Wednesday 31 May 2017

CARA UNTUK MEMOHON PEMBATALAN ATAU SERAHAN BALIK POLISI INSURANS ETIQA TAKAFUL @ TAKAFUL NASIONAL


Etiqa Takaful Berhad,
(Formerly known as Takaful Nasional Berhad),
Level 19, Tower C, Dataran Maybank,
No. 1 Jalan Maarof,
59000 Kuala Lumpur.

Aku menjadi pelanggan Etiqa Takaful sejak dari tahun 2005, masa itu masih dikenali sebagai Takaful Nasional. Dua produk yang aku langgan iaitu TN Mesra dan TN Prima.

Masa itu aku masih mentah, baru masuk kerja. Sertai insurans pun secara membabi buta, serah bulat-bulat pada agent. 

Kenapa aku tiba-tiba terminate polisi, dan kenapa selepas hampir 12 tahun?

Penyebab utama, agent insurans aku menghilangkan diri secara tiba-tiba selepas beberapa tahun polisi berjalan. Segala permasalahan terpaksa aku selesaikan sendiri. 

Untuk ex-agent aku, suka ati ko ek ! Seronok makan komisyen tapi service haprak dan yillek !

Tambahan pula aku banyak menghabiskan masa di luar negara pada masa itu, jadi khidmat agent amat aku tagih. Mula-mula susah nak dapat, akhirnya bila pick-up call kata dah berhenti dari Etiqa ! Dah tak ada kuasa nak buat apa-apa katanya !

Sekembali ke tanah air, aku dibizikan pula dengan tugas-tugas hakiki. Maka makin tertangguhlah hasrat aku untuk menamatkan polisi Etiqa atau TN.

Fed-up dengan Etiqa atau TN yang medical card pun tak ada (produk lama), aku seisi keluarga sertai BSN Prudential.

Agent pun bagus, informative dan supportive ! Nasib badan, belum setahun sertai BSN Prudential, musibah melanda keluarga aku.

Mujur ada medical card BSN Prudential, kos rawatan melebihi 20k ditanggung sepenuhnya oleh pihak insurans. Kalau nak harapkan produk lama dari Etiqa, merangkak aku nak tampung kos rawatan.

Back to cerita asal, BAGAIMANA CARANYA NAK TAMATKAN POLISI ? BERAPA PULA NILAI SERAHAN BALIK YANG BAKAL KITA DAPAT ?

Menjawab persoalan BERAPA BANYAK SERAHAN BALIK, sila rujuk ilustrasi produk yang agent bekalkan masa-masa mula-mula dia datang untuk promo dahulu !

Nak kata tepat sangat pun tak juga. Kes aku agak jauh tersasar berbanding prediction agent.

Contohnya untuk polisi TN Mesra selepas 12 tahun, aku cuma dapat pulangan balik sekitar 56% berbanding prediction agent sekitar 78%.

TN Prima aku lagilah, serahan balik ciput sangat. Itu pun nasib baik produk ini setiap 3 tahun dapat manafaat berjangka sekitar 2k plus. 

Congak-congak aku cuma dapat separuh dari apa yang aku laburkan (baca LEBURKAN) selama ini.

Untuk MENYERAHKAN KEMBALI POLISI pula, kekdahnya agak mudah. Bawa saja polisi asal ke pejabat Etiqa di blok C Dataran Maybank.

Jangan jadi machiam aku, mamai terbawa diri ke Menara Maybank, jenuh cari Blok C memang tak akan jumpa punya. Nasib baik abam dan hakak polis bantuan Maybank sedar-dirikan aku;

"Encik, ini Menara Maybank. Dataran Maybank kat Jalan Maarof nun ! Hehehehehe..."

Adeh ! Machiam mana boleh silap !


Setibanya di Dataran Maybank, terus ke kaunter informasi Etiqa di blok C. Masuk main entrance blok C jalan terus, 10 kali menapak dah nampak kaunter, betul-betul depan lif. 

Senang nak jumpa, aku pun mulanya masuk melalui blok A. Tanya receptionist di blok A, dia siap minta security tunjukkan aku jalan ke blok C.

Thumb up depa punya khidmat pelanggan.

Segala urusan serahan balik boleh dilakukan di kaunter informasi, tak perlu panjat naik lif ke pejabat depa.

1. Beratur ikut giliran depan kaunter informasi Etiqa.

2. Cakap nak serah balik polisi (jangan lupa bawa polisi asal).

3. Kena isi form dan serahkan IC untuk diphotostat.

4. Form cuma kena tulis nama, alamat dan no account bank.

5. Surat pengesahan polisi telah diserahkan akan diberi oleh staf Etiqa.

6. Estimate sebulan untuk dapat duit serahan balik kalau ada.

Mudahkan, dan memang laju. Tak sampai 10 minit dah selesai dengan syarat anda bawa polisi asal/original, IC dan jangan lupa no account bank.


Kes aku agak lama sikit sebab aku lupa no account bank. Check dalam sistem Etiqa, belum update no account terkini. Terpaksa aku menapak cari CIMB Bank untuk print mini statement yang tercatat no account.

Nasib badan sebelah Menara Maybank ada Oldtown White Coffee, dalamnya ada mesin ATM CIMB.

Dah dapat no account terpaksa kembali ke kaunter Etiqa untuk menyelesaikan urusan yang tertangguh tadi.

Urusan yang sepatutnya settle dalam masa 10 minit, lajak kepada hampir setengah jam.

BERAPA LAMA KENA TUNGGU UNTUK DAPATKAN WANG SERAHAN BALIK ?

Kalau ikut SOP katanya sebulan, tapi kalau semuanya ok, tak perlu tunggu sampai sebulan. Aku dapat duit selepas 10 hari polisi diserahkan.

Cuma yang aku ralat potongan ANGKASA. Masih lagi ANGKASA potong duit gaji aku untuk Etiqa. Orang kata ANGKASA ambil masa 3 bulan, baru dia clearkan nama kita dari potongan insurans.

Sikit punya lama de !

Update 22/6/2017 - masuk bulan ke-2 selepas penamatan polisi, ANGKASA dah tak potong gaji aku, muahciked !

Hope pengalaman yang aku kongsikan ini boleh kamurang jadikan panduan.

Personally aku tak salahkan Etiqa. Bagi aku mana-mana produk atau syarikat pun bagus. Kena ingat insuran adalah protection dan bukannya mekanisme pelaburan.

Paling penting, cari agent yang betul-betul ikhlas dan bergiat sepenuh masa dalam jalur insurans, bukan jenis sekadar buat part time atau sebab belum ada kerja tetap.

Terkena agent yang tak jujur atau tak komited dengan bidang insurans, senasib la machiam aku !

Selamat berpuasa !

Update 08/11/2020 - Aku batalkan polisi ini 3 tahun yang lepas dan rupanya masih ada lagi baki yang belum dituntut tanpa pengetahuan aku. Alhamdulillah pihak pengurusan Etiqa amat telus, dikala tengah sesak dek penangan Covid-19 dan PKP, sejumlah baki telah dikreditkan terus ke akaun aku oleh pihak Etiqa. Alhamdulillah Ya Allah.

Semoga kita semua tabah dalam mengharungi cabaran Covid-19.

162 comments:

  1. salam tuan kalau nk batal polisi kita hantar surat boleh kan pastu mcm mna utk henti potongan agkasa kita kene maklum sndri ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan, saya tidak pasti pula jika mahu tamatkan polisi melalui surat atau pos. Tapi kita boleh wakilkan ejen insurans, tulis surat dan ejen akan uruskan penamatan polisi tersebut.

      Berkaitan pemotongan Angkasa, saya difahamkan oleh staf Etiqa tidak perlu kita maklumkan kerana Etiqa sendiri yang akan uruskan. Tetapi jika berlanjutan terlalu lama (eg melebihi 3 bulan) minta follow up kembali dengan Etiqa mahupun Angkasa.

      Delete
    2. Salam..mcm mne nk batalkn blik insuran

      Delete
  2. Salam tuan kalau polisi hilang ada tak cara lain utk batalkan polisi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan, saya jawab berdasarkan penerangan agen BSN Prudential. Bergantung kepada syarikat insurans, ada yang perlu serahkan balik polisi, dan ada juga yang tanpa polisi pun boleh tamatkan hanya dengan menghantar email. Tuan pelanggan syarikat insuran yang mana?

      Delete
  3. Ptg tuan.. duit yg potong angkasa lepas kita terminate insurans tu,dapat refund balik tak?kan angkasa masi potong gaji dlm 2 or 3 month.. yg tu dpt blik tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat balik, dalam beberapa bulan selepas penamatan.

      Delete
    2. Gaji 3bln terakhir tetap potong, brpa lama sy kena tgg tukar dptkn gaji 3bulan tuh

      Delete
    3. saya dulu lebih kurang selepas 2 bulan.

      Delete
    4. Saya pun ada ambil TN mesra..tapi statemnt dah berbelas tahun xdapat..ejen pun dah berhenti dan mmg cmembantu lansung..xkomited lansung...sy cdg nk gi sptkn mklumat trkini di hq..risau gak sbb 2023 baru matang...adakah ujud lagi ke pelan tn mesra tu ye..

      Delete
    5. kalau Pn Nor Lina tak putus bayar, Inshaa Allah masih aktif dan wujud. apa pun, segera berhubung dgn HQ atau mana2 cawangan.

      Delete
  4. kalau dh terminate blh dpt refund semula tak duit yg yg kite byr2 bulan tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dapat refund dan jumlah refund bergantung kepada berapa lama kita mencarum. Macam saya, selepas 12 tahun cuma dapat serahan balik sekitar 60%.

      Delete
    2. Wah rugi juga ye jika dibayar 60% sahaja. Saya dah 18 thn mencarum

      Delete
  5. Saya belum dapat wang serahan.. T_T
    Saya sudah sign surat berhenti sejak bulan 12/2017 sampai sekarang...
    Terpaksa pergi ke menara etiqa, naik dan turun minggu depan... 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama juga tu, saya dulu selepas 10 hari dah dapat refund. Mungkin juga sebab hujung tahun, banyak company buat kira2 akaun. Jadi payment sepanjang bulan 12, 1 dan 2 biasanya huru hara sikit.

      Delete
    2. Saya pon sama...dh carum 21 tahun..lg 3 tahun utk matang..twin plan 24y..lps terminate bln feb lepas, total wang serahan balik 13k..tp slps sebulan hnya masuk 5k shja...kemana 8k lg..itu sebab sy tnya staf mcm mana duit ini dibayar, sekaligus ke, separuh2 ke..jwpn nya xtahu...skrg betul2 terjadi..frust dgn staf etiqa kb

      Delete
    3. semak balik Tuan Azimanuar, setahu bayaran adalah sekaligus.

      Delete
    4. Azimanuar, payment sudah dapat semua atau belum, kalau belum boleh buat aduan kepada bank negara secara online, pihak bank negara akan minta syarikat takaful,beri penjelasan dan tindakan, saya pernah buat berjaya dpt semua payment

      Delete
  6. Wang serahan tu dpt dlm tempoh sebulan hari bekerja ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Termasuk hujung minggu rasanya, mungkin lewat sikit jika kebetulan ada cuti umum yang panjang atau hujung tahun.

      Delete
  7. slm ..nak tnya.. sy ada ambik insurans etiqa plan prima pada thun 2008, tp sy nak tamatkan la... berbaloi x klu sy tamatkan...? adakah sy akan dpt duit sy semula wlupun x sepenuhnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini cuma pendapat peribadi saya, bagi saya berbaloi sebab perlindungan tidak berapa baik berbanding plan BSN Prudential yang saya ambil sekarang. Duit memang dapat tapi tidak sepenuhnya, anggaran jumlah encik kena rujuk balik dokumen anggaran bayaran balik (sepatutnya agen ada bagi semasa encik mula mendaftar dahulu).

      Delete
  8. boleh tau form yg en isi?
    form pembataln atau endorsement form? selepas ckp nk batalkn polisi staf bg endoramnt form utk fill, after that return n mereka proceed.. n mkn masa sebulan.. lepas tu cek balik status.. dan sy tak dpt refund utk jumlah yg dibayar

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun lupa nama form yang kena isi, sekeping saja. Masa puan serahkan polisi ada tak staf bertugas bagi anggaran jumlah bayaran balik? Memang kita tak dapat semua jumlah yang dibayar, bergantung kepada berapa lama kita mencarum. Saya jadi ahli selama 12 tahun, cuma dapat bayaran balik sekitar 60-70% sahaja (bergantung kepada plan).

      Delete
    2. Sama mcm saya..sepatutnya staf yg provide apa2 shja form yg perlu di isi..tgk skerang, sptutnya dpt balik wang serahan 13k, sekarng bru 5k..mana lg 8k..dh 5 bulan ni xde apa2 berita

      Delete
  9. Assalam tuan..nk tnye, sbln ni sy ambil insurans etiqa lbhbkurangvtempoh aktiv selama 7 tahun tapi dh xaktif byr dalam 2 tahun sbb agent tu berhenti..rsnye sy boleh dpt xrefund blk atau duit tu kira burn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 7 tahun banyak juga tu sepatutnya yang terkumpul. Mungkin dapat balik sebahagian tetapi tidak banyaklah.

      Delete
    2. opss baru terbaca puan juga sudah tidak aktif (maknanya langsung tak buat bayaran)selama 2 tahun, maknanya lapsed policy.

      Delete
  10. Assalamualaikum tuan..sy Ade ambik insurans tp x sampai setahun..mcm mn sy nk batalkan yerr..sama jugak kerr..rasa macam terbeban la plak ambik..tq

    ReplyDelete
  11. Salam Tuan,
    Terima Kasih atas maklumat perkongsian. Saya juga mahu membatalkan polisi. Namun polisi asal dh tak tau ke mana simpan sbb berpindah randah. Lama juga saya mencarum, dari 2002; sama kes mcm tuan, agen tak tau kemana, dan saya tak dpt banyak maklumat, tambahan pula mula2 mencarum tu saya baru setahun jagung bekerja. Pengajaran bagi saya supaya berfikir sblum buat apa2 keputusan berkaitan pemotongan gaji. Sekali lagi terima kasih, tuan. Doakan saya juga berjaya sbgaimana tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Puan, puan hubungi atau walk-in saja ke HQ. Berkaitan polisi yang hilang, mungkin ada sedikit prosedur tapi sepatutnya bukan masalah besar. Mereka mesti ada rekod puan.

      Delete
  12. as salam bro..sy pun ada insuran etiqa sjk taun 2011..polisi asal tu mcm mna e bro..sbb sy pun nk bhntikan polisi insurans sy tu..ptongan sbln 72rgt..bp sy bole dpt blik refund ea

    ReplyDelete
    Replies
    1. ingat tak masa kita sign polisi, agen ada beri satu file, dalam dia ada dokumen maklumat peribadi, plan yang kita ambil, manafaat etc. itulah polisi insurans. Susah nak predict, separuh pun kekadang tak sampai kalau kurang 10 tahun.

      Delete
    2. Macam sy polisi tu dia tak bagi. Cuma sign semua surat² tu je

      Delete
  13. Slm tuan..sy punnya polisi hilang..tp nk tamatkn polisi insurans ni .Blh ke x erk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tuan/puan. terus ke ibupejabat insurans, atau call dulu untuk tentukan prosedur tuntutan. polisi ada atau hilang, kita tetap boleh tamatkan bila-bila masa.

      Delete
  14. Salam tuan, saya ada ambil insuran juga. Tapi sy bayar dalam 1 bulan saja. Sebab sy ada ambil loan asb. Sdh 7 bulan saya tak bayar. Adakah insuran bulanan saya akan terkumpul. Dan adakah saya berhutang dengan insurans. Saya baru nak batalkan polisi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya jika lebih 3 bulan tidak berbayar (pengalaman saya sbg pelanggan Takaful Nasional dan BSN Prudential), insurans tuan telah luput (tiada perlindungan dan tidak lagi sah). Dalam kes ini tuan tidak dikira berhutang, melainkan tuan mahu mengaktifkan kembali polisi tersebut.

      Delete
  15. Salam, kalau nak terminated kene pegi HQ ke? Atau pergi kat agen je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kurang pasti tuan. Saya cuba elakkan agen sebab depa mesti kempen supaya jangan terminate. Silap2 depa promote plan yang lain. Sebab itu saya terus ke HQ.

      Delete
  16. Salam tuan nak tanya kalau nak daftar kat bsn lepas tu nak tamat kan polisi kena juga serahkan ke

    ReplyDelete
  17. Bagus arahan tuan. Saya pun sama kes nak terminate Mesra sbb dah ada prudential. Dulu2 polisi tak jelas apa benefit kita dapat. Agen explain mcm2 ada tapi tengok kat polisi tak tulis pun.

    ReplyDelete
  18. Salam tuan.. Sy ambik ins bsn prudential.. Dari 2014...klu sy nk berenti Dpt blik X Duit bulanan yg sy byr... Sy terus ke hq or ajen utk terminated

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Kena rujuk balik buku polisi untuk tahu anggaran bayaran balik. Biasanya tak akan dapat 100%, ada pengiraan bergantung kepada tempoh matang polisi. Kalau saya, lebih senang berurusan dengan HQ. Tapi kalau tuan tak ada masa, boleh saja minta agen bantu.

      Delete
  19. assalam..sy nk terminated insuren maybank life insuren and saving...same mcm etiqa jugak ke ye carenye..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan, saya kurang pasti berkaitan maybank life insurance. Tapi procedure sepatutnya lebih kurang sama.

      Delete
  20. assalamualaikum.
    tkasih info yg dikongsi. cuma nk brtnya adakah Etiqa htr emel/sms UTK maklumkan refund tlh dimasukkan ke dlm akaun?tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, dalam kes saya tidak pula. Saya cuma regularly check account untuk pastikan duit ada masuk atau tidak.

      Delete
    2. Failed managemnt etiqa..yg hairan nya, masa isi form terminate 2, ada pulak kena isi emel, no hp..tp bila tnya refund masuk bila, jwpn nya kena regularly check..pergh rase nk menjerit sekuat hati dlm office 2..kalau mak cik2 yg tiada online banking, kena pegi cucuk atm cek by day by week by month la..ak xpaham betul etiqa ni

      Delete
  21. Saya Baru saja terminate lebih krg 2 Minggu Lepas Di branch. Tak perlu pun polisi asal just isi form and bg ic untuk Di photocopy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam nk tanya . Boleh ke nk terminate insurans etiqa di branch.. Atau kena juga gi HQ.. Tq

      Delete
    2. Mengikut pengalaman Pn Bashariah di atas, memang boleh.

      Delete
    3. boleh tahu tak form tu diorg bgi or kita kena download sendiri..

      Delete
    4. masa say pergi dulu, staf akan bagi borang.

      Delete
    5. Bashariah ibrahim brape lame duit refund blk

      Delete
    6. Etiqa dlm tempoh satu bulan. Tp haritu sy rasa tak smpi sebulan.

      Delete
    7. Dalam tempoh sebulan Tp sy haritu tak smpi sebulan

      Delete
  22. Salam sy nk tny,sy ada amik medical card prubsn takaful pada akhir 2014 smpai skrg dan sy nk terminate..prosedur dia mcm mn ya dan adakah sy akan dpt balik duit yg telah saya mencarum..dan sy ada tunggakan selama 1 bln,jika nk terminate adakah sy perlu jelaskan dlu tunggakan tersebut atau tidak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Prosedur secara amnya sama saja. Kunjungi cawangan BSN Prudential dan nyataka hasrat. Berapa banyak serahan balik saya kurang pasti, tetapi ada peratusan tertentu sahaja.

      Delete
    2. Assalamualaikum nak Tanya..saya ade ambik sijil skim anuaiti takaful kwsp ..saya dah Tak nak teruskan dah ..boleh ke saya dpt duit tu ..ni nak keluarkan kwsp dlm akaun 1boleh dpt balik duit tu..

      Delete
  23. assallamualaikum tuan,
    tumpang bertanya... saya mencarum zurich takaful insurance(invesment)dh lebihkrg 8 thn sama jgk ke cara & pengiraan sekiranya saya membuat keputusan utk berhenti dr mencarum..
    TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan/puan, prosedur serahan balik lebih kurang sama sahaja untuk mana-mana syarikat insurans. Tetapi jumlah serahan balik bergantung kepada plan insurans, tuan/puan kena rujuk balik ilustrasi/brochure/polisi insurance berkaitan

      Delete
  24. Assalam tuan..sy br je upgrade sy punya insurans dr rm82 kpd rm100..klu sy nk terminate kna ape2 penalty x?ke ada kontrak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan/puan, setahu saya tiada penalti sebab tuan/puan tak sign kontrak.

      Delete
    2. betul tu bos.. nak claim balik insurans tu bukan main payah

      Delete
  25. Saya baru terminate insurans etiqa saya pada 05 Oktober 2018 pukul 12 tgh jumaat..bayaran rm46 sebulan..selama 12 tahun.. diberitahu sy hanya dpt rm3900 shj.
    Sy pergi ke kaunter reception di HQ..bawa salinn ic lepas tu isi form satu muka surat n last tanda tangan. X sampai 8 menet..pastu saya balik..

    Soooo ...mari kita tunggu bila duit masuk.. hahaha..

    Tq tuan ..maklumat blog tuan byk membantu sy. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dup dap dup dab tunggu duit masuk, hehehehe.

      Delete
    2. Insyaallah.. klau dapat duit tu nnt.. saya dah berkira-kira utk beli lot tanah banglo sebelah rumah Dato Aliff Syukri..dan nk besarkan sikit umah Dato Vida. dup dap dup dap lagi ni...haha

      Delete
    3. hahahaha.... tak yah la berjiran dengan deme, bising banget nanti hahahaha...

      Delete
  26. Ambil TM MESRA sejak 2005. Plan nak surrender. Cover sikit sngt. Dah ada medical card. Agen pun entah ke mana hala. Thanks info yg sngt berguna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orite, senasib la kita agen lari ntah kemana.

      Delete
  27. salam saya nak tanya macam kes saya ni baru ambik tapi tak da ptongan lagi da 2 bulan tunggak sebab dalam akaun saya x mncukupi sbulan potong 37.20 sen saja patut nye start bln 8 hari tu byr tp smpai skrg xde potongan pstu die htr surat semua kne jelaskn kalau x tiada perlindungan nanti kalo jd pape tp saya igt nk batalkn blik boleh ke ye ?

    ReplyDelete
  28. salam..kalau nak terminate insurance etika,kena tulis surat jugak ke atau isi borang sahaja?

    ReplyDelete
  29. Tq..atas perkongsian.. pembatalan insurans etiqa sya pun masih dlm proses bru 7 hari..emmm..xtahulah brapa dpt setelah 8tahun dpotong gaji.. Sya setuju dgn Bsn Prundential...👍..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2. tak lama lagi masuklah duit, biasanya paling lama sebulan.

      Delete
  30. saya pun baru 2 hari lps terminate insuran mcis. mencarum lbh krg 13 tahun.Sebulan rm92. Masa terminate.. saya x pergi pun HQ.. berurusan dgn customer service je.Isi bbrp form yg dia email...dan kena kembalikan. Saya scan dan email semula.Tapi byk kali jglah kena reject...n byk kali jg call diorg tanyakan status.... sekrg sdg tunggu duit.. dlm 7 hari bekerja. tak pasti dpt berapa... sbb sebelum ni pernah claim sakit ... dah dapat rm10k.

    ReplyDelete
  31. Saya pun ingat nk berhentilh..agen entah kemana,langsung gagal dihubungi..apa2 pn tk pernah dia update kt kite...hanya nk duit komisyen je kot...boleh dpt blk tk duit tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh dapat balik, tapi tak semualah. kena tengok tempoh caruman, ada peratusan yang telah ditetapkan.

      Delete
  32. Minta maaf kenapa anda semua bertanya soalan tentang terminate,polisi dengan si ketam batu ya?

    ReplyDelete
  33. Trima kasih.sharing yg sgt membantu👍👍👍

    ReplyDelete
  34. Maaf nak bertanya. Sekiranya polisi insurance lapse disebabkan agent byr lambat. Bagaimana ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya jawab berdasarkan pengalaman saya sendiri, polisi lapse disebabkan kesilapan saya sendiri (tak bayar polisi disebabkan masalah kewangan untuk beberapa bulan). Bila kewangan pulih, agen nasihatkan saya buat pembayaran penuh dan polisi kembali berkuatkuasa seperti biasa. bagi case puan, IMHO agen tersebut perlu perbetulkan dan jika tiada tindakan daripada agen, terus buat laporan kepada agensi.

      Delete
  35. Salam saya pon nak batalkan

    ReplyDelete
  36. Saye pon igt nak terminated..saye da wat potongan rm120 sebulan selama hampir 13 tahun..agak2 brape yg saye dpt ye bayaran balik..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah juga nak agak, tapi kurang2 separuh boleh dapat macam saya dulu.

      Delete
  37. Assalamualaikum sy nk bertanya berkenaan dgn takaful...sy baru shj buka akaun maybank semalam(6/3/2019) dgn bayaran RM50. Jadi kaunter tanya lah nk sekali dgn takaful tak? Lepas dia bgi tahu pasal takaful ni.sy pun ok je lah...sepatutnya sehari akan tarik 68 sen.. Dan sy cek baki hari ni(7/3/2019) baki tinggal RM20.91. Jadi terfikir jgk knp byk sgt dia tarik sbb hari ni baru hari kedua..Mohon pencerahan bgi yg tahu.Terima Kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mohon readers lain bantu En/Puan Bintu Sudin.

      Delete
  38. Asalamualaikum..Tuan..Masalah saya tak pernah mohon Insuran Etiqa tapi ada terima polisidan t.tangan pun bukan t.tangan saya ..Agen Etiqa telah memalsukan t.tangan..Saya telah membuat pembatalan di branch sg petani..Tetapi masih belum ada jawapan dari HQ Etiqa..dah lebih 4 bulan proses Complaint Management Unit..Apa harus saya buat??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Follow up dengan HQ, jika perlu buat laporan polis.

      Delete
  39. Salam tuan,tahun 2011 sy telah join insurans usahama etiqa dan cuepacs dan awl bln hari tu sy dh isi dan hntr borang utk pembatalan polisi. Klu ikutkn email yg sy trima wang yg dicarum hanya 45% akn dimasukkn pd bln 8 nti...mmg lama mcm tu ke tuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tidak pasti pula tentang usahasama Etiqa dan Cuepacs. Sebab kalau dengan Etiqa sendiri tak sampai sebulan duit telah dikembalikan.

      Delete
  40. Salam...
    Agent saya pn dah senyap sunyi..
    Dah mencarum hampir 15 tahun...sepatutnye matang 21 tahun..
    Kalau saya nak terminate, agak2 berbaloi atau tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak lama dah tu, 6 tahun je lagi. Kalau terminate kena ingat, tak dapat 100%, cuba call dulu HQ untuk dapat anggaran bayaran balik. Lepas tu baru senang nak decide sama ada berbaloi atau tidak.

      Delete
  41. Tumpang tanya. Kalau baru dua bulan bayar insurans dan nk terminate, agak agak akan dapat balik tak duit yg telah dibayar bulan bulan tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau baru 2 bulan, memang burn macam tu sajalah jika terminate.

      Delete
  42. Dh buat mcm en buat tp msh jugak potong cm ne...mkn duit Org lg ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok, kadang-kala Angkasa lambat update. Jangka masa selepas 3 bulan akan stop pemotongan. Saya dulu selepas bulan kedua. Tapi jika lebih 3 bulan, baik tuan follow up dengan Etiqa dan juga Angkasa. Inshaa Allah, akan dapat balik kesemua duit yang terlebih potong itu kembali.

      Delete
  43. Saya nk tutup insuran etiqa nie...macam mana..polisi xdpt dr mula lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kunjungi HQ, atau mana cawangan jika jauh dari HQ. melalui telefon pun boleh, minta mereka semak dan nyatakan hasrat tuan/puan untuk tamatkan polisi.

      Delete
  44. Law guna pos..cm mn...guna emil x boleh ke..nk stop etiqa nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan/puan cuba hubungi 1-30013-8888 (HQ Etiqa Takaful)

      Delete
  45. Replies
    1. Salam, bawa saja IC ke mana-mana cawangan atau HQ Etiqa.

      Delete
  46. Assalamualaikum. Saya ambil insurans BSN Prudential dah 4-5 bulan . Kalau nak batalkan mcm mana ye ? Sebab sekarang saya dah berhenti kerja . Tkde duit income . Polisi haritu pun saya tak terima sebab saya dah tinggal di kg masa agent saya nak serahkan polisi . Macam mana ye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan, pertamanya tuan tidak akan dapat bayaran balik kerana baru mencarum 3-4 bulan.

      1. Secara informal, polisi tuan akan terbatal jika tuan tidak membuat bayaran selama 3 bulan atau lebih. Itu cara informal nak tamatkan polisi untuk kes tuan ini.

      2. Jika nak terminate secara properly, kunjungi sahaja mana2 cawangan atau HQ Prudential, bawa IC sahaja dan mereka akan uruskan penamatan polisi.

      Delete
  47. akil
    bolehkah penamatan dibuat melalui consultant

    ReplyDelete
    Replies
    1. setahu saya boleh, tapi lagi mudah jika kita buat sendiri.

      Delete
  48. Assalamualaikum.
    Tanpa saya sedari Angkasa tidak membuat pemotongan gaji kepada pihak etiqa insuran selama 7 bulan terakhir selepas 17 tahun mengambilnya. Soalannya:
    1. Adakah ini kesilapan pihak Angkasa atau majikan saya.
    2. Adakah polisi insuran saya masih berjalan.
    3. Bagaimana menjelaskan bayaran yang tertunggak tersebut.
    4. Jika saya menamatkan insuran sekarang dengan bayaran tertunggak yang ada, adakah saya akan dapat pulangan bayaran. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. kena rujuk dua2 pihak untuk tahu silap siapa.
      2. secara amnya tidak, tetapi boleh renew dengan berkunjung ke mana2 cawangan.
      3. hadir ke mana-mana cawangan untuk jelaskan bayaran tunggakan.
      4. jika dapat pun agak minimal. hubungi agen atau pejabat untuk dapatkan nasihat.

      Delete
  49. Assalammualaikum... Terima kasih atas perkongsian.. Saya dah lama Sgt msk TN ni sejak thn 2000. Thn depan bln 11 cukup tempoh matang. Sekarang ni saya me cari di mn Pusat TM ni utk saya dpt semula semula Wang dlm anggaran 20k bila matang. Boleh tak tuan bantu saya mcm mn nak dpt alamat dan no fone syarikat ni. Dah lm mereka tidak menghantar data potongan. Byrn secara angkasa. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://www.etiqa.com.my/my/hubungi-kami

      Tuan boleh rujuk web etiqa untuk dapatkan cawangan mereka yang terdekat dengan tuan.

      Delete
  50. Saya duk seri manjung..bole ke bawak polisi ke cawangan yang terdekat je utk terminated polisi?

    ReplyDelete
  51. baru ja terminate etiqa..separuh ja dapat..xseperti di uar2kan ketika agent dtg..hihi kalau ada insuran utk pelaburan,menipu ja semua tu..hihi thanks perkongsian dr saudara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau saya, insurans lebih kepada perlindungan hehehehe.

      Delete
  52. Jd sekrg encik pilih perlindungan ape
    .....

    ReplyDelete
  53. Hi assalamualaikum. Tadi sy baru ke cawangan cimb, dan dia promote sy untuk masuk sunlife punya insurans. Dan sy telah bersetuju serta sign dorang punya borang. Dan sekarang sy rasa menyesal sama sama sekali �� pembayaran masih belum dbelum dibuat, sekiranya sy mahu terminated kan sunlife punya insurans ni boleh ke ? sebab sy pikir sy dah sign!!! T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh, tak ada masalah sebab baru dua tiga hari.

      Delete
  54. Salam Tuan, saya student dan saya ade ambil insuran DONT WORRY dari GIBRALTAR BSN. Saya bayar dari January 2019 bermaksud dah 9 bulan saya bayar. Saya nak terminate sebb saya masih student dan ade masalh finance. Setiap bulan deduct RM62.90 dari account saya. Tuan rasa saya boleh dapat kan balik semua amaun yang saya dah bayar? Terima kasih tuan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, biasa tiada sebab baru 9 bulan. Tapi kena rujuk balik plan.... biasanya ada dinyatakan maklumat berkaitan serahan balik.

      Delete
  55. Salam nk tanya, tempoh matang insuran berapa lama ye?saya pon lupa..hihi.. Saya join great eastern takaful dh nk.masuk 5 tahun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Tuan, tempoh matang bergantung kepada plan yang tuan ambil. Kena rujuk balik buku polisi tuan :)

      Delete
  56. Nk tnya kalau baru msuk etika bebrpa bulan nak batalkn balik dapat tak duit serahan balik tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau baru beberapa bulan, setahu saya memang tak ada serahan balik tapi kena rujuk juga plan apa yang tuan ambil.

      Delete
  57. 2 tahun lagi, insurans takaful nasional saya tamat. Adakah berbaloi kalau saya tamatkan sebelum tarikh matang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung kepada nilai serahan balik, saya syorkan tuan ke HQ atau agensi untuk anggaran serahan balik. Cuma kalau tuan tamatkan polisi, tiada lagi perlindungan insuran melainkan tuan ada polisi yang lain.

      Delete
  58. assalamualaikum . boleh tak saya nak tanya pasal etiqa takaful ni . sebab saya baru perasan tiap2 bulan ada tolak auto debit dari maybank ke etiqa .

    jadi saya nak tahu apa benefit etiqa ni ? bagus atau tidak etiqa ni ? etiqa tanggung (cover) apa je ? kalau nak batalkan akan dapat pulangan balik tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      1. Autodebit sebab tuan/puan ada tandatangan borang kebenaran untuk autodebit sebelum ini.
      2. Bagi saya semua insuran bagus atas alasan perlindungan.
      3. Benefit atau apa yang etiqa tanggung, bergantung kepada polisi yang tuan/puan ambil. Rujuk apa yang terkandung dalam buku polisi tuan/puan.
      4. Pulangan balik bergantung kepada sudah berapa lama tuan mencarum.

      Mohon hubungi agen atau agensi tuan/puan sebelum ini.

      Delete
  59. Salam...nk tanya....
    1. Maksud polisi lapse? Sbb saya br masuk 3 bulan x byr.... Baru join bulan 7 n bulan 7 lah last bayar
    2. Adakah etiqa akan autodebit jgk jika ada wang dlm tu setelah 3 bulan x bayar
    3.adakah dia automatic terminated sbb mmg nak cancel kan insurans ni....tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      1. Maksudnya tuan/puan tidak dilindungi oleh insurans.
      2. Jika tiada wang dalam akaun, memang tak boleh autodebit.
      3. Auto terminate tu tidaklah, tapi tidak pula menjadi tunggakan jika tuan/puan putuskan untuk tidak menyambung polisi.

      Delete
  60. lg sdiH join dr 2007 , 2019 terminated dpt bAlik 2k lbh je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kepada perlindungan, pernah guna medical card tak?

      Delete
  61. Semua syarikat takaful bagus jika kita faham dan ambil ikut keperluan dan risiko apa yg kita nak pindahkan pada syarikat insuran tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan, saya amat bersetuju dengan pendapat tuan. Kena baca polisi betul2. Tapi saya pun buat silap masa tu, maklumlah masih baru nak kenal dunia.

      Delete
  62. salam tuan..macm kes sy ni..saya dh langgan pelan polisi twin special etiqa..sejak dari feb 2010 sehgga lah skg..agent kata dulu dpt duit tempoh matang..tapi tak pernah dapt..padahal tiap bulan potong gaji bayat insurans ini..kalau sy nak tutup mcm mna eya..kalau buku polis insurans tu saya xde..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempoh matang kena tengok polisi tuan, ada jangka masanya. Mungkin 20 tahun atau lebih, bergantung kepada polisi masing2.

      Nak terminate mudah sahaja, bawa saja IC ke HQ pun dah cukup. Takaful mesti ada data berkaitan tuan walaupun buku polisi dah hilang.

      Delete
  63. saya pn sama...atiqa ni sy da suruh potong da n da dpt separuh bayaran...terapi yg mjdi mslh skg masih ada potong rm28.09 tiap2 bln...ni mslh ni skg...cmna 2 encik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba check balik, kot-kot ada plan yang lain. Terus call atau pergi ke HQ jika boleh.

      Delete
  64. Replies
    1. Dataran Maybank, No 1, Jalan Maarof, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

      Delete
  65. salam tuan..sy nak terminate etika,ok sy akan ke hq/branch..dan selepas kurang 3 bulan angkasa akan stop potongan gaji utk etika..ok jelas..dan klau sy ada amik insurans baru, mcm mna utk sy inform angkasa untuk buat potongan gaji.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya agen yang akan uruskan (pengalaman peribadi).

      Delete
  66. Saya nak batalkan semua data ansurans Erika Saya yang baru di buat

    ReplyDelete
  67. Siketambatu ambik bsn prudential?..ok tak company ni..tgh cari coverage utk ank

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ini Alhamdulillah. Dah banyak kali guna kemudahan (tuntutan perubatan), tidak mengecewakan.

      Delete
  68. Salam encik. Saya nak ucap terima kasih banyak2 pada encik sebab beritahu cara terminate insurance etiqa. Saya dah berjaya. Masuk bulan kedua, gaji saya dah stop potong. Saya ikut cara encik pergi HQ Etiqa di Bangsar tu. Isi borang dan detail. Sangat mudah. Stafnya pun ok. Terima kasih sekali lagi.

    ReplyDelete
  69. Saya pun terkena mcm tuan,ejen dah berhenti keje lain pastu .. pastu bila ejen lari terus dpt ke bos ... bos pulak x kenal kita tau collcet duit je
    tp sy produk Takaful ***

    ReplyDelete
  70. Salam tuan..nk tanya,kalau dh isi borg terminate Etiqa tu..dlm berapa hari blh dpt duit tu dan ada tak Etiqa hantar dokumen dkt mesej?

    ReplyDelete
  71. Sangat membantu..terima kasih..memang tgh mencari maklumat utk pembatalan insuran etiqa..

    ReplyDelete
  72. Saya baru bank tdi then org bank tu mtk saya amik polisi insuran ni so boleh ke saya nk batal sbb tak berkeje ..?

    ReplyDelete
  73. Insuran penipu jaa ambil duit saya semua terus lepas saya batalkan insuran .😭😭sedih rasa insuran etiqa takaful menipu . Jangan lah pakai tak dapat claim apa apa ii pon . Mulut manis jaaa depa

    ReplyDelete