Friday 3 July 2015

TeKNiK MuDaH CoNVeRT YouTuBe Ke FoRMaT MP3


Mood raya sudah mare, radio pun asyik putarkan lagu raya. Jika di opis, semua pakat-pakat buka Youtube sebab nak dengar lagu raya.

Tak cukup dengar kat Youtube, nak pula convert ke format MP3 supaya boleh pasang dalam kereta nanti. 

Jadi macam mana cara paling mudah untuk convert video Youtube kepada MP3 tanpa menggunakan software?

Ilmu sudah lapuk, tapi blogger lapuk macam ambe memang slow sikit bab-bab sedemikian hahahahaha!!! Terpaksalah Google untuk dapat sedikit pengetahuan.

Kredit kepada adik empunya blog ikmalfaiz.blogspot.com yang menunjuk ajar cara yang agak mudah.


Apa yang perlu dibuat adalah;

1. Lawat laman Youtube yang anda ingin convert, dan copy url.
2. Buka www.youtube-mp3.org dan paste url tersebut
3. Tekan butang convert video.
4. Download ke komputer anda 


Mudah kan? 

Selamat mendonlot lagu raya!!!


Thursday 2 July 2015

JoM BaLiK RaYa BeRSaMa aiR aSia



Masa zaman muda mudi gila-gila remaja dulu, hari pertama Ramadhan ambe dah serbu stesen bas Putra untuk cari tiket bas balik kampung.

Biasanya tak pernah dapat pun, tup-tup katanya dah habis. Tunggu saja bas tambahan, seminggu sebelum raya baru tiket akan mula dijual.

Untung sabut dapat bas baru, untung batu bagai nak patah pinggang sebab seat tak boleh nak diturunkan untuk bersandar.

Itu zaman dululah. Masa itu belum ada kenderaan sendiri, Air Asia pun belum muncul. Jadi bas ekspres merupakan nadi utama pengangkutan untuk balik kampung selain keretapi.

La ni bila Air Asia dah ada, tambahan pula Malindo, Firefly disamping MAS, maka bertambahlah mode pengangkutan untuk balik kampung.

Tadi saja gatal tangan survey tiket promosi Air Asia. Kut la ada promosi sempena Aidilfitri.

Ada memang ada, tapi tiket promosi untuk Aidilfitri dan sepanjang Julai amatlah terhad. Nama je promosi raya, tapi harga tak adalah murah mana. Mahal lagi ada de.

Promosi ini berlangsung sehingga 5 Julai 2015. Penerbangan dari KL ke Kota Bharu, Kuala Terengganu, Tawau, Bangkok dan Singapore pada harga cuma RM29. Tarikh penerbangan melangkaui 31 Januari 2016.

Cubalah anda survey kut ada rezeki dapat tiket harga RM29. Ambe pun dah grab tiket AirAsia untuk balik kampung beraya tapi guna waran penerbangan kompeni je. TQ boss!!!


Wednesday 1 July 2015

MaNa PeRGi DuiT RM200 DaRi aCCouNT CiMB?


Surprise di awal pagi Selasa.
Nak cucuk duit, sekali balance kurang RM200 dari yang sepatutnya.

Adeh, mana duit aku hilang?

Macam mana tahu duit telah berkurang?

Sebelum ke ATM, sudah semak baki di CIMBClick dengan jumlah sekian-sekian.

Tapi bila check di ATM, berlaku perbezaan sebanyak RM200. Mana duit aku? RM200 banyak tu de.

Ok tak pe, keluarkan duit yang mana ada dulu, setelkan bil-bil tertunggak. Balik opis tenangkan diri dan cuba call customer service.

Tapi sebelum call, cuba Google dulu kut la pernah ada yang alami pengalaman yang sama.

Hasil carian di Google.....

Amek ko, ramai juga yang pernah terkena. Tetiba duit dighaibkan sebanyak RM200 dari akaun.

Nak tahu sebabnya?

Angkara mengisi minyak di pump station menggunakan kad debit!!!

Rupanya bila kita swap debit card untuk urusan pembelian minyak, secara otomatik pihak bank akan hold duit kita sebanyak RM200 sebagai deposit.

Sebab itu secara tiba-tiba duit kita boleh hilang seketika. 

Tapi jangan risau, duit deposit sebanyak RM200 itu akan dikembalikan setelah pembayaran sebenar kos pembelian minyak tadi telah clear dan dikreditkan ke akaun pengusaha pump station.

Proses pengembalian deposit RM200 ini akan mengambil masa kira-kira 3 hari bekerja (dikira dari tarikh kita swap kad debit tersebut).

Bila direnung balik, memang betul, Sabtu lepas ambe tersilap swap kad debit CIMB untuk mengisi minyak di Shell.

Biasanya ambe guna kad kredit, tapi pada hari tersebut tersalah cucuk kad, tercucuk kad debit. 

Bahaya main salah cucuk ni rupanya hehehehe!!!

Elakkan cucuk kad debit di pump station. 

Maka hari ini, bila ambe check kembali saving account ambe, duit tersebut telah kembali available dan sedia untuk dijolikan hahahahaha!!!!

Sekian