Tuesday 28 May 2013

Trip Ke Krabi 2013 - Part II: Tukar RM Kepada Thai Baht

Update - masih di bumi Malaya, belum sampai kat Tanah Siam lagi. Petang tadi lepas balik keje (maaf boss, tadi jam 4 ambo dah lesap dari opis), baru terhegeh-hegeh nak tukar RM ke Thai Baht. Survey semua pengurup wang yang ada kat tempat ambo (ada dua je pon!!!!), dapatlah satu tempat ni THB100 = RM10.60

Total ambo tukar RM530 dapat la THB5000.... 


Tapi dibaginya note besar gedabak.... minta note kecil molek tak ada stok katanya....


***Eh.... tonggang terbalik la pulak pix duit Siam ni.... dah adjust pun tak boleh nak kembali ke tabie.... setting lari kot.

Rasanya cukup la kot THB5000 ni untuk cover hotel, tours dan makan2.... shopping cuma pada tahap paling minima sebab nak cuba save sebanyak mungkin untuk trip yang seterusnya (Manila, HCM, Bandung-Medan).

Ni pun baru kemas apa yang patut - satu beg kecil baju bijan + beg kamera... travel secara lite and easy. Tak payah nak buang duit untuk check-in luggage dan jimat masa bila dah sampai airport nanti.

Hotel.... Amorn Mansion tak reply pun email ambo.... ambo request untuk airport transfer tapi dah Amorn Mansion tak reply, amik taxi airport sajalah esok. 

Flight ke Krabi esok jam 7, jadi ambo minta izin untuk undur diri dulu - nak tido kejap sebab jam 2 pagi nak bertolak ke LCCT - gegeh sungguh!!!!!

Monday 27 May 2013

Trip Ke Krabi 2013 - Part I: Flight & Hotel

Lagi dua hari ambo akan ke Krabi - orang lain dah ke bulan ambo baru nak sexcited ke Krabi. Ketinggalan kapal angkasa sungguh.... hehehehe. 

Ambo ke sana naik apa? Macam biasalah amik teksi Uncle Tony Fernandez.... booked sebulan yang lepas. Dapat tiket atas nama promosi tapi tak murah mana pun.... RM415 return untuk satu kepala. Total RM1245 - return tixs untuk 3 orang.

Orang kata kalau nak murah kena booking setahun awal.... macam ambo manalah sempat nak booking awal macam tu sekali. Nak adjust cuti pun sikit punya hazab.... kalau nak plan setahun awal memang tak jalan punyalah.



Penginapan untuk 4D3N pula ambo amik Amorn Mansion. Tempah melalui Booking.com, dapat rate THB600 semalaman. Jadi total THB 3600 untuk dua bilik standard tanpa breakfast. Kira murah dah tu kot sebab sekarang ni low season.



Aktiviti kat sana - kalau ada rezeki nak amik tour ke Phi Phi Island, 4 Island Tour, naik gajah + main ATV.... itu pun kalau keadaan cuaca mengizinkan. Ada ahli rombongan kepingin sangat nak visit gua yang banyak ukiran ***tutttttt**** (apa daaaaaa.... original ada depan mata lagi mo tengok yang tiruan.... kah kah kah!!!!)

Nanti apa2 cerita berkaitan ambo update dalam N3 seterusnya. Bye....

p/s: Lusa dah nak fly tapi keje kat opis masih tunggang langgang!!!!

N3 seterusnya PART II PART III PART IV 

@ Econsave Batang Kali


Singgah Econsave Batang Kali lepas melencong ke Kolam Air Panas Hulu Tamu..... ada nak beli barang keperluan dapur sikit.

Tapi sebelum dapat beli barang keperluan dapur kena roadblock dengan Meiko.... apa kebenda Meiko tu?



Owh ini rupanya Meiko...... muka berminyak jadi indah berseri, magic sungguh!!!!



Demo touch-up muka la pulak.... yang pakai skirt merah belah kanan tu Helen nama dia... yang sorang lagi tu lupa nak tanya nama....



Muka dah berseri baru sambung shopping barangan dapur..... hehehehe. Kena cepat2 nanti cair make-up kat muka.... hehehe.

Tak lama pun kat Econsave sebab tak banyak barang yang nak diborong. Tak sampai setengah jam dah selesai.... yang jadi lama sebab nak kena beratur panjang kat kaunter bayaran.

Pelanggan Econsave agak ramai tapi pesal tak banyak kaunter bayaran buka, semua staff Econsave bercuti Hari Wesak ke....


Macit baju putih kat depan ambo ni siap muncung2 mulut sebab kena beratur lama. Hubby macit ni siap boleh tertidur sambil bersandar kat trolley.... berdiri pon boleh tertidur?

p/s: Econsave dan Econjaya satu company ke? 

Rekreasi Kolam Air Panas Hulu Tamu, Batang Kali

Bila mana hujung minggu jadi panjang (Wesak + Sabtu + Ahad), sendu pula jika hanya terperap dirumah. Jadi ambo ambil kunci, start kereta dan cuba survey beberapa kawasan rekreasi berhampiran rumah ambo.... antaranya Kolam Air Panas Hulu Temu.

Letaknya kira2 6 km dari Bandar Utama Batang Kali. Kena masuk dalam menuju Kg Kuantan.... jalan yang sama juga boleh membawa anda ke Genting Highland. Jika anda menuju Genting Highland melalui Batang Kali pasti anda akan nampak signboard menunjukkan arah ke Kolam Air Panas Hulu Temu.

Untuk ke sana, anda akan melalui jalan kampung.... sila berhati-hati kerana kadang kala laluan agak sempit untuk dua kereta berselisih. Sila bertolak ansur ye.....

Mari kita lihat apa ada di sana.... sana.... sanaaaaaaaa!!!!!! Kehadiran anda akan disambut oleh signage yang sudah lanjut usia.



Opppssssss..... ada signage baru rupanya.... lagi shantek!!!!



Parking adalah percuma.... nak masuk sini pun free tak perlu bayar.... cuma kena jaga kebersihan saja.



Sebelum terjah kolam air panas, sila baca amaran oleh Jabatan Kesihatan Daerah Hulu Langat dulu ye.... amarannya berbunyi seperti berikut....


Kocik sangat kan tulisannya.... mari ambo highlight mana yang penting....

a) kolam air panas mungkin dicemari oleh bakteria - harap maklum!!!!
b) jangan minum air kolam yang belum dirawat - sila bawa minuman dari rumah jika anda haus!!!!
c) jangan mandi kolam kalau ada luka - kasi sembuh dulu baru boleh terjun tiruk kat kolam air panas!!!

Dah baca dan faham amaran oleh pihak berwajib, mari kita pakat terjah kolam air panas. Airnya jernih dan hangat-hangat suam gitu....



Tapi jangan pula hang pa dok berenang dalam kolam yang nampak jernih lagi suci ini.... sila gunakan gayung yang disediakan untuk menjirus air hangat ke tubuh gebu anda....



Kalau dah gian sangat nak berenang dalam ayaq hangat sila masuk sini..... kolam ini khusus untuk mereka yang suka berendam dan berenang.....



Tapi kan.... geli pula ambo nak berenang-renang ke tepian dalam kolam macam kat atas tu.... bukan apa, airnya keruh bukan main.... berkeladak pula tu. Berbeda sungguh dengan ayaq hangat dari kolam takungan.


Kesian ambo dengan budak2 ni.... kalau tertelan ayaq hangat yang berkeladak tu..... ish tak yah pikiaqlah.

Hilang nafsu ambo nak bergelumang dalam kolam ayaq hangat.... nak rendam kaki pun rasa geli.... jadi ambo hanya pusing2 kawasan sekitar sambil amik pixs barang sekeping dua.

Ni dia kawasan sekitar Kolam Air Panas Hulu Tamu.... tak besar mana pun....



Suasa redup dan nyaman....



Kalau bawa baby macam ahkak kita kat bawah ni.... tak payahlah rendam dalam kolam mandi. Cukup dengan jirus saja badan montel budak tu dengan air panas dari kolam takungan....




Sekumpulan amoi..... opsssss masih bawah umur!!!! 




Berhampiran atau lebih tepat lagi hanya bersebelah dengan Kolam Air Panas Hulu Tamu, letaknya sebuah resort dengan nama Ontok-Ontok Chalet & Camp.....




Juga Cholo-Cholo Restaurant..... owner yang sama dengan Ontok-Ontok Chalet & Camp kalau tak silap....




Tapi keduanya macam ditutup masa kami datang.... bila tinjau dari luar tak nampak pun kelibat hatta seorang manusia....

Tak jauh dari sini juga ada beberapa buah resort dan summer camp. Nampak juga signage equestrian club tapi tak pasti masih beroperasi atau tidak.

Yang pasti kalau minat mancing boleh datang sini..... Kolam mancing D'Kali Kg Kuantan....




Besar juga kolamnya.... ada tiga atau empat kolam. Tapi ari ni macam tak ramai pengunjung walaupun hari minggu....



Ambo singgah sini pun sekadar nak meninjau. Dah lama tak mancing, lagipun memang tak kena dengan jiwa. Beli joran pun guna sekali dua, lepas tu terbiar kat dalam setor belakang rumah.

Lepas singgah kolam mancing D'Kali ambo tak stop kat mana2 dah, terus tuju Econsave kat Batang Kali sebab nak shopping barangan dapur sikit.....

p/s: Berbaloi atau tidak untuk ke kawasan rekreasi Hulu Tamu anda nilaikanlah sendiri. Tapi kalau OTW ke Genting Highland tu apa salahnya singgah seketika, rendam2 kaki dalam ayaq panas sebelum meneruskan perjalanan.

@ Madeena Curry House, Behrang 2020


Tapak Madeena Curry House ini dulu asalnya sebuah restoran menyajikan masakan melayu. Tapi agaknya penyewa lama pindah tapak, masuk pula si Madeena buka restoran kat sini.

Ambo sebenarnya jarang datang sini..... dalam sebulan tu sekali pun susah sebab biasanya ambo sekeluarga sarapan di rumah walaupun di hujung minggu.

Cuma sebab Ahad lepas hanya ambo berdua saja dirumah (anak-anak semua balik kampung sempena cuti sekolah), AT malas nak masak jadi sarapan di luar sajalah.

Ni dia sarapan ambo pada hari Ahad nan lalu....


Nasi lemak di kedai mamak..... hehehehe. Ambo suka sambal nasi lemak dia sebab pedas2 manis gitu.... tak pedas sangat dan manisnya pun sesedap rasa.

Tapi kedekut betul mamak yang jadi tukang senduk nasi lemak... portion nasi dah shantek dah tapi ikan bilis + kacang tanah macam kena catu pula. Sekali ambo ngap dah licin ikan bilis tu semua.

p/s: seminggu dua ni asyik hadap nasi lemak saja, silap2 kolesterol makin naik.

Bila Budak Hyper Datang Bertandang

Budak hyper... pernahkah atau sanggupkah anda melayan kanak2 yang hyperaktif?

Sekejap lari sana... sekejap panjat sini... contohnya macam budak cute kat bawah ni....


Siapa punya anak le ni kan.... hehehehe. Ini anak sulung salah seorang teman rapat ambo. Dah bertahun tak jumpa kerana masing2 sibuk dengan urusan seharian. 

Tapi Sabtu lepas beliau berkunjung ke rumah ambo kerana kebetulan isterinya bakal bertugas di salah satu agensi kerajaan di daerah tempat ambo bermastautin.

Budak ni memang jenis tak reti nak duduk diam.... sedang ambo dok bersembang dengan mak bapaknya.... dia sibuk dok panjat tangga nak naik ke tingkat atas.

Kesian bapaknya (tapi dia panggil ayah.... klasik benor bunyinya.... hehehehe) dah lah semput kena asthma, anaknya pula hyper bukan main. Bila dilarang panjat tangga, dia pergi panjat benda lain pula.... contohnya macam dalam pix kat bawah ni....


Tengok tu.... tak dapat tangga, panjat kerusi pun jadilah.... hehehe. Bila tengok budak ni teringat ambo akan kehyperan MHD pada usia yang sama.

Adiknya tak tahulah macam mana sebab masih berdukung lagi... silap2 sama hyper dengan abangnya. Tapi orang tua kata kalau si sulung dah hyper adiknya sama ada akan slow down atau jadi hyper kuasa dua.....


Inilah sahabat ambo tu..... bila tengok style bapaknya tak adalah hyper mana (hyper tang lain kot.... hehehehe). 

Apa pun TQ sahabat kerana sudi berkunjung ke teratak ambo yang tak semenggah mana ni (tak sempat nak kemas rumah). Juga takziah atas berita pemergian ibu sahabat ke Rahmatullah.... Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Al-Fatihah

Ini masa nak balik dah......


p/s: kesian sahabat ambo, datang rumah kena jamu dengan roti canai sahaja. Kalau tahu nak datang awal2 bolehlah ambo cari hidangan yang lagi special.

Selamat Pengantin Baru - Ustaz Azhar Idrus & Puan Izyan

Sumber: Google

Alhamdulillah Ustaz Azhar Idrus bertemu jodoh buat kali ke-3. Khabarnya orang Johor, juga anak saudara kepada Ketua PAS Cawangan Keramat Permai AU1, Omar Taha. Ambo dengar kali ini UAI sendiri dipinang oleh bapa mertua.... kiranya UAI ini menantu idamanlah.... Wallahu a'lam Allah Maha Mengetahui.

Bila mana ambo dengar UAI bernikah buat kali ke-3, terus ambo buka Forum Cari (sumber berita, gossip & fitnah terkini).... memang betul telahan ambo.... berdesup-desup komen dari forumers masuk, dalam masa sehari semalam benang berkaitan dibuka dah jadi 10 pages (isu ustaz terkenal nikah ramai sentiasa menjadi bualan hangat).

Ada yang tumpang gumbira dan mengucapkan tahniah.... tidak kurang juga bersikap sinikal dan sentap dengan berita sebegini. Ada yang mempersoalkan kenapa UAI memilih isteri yang masih anak dara dan shantek molek dan bukannya janda anak 10 yang gemuk gedempol lagi hitam legam (kejam giler statement).

Bagi diri ambo secara peribadi.... UAI telah menikahi isteri ke-3 beliau mengikut hukum syarak.... sah dari segi agama suci kita Islam juga sah dari segi undang2 negara. Lain-lain tak perlulah kita pertikaikan... itu urusan peribadi beliau sendiri, sesama keluarga dan hanya Yang Maha Berkuasa tahu apa yang ada dalam hati sanubari UAI. 

p/s: Ustaz Azhar Idrus sudah... anda pula bagaimana? hehehehe

Wednesday 22 May 2013

Nasi Lemak Nam Hengget Lima Posen vs Nasi Lemak Sengget Lapan Posen

Tadi pagi.... pagi tadi.... mana2lah p hantar MHD & QM ke LCCT sebab budak berdua tu nak abiskan cuti sekolah kat kampung... turun dari rumah sikit punya awal yawwwww..... dalam kul 4 pagi gitu.....

Ngam2 sampai LLCT kurang lebey 6 am.... setelkan kiosk check-in dan luggage drop.... ada masa lagi sebelom boarding.... kita pakat g breakfast dulu yawwwwww....

Apa nama kedai tu... Asia something ke.... ala yang opposite kedai jual majalah kat dalam LCCT, ko masuk satu pintu tu... depan ko ada banyak kaunter untuk check-in & kiosk, kedai dia belah kanan yawwww...

Makan apa je pon.... ambo amik nasi lemak ada telur mata kobau + 3 hirisan timun + sambal bilis masin tak hengat = harga nam hengget lima posen.

Lapar awal pagi ambo sapu licin juga..... tak sedap mana pun. 

Tengah hari ambo sebat nasi lemak juga.... beli kat cafe opis ambo yawwwww.... sebungkus harga sengget lapan posen je.... tapi sedap tak terkata yawwww....

Dah 3 hari berturut ambo libas nasik lemak sengget lapan posen tu... esok cadangnya nak pekena lagi yawwww....

Nasi lemak nam hengget setengah... harapkan telur mata kobau je shantekkk!!!!

p/s: moral of da stori... nasi lemak sengget lapan posen lagi sedap hingga menjilat kaki berbanding nasi lemak nam hengget lima posen.

Sunday 19 May 2013

Karnival Apresiasi Sastera Kanak-kanak & Remaja - Priceless Moments with The Kids

Karnival ini anjuran pelajar pengajian sastera UPSI bertempat di Auditorium Utama UPSI Kampus Sultan Abdul Jalil Shah..... atau lebih fofular dengan panggilan UPSI kampus lama.



Mari kita tinjau2 dahulu sekitaran auditorium.... sat gi kita sembang pasal karnival.

Melangkah ke auditorium..... kampus lama dengan kemudahan marbeles.


Nampak classy

Bila masuk dalam.... masih baru dan terpelihara.... nak guling2 kat karpet pun boleh.... silap2 boleh lena terus..... p/s: memang ambo lena sekejap pun.


Tidak ramai tapi cukup meriah


La ni kita sembang pasal karnival pula - kami tahu pasal karnival ini pun selepas diwar-warkan oleh cikgu-cikgi PKKK UPSI. 

Antara pengisian karnival ini adalah - pertandingan melukis, pertandingan mewarna, puzzle, dan beberapa jenis games lagi.

MHD & QM pun cukup teruja untuk menyertai pertandingan melukis & mewarna. Kali pertama untuk mereka - lagi pula ambo pernah menghampakan permintaan mereka untuk ke pertandingan melukis beberapa bulan yang lepas ekoran kesibukkan tugas.

Kiranya kunjungan ini sesi tebus dosa - juga memenuhi impian MHD & QM untuk merasai kemeriahan karnival sebegini.

Karnival bermula sekitar 8 pagi kalau mengikut jadual yang dibekalkan oleh pihak penganjur.... tapi kami hampir 11 pagi baru terkedek-kedek tiba. Alhamdulillah masih sempat untuk menyertai pertandingan melukis yang baru bermula.

Lepas mendaftarkan diri di meja urusetia... dengan malu2 kucheng MHD & QM masuk ke dewan..... siap ada announcement lagik dari petugas bakal cikgu-cikgi mengalu-alukan kedatangan kami yang terliwat lewat ini.... bertambahlah malu2 kucheng si MHD & QM.

Bila mana MHD & QM sibuk melukis, ambo pula sibuk melahap kuih-muih dan teh O yang dibekalkan oleh pihak penganjur.... makanan free memang sentiasa lazat. Alhamdulillah rezeki.... sambil itu sempat jugalah ambo snap pixs barang berkeping-keping menggunakan Samsung S3.

Mari kita tinjau senario sewaktu pertandingan melukis ini berlangsung..... 

Sesi melukis dah separuh berjalan baru kami tiba dengan senyum simpul.

MHD dengan penuh kompiden melakar apa yang patut.

Kemudian pertandingan mewarna pula.... mari kita saksikan melalui lensa Samsung S3....

Masing2 kusyuk memerah idea terbaik.

Hasil nukilan QM.

Barisan cikgi2 yang bertindak sebagai JK Pelaksana Karnival... comey lotey semua!!!!

Habis kontot segala pensil warna.... akhirnya siap juga nukilan masing2. Hokey anak2... melukis sudah, mewarna pun sudah. What's next tanya anak ketua kampung ambo....

Ada pertunjukkan pentas pula.... pesertanya tak lain tak bukan anak2 kecil itu juga disamping bakal cikgu-cikgi sebagai fasilitator. Ada chicken dance, gwiyomi (sampai ke sudah ambo tak nampak mana comelnya gwiyomi ni!!!!!) dan juga senaman si Tommy (kejap ke depan, kejap ke belakang.... owhhhhh ahhhhhhh!!!!!!).

***Ambo nak muat naik video persembahan anak2 tu semua tapi internet slow.... nanti kalau sempat ambo muat naik di lain siaran***

Seronok lihat anak2 enjoy menari disamping bakal cikgi2 yang comel lotey..... buat ke sekian kalinya ambo perasan betapa gediknya MHD bila berpeluang menonjolkan bakat di pentas.... hehehehe. Tak kisahlah nak, janji enjoy!!!!!

Penat menari tergedik-gedik kat pentas, rehat kejap untuk makan tengah hari dan ada yang sempat lelapkan mata. Anak2 pula mana tahu time rehat - sibuk dok lari sana sini dengan kekawan baru.

Selepas makan tengah hari yang dibekalkan oleh pihak penganjur... (walau sekadar nasi goreng cina dan air sirap.... lazatnya tidak terperi lantaran makanan free.... hehehehe) acara bersambung pula dengan permainan seperti - puzzle, teka bentuk dan teka warna - kali ini permainan dijalankan dalam kumpulan kecil - cukup bagus untuk memupuk kerjasama berkumpulan di kalangan anak2.

Menjelang 2 petang... karnival sampai ke penghujungnya dan semua aturcara program tamat dengan jayanya.... saat bahagia bakal menjelang - iaitu acara penyampaian hadiah. Anak2 excited, mak bapak pun turut excited sama. Hadiah disampaikan oleh En. Ghazali, pensyarah kursus sastera merangkap penaung karnival.

Penyampaian hadiah dimulakan dengan hadiah saguhati - semua peserta bergilir-gilir naik ke pentas menerima saguhati masing2 termasuklah QM kecuali MHD dan beberapa peserta yang lain.

Ambo dah agak ini mesti MHD bakal dapat hadiah utama - sebab tu nama dia tidak tersenarai sebagai penerima hadiah saguhati. Sekali MHD buat muka konpius - dalam kepala mesti tertanya-tanya macam mana nama dia boleh tertinggal.... hehehehe

Nak lagi sadis - kakak fasilitator yang bertugas sebagai MC siap buat suspen tanya siapa yang belum terima hadiah dan MHD dengan penuh semangat angkat tangan sambil jerit "saya belum dapat!!!!!!!".... Oh!!!!! anakku..... hehehehehe. QM pulak siap buat muka kerek sebab MHD tak dapat hadiah.... aduyai!!!

Bila mana cik MC umum tempat ketiga hingga pertama pertandingan melukis.... nama MHD belum juga naik - lagi la budak tu konpius, terpinga-pinga kat tempat duduk sambil tersengih2 kelat.

Dup dap.... dup dap.... eh! nama anak ambo ni memang tertinggal ke? Hahahahahaha.....

Masuk keputusan pertandingan mewarna.... tempat ke-3 dan ke-2 pun bukan milik MHD. Amik ko.... sekali cik MC announce nama MHD sebagai johan pertandingan mewarna melompat budak tu naik pentas dengan muka penuh bangga.

Ambo sebagai penyumbang sperma kepada penghasilan MHD pun turut tumpang bangga. Muncul juara dalam penampilan sulung dalam pertandingan sedemikian. Moga makin cemerlang & terbilang di masa hadapan anakku.... shabbas betta (sambil hayun tangan gaya Amitab Bachan).

Nak lagi surprise.... sekali nama QM diumumkan sebagai peserta paling aktif dalam kumpulannya. Makin kerek budak tu.... siap naik pentas sambil hentak kaki macam gergasi!!!!!

Memang langkah kanan agaknya.... kumpulan yang disertai oleh MHD & QM turut berjaya menyandang tempat ke-2 keseluruhan....  merasalah naik pentas untuk menerima hadiah buat kesekian kalinya..... tahniah sekali lagi anak2 ku (senyum simpul style Rosham Nor). Makin lebar senyum simpul budak2 tu usung hadiah ke hulu ke hilir!!!!

At the end......
Enjoy dapat..... hadiah dapat..... ilmu yang bermanafaat pun dapat.... paling penting family bonding & social bonding pada kos yang paling minima tapi pengalaman yang dikutip pada ambo adalah priceless!!!!

TQ dan tahniah kepada JK yang terlibat.... anda memang owsem!!!!

@ AEON Rawang

Motip berkali-kali ke AEON Rawang?

Tak terjangkau dek akal ambo sebab musababnya tapi ambo nak kongsi apa yang ambo satu famili buat di AEON Rawang semalam.....

Makan.... atau ketua kampung ambo panggil lunch.... sampai saja di AEON masing2 berterabur cari makan bak anak ayam kelaparan. tengok jam.... dah tengah hari rupanya.


Ada yang makan nasi ayam.... claypot yee me tomyam pun ada.... ambo cekik claypot chicken rice with salt fish.

Masa order dengan mamat Vietnam ke Nepal yang jaga kiosk claypot chicken rice... ambo siap speaking London (macam Mr Bean tu....), sekali mamat tu reply bahasa Melayu, fasih lagi tu...... MOTIP?


Hainan Tea Xpress.... ambo cekau sirap limau kat sini. 

Cuba lihat tanda harga.... mek ambo memang tak berkenan makan kat Food Court, sebab selain harganya yang melambung berbanding gerai tepi jalan (mek ambo orang kampung sajork).... tukang sedia tu bukan orang Melayu kita.... geli nak makan katanya.

Fengsan mek ambo kalau tahu harga sirap buduh kat sini....


Bila kenyang.... ada pula yang nak singgah Poh Kong. Harga emas tengah merudum lah katakan. Di Poh Kong harganya RM160 setiap gram emas.....


Sally staff Poh Kong berlatarbelakangkan kepala gondol QM. Hasil layanan baiknya ambo bermurah hati untuk tempek muka Sally kat blog kesayangan ambo ini......

Selepas bergolok bergadai di Poh Kong... layan MHD & QM main games sekejap.... hangus juga RM20.... kemudian singgah kiosk beli Kapcai.... bukan moto kapcai tapi majalah berkaitan aktiviti mat kapcai saentero Malaya.

p/s: gedebuk gedebak Sabtu habis macam tu sajork!!!!!

@ Pekan Tapah

Tapah..... letaknya di Daerah Batang Padang, Negeri Perak Darul Ridzuan.

Asal-usul nama Tapah.... katanya ada kaitan dengan peristiwa silam berkaitan ikan Tapah. Apa peristiwanya tidak pula ambo pasti.... nantilah kalau ambo berpeluang bersembang dengan anak jati Tapah, Inshaa Allah ambo buat N3 khusus berkaitan sejarah Tapah.

Nama daerah Batang Padang pula ambo cukup kenal.... bukan kenal apa tapi kalau readers selalui ikuti pengumuman waktu berbuka puasa kat TV, nama daerah Batang Padang memang akan disebut.... 

Telinga ambo memang cepat tangkap nama Batang Padang masa kecik2 dahulu.... mungkin telah ditakdirkan bila ambo dewasa (masa la ni...) ambo akan bermastautin di daerah yang berhampiran Batang Padang.

Apa motip ambo buat N3 kontol kontot ini.... MOTIP?

Motipnya masa pergi UiTM Tapah semalam ambo sempat singgah di Pekan Tapah dan sempat snap a few pixs.... daripada terperap dalam laptop ambo ada baiknya ambo kongsi di sini.

Taman Malaysia Tapah.....


Taman Malaysia Tapah merupakan sebuah taman permainan awam... letaknya di tepi Tapah Road dan bertentangan dengan Pejabat Jurutera Daerah Batang Padang.


Ini pula Pekan Tapah jika dilihat dari arah Taman Malaysia Tapah....


Nampak aman saja kan.... ini sebab weken. Kalau wikdey sesaknya ya ampun!!!!!!

p/s: dari Pekan Tapah tak jauh mana dah kalau nak panjat Cameroon Highland, tapi ahli jemaah tak berminat.....