Saturday 22 April 2017

BATERI KOYOKO YTZ5S-BS UNTUK YAMAHA FZ150i

Tiga tahun menjadi pengguna FZ150i, ini kali ketiga aku tukar bateri.

Bateri standard kilang, GS GTZ5S hanya bertahan selama 1 tahun 8 bulan dengan mileage 38,000 km lebih kurang.

Jahanam bila aku lupa nak turn off ignition switch. Lampu menyala semalaman dan terus bateri dried-out.

Ada aku ceritakan kat sini KLIK

Bateri asal tersebut aku gantikan pula dengan bateri Koyoko YTZ5S-BS Nano-Gel Technology.

Uniknya bateri ini, ada indicator 'TEST' untuk kita kenal pasti kondisi bateri. Inovasi ini dikenali sebagai intelligent capacity detector indicator.

Orang kata dengan teknologi Nano-Gel, hayat bateri akan lebih lama.

Tapi bateri Koyoko YTZ5S-BS Nano Gel Technology pada moto aku hanya mampu bertahan selama 1 tahun 4 bulan dengan mileage lebih kurang 26,000 km.

Untuk  makluman, aku berulang-alik setiap hari ke tempat kerja, 5 hari seminggu dengan jarak hampir 180 km. 

Sepanjang tempoh aku berulang alik setiap hari, Alhamdulillah langsung tiada masalah yang timbul.

Cuma sepanjang 4 bulan yang lalu, moto lebih banyak parkir di halaman rumah atas sebab-sebab tertentu. Setiap 3-4 hari aku panaskan enjin dan ride very short distance.

Mungkin sebab itu jangka hanyat bateri aku tak panjang, jarang guna menyebabkan bateri tak boleh charging completely. Lama-lama kong !

Bila aku baca manual, rupanya jika moto jarang digunakan, bateri sepatutnya kena re-charge setiap 4-6 bulan, selama 5-8 jam. 


Antara simptom awal bateri hampir kong, adalah starter automatik gagal berfungsi. Bila aku tekan starter, bunyi cranking pun tak ada.

Aku sangkakan masalah starter, langsung aku tak terfikir nak check bateri. Lagi pula, kick starter masih boleh digunakan.

Berbulan jugalah aku guna kick starter tanpa masalah. Sehinggalah pada suatu ketika, moto aku gagal untuk dihidupkan. 

Naik lenguh kaki aku tekan kick starter. Masa itu baru terfikir nak check bateri.

Tekan butang "TEST', lampu merah menyala menunjukkan bateri dah lemah sangat dan perlu re-charge secepat mungkin. Terus hantar bengkel untuk re-charge bateri, dengan kos cuma RM3.

Lepas re-charge, sudah boleh guna kick starter tapi starter automatik masih gagal berfungsi.

Seminggu selepas itu, bateri kembali weak menyebabkan aku mengambil keputusan untuk beli saja bateri baru.


Aku masih lagi memilih Koyoko tapi kali ini tanpa Nano Gel Technology, harganya RM78. 

Bateri ini juga tanpa intelligent capacity detector indicator walaupun nombor model adalah sama dengan Nano Gel Technology. 

Lepas tukar bateri baru, starter automatik kembali berfungsi. 

Lega ! bukan masalah starter tetapi bateri yang sudah weak. Syukur juga bukan masalah coil atau rectifier !

Harap-harap betullah telahan aku ini.

- Ketam batu -

Friday 21 April 2017

HOTEL DAMAR KUALA KRAI KELANTAN


Hotel Damar
PT5565 Taman Yani
18000 Kuala Krai 
Kelantan

No phone : +609-966 3221


Check-in 2 pm.

Check-out 12 pm.

Lokasi berhampiran dengan bank, Marry Brown dan kedai makan Siam (kurang sedap !).

Standard hotel budget, bilik sedikit besar tapi masih agak kurang selesa untuk keluarga bersama anak-anak kecil.

Kebersihan memuaskan. Pengalaman peribadi, lebih baik berbanding hotel-hotel lain di Kuala Krai.


Harga bilik di antara RM70 hingga RM150.

Pilihan utama kami jika perlu bermalam di Kuala Krai.

- Ketam Batu -

Thursday 20 April 2017

MIKRAJ HOTEL KUALA KRAI KELANTAN


Mikraj Hotel,
Lot 1180 Guchil 3,
18000 Kuala Krai,
Kelantan.

No phone : +609-966 4567


Luaran hotel.

Hampir dengan petrol station, Petronas dan Shell. Juga pusat pakaian Hari-Hari. Kedai makan pun hanya selangkah dari pintu hotel.



Harga bilik di antara RM60 hingga RM130 semalaman.

Standard hotel budget, bilik agak kecil. Kurang selesa untuk keluarga bersama anak kecil.

Kebersihan kurang memuaskan, terutamanya peak season (cuti umum, cuti sekolah, cuti perayaan) - pengalaman peribadi, mungkin nasib kami kurang baik waktu itu.

Final verdict : Ok jika tiada tempat lain untuk bermalam.

- Ketam Batu -

Monday 17 April 2017

CATATAN PERJALANAN KE BUKIT FRASER 2017 : 7 TEMPAT MENARIK UNTUK DIKUNJUNGI PLUS TEMPAT MAKAN DI BUKIT FRASER


Entri ini adalah catatan terkini aku ke Fraser's Hill (April 2017). Update kepada catatan lama (Mei 2015) yang mencatat jumlah pengunjung yang agak tinggi. Jika berminat untuk baca, boleh klik SINI !

Perjalanan aku opkoz bermula dari rumah, rumah aku pun tak jauh mana dari Bukit Fraser. Tinggalkan rumah dalam keadaan perut kosong, dengan niat untuk bersarapan di Dataran Kuala Kubu Baru.

Apa istimewanya Dataran Kuala Kubu Baru?

Tidak lain tidak bukan, kedai makan ala pantai timur. Bersarapan dengan nasi berlauk ataupun nasi kerabu. Banyak lauk pauk boleh dipilih walaupun di awal pagi.

Memang menjadi tumpuan penduduk setempat, dan juga abam2 kakak2 bomba, polis dan kakitangan gomen Kuala Kubu Baru. Nama kedainya D'Ganu Selera Besut.

Aku pernah buat entri khusus untuknya dulu D'Ganu Selera Besut !


Tapi sekali aku sampai, D'Ganu Selera Besut sudah tutup daaaa ! Bukan setakat tutup, bahkan sudah diganti dengan kedai makan lain. Maknanya sudah tidak ada di Dataran KKB, mengkali pindah ke premis baru.

Sesiapa ada info tolong update ye ! Kempunan aku nak merasa nasi berlauk Besut !

Dimaklumkan juga pada hari Ahad, kesemua kedai makan di Dataran KKB tutup pada waktu pagi kecuali satu, Soto Istimewa KKB. Kedai makan ini sudah lama wujud, tapi aku tak pernah masuk.

Bini aku kata, jom cuba ! Mana tahu kena dengan tekak. Aku ikutkan saja since choice yang lain adalah ke pekan Kuala Kubu Baru which aku tak tahu mana kedai yang agak ok. Yang aku tahu kedai mamak KKB, menu sarapan istimewanya telur cobra.

Telur cobra bukan telur ular tedung ! Tapi roti canai banjir yang dihidangkan bersama dua biji telur separuh masak. Tang mana cobranya, lawak laki bini kata lepas makan ada kepala yang kembang machiam kepala ular tedung !

Back to breakie, soto pun soto lah since aku malas nak masuk pekan. Soto Istimewa KKB bukan setakat jual soto, nasi lemak dan lain-lain pun ada (mee kari, mee sup, nasi goreng, mee goreng dan aneka menu pagi yang aku dah lupa apa !).

Anak-anak ambil nasi lemak ayam goreng, bini aku order meehun soto dan aku dalam keadaan blur minta mee kari.

Unsangkarable sedap juga ! Nasi lemak ok cuma sambal sikit sangat tuan tanah kedaung bagi. Meehun soto, bini aku kata lepas ISO manakala mee kari pula, bagi aku kuah dia sedap, cuma mee yang agak kureng sikit.

Overall ok bagi aku sekeluarga.


Kalau ada masa, boleh juga anda semua terokai keunikan pekan Kuala Kubu Baru. Kalau nak tahu, pekan KKB merupakan pekan tinggalan kolonial British. Banyak kesan-kesan sejarah yang masih ada. Aku pun pernah terpikir nak buat entri khusus untuk KKB, tapi sehingga kini masih bertangguh.

Nantilah bila dah cukup bahan dan ada masa, aku buat !

Melepasi pekan KKB, dari 2 lorong laluan menjadi 4 lorong macam gambar di atas. Jalan cukup cantik, jadi tidak hairan jika mat-mat motor menjadikan lokasi ini medan mengasah kepala lutut terutamanya pada hujung minggu.

Alang-alang dah sampai, jangan lupa singgah sekejap di Empangan Kuala Kubu Baru.


View yang amat cantik, air kebiruan dengan latar belakang bukit bukau kehijauan. Sejuk mata memandang. Masa musim kemarau yang lepas, ditengah-tengah empangan timbul pulau-pulau kecil yang tandus. 

Masa itu rakyat negeri Selangor terpaksa dicatu bekalan air. Memang seksa. Bak kata kawan aku, nak berak pun terpaksa tahan sebab tak nak bazir air untuk cebok !

Jalan 4 lorong yang cantik ini aku rasa dibina khusus sebab adanya empangan ini. Lepasi sahaja empangan, jalan 4 lorong yang cantik molek ini menjadi 2 lorong yang amat sempit dan bengkang bengkok seperti ular dipalu !


Inilah keadaan jalan ke Bukit Fraser. Kalau jenis mudah mabuk kenderaan machiam anak sulung aku, memang kes naya. Sediakan minyak angin cap Kapak siap-siap. Ataupun cuba tidur sepanjang perjalanan.

Aku risau je ada yang termuntah. Jika seorang yang muntah, tak mustahil yang lain pun akan turut loya sama.

Keadaan jalan memang tak mengizinkan kenderaan dipandu laju. Tapi ada juga yang memecut, maklumlah skill tahap dewa. Yang penting bertimbang rasa. Jangan sebab skill kau hebat, kau pergi cucuk-cucuk bontot pemandu yang slow.

Ada sebab depa slow, bukan skill tak sehebat kau tapi pemikiran dia lagi hebat dari kau ! Safety first de, lagi-lagi kalau bawa keluarga sama. Aku kalau solo memang aku layan korner (tanpa mendatangkan bahaya kepada orang lain). Tapi kalau family ada sama, memang aku drive slow dan skema.

Jalan machiam di atas, paling cun kau drive kurang 30 km/j. Santai menikmati kedinginan hutan dan dihiburkan dengan bunyi hutan (serangga, burung, ungka, pokok bergesel). Memang layan de, rasa tenang kepala otak !


Kalau dah penat, singgah le sekejap di Santuari Ikan Sungai Chiling. Singgah makan  aiskrim Mat Pakistan LoL. Kalau kau tak nak aiskrim pun tak apa, sebab Sg Chiling ini kawasan perkelahan. 

Boleh mandi-manda, tapi jangan pula kau siap mancing atau menjala. Dah namanya santuari ikan, diharamkan untuk menangkap ikan. Kalau orang asli setempat, lain pula ceritanya. Depa pun boleh tangkap sekadar untuk makan, bukannya untuk dijual borong.


Dulu parkir kawasan perkelahan ini kecil yang amat. Kekadang terpaksa parkir di tepi jalan. Jalan pulak kecik, ditambah kereta parking di bahu jalan. Paling malang bila kereta kena gesel dengan lori, menangis tak ada lagu.

Jadi untuk menampung bilangan pengunjung yang makin bertambah, parkir lama beserta gerai dirobohkan, sedikit kawasan pokok-pokok terpaksa dikorbankan untuk menambah ruang parkir.

Bagus memang bagus. Cuma bilangan parkir bertambah, pengunjung makin ramai maka masalah sampah pun makin menyakitkan mata !


Berbelas kali aku ke Bukit Fraser, ini pertama kali aku nampak timbunan sampah di Sg Chiling. Bukan tak pernah nampak sebenarnya, tapi tak sehuduh ini. Beruk-beruk dan monyet-monyet pun dah mula pandai menyelongkar dan memakan sampah.

Kau tak rasa ini dah mengganggu kelestarian alam dan keseimbangan eko-sistem? Beruk-beruk dan monyet-monyet sepatutnya makan buah-buahan dan dedaun hutan, bukannya sisa nasi goreng kau !

Pendapat aku, sepatutnya sampah sarap tidak dibuang sebegini terutamanya di kawasan eco-tourism. Wajib bawa sampah sarap kau balik ke rumah. Kat rumah pandai pula kau disposed sampah cantik-cantik. Sini kau main campak sesuka hati.

Salah siapa ?


Laluan ini juga amat penting dalam lipatan sejarah negara. Disinilah Sir Henry Gurney terkorban diambush komunis (Batu 56.5 Kuala Kubu Road) pada 6 Oktober 1951. Masa itu zaman darurat. Henry laki bini otw ke resort mereka di Bukit Fraser. Nasib bini dia Lady Isabel Lowther Weir panjang umur.

Selain menjadi laluan pegawai-pegawai British ke Bukit Fraser, Kuala Kubu Road sebenarnya menjadi laluan logistik antara Kuala Kubu Baru dengan Raub / Bentong. Acap kali lori-lori melalui jalan ini untuk mengangkut bekalan. Jadi memang secara routine komunis akan stand-by untuk ambush. 


Nampak saja pintu gerbang ini tandanya dah sampai di satu tempat dipanggil The Gap. Gap ini dulu tempat menunggu untuk naik ke Bukit Fraser. Dulu hanya ada satu laluan ke puncak, jadi kena gilir-gilir untuk naik dan turun.

Aku ingat lagi ada gate machiam gate keretapi, dengan pondok pekerja milik JKR. Petugas tersebut akan memastikan kenderaan dibenarkan naik hanya pada waktu-waktu tertentu. Petugas juga kena pastikan apa kenderaan terakhir, kalau kenderaan tersebut tidak juga muncul maknanya ada masalah di pertengahan jalan.

Itu dululah. Kini tak perlu tunggu turn sebab naik guna laluan lain, turun pun akan guna laluan sehala yang lain. Jarak dari Gap ke Bukit Fraser sekitar 8 km. Gap juga lengkap dengan kemudahan awam seperti surau dan tandas. Gerai pun ada kalau nak minum-minum dulu.


Laluan ke puncak Bukit Fraser dari Gap sempit yang amat. Ngam-ngam muat satu kereta. Jadi bertabah dan mohon bertimbang rasa. Jangan nak laju sangat, dan please jangan tiba-tiba berhenti tepi jalan nak berswa-foto bagai.

Memang tak dibenarkan berhenti pun !

Nak sangat, kau jalan kaki Bukit Fraser - Gap ! Nak berhenti banyak kali pun tak ada yang kisah. Ramai je mat salleh dan mat Jepun jalan kaki sambil bawa DSLR sikit punya bagak.


Lepasi jarak 8 km dari The Gap, ini lokasi wajib kunjung dan wajib swa-foto yang pertama kau jumpa. Menara jam Bukit Fraser !

Waktu puncak kau kena tunggu turn nak ambil gambar. Kekadang bertindan-tindan umat dalam gambar kau. Bercampur-aduk family dengan non-family. Nak tunggu semua clear memang tak lah. Akan ada saja yang akan interprem !

Sekitar menara jam ini semua bangunan tinggalan kolonial. Balai polis pun tinggalan tahun 1919. Tahun yang hampir sama untuk pejabat Pos.

Berdekatan ada 2 hotel kalau kau nak bermalam. Puncak Inn dan Shahzan Inn. Aku tiada pengalaman dengan Puncak Inn. Tapi Shahzan Inn aku pernah bermalam beberapa kali. So far so good, lepak-lepak minum pagi dan minum petang memang marbeles.


Jalan-jalan sekitar menara jam, aku tinjau-tinjau gerai tepi jalan. Jual makanan ringan dan lain-lain. Anak-anak aku sempat merasa aiskrim potong, pestaim. Pelik depa tengok aiskrim potong, selama ni duk biasa dengan Magnolia !

Nun dihujung jalan dalam gambar di atas adalah Shahzan Inn dan banglo untuk disewa. Depan gerai-gerai ini pula ada kedai jual cenderamata.

Parkir area menara jam memang leceh sikit terutamanya hari cuti. Kereta banyak tapi ruang parkir sikit. Bertabahlah kalau kena menapak. Tapi tak apa sebab Bukit Fraser bukan panas membahang. Cuma laluan tak berapa nak baby friendly especially kalau kau angkut baby dalam stroller.


Dulu tak ramai yang tahu, kini makin ramai pengunjung Bukit Fraser akan meluangkan masa ke Air Terjun Jeriau. Laluan ke air terjun pun dah cantik. Kalau dulu, laluan tanah merah dan berbatu, memang kena pakai kasut but untuk keselamatan.

Sekarang laluan dah diturap konkrit, pakai high heel pun tak ada masalah. 

Kemudahan awam memang cukup, gerai minuman, surau dan tandas. Cuma aku cuba jenguk surau, berkunci pula. Kenapa ye ?


Untuk ke sini jangan lupa 3 perkara. Pertama minuman, sebab memang akan haus, kena menapak jauh juga dari jalan utama. Lupa bawa, tak perlu risau sebab ada gerai jual minuman.

Kedua, pakaian mandi. Kalau lupa juga terpaksa mandi bogel. Anak aku mandi dengan seluar jalan. Lepas mandi, basah kuyup masuk kereta, terus paginya kereta aku bau hapak.

Ketiga, jalan ke Jeriau juga muat-muat untuk satu kereta tapi lalulintas dua hala. Kena berhati-hati dan bertimbang rasa. Jangan malu-malu nak bunyikan hon sebab kekadang penglihatan kita dilindungi oleh selekoh tajam, pepohon dan juga tebing tinggi. Memang susah nak nampak kenderaan datang dari depan.


Sakan anak-anak aku mandi manda di Jeriau. Hampir sejam. Badan sejuk perut mula lapar. 

Restoran Puncak ini memang peberet aku kalau ke Bukit Fraser. Nasi campur ala Johor kekdahnya. Minuman oren, sirap dan air kosong adalah percuma. Owner pun peramah dan ringan mulut.

Selain Restoran Puncak, ada banyak lagi kedai makan berdekatan. Cuma aku tak pernah cuba. Kedai cenderamata pun ada kalau nak borong cenderamata.


Lepak-lepak layan mata di Taman Awam Jalan Pine. Taman ini bersebelah je dengan Restoran Puncak dan medan selera. Dah kenyang, mata mesti mengantuk. 

Taman yang simple tapi terjaga rapi dan cantik juga. Aku nak layan mata lama-lama kat sini tapi anak-anak aku dah tak sabar untuk ke Allan's Water dan The Paddock.



Tarikan utama anak-anak aku ke sini adalah untuk main bebola gergasi. Apa kobondo Jang?

Bola besar bagak, kau masuk dalam bola tersebut kemudian operator akan isi angin dan tolak bola ke tengah tasik. Kau kat dalam bola suka hati nak buat apa. Nak baring, nak bergolek, nak apa pun tak ada orang nak larang selagi tak mendatangkan bahaya.

Malangnya operator yang mengendalikan bebola gergasi dah tak ada. Cuti atau hilang terus aku pun tak tahu. Cuma ada paddle boat. Anak-anak aku tak minat dan aku pun tak berapa nak berani nak bagi anak-anak aku main paddle boat. Rasa kecik sangat lagi walau dah sekolah rendah.

Tinggalkan Allan's Water dengan gundah gulana - anak-anak. Tapi hati aku kembang kuncup - selamat duit aku muahahahaha !



Sebelah Allan's Water adalah Edible Garden. Ada sayur-sayuran dan bunga-bungaan tanah tinggi. Aku tak pernah masuk, nampak dari luar machiam biasa-biasa saja. Tak boleh nak komen banyak.



Kalau minat main kuda dan suka memanah, inilah tempatnya jika ke Bukit Fraser. Dibuka setiap hari dari 9 pagi hingga 4.30 petang. Sabtu dan cuti umum dilanjutkan sehingga 7 malam. Tapi perlu diingat, lunch hour 12-2 petang ditutup seketika. Operator pun nak makan juga. 



Tiket untuk tunggang kuda, RM9 untuk dewasa dan RM6.50 untuk kanak-kanak bagi setiap pusingan. Hanya seorang dibenarkan naik dengan harga tersebut. Jika bapak dan anak nak naik berdua, kena bayar RM11. Jimat sikit dari naik berasingan.

Setiap pusingan selama mana ?

Tak lama pun de, aku agak kurang dari 5 minit hehehehe. Silap-silap tak sampai 3 minit. Ok lah sekadar nak rasa naik kuda kan ?



Memanah pula RM11 untuk 10 anak panah. Take your time and no need to rush kata instructor. Tarik napas dan lepas. Tarik lagi dan lepas. Teknik nak bagi tepat ke sasaran, tapi bila anak aku panah entah ke mana-mana perginya.

Kena banyak berlatih kata anak aku, hohoho RM11 sekali main nak oiiiii ! Mana nak cekau duit kalau nak panah sehingga pandai !



Ini untuk yang berjiwa adventurius dan cintakan kedamaian ! Merentas denai hutan, ada beberapa denai dari yang mudah, sederhana dan mencabar jiwa raga.

Sebelum itu pastikan ada orang yang tahu kau nak masuk hutan, takut sesat tapi tak ada orang sedar akan kehilangan kau ! Pernah ada cerita orang hilang di Bukit Fraser, kau jangan buat main-main !

Aku minat juga tapi ada baby kurang setahun. Tangguh dulu sampai besar sikit. Tapi aku tengok mat salleh slumber je bawa baby umur bawah setahun masuk hutan.



Panda di Bukit Fraser ?

Biar betiq !

Ini machiam mascot atau tema Aida Daniya Tea House. Antara cafe terbaru di Bukit Fraser. Aku singgah tinjau-tinjau, nak makan masih kenyang. Next trip akan kupastikan perut kosong, baru aman nak makan-makan.



Eh ! Kita nak balik dah ke ?

Ye nak, dah petang ni, jom balik !

Kau nak turun jangan salah jalan. Naik jalan lain, turun pun jalan lain ye ! Signboard banyak, kepompem tak salah masuk laluan. Tapi ada juga yang terkonpius atau saja-saja buat konpius.

Aku pernah hampir eksiden sebab moto turun dari Bukit Fraser guna laluan yang salah. Nasib masing-masing masih panjang umur !

Laluan turun ini bila dah sampai bawah (The Gap), turn right untuk ke KKB dan KL. Turn left akan membawa kau ke Raub !

Sebelum aku tutup entri ini, aku kasi list tempat menarik di Bukit Fraser ;

1. Empangan Kuala Kubu Baru
2. Santuari Ikan Sungai Chiling
3. Menara jam pekan Bukit Fraser
4. Air terjun Jeriau
5. Allan's Water + Edible Garden
6. The Paddock (Pavilion Archery + Pavilion Paddock)
7. Jungle Trails (Bishop etc)

Tempat makan pula, yang aku rasa ok dan pernah rasa sendiri adalah Restoran Puncak dan Shahzan Inn Coffee House. Next time aku nak cuba Aida Daniya Tea House, dah rasa aku kasi review.

Penutup kata, Bukit Fraser bagus untuk pengunjung yang sukakan kedamaian dan jauh dari hiruk pikuk kota. Kalau dapat bermalam lagi bagus, boleh rasai suasana dingin, nyaman dan mendamaikan. 

Tapi kalau kau memang lahiriah kaki horey ! horey ! sesungguhnya Bukit Fraser tak sesuai untuk kau !

Sekian dan selamat bercuti ke Bukit Fraser. 

- Ketam Batu -

Tuesday 11 April 2017

WISATA MELAKA 2017 : 02. Tempat Menarik Di Melaka

Sambungan dari SINI

Sebelum ke Melaka, aku dah list down dan susun cantek2 beberapa tempat untuk dilawati. Sesuai dengan statusnya sebagai world heritage, aku nak kenalkan anak2 aku dengan sejarah Melaka. 

Jika sebelum ini hanya mendengar celoteh guru di dalam kelas, biar mereka melihat dengan mata kepala sendiri pula. 

Tapi.....

Kita hanya mampu merancang, Allah yang lebih berhak untuk menentukan.

Baby aku tiba2 demam panas semasa bermalam di Hotel Seri Malaysia. Terkejut dengan angin Hang Tuah kut ! Aku gabra sikit kalau baby tetiba demam, machiam2 boleh jadi.

Kalau demam tak kebah juga, memang lepas check out pagi esok, aku sekeluarga terus angkat kaki balik rumah.

Menjelang pagi, demam baby aku berkurang sikit dan dah mula boleh ketawa2. Jadi aku proceed untuk lawati beberapa tempat.

Antaranya.....

Freeport A'Famosa Outlet


Alamat : Jalan Kemus, Simpang Ampat, 78000 Alor Gajah, Melaka

Masa Operasi : 10 pagi - 10 malam (Isnin - Ahad)


Syurga membeli belah kekdahnya. Pelbagai outlet berjenama tempatan mahupun luar negara menawarkan barangan dengan kadar yang amat berpatutan. 

Ada outlet yang menawarkan diskaun sehingga 70%. Tapi pada pemerhatian aku, kalau diskaun kaw-kaw sudah pasti barangan tersebut sudah sedikit out dated.

Contohnya jersey EPL musim lepas dijual kurang dari separuh harga jersey untuk musim semasa.

A'Famosa Resort


Alamat : Jalan Kemus, Simpang Ampat, 78000 Alor Gajah, Melaka

Masa Operasi : Rujuk website

Website : A'Famosa

Ada 4 theme park utama di A'Famosa iaitu Safari Wonderland, Water Theme Park, Old West dan Sport & Recreation.

Parking bagi aku agak terhad. Tiket masuk juga agak mahal, aku rasa lagi berbaloi ke Sunway Lagoon atau Lost World of Tambun.

Tinjau2 dari luar Safari Wonderland dan Water Theme Park saja, kemudian patah balik selepas tengok harga tiket muahahahahaha !

Mini Malaysia


Alamat : Lebuh Ayer Keroh, 75450 Ayer Keroh, Melaka

Masa Operasi : 9 pagi - 5.30 petang (Isnin - Jumaat), Sabtu & Ahad dilanjutkan sehingga 6 petang.

Website : Mini Malaysia

Replika rumah dari seluruh negeri di Malaysia. Replika rumah di seluruh negara ASEAN pula sehingga kini masih belum siap dibaik pulih.

Hujung minggu meriah dengan show. Tarian mahupun permainan tradisional.

Tiket masuk cukup murah. Dewasa RM11.90 dan RM6 untuk kanak2.


List tempat menarik di Melaka

Aku bagi list saja sebab lepas pusing2 Mini Malaysia, demam baby aku datang balik. Terus bedesup tekan minyak balik rumah.





5. To be updated

p/s : Misi tidak tercapai. Tapi jika tiada aral, minggu depan kami repeat Melaka !

- Ketam Batu -

Friday 7 April 2017

WISATA MELAKA 2017 : 01. Hotel Seri Malaysia Melaka


Hotel Seri Malaysia Melaka
Lot PT 12332 
Lebuh Ayer Keroh
75760 Ayer Keroh
Melaka.

Phone : +606-232 8460


Tarikh Penginapan : 3-4 Mac 2017

Bilik : 1 x Superior Room (upgraded to Family Room for FOC), 1 x Family Room

Cuti-cuti Malaysia untuk tahun 2017 bermula dengan negeri Melaka. Once upon a time, antara lokasi peberet aku sekeluarga untuk bersantai.

Lama-kelamaan luput dalam ingatan kerana aku makin menyampah dengan kesesakan trafik terutama oleh kenderaan plate Singapore.

Trip kali ini aku menginap kembali di Seri Malaysia, atau dikenali juga sebagai hotel staf gomen. Dulu, kini dan mungkin selamanya.

Parking lot sentiasa ada 4 wheel drive dengan jata jabatan kerajaan.

Make it short, aku booked 1 x superior room dan 1 x family room melalui Agoda. Total termasuk all those taxes, RM302 untuk semalaman. Later baru realised kami kekurangan satu katil, terlebih ahli rombongan sudaaaaa !

On the spot masa check-in minta upgraded superior room (2 x single bed) kepada family room (1 x queen bed, 1 x single bed).

Yippeeeee ! Family room masih available, dan receptionist bertugas bermurah hati untuk upgrade bilik tanpa kos tambahan.

Tengkiyu ! 


Added value untuk pelanggan Seri Malaysia Melaka, diskaun harga untuk kunjungi tempat2 menarik tertentu sekitar Melaka. Hotel yang lain tidak pasti, kerana aku pun sudah bertahun tidak ke Melaka.


Aku malas nak tepek gambar banyak2 machiam biasa. Review aku berdasarkan citarasa aku yang tak seberapa, dan aku juga bukan jenis yang cerewet sangat pun LoL !

Hotel Seri Malaysia, kat mana2 pun memang hotel yang agak berusia. Termasuklah segala peralatan dan kemudahan. Jadi jangan over-expectation, pasti anda tidak akan kachewa.

Kebersihan bilik aku puas hati, cuma bilik air terlebih uzur. Uzur dari rupa paras, lantai bilik air ada hitam sana dan hitam sini, kesan lumut mengkali. Bilik air pun tiada bath tub tapi bukan masalah besar bagi aku.

Katil pula sudah tidak empuk, bila aku baring seakan tenggelam badan aku yang berkapasiti hampir 90 kg. Tanda2 katil sudah layak ditukar baru oleh pihak management.

Lain-lain hal aku tiada masalah.


Another added value, ada kuih tradisional di setiap bilik untuk tetamu. Bahulu, dodol dan aku tak kenal kuih yang satu lagi. Small and simple, but significant. 


Awal pagi lagi anak-anak aku dah mula merengek nak swimming. Foto ini aku capture seawal jam 7 pagi, masa otw ke coffee house untuk bersarapan.

Pool utama tidak dalam mana, anak2 aku yang berumur 9 dan 10 tahun tak ada masalah nak cecah dasar pool.

Bersih dan terjaga, cuma tiada lifeguard dan lifesaver. Jadi parents kena ada sama masa anak2 swimming.


Makan time - seleksi hidangan untuk breakfast memuaskan. Ada nasi lemak, mee/meehun goreng, roti-rotian serta sedikit kuih muih. Sedap dan mengenyangkan.

Summary berdasarkan citarasa sendiri;

Room : 6.5/10 (urgently need for refurbishment)
Cleanliness : 8.5/10
Pool : 7.5/10
Coffee house : 8/10
Receptionist/Staf : 9/10 (siap payung ke kereta sebab hujan)

Selamat bercuti !

- Ketam Batu -