Tuesday 30 August 2016

MeNaRiK Di iPoH # 2016

As-Salam dan Salam Sejahtera,

Panduan ringkas untuk mereka yang bakal bercuti atau jalan-jalan makan angin ke Ipoh.

Lost World of Tambun (Google Image)
Taman tema ini adalah saudara dekat kepada Sunway Lagoon. Komponen utama Lost World of Tambun adalah Water Park, Amusement Park, Petting Zoo, Tiger Valley, Tin Valley, Adventure Park dan Hot Spring & Spa. Maklumat lanjut sila kunjungi website Lost World of Tambun



Taman Rekreasi Gunung Lang (Google Image)
Letaknya di Jalan Tunku Abdul Rahman (Kuala Kangsar Road), Ipoh. Dibuka setiap hari, dari jam 8 pagi hingga 7 malam. Ditutup awal pada hari Jumaat (4 petang) dan cuti umum (6.30 petang). Untuk ke sana perlu naik bot dari jeti dengan harga tiket RM3 untuk dewasa dan RM1.50 untuk kanak-kanak. Maklumat lanjut sila kunjungi website Ipoh Tourism Board



Muzium Geologi
Muzium ini mula dibuka pada tahun 1957 dan mengumpul koleksi unik pelbagai jenis fosil, batuan, mineral dan permata. Dibuka pada waktu pejabat sahaja (Isnin - Jumaat, 9 pagi - 4.30 petang). Masuk adalah percuma. Maklumat lanjut sila layari  Muzium Geologi Perak



Taman Dr Seenivisagam & Taman Jepun
Kedua-dua taman ini berada dalam kawasan yang sama. Menjadi tumpuan untuk warga Ipoh bersantai bersama keluarga. Ada kemudahan untuk kanak-kanak bermain sambil ibubapa santai bercengkarama. Info selanjutnya di Taman Jepun Ipoh



Fantacy House Trick Art (Google Image)
Letaknya di Jalan Market Ipoh. Terdapat beberapa koleksi lukisan 3D dan sesuai untuk sesi fotografi yang unik. Bayaran masuk RM15 untuk dewasa warga Malaysia dan RM10 untuk kanak-kanak seperti yang tertera di Trick Art


Ketam Batu

JeReBu #2016

Pesta jerebu kembali lagi. Semalam sekitar kediaman saya secara rasmi mencatat IPU tidak sihat. Manakala pada pagi ini basah kuyup bermandikan hujan lebat, mungkin hasil dari pembenihan awan.

Jerebu sememangnya tidak bagus untuk kesihatan. Tapi ada juga yang bakal bergumbira, antaranya anak-anak sekolah dan college. Semalam sahaja sudah ada info palsu akan penutupan sesi persekolahan disebarkan. Satu kerja pula Menteri Pendidikan kena update untuk nafikan berita tersebut.

Apa pun, berwaspada dengan situasi semasa, bukan sahaja jerebu malahan virus Zika juga dikhabarkan sudah menyusup masuk ke negara kita.

Semoga kita semua selamat dan senantiasa di bawah lindungan Yang Maha Kuasa.

Ketam Batu

Thursday 11 August 2016

TuNTuTLaH iLMu HaTTa Di TePi HiGHWaY

Petang semalam diketemukan dengan seorang hamba Allah yang sama2 tumpang berteduh di bawah jambatan dek kerana hujan. Mesra dan peramah orangnya, seorang guru dan menunggang moto chopper. 

Beliau pemilik homestay, total 5 kediaman dalam genggaman. Sementara menunggu hujan reda, sempat pula beliau meringankan mulut untuk berkongsi tips2 kehidupan dan juga tips2 untuk melibatkan diri dengan perniagaan homestay.

Tidak dinafikan, dari gaya percakapan, beliau cukup masak dan berpengalaman dalam selok belok homestay. Saya mendengar dengan teliti dan cuba sintesis informasi yang cuba beliau sampaikan. Tidak pula saya banyak bertanya, kerana memang perangai saya yang lebih suka mendengar dari bersuara.

Apa pun, terima kasih saya ucapkan kerana tidak lokek berkongsi ilmu. Inshaa Allah akan cuba saya amalkan.

MyNote : Entri pendek sekadar mengaktifkan kembali blog DSKB !