaliknya. Cukup rasa dan cukup sedap. Pelik kan, bukan sepatutnya chef atau team dapur yang sama?

Room service ambe bagi 8 bintang dari 10.

Total cost cuma RM49.50 termasuk GST.


Kenapa perlu menginap di Hotel YT Midtown Kuala Terengganu?

1. Harga yang berpatutan, bilik juga bersih.
2. Lokasi juga strategik - dekat dengan Masjid Zainal Abidin, China Town, KT Waterfront, Bukit Puteri dan Pasar Besar Kedai Payang.

Tempat-tempat menarik di sekitar Hotel YT Midtown Kuala Terengganu.


Final verdict : Highly recommended jika anda mencari penginapan yang harganya setara dengan keselesaan.

Will I return?

Yep, tapi bukan dalam masa yang terdekat. Nak cuba rasai pengalaman menginap di hotel-hotel yang lain pula.


Wednesday 24 June 2015

ReVieW CHaLeT Su, MaRaNG 2015

Update 26/7/2018 : Review ini berdasarkan pengalaman peribadi penulis menginap di Chalet Su, 3 tahun yang lalu (2015). Mungkin keadaan telah jauh berubah, readers mohon gunakan pertimbangan sendiri dan rujuk juga review-review terkini berkaitan Chalet Su. Sekian. 


Chalet Su
A-1545, Kampung Rusila
21600 Marang, Terengganu.

Contact Number: +6017-679 7672 atau +6012-974 6489.


Chalet Su terdiri dari beberapa unit chalet dan homestay. Chalet pula bukan chalet individu, tapi jenis berkembar. 

Perlu diingatkan juga, Chalet Su adalah penginapan bajet. Jadi jangan impikan chalet yang indah-indah. Seimbas lalu, blok chalet kelihatan seperti rumah kampung biasa. 

Keluarga kami menyewa satu unit homestay dengan harga RM180 semalaman, satu unit superior executive chalet dengan harga RM150 dan chalet triple dengan harga RM90.

Homestay - Memiliki 4 bilik, tiada aircond tapi ada kipas. Dikira murah tapi kondisi dalaman agak menyedihkan. Keadaan dalaman homestay cukup uzur, perabot lama, tilam atau katil yang membuatkan tidur tidak lena dan kurang bersih. Toiletries terhad dan bilik air juga tidak bersih. Final verdict untuk homestay di Chalet Su, avoided kecuali terpaksa.

Superior Executive - Keadaan berbeza berbanding homestay. Unit superior masih baru dan bersih. Ada aircond dan katil juga besar dan selesa. Toiletries terhad dan bilik air sempit. Recommended jika anda perlu menginap di Chalet Su.

Chalet Triple - Dilengkapi dengan 3 katil single dan ruang yang terhad untuk hampar TOTO. Keadaannya juga jauh lebih baik berbanding unit homestay.

Homestay dan superior executive di Chalet Su menghadap laut, seaview kata orang kampung ambe.

Boleh nikmati keindahan sunrise. Itu pun jika anda menginap di superior executive atau homestay. 

Malam-malam boleh BBQ. Dapur dan arang disediakan, tapi cucilah apa yang patut sebelum panggang ayam.

Pantai di belakang Chalet Su sesuai untuk mandi manda, tidak terlalu dalam dan arus juga tidaklah kuat.

Kemudahan untuk makan minum - ada satu dua kedai makan, pada jarak kira-kira 100 meter dari Chalet Su. Kedai runcit pula cuma diseberang jalan. 

Bersebelahan dengan Chalet Su adalah Saudagar Beach Resort. Contact number +609-910 0965. Pemerhatian kasar dari luar, blok penginapan utama lebih baik berbanding Chalet Su, tapi tidak pasti pula keadaan dalamannya.

Blok tambahan Saudagar Beach Resort. My youngest brade menyewa salah satu unit di sini.

Ini unit yang disewa oleh my youngest brade di Saudagar Beach Resort. Bilik memanjang dan agak luas juga. Kadar semalaman, RM120. 


In My Humble Opinion - jika anda jenis yang mementingkan keselesaan dan cerewet, Chalet Su bukan untuk anda. Tapi jika kewangan anda terhad, tidak salah untuk mencuba, tapi elakkan ambil homestay.


Tuesday 23 June 2015

ReVieW HoTeL KHaLiFa iNN, WaKaF CHe YeH, KeLaNTaN 2015

Khalifa Inn
No. 1, Tingkat Atas Bazar Lot Niaga,
Jalan Kuala Krai,
Zon Komersial Wakaf Che Yeh,
15100 Kota Bharu
Kelantan
Tel: +609-746 1777


Review ini berdasarkan pengalaman peribadi ambe menginap di Khalifa Inn selama 2 malam pada 3-5 Jun 2015.

Parking Awam - Hotel Khalifa Inn letaknya di kawasan komersial, jadi kawasan ini akan sentiasa dipenuhi dengan pengunjung. Pada waktu siang, sibuk dengan urusan komersial manakala malam pula meriah dengan pasar malam. 

Isu parking mungkin boleh menimbulkan sedikit kesulitan.

Parking awam ada banyak, tapi jika anda tidak bernasib baik, terpaksa parking kereta agak jauh dari hotel. Pada waktu malam pula, disebabkan kawasan ini akan dibanjiri pengunjung pasar malam, lagilah susah untuk mencari tempat parking. Ditambah pula dengan pengunjung yang dibenarkan untuk double atau triple parking.

Jika anda menginap di Khalifa Inn, anda tidak perlu bayar untuk letak kereta. Menariknya, bayaran parking cuma berkuatkuasa mulai 5 petang sehingga lewat malam, sama waktu dengan pasar malam. 

Parking khas Khalifa Inn - Memang ada, tapi berdoa sajalah ia sentiasa available. Kadang kala pengunjung ke zon komersial Wakaf Che Yeh main hentam sahaja. Walaupun mereka bukan pelanggan Khalifa Inn, asal ada kosong mereka terus masuk. Tak ada yang pantau pun. Selama ambe bermalam di Khalifa Inn, tak sekali pun parking hotel available. Papan tanda khas sekadar jadi perhiasan.

Harga bilik - sesungguhnya kami dalam kerugian selama 2 malam di sana!!! Ini kerana kami tempah melalui Agoda pada harga RM150++ semalaman. Rupanya harga walk-in lagi murah, cuma RM137 semalaman plus 6 peratus GST. Kesemua bilik di Khalifa Inn adalah Family Room, ada 2 queen bed bagi setiap bilik.

Wi Fi - percuma tapi amatlah siput sedot, terlalu perlahan. Dapat connect tapi tempoh masa menunggu untuk browse satu-satu website membuatkan kami give-up. Terpaksa on data sendiri.


Persekitaran hotel

Zon komersial Wakaf Che Yeh selain menempatkan blok pejabat dan kedai, turut memiliki beberapa buah hotel termasuklah Khalifa Inn.

Khalifa Inn letaknya di blok pertama, sebelah kiri sebaik sahaja anda melepasi pintu gerbang zon komersial WCY.

Tingkat bawah adalah unit kedai manakala tingkat 2 diubahsuai untuk menempatkan Khalifa Inn. 

Staf Khalifa Inn memang bagus, very helpful. Tapi mereka bukan 24 hours available. Jadi ada baiknya sebelum check-in, anda telefon hotel dan maklumkan masa ketibaan anda.

Lobi Khalifa Inn

Laluan ke bilik. Setiap bilik, di luarnya diletakkan kerusi kayu kecil untuk lepak-lepak atau sak kok lu kepada kaki perokok tegar.


Family Room Khalifa Inn

Penginapan kami selama 2 malam, unit 14.

Bilik cukup luas, ada 2 queen bed, senang-senang muat 4 orang. Jika ramai, boleh ke Rantau Panjang dan beli TOTO. Hampar TOTO dan tidur ramai-ramai kat lantai pun masih lagi selesa. Mohon abaikan model veteran yang sedang buka stokin, itu bukan pemilik blog!!!

Bilik cukup ringkas tapi selesa. Chanel TV agak terhad tapi tak ada masalah, bukan sepanjang masa anda dibilik kan? Seterika kena minta dengan staf hotel. Cerek air bilik ambe tidak berfungsi pada mulanya, tapi cepat saja mereka hantar yang baru.

Bilik air tidaklah berkilat-kilat tapi bersih.

Dimaklumkan juga Khalifa Inn tidak menyediakan sarapan. Untuk makan minum tidak perlu risau. Untuk bersarapan, ada beberapa kedai berhampiran hotel, begitu juga untuk makan tengah hari. Malam pula, ada pasar malam dan banyak gerai tomyan di sekitar Khalifa Inn.

Pendek kata, anda tak perlu risau soal makan. Jika berkenderaan sendiri lagi memudahkan. Lagi panjang langkah anda untuk jalan-jalan cari makan.

Final verdict - Khalifa Inn menyediaakan penginapan yang selesa pada harga yang berpatutan. Sekadar untuk tidur sajakan? Highly recommended, tapi jangan pula dengan harga bajet anda harap yang lebih-lebih pula.


Hotel-hotel lain di zon komersial Wakaf Che Yeh.

Hotel & Apartment Sireh. Contact number +609-743 0012.

Hotel Polyland Inn. 

Aman Homestay. Contact number +6019-993 3829 dan +609-959 5198.

Ridel Boutique Hotel
PT 762 Blok H
Pasar Awam Wakaf Che Yeh
15100 Kota Bharu, Kelantan
Contact Number: +609-743 4888

Tadi cuma papan tanda, ini gambar hotel Polyland.

Hotel Polyland
Jalan Kuala Krai
Zon Komersial Wakaf Che Yeh
15150 Kota Bharu, Kelantan
Contact Number: +609-743 9090

Holiday Villa Kota Bharu, bukan di zon komersial WCY tapi cuma di seberang jalan by walking distance.

Holiday Villa
PT698 Jalan Kuala Kerai
15150 Kota Bharu, Kelantan
Contact Number: +609-747 4004