Monday 7 July 2014

Pengalaman Renew Lesen L @ JPJ Padang Jawa, Shah Alam/Klang

Tergugat poket dan wallet seketika pagi masa nak renew Lesen L di pejabat pos....

Den: Assalamualaikum, renew lesen ye (sambil huluq lesen)
Kerani Pos: Waalaikummussalam, kejap ye Encik (manis la pulak senyum ekekekeke)

Dia pun godek2 la komputer dan tiba2.....

Kerani Pos: Tak boleh renew la encik, Lesen L encik ni dah tamat tempoh, dah lebih 2 tahun.
Den: Hukalloh, baru 3 bulan lepas saya buat ini lesen.
Kerani Pos: Minta maaf encik, dalam komputer ni kata dah lebih 2 tahun, encik kena rujuk JPJ
Den: Ye ke, alamak. Terima kasih ye

Lalu bergegas la den ke JPJ Padang Jawa, Klang. Kapla dah sedikit kacau, machiam mana Lesen L baru 3 bulan, dalam komputer dah cukup 2 tahun. Aduhhhhh, jenuh la kena keluaq duit lagi untuk buat ujian.

Sesampainya di JPJ Padang Jawa, dah nak parking satu hal sebab penuh, terpaksa lah den yang berpuasa ni parking nun jauh di luar sana. Bila sampai ke kaunter JPJ (untuk renew lesen sila ke Pintu 6 di Tingkat 1, guna tangga di sebelah kiri kaunter perkhidmatan pelanggan), staf bertugas huluq nomboq sambil tersenyum.....


Tu diaaaaaa..... nomboq 1432, nomboq sekarang baru 1355. Maknanya ada 77 umat lagi kat depan den dok beratuq.

Den: Awatnya besaq nombor ari ni?
Staf JPJ: Biasa la encik, ari Isnin memang ramai orang
Den: Tak pa la kalau lagu tu, dugaan bulan Ramadhan
Staf JPJ: Hehehehehe..... betul tu!!!

Berdiri lah den dengan penuh sabaq. Ada la kerusi kosong dua tiga ketui tapi biaq pi lah, kita kasi kepada umat yang lebih memerlukan. Kita yang masih sihat walafiat, berqurban la sikit.

Kapla masih ting tong pasal masalah lesen yang tak leh nak renew kat pejabat pos tadi. Pikiaq punya pikiaq, biaq pi lah, ada rezeki ada la tu.

Dalam dok menunggu, den duk perati kakitangan kaunter JPJ yang bertugas. Kira efficient dan profesional jugalah, bulan Ramadhan masih bertenaga layan pelanggan, senyum tak lekang kat bibiaq. Nombor pun duk ting tong ting tong bunyi kat papan litar, maknanya satu2 pelanggan JPJ tak adalah menunggu lama sangat kat kaunter (dari tempoh kena panggil, bukan dari tempoh dapat nomboq giliran). 

Purata lepas kena panggil ke kaunter, kurang 3 minit selesai lah urusan. Buat lama tang menunggu sebelum nomboq kita dipanggil, itu memang lama. Den sendiri ambil nomboq jam 11.13 pagi, jam 12.10 tengah hari baru kena panggil, tapi urusan nak renew Lesen L cuma kurang 3 minit.

Magicnya, den tak ada masalah apa nak renew lesen. Bila check dengan JPJ, lesen den masih valid sehingga 2017. Magic sungguh.....

Den: Assalamualaikum Puan
Staf JPJ: Waalaikummusaalam (sambil buat muka tergezut)
Den: Amboi, tergezut nampak (ramah la pulak den bulan pose ni, ekekekeke)
Staf JPJ: Ehik hik hik..... tengah kusyuk check rekod ni ha, tetiba kena teguq

Den: Hehehehehe..... saya nak renew L saya ni tapi tadi dah ke pejabat pos..... bla bla bla bla....... (den habaq la masalah den)
Staf JPJ: Kejap ye Encik, saya check dulu. Eh ok je lesen Encik ni boleh renew.
Den: Hukallohhhhh, kenapa di pejabat pos tadi kata tak boleh?
Staf JPJ: Biasalah Encik, kekadang data kita tak telle dengan data post office

Lhorrrrr, itu machiam ka.....

Namun syukur masih boleh renew Lesen L. Pelik juga, Lesen L den baru berumur 3 bulan, machiam mana dalam komputer pejabat pos boleh jadi dah lebih 2 tahun?

Den renew untuk 6 bulan - RM40. Kira cukuplah sebab lepas raya baru den nak sambung belajar bawa moto besaq kat driving skool dan test untuk Lesen B Full.

Masa nak tunggu lesen den siap, sembang2 kejap dengan staf JPJ. Memang kompem terbaru dari JPJ, Lesen L hanya valid untuk tempoh masa 2 tahun maksimum. Lepas 2 tahun kena ambil ujian bertulis/komputer semula di mana2 sekolah memandu. 

Tadi pun ramai yang dah datang ke JPJ Padang Jawa, Klang untuk renew L, terpaksa patah balik semula kerana L masing2 telah melewati tempoh 2 tahun. Jadi kepada sesiapa yang masih memegang Lesen L, cepat2 lah upgrade sebelum melewati tempoh 2 tahun. Tarak buat kalu, kena keluaq duit lagi untuk ambil ujian L kat sekolah memandu (ingatan untuk diri sendiri juga).

Selesai urusan, den pulang ke opis dengan senang hati ngeeeeeeee!!!!!

Kita Rider Tiada Beza - Utamakan Keselamatan

Roger and out!!!

Update 30/8/2016

Maklumat lanjut boleh dilayari di portal rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ - Soalan Lazim

59 comments:

  1. assalamualaikum encik.. kalau tamat lesen L lepas tiga bulan, nak sambung semula kena ulang balik proses hadiri kursus dan ujian komputer lagi sekali ke? bayaran pulak macam mana? terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak perlu, pergi saja ke mana2 pejabat JPJ untuk renew. RM20 untuk 3 bulan.

      Delete
    2. Skrg kena bayaq RM30 utk 3 bulan..

      Delete
  2. bos, kalau nak upgrade B2 jadi B full.. tapi L dah 15 tahun mati, kena ambik test balik ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena boss, ini berdasarkan pengalaman peribadi sayalah.

      Delete
  3. Cakap melayu elok2 xleh ke. Nk ckp english ckp english trus.. ni cmpur ngn bahasa pasemboq ko x faham la aku ape ko cube smpai kn ni. Kok

    ReplyDelete
  4. Klu tak renew lesen L (kelas D) selama berbulan2 tapi belum 2 tahun lagi mcm mana ye? Boleh lagi renew mcm biasa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. x dak masalah, pergi je jpj untuk renew macam biasa.

      Delete
    2. thank u soalan dn jawapan mmg ini yg dicari god bless

      Delete
  5. dalam tempoh dua tahun tu lesen L EXPIRED sebab tak sempat renew still boleh pergi renew ke walaupun dah expired yang tempoh 3 bulan tu.......help me

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh asalkan belum melangkaui tempoh 2 tahun.

      Delete
  6. salam..nk tnye admin sket,lesen full mcm B2 @ B punya tarihk expire mcm lesen L jgk ke? andai kita xrenew lbh dri 2thn ape status lesen tu..!?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika dirujuk pada portal rasmi JPJ http://www.jpj.gov.my/sokonbantuan - Soalan : Berapa lamakah tempoh lesen memandu tamat jika saya tidak memperbaharuinya?. Jawapan JPJ : Bagi Lesen P adalah setahun dan Lesen CDL (kompeten) adalah tiga tahun.

      Delete
    2. kalau lesen L dah renew .. pastu nk renew skaly lagi boleh k?

      Delete
    3. boleh dengan syarat dalam tempoh masa 2 tahun. lesen L hanya sah dalam masa 2 tahun dari tarikh lulus ujian. Lepas 2 tahun akan luput dan perlu duduki ujian sekali lagi.

      Delete
  7. Salam, lesen L dah tamat 4 tahun... tapi lesen D masih hidup lagi.... nak renew lesen L boleh ke..jikalau kita nak buat lesen B pula..??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sumber dari portal rasmi JPJ http://www.jpj.gov.my/sokonbantuan - Lesen Belajar Memandu (LDL) dibenarkan diperbaharui bagi tempoh 3 atau 6 bulan tetapi tidak boleh melepasi agregat 2 tahun daripada tarikh ia dikeluarkan. Sekiranya melepasi tempoh tersebut, calon perlu mengulangi semula semua elemen latihan dan ujian bagi mendapatkan Lesen Belajar Memandu (LDL).

      Delete
    2. kene bayar penuh mcm dr awl lah blik? gg

      Delete
  8. Yg aku x faham nye... Klau L dh mati bertahun2 tpi klau ad b2 dan D ko boleh renew je lesen L utk smbung BFull.. Tapi klau kata kau ad D sahaja kau kena amik ujian komputer semula... Alahai... Benda basic ko nak ulang brapa kali... Ad sapa2 bleh huraikan sebb musabab dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah bro, itulah hujah aku dengan driving school. tapi depa tak mo layan sebab peraturan oleh JPJ katanya.

      Delete
    2. tupai2 tu yg saya xphm. lesen L berpuluh tahun dah mati. tp lesen B2/D ade dan hidup. still kena buat L semula ke utk sambung buat Bfull. xjelas btl

      Delete
  9. Sbb depa nk duit
    Nk wat modai perintah negara

    ReplyDelete
  10. Kalau lesen L saya tamat tempoh dah 3 bulan sebab tak sempat renew... Boleh ke renew... Sebab saya prgi ke pejabat pos.. Dia ckp data xde dlam sistem.. Tapi x cukup 2 tahun lgi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun alami benda yang sama jika renew di pejabat pos. Bila ke JPJ, boleh renew pula. Jadi baik tuan terus ke mana-mana pejabat JPJ terdekat untuk renew lesen.

      Delete
  11. Hi..nak tanye..kalo lesen L kita first time dpt 26/1/2016 - 25/4/2016..pastu pegi pejabat pos,pejabat pos bagi renew 9/9/2016 - 8/3/2017 (6 bulan)...so skang dah lama x renew..bila tarikh last mati ye tempoh 2 tahun tu? Time kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. 25/1/2018...... masih ada lebih kurang 4 bulan saja lagi.

      Delete
    2. Assalamualaikum , berapakah harga bayaran terbaru untuk renew lesen L B2&D ? Lesen L saya masa mula dapat tarikh (12/3/2017 - 11/62017)

      Delete
    3. Assalamualaikum , berapakah harga bayaran terbaru untuk renew lesen L B2&D ? Lesen L saya masa mula dapat tarikh (12/3/2017 - 11/62017)

      Delete
    4. En Shahrul, kadar renew lesen L kelas B2 adalah RM2 untuk 3 bulan dan RM4 untuk 6 bulan.

      Kadar renew lesen L kelas D pula RM30 untuk 3 bulan dan RM60 untuk 6 bulan.

      Delete
  12. Assalamualaikum , tarikh saya menerima lesen L B2&D pada (12/3/2017) dan expired pada (11/6/2017) sehingga hari ini saya belum renew . Bolehkah saya renew lesen L saya walaupun telah tamat tempoh selama 4 bulan di pejabat pos ? Dan berapakah bayaran yg dikenakan untuk renew lesen L B2&D ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. L B2, RM2 untuk 3 bulan dan RM4 untuk 6 bulan.
      L kelas D, RM30 untuk 3 bukan dan RM60 untuk 6 bulan.

      Boleh renew di pejabat pos, jika ada masalah terus rujuk ke JPJ terdekat.

      Delete
  13. Assalamualaikum...bang..na tnya..klau lesen L B2 boleyh ke solo ride 1 Malaysia?..ataupun ade had perjlann utk lesen L?..sbb ade yg kata boleyh..ade yg kata ta boleyh...jelaskn plss..thnk you

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaki turing ni, bagus. Setahu saya L B2 tak ada masalah. Zaman belajar dulu, satu Malaysia saya redah guna L B2 je. Tapi kalau nak overlander cross border Siam saya tak pasti.

      Delete
  14. Kalau lesen L 8bln x penah renew,
    nk renew blk leh x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh saja asalkan tempoh lesen tidak melebihi 2 tahun.

      Delete
  15. Saya da byar half utk lesen L saya ttapi ejen saya xnak teruskan atas sbb ada miscommunication, so adakah balance yg da byr tu burn mcm tu je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf tuan/puan, saya kurang arif berkenaan perkara sebegini.

      Delete
  16. Assalamualaikum bang. Kalau lesen L 3 bulan saya mati minggu lepas. Boleh ke renew mcm biasa dalam minggu ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh asalkan masih dalam tempoh 2 tahun dari tarikh asal. Kalau ada problem untuk renew di pejabat pos, terus ke mana-mana pejabat JPJ.

      Delete
  17. Boleh sy tanya first lesen L sy pada (27/12/16 - 26/03/17).. lepas tuhh sy renew utk 3bulan (27/03/17 - 26/03/17) .. skrg sy dh lama x renew? Perlu sy buat ujian balik ke atau tidak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lesen tuan/puan masih belum melewati tempoh 2 tahun. Jadi masih boleh renew tanpa ujian semula.

      Delete
  18. Klu sambuang lesen L Tampat lain blh ka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lesen L boleh diperbaharui sama ada di kaunter JPJ, pejabat pos dan juga ejen2 bertauliah.

      Delete
  19. salam, kalau P dh dpt L takpayah renew lg ye?

    ReplyDelete
  20. Saya nk tau mase ambik nk pi denga ceramah gan exam computer tu ejen dtg ambik ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. agen yang bagus akan sediakan transport pergi dan balik :). bincang dengan agen awal2.

      Delete
  21. Rasa nya tkda yg tnya soalan ni..lesen L dah tamat dua tahun..kalau ambil semula ceramah dan ujian komputer..berapa lama pula tempoh lesen L tu..adakah 2 taun juga? Huhu

    ReplyDelete
  22. Kalau lesen L manual saya mati bulan 3 tapi kelas kpp03 bulan 5 saya kene renew time bulan 5 atau bulan 3 tu ye ?

    ReplyDelete
  23. Saya ade l masa si selangor now di peneng boleh ke sambung trus dri L ke P di peneng

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je, tapi kekadang driving school akan minta sijil kursus dari sekolah lama masa mendaftar.

      Delete
  24. Assalam bang...ape yg perlu sye bwt klau lesen sye hilg sblum tamat tempoh? Sbb sye bru first time pgg lpstu dh tercicir...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, pergi je ke mana2 pejabat JPJ. Depa ada rekod, dan boleh buat salinan baru. Sebaiknya call dahulu mana2 pejabat JPJ terdekat untuk tanya prosedur, kadang-kala lain officer, lain prosedurnya.

      Delete
  25. Assalamualaikum . Tamat tempoh lesen L 2tahun ya maksimum? Tapi saya dh renew lesen 3kali . Dah 1tahun lbih la . Belum 2tahun lagi . Jadi, boleh ke saya renew balik lesen L saya walaupon dah 3kali saya renew?

    ReplyDelete
  26. Salam..nak tanya..kalau saya dh llus lesen L b2..dia ada had masa ke sbelum tukar ke p..dan berapa caj untuk tukar ye

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum saya nak tnye. lesen L saya dah tamat bulan 2 rtu. tapi sye x renew lagi. klau sya pergi renew balik boleh ke. dan berapa harga yg saya kene bayar nanti ye. dri bulan 2. lesen sye x sampai 2 thun lagi

    ReplyDelete
  28. Jpj menyusahkan orang awam..byk tak follow rules dan acah power..salah sendiri pastu bg alasan system problem..3x pergi jpj xsetel lagi blaclist..dosa besar aniaya orang awam wei..faakk jpj

    ReplyDelete