Thursday, 28 February 2013

D'Bayu Cafe Tanjong Malim

Cafe ini letaknya di Taman Wangsa Jaya, Tanjong Malim... tak jauh pun dari rumah saya di Taman Wangsa Setia.... segala wangsa ada di Tanjong Malim *wink*. Bila dekat dengan rumah memang menjadi salah satu port untuk melepak sambil bersarapan di hujung minggu... juga hari2 dimana saya lewat ke opis *wink*wink*....

Nak kata sajian D'Bayu sedap tidak juga tapi bolehlah masuk dengan selera tekak... dulu selalu ada nasi kerabu... salah satu menu utama saya dihujung minggu tapi lately sudah lama tidak kelihatan. Sajian untuk sarapan biasanya nasi lemak, mee goreng, nasi goreng, mee hoon goreng dan sedikit kuih muih.... manakala untuk sajian tengah hari segala lauk pauk melayu.... harga, biasa2 sahaja tak terlalu mahal dan tidak juga terlalu murah.

Duduk letak D'Bayu di Taman Wangsa Jaya, Tanjong Malim... betul2 di tepi jalan lama menuju Behrang-Bidor-Tapah. 

MHD dan QM suka betul dengan landskap kecil di D'Bayu.... asal sarapan di D'Bayu mesti pilih meja berhampiran dengan pancuran air... mendamaikan kata QM *wink*

Rabbit Village d'Muar

Bersandarkan nama, memang Rabbit Village d'Muar berlokasi di Muar... lebih tepat lagi;

No. 169-1 Pt No. 4  Jalan Yusof
Pt Yusof 83600 Muar, Johor
En. Azhan (+6012-7123559)
En. Zahid (+6019-3500193)

Tapi ladang arnab yang saya lawati semalam bukan di Muar, tapi ladang cawangan mereka yang letaknya di Sepang.... lokasinya betul-betul bersempadan di antara Sungai Merab, Kajang-Putrajaya. 

Ladang di Sepang lebih kepada tujuan pembiak-bakaan dan penyelidikan... dan sememangnya kunjungan saya and the gang ke sini untuk menjalin kerjasama penyelidikan dengan pihak Rabbit Village d'Muar.... Manakala ladang mereka di Muar, Johor merupakan pusat utama pembiak-bakaan, pemasaran, latihan dan juga rekreasi.

Mari kita tinjau ladang mereka.....omputih kata lets pix do the talking.....

Jambatan kecil menuju kandang arnab... kelihatan dari jauh En. Azhan dan En. Zahid menunggu kehadiran kami dari Shah Alam.

Landskap di persekitaran ladang... ladang ini dikelilingi oleh ladang kelapa sawit.... dalam ladang arnab itu sendiri dipenuhi dengan pokok buah-buahan seperti manggis dan durian.... menyediakan suasana redup dan nyaman, sesuai untuk pembiak-bakaan arnab.

Comel-comel semua.... bila jadi lauk menyelerakan.... hehehehe. Ini arnab2 yang dibiakkan untuk dijual dagingnya. Ada juga arnab yang dibiak untuk tujuan haiwan peliharaan tapi tidak banyak kerana main core bizz Rabbit Village d'Muar adalah arnab pedaging.

Nampak si kecil kemerahan tu.... anak arnab yang baru dilahirkan. Masih togel tanpa bulu, ada orang kata.... orang kata ye bukan saya yang kata, makan anak arnab yang masih merah lagi bagus, kerana kandungan protein yang tinggi... erk!!!!

Antara khasiat daging arnab... cuba lihat khasiat paling last tu!!!! Terselit juga... hehehe

Makan nasi berlaukkan.... bukan daging arnab tapi ikan dan ayam percik di Rasa Food Court, Alamanda Putrajaya. Lepas meeting dengan pihak Rabbit Village d'Muar kami singgah makan tengah hari di Alamanda sebelum kembali ke Shah Alam.

Wednesday, 20 February 2013

@ Rumbia Coffee House, De Palma Hotel Shah Alam | Farewell Luncheon

Baru nak bancuh secawan teh O panas pintu opis kena ketuk... 'Doc, jom lunch kat De Palma... celebrate pemergian Mr X ke obersea *kachingssss*kachingsssss* Haaaaa.... terus tak jadi bancuh teh O, biskut jagung Corneo pun simpan balik dalam locker. Rugi wei pergi makan buffet kalau perut dah berisi.

Google kejap kat mana letaknya De Palma Hotel Shah Alam... oooooowh tak la jauh mana *kachingssssss*. Lama tak jenguk De Palma Hotel Shah Alam, ada la dalam pat lima tahun. Rupanya makin besar... dah bertambah satu lagi bangunan kat sebelahnya. 

Aku paling awal sampai... gelojoh benor bunyinya kan. Jadi lepak2 dulu kat depan receptionist sambil mata dok tinjau sana sini sinun. Nampaknya wedding event dah jadi hardcore biz untuk De Palma. Sana-sini-sinun nampak banner perkahwinan... pintu lif hotel pun ditampal iklan perkahwinan. Makin ramai yang mampu kawen kat hotel rupanya....

Melahu dalam 10 min yang lain pun sampai, segerombolan kami menerpa Rumbia Coffee House tapi disebabkan datang tanpa booking, nyaris2 ketiadaan tempat untuk kami seramai sedozen. Huha sana huha sini.... Alhamdulillah masih ada tempat.

Next... lets pixs do the talking.....


Lets the ladies do their job, masa ni tengah pujuk staff hotel sediakan tempat untuk kami. Disebabkan masalah komunikasi kami serbu Rumbia Coffee House tanpa sebarang booking. Nampak pintu gerbang kaler ungu tu... bukan Pasha Ungu ye, itu items untuk wedding event.... sebelahnya penuh dengan kerusi pengantin berbagai bentuk dan kaler.

Santapan pertama... nasi sikit tapi lauk pauk dilebihkan.

Antara wajah2 ceria yang hadir memeriahkan majlis... langsung tak ada muka sedih nak berpisah dengan kawan. Muka sedih sorang je, mamat yang belah kanan tu sebab dia yang akan fly tu... hehehehe

Menu kat Rumbia Coffee House De Palma Hotel Shah Alam memang sedap dan banyak pilihan juga. Untuk hidangan berat ada nasi berserta lauk pauk dan spaghetti. Kemudian ada  macam roti En. John, kuih muih yang manis2 dan juga buah-buahan.... banyak varieti kan?

Bape harga satu kepala... hmmm, rasanya sekitar RM40 kot sebab kami collect sorang 50 hengget untuk makan2, beli hadiah untuk brader yang nak fly tu beserta kad ucapan sikit punyak bagak dia punya saiz.

Tuesday, 19 February 2013

JM Beriani @ TESCO Shah Alam

Usai selesai urusan di MINDEF sebelah paginya.... lebih tepat lagi separuh selesai, kami menuju Shah Alam untuk solat Jumaat sebelum menerusnya perjalanan balik ke Cape Malim. Memandangkan masih ada waktu, kami singgah di Tesco Shah Alam untuk makan tengah hari, AT dan MIL juga ada sedikit keperluan untuk di borong di Tesco.

Pertama kali menjengah ke JM Beriani, tampak kemas dan bersih berbanding kedai mamak biasa.... ade kelasss gittew..... waitress pun come lote berbanding waiter separuh masak kat mamak biasa.... hehehehe.

Sesuai dengan namanya JM Beriani, menu utama sudah semestinya nasi beriani aneka pilihan. Untuk kami berenam (me, AT, FIL, MIL, MHD dan QM) saya order 4 set nasi beriyani kosong, 2 set ayam goreng, 1 set ayam masak merah, 1 set nasi beriyani kambing, 1 set nasi beriyani ayam berserta 2 teh tarik, 2 milo panas, 1 teh o panas dan 1 nescafe panas. Harga yang dikenakan RM100++..... berbaloi tak? Hehehehehe.... AT kata mahal sangat tak masuk akal.......

Bagi saya yang jarang sekali masuk ke tempat sebegitu pun rasa mahal tapi nasi beriyani JM memang sedap. Makan kosong tanpa lauk pun menyelerakan. Teringat juadah nasi beriyani yang dimasak oleh rakan2 Pakistani sewaktu menuntut di Perth dahulu.... slurps!!!!!!!

Sebahagian daripada pesara tentera tanpa pencen yang berpusu-pusu untuk mendapatkan bantuan RM1k sumbangan kerajaan Malaysia. Wujudnya Kaunter Khidmat Pesara, Jabatan Arah Rekod dan Pencen ATM sememangnya idea yang amat bernas. Malangnya idea bernas sahaja tidak cukup jika tidak disusuli dengan pelaksanaan yang cekap dan efisien oleh segelintir bahu yang memikul tanggungjawab *wink*wink*wink*

Segelintir dan bukan semua *wink*wink*wink* kudos kepada beberapa staff hadapan yang cukup membantu urusan kami terutamanya Sgt Nazri, Pbt Shamsul dan beberapa lagi tapi malangnya usaha murni mereka ini dicalitkan oleh beberapa titik *nila* yang merosakkan susu sebelanga.


Antara juadah yang kami nikmati sebelum solat Jumaat. Tampak biasa2 sahaja tapi nasi beriyani kosongnya memang menyelerakan. Kopak RM100++ AT kerana menu di atas.... hehehehe. TQ

Thursday, 14 February 2013

Rumbia Resort Villa Paka, Terengganu


Rumbia Resort Villa
Lot 3573 Kampung Gong Gemia
23100 Paka, Terengganu
Tel: 09-827 2020
Rate: RM231/nite without breakfast for 3 bedrooms semi-detached villa

Pertama kalinya, pastikan anda lupakan perkataan resort pada nama Rumbia Resort Villa. Jika tidak anda mungkin akan mengalami kejutan sepertimana yang saya hadapi. Ia bukan sebuah resort dalam erti kata yang sebenarnya, statusnya mungkin sekadar hotel bertaraf 2 bintang dengan kemudahan yang minima.

Sebaik sahaja anda memasuki perkarangan 'resort' akan kelihatan deretan rumah berkembar setingkat persis taman perumahan. Resort ini menawarkan penginapan yang terdiri daripada 35 unit banglo dan 57 unit villa berkembar. 

Langsung tiada suasana resort.

Sekilas pandang anda sudah boleh menduga 'resort' ini sedang dimamah usia dan perlukan pengubahsuaian yang ekstrem untuk kembali ke puncak kegemilangannya. Tidak pasti bagaimana keadaan banglo tapi review saya ini berdasarkan pengalaman menginap selama 2 malam di villa berkembar Rumbia Resort.

Bagusnya proses daftar masuk dan juga daftar keluar amat pantas. Sekelip mata kunci penginapan sudah berada di tangan saya. Villa yang saya duduki mempunyai 3 bilik, cukup luas dan selesa untuk 6 orang dewasa. Tapi sebaik sahaja saya membuka pintu villa segala-galanya kelihatan suram.

Daftar masuk cukup pantas, mungkin juga kerana bukan waktu puncak.

Ruang tamu dengan kemudahan lengkap tapi usang.

Keadaan villa dan juga perabot sedang meniti usia senja. Lantai separa bersih, ada tompok2 hitam mungkin kesan daripada pekerja mengalihkan perabot dan sebagainya. Helaian rambut pengunjung terdahulu masih kelihatan menunjukkan staff housekeeping tidak menjalankan tugas sepertimana sepatutnya.

MHD menunjukkan bantal tanpa sarung. Terpaksa hubungi housekeeping untuk meminta sarung bantal dan juga tuala mandi.

Lengkap tapi jelas dimamah usia.

Setiap bilik ada penyaman udara manakala ruang tamu hanya kipas syiling. Hanya satu remote control penyaman udara disediakan jadi setiap bilik perlu bergilir-gilir menggunakannya. Keadaan penyaman udara masih baik tapi di villa lain ada yang tidak berfungsi dengan sewajarnya.

Saya difahamkan kemudahan memasak ada tapi perlu diminta dari pihak housekeeping.

Beralih ke dapur, disediakan satu peti sejuk tua tapi masih berfungsi. Peralatan dapur yang disediakan hanyalah 6 biji mug dan 6 botol air mineral. Saya dapati air mineral tidak dibekalkan untuk hari berikutnya. Bermakna sekiranya anda menginap di Rumbia untuk beberapa malam, hanya 6 botol air mineral dibekalkan untuk sepanjang penginapan anda.

Memuaskan, semuanya masih berfungsi kecuali bekalan air panas di bilik air master bedroom.

Menjenguk ke bilik air, tampak bersih walau agak berusia. Pam tandas masih berfungsi. Air panas hanya ada untuk bilik air utama manakala sistem air panas dalam master bedroom tidak berfungsi atau mungkin langsung tiada.

Bagaimana pula dengan kemudahan beriadah dan rekreasi? Pusat spa wujud sepertimana yang diiklankan, tapi tidak pasti pula dengan mutu perkhidmatan kerana kami tidak berpeluang untuk mencuba.

CT de Aura Beauty Saloon & Spa

MHD merenung kolam renang yang tidak seperti kebiasaan.

Rabbit farm atau taman arnab... langsung tidak kelihatan. Begitu juga dengan kemudahan paint-ball amat meragukan kewujudannya. Kolam renang amatlah kecil, dengan kedalaman berbeza-beza di antara 3 hingga 5 kaki. Tiada perkhidmatan lifeguard jadi amat berbahaya untuk kanak2 yang mandi tanpa pengawasan orang dewasa dan juga dengan orang dewasa yang tiada kemahiran berenang.

Kami juga tidak berkesempatan untuk mencuba menu di Rumbia Coffe House kerana penginapan kami tanpa sarapan. Kami difahamkan pakej sarapan untuk dewasa adalah RM17 dan RM11 untuk kanak2.

Perlu ditekankan di sini juga mengenai mutu perkhidmatan housekeeping yang amat tidak memuaskan. Kami meminta staff bertugas untuk menukar cadar pada hari kedua penginapan. Namun disebabkan masalah komunikasi dengan staff berbangsa Bangladesh, bukan cadar yang ditukar tetapi beliau datang dengan membawa 2 sejadah!!!!!! Tidak pasti kenapa staff housekeeping tidak mengemaskan villa kami pada hari kedua penginapan. Daily housekeeping sepatutnya perkhidmatan wajib untuk setiap hotel atau resort.

Keseluruhannya penginapan di Rumbia Resort Villa tidak menjanjikan pengalaman manis bagi kami. 'Resort' ini mungkin sesuai sebagai tempat persinggahan tapi bukanlah tempat yang baik untuk menghabiskan sisa percutian. 

Trip To Paka, Terengganu: Day 3 - Masa Untuk Kembali

As-Salam....

Hari terakhir di Paka, Terengganu.... saat untuk pulang ke Cape Malim membawa seribu satu kenangan.... hehehehe.

Sementara FIL & MIL sibuk kemaskan villa... which saya tak faham kenapa? Saya dan anak2 meninjau2 persekitaran villa buat kali terakhir... ternyata villa di sini agak usang dan perlukan pengubahsuaian segera.

Sewaktu daftar keluar, staff bertugas tak semesra sewaktu kami daftar masuk. Masih marah dengan insiden dua hari lalu barang kali... hehehe. Nasib baik kesemua wang deposit masih dipulangkan tanpa sebarang pemotongan.... Alhamdulillah.

Saya merencanakan perjalanan pulang yang santai... bermakna kami akan singgah di beberapa tempat dan tak perlu bergegas untuk sampai. Tak jauh dari Rumbia Villa Resort, kami singgah seketika di Pantai Kemasik, salah satu kawasan rekreasi berhampiran Paka. Tampak masih baru, paling dipuji adalah kebersihan tandas... dijaga cukup baik.

Pantai yang indah, cukup hening dan mendamaikan di waktu pagi tapi amat berbahaya untuk aktiviti renang sepertimana pantai2 yang lain disepanjang rangkaian pantai di sebelah Kelantan/Terengganu.

Di Pantai Kemasik kami menikmati kelembutan bayu pagi sambil menikmati keindahan pantai yang masih belum tercemar. MHD dan QM juga sibuk mempraktiskan skills mengambil pix.... tak lama lagi bolehkan serahkan tugas sebagai photog kepada mereka.

Teruskan perjalanan sehinggalah QM mengadu lapar sebab belum sarapan. Banyak gerai disepanjang jalan tapi tak menepati selera MHD dan QM... sarapan mereka kena ada ayam.... huhuhuhu

Jadinya kami singgah di satu kedai makan berhampiran pekan Kemaman... D' Taya Corner nama kedainya. Letaknya betul2 di tepi jalan menuju Kemaman, alamat tepat tidak saya pasti. Makanan biasa2 sahaja tapi sikit punya cekik darah.... makan tak seberapa tapi kena sampai RM29 hengget.... cekik darah pun ramai juga yang datang..... apa rahsianya?

Harapkan pelayan saja comel-comel tapi harga yang dikenakan sikit punya cekik darah. Masakan pun biasa2 sahaja tiada yang marbeles. Pompuan gemuk di atas bukan pelayan kedai tapi cashier yang cekik darah kami hampir kering. Kompen kami tak jejak kaki lagi ke sini... Hampeh ko D' Taya Corner.

Kecewa dengan harga cekik darah tuan punya D' Taya Corner kami berlalu dengan muka mencuka.... huhuhuhu. Ubati kekecewaan dan kepahitan dicekik darah dengan singgah di KM 50 Jalan Kuantan-Kemaman untuk membeli keropok lekor sebagai ole2 dari T-gainu. Asalnya nak singgah juga di Cherating dan Teluk Chempedak tapi tak jadi sebab hujan makin melebat. Next time rasanya nak repeat bercuti di Cherating pula.... Legend Resort macam memanggil-manggil je.....

Deretan kedai2 menjual keropok di KM 50 Jalan Kuantan-Kemaman.

Ahkak baju kaler hijau menunjukkan skills menggentel kopok lekor sebelum direbus.

Antara produk yang dijual di kedai Ahkak Baju Hijau.

Ini makanan ringan kegemaran saya sewaktu muda remaja dahulu.... terimbau kenangan lama sewaktu mengunjungi kedai Ahkak Baju Hijau.

Setiap kedai yang menjual kopok lekor ada benda ni bergantungan termasuklah di kedai Ahkak Baju Hijau. Meroyan MHD dan QM minta beli, berbuih kereta kami sepanjang perjalanan balik Cape Malim.

Sepanjang perjalanan kami diiringi oleh hujan renyai2.... kemalangan pun banyak di kiri kanan LPT.... Alhamdulillah kami selamat tiba di Cape Malim tanpa sebarang musibah kira2 jam 4 petang. 

Trip To Paka, Terengganu: Day 2 Part 2 - Jalan2 Cari Makan

As-Salam....

Sejurus ahli keluarga yang lain bertolak balik ke Kelantan, kami sekeluarga kembali ke Rumbia Villa Resort untuk berehat. Cuaca masih mendung dan sesekali hujan renyai2. Reda sahaja hujan, saya dan AT bawa MHD dan QM untuk mandi kolam... agenda utama budak tecik berdua itu kalau bercuti. Ini juga peluang AT untuk cuba try test baju renang baru dia... hehehehe

Sejurus kami terjun tiruk ke dalam kolam, sekali hujan lebat datang daaaa... berlarian kami ke bawah payung dan kerusi di tepi kolam untuk berlindung dari hujan. Mujur tiada kilat petir segala. Pada masa itu hanya kami di kolam renang, pengunjung lain agaknya seronok berselimut di villa masing2.

Ini satu je kolam renang yang ada... ini lah untuk dewasa dan ini jugalah untuk kanak2. Kedalaman satu hujung sekitar 3 kaki dan makin dalam menuju ke tengah, maksimum 5 kaki.

Pastikan anda sebagai ibubapa ada kebolehan untuk berenang, kalau terjadi apa2 pada anak2 kes naya sebab tiada lifeguard.

Hujan hanya seketika, reda atau seghek uje kala orang Kelantan, kami kembali terjun tiruk di kolam mandi. Seronok sebab air kolam terasa hangat.... MHD dan QM masih terkial2 untuk belajar berenang, sesekali terbabas ke kawasan orang dewasa.... jenuh tertelan air kelemasan.

Kolam kat Rumbia Villa Resort ini agak kecil dan kedalamannya berbeza2 di antara 3 hingga 5 kaki. Tiada kolam khusus untuk anak2 kecil jadi ibubapa perlu berwaspada. Kalau parents pun tak tahu berenang tak payah lah bagi anak2 mandi kolam, nanti jadi apa2 susahkan diri saja... lifeguard pun tiada....

Puas mandi kolam.... actually tak puas @ happy mana pun.... pujuk anak2 balik villa sebab cadangnya nak bersiar-siar disekitar pantai Paka sambil cari tempat untuk makan malam. Sebelum ke pantai, singgah sekejap kat Pekan Paka sebab AT dan MIL nak shopping barang sedikit.... sudahnya tangan kosong juga sebab tiada yang berkenan di hati dan tidak banyak pilihan.

Kami menyusuri Pantai Paka dari satu hujung ke hujung menggunakan jalan pantai. Trauma dengan kejadian semalam, MHD dan QM tak mahu turun dari kereta, kami hanya meninjau2 dari luar akan keindahan Pantai Paka. Sambil2 itu sempat catit sedikit maklumat tempat penginapan di Paka untuk ditulis dalam blog nanti.

Memadu kasih di Pantai Paka... hep tangan diminta sopan ye... hehehehe

Antara penginapan bajet di Pantai Paka.

Disepanjang pantai kelihatan gerai2 kecil menjual makanan dan minuman. Sudahnya kami singgah di satu kedai ikan bakar untuk makan malam. Nama sahaja kedai ikan bakar... tapi ikan bakarnya tiada.... hehehehe. Nak pergi cari kedai lain malas.... 

Untuk makan malam kami order nasi putih berlaukkan tomyam campur + sup ekor + kailan ikan masing + ayam masak kicap + ikan masak 3 rasa serta meehun goreng untuk MHD. Tak sedap mana tapi meehun goreng memang marbeles. Dari segi harga masih berpatutan....

Lupa nak bagi taw, asalnya kami bercadang makan malam di Restoran Nasi Kukus Paka... kedai makan ni memang femes kat Paka. Tapi AT tak taw yang kat sini hanya hidang nasi dengan ayam... dan tiada hidangan yang lain..... ekekeke cantik dah parking depan restoran terus dia kensel minta pergi tempat lain.

Tomyam + kailan ikan masin + ayam masak kicap

Ikan masak 3 rasa + sup ekor

Malamnya cuma menghabiskan masa di villa dan berkemas sebab esoknya kami akan pulang ke Cape Malim.

~Nite~