Friday 8 January 2016

NaSi MMaNGGeY DaN aiR KeLaPa BaLDi Di WaRuNG KiTa, KaMPuNG MeLaYu SuNGai BuLoH

As-Salam dan Salam Sejahtera,

Bila ada member ajak pergi makan nasi mmanggey dan air kelapa baldi, ambe tertanya-tanya juga apakebende nasi mmanggey ni. Pestaim dengar nama makanan sebegitu. Air kelapa baldi pula dah boleh agak, mesti minum dari baldi !

Kedai makan nasi mmanggey yang kami pakat terjah ini letaknya di Kampung Melayu Sungai Buloh, nama kedainya Warung Kita. Khabarnya beratus-ratus bungkus nasi mmanggey terjual setiap hari, begitu juga dengan air kelapa baldi. 

Sempoi je signage !

Menu simple, tak banyak pilihan serta murah tapi rasanya padu baq ang !

Warung Kita mengamalkan konsep layan diri, maknanya tadak pelayan akan gi tanya 'nok make gapo abe' ! Semua pelanggan kena beratur kat kaunter ambik nasik dan minuman. 

Kebanyakan masa pelanggan memang ramai dan barisan agak panjang. Kena berbaris lebih dari setengah jam dah kira biasa. Tapi masa kami terjah, pelanggan dah reda kerana dah hampir jam 7 malam (kedai dibuka seawal jam 7 am dan ditutup pada jam 7 pm).

Lengang sebab tuan rumah dah nak tutup kedai.

Nak makan sambil bersila pun boleh di Warung Kita.

Pelanggan boleh pilih nak take away atau makan kat kedai saja. Tapi mana-mana pun pilihan, nasi mmanggey akan dibungkus dengan kertas dan daun pisang. Jimat sabun tuan kedai, tak payah basuh pinggan mangkuk LoL !

Moh kita berkenalan dengan nasi mmanggey !

Nampak timbunan kelapa kat belakang nun?

Gulai, ayam goreng dan sambal. Itu saja kah?

My name is nasi mmanggey !

Simple gilos, rupanya nasi mmanggey adalah nasi kukus berlaukkan ayam goreng yang dipotong kecil, sambal cili dan kuah gulai. Sekali imbas dah macam kembar nasi berlauk Kelantan. But don't judge the nasi by its daun pisang.

Sekali dah masuk ke mulut, rasanya amat padu bang ang ! Ayam goreng biasa-biasa saja tapi sedap dikunyah. Kehebatan nasi mmanggey ini juga letaknya pada kuah gulai. Rasa lemak yang tidak keterlaluan dan tidak memuakkan.

Baldi kecil dan bukannya baldi basuh kain !

Makan nasik kena ada air, nanti tercekik. Minuman wajib order di warung kita adalah coconut shake dan air kelapa baldi. Selain unik kerana dihidangkan dalam baldi, rasanya tiada yang istimewa dengan air kelapa di Warung Kita. Cuma rasanya agak pure kerana tidak dicampur dengan air gula secara keterlaluan.

Warung Kita
95 Jalan Kusta
Kampung Melayu Batu 13
47000 Sungai Buloh
Selangor.

Tel : +613-996 2525

Facebook : Warung Kita

GPS : 3.224826, 101.569062

Final verdich, highly recommended kepada pencinta nasi berlauk !

Thursday 7 January 2016

NaSi PaDaNG Di ReSToRaN SiMPaNG TiGa, iPoH - MaKaN SeDaP Di iPoH DeNGaN HaRGa YaNG aMaT BeRPaTuTaN !


Restoran Simpang Tiga
Jalan Dato Seri Ahmad Said
Greentown Square
30450 Ipoh, Perak.

Tel : +605-255 1220


As-Salam dan Salam Sejahtera,

Nak review satu restoran di Ipoh yang menyajikan masakan Padang yang teramat lazat dan marbeles. Nama restoran tersebut adalah Restoran Simpang Tiga. Letaknya di Greentown Square Ipoh.

Masakan Padang atau Masakan Minang adalah menu istimewa masyarakat Minangkabau dari Sumatera Barat, Indonesia. Kali terakhir ambe menikmati masakan Padang yang lazat adalah semasa bercuti ke Bali beberapa tahun yang lepas.

Lepas daripada itu susah sangat nak jumpa restoran nasi Padang yang betul-betul kaw dan original sehinggalah ambe berkunjung ke Restoran Simpang Tiga.

Jika kita sebut masakan Padang, sah-sah dalam kepala kita ter'imagine' pelayan akan bawa beraneka lauk-pauk dan letak atas meja depan pelanggan. Pelanggan pun dengan lahapnya melantak kesedapan, dan cashier hanya akan kira makanan yang dijamah.

Makanan yang tak terjamah akan dibawa masuk balik ke dapur dan di 'recycle' untuk hidangan pelanggan yang lain pula. Itu pengalaman sewaktu di Indonesia.

Tapi kaedah itu jarang sangat diamalkan di mana-mana restoran Padang di Malaysia atas faktor kebersihan. Kut la pelanggan terdahulu ada terbersin terpercik air liur dan sebagainya. Di Restoran Simpang Tiga, pelanggan akan pilih dahulu apa yang hendak dimakan, barulah waiter atau waitress bawa ke meja pelanggan.

Antara menu yang kami suami dan isteri pilih adalah gulai ayam kampung, ayam penyet, ikan pekasam loma, gulai nangka dan sambal merah serta sambal belacan. Minum pula jus avocado untuk orang rumah dan ambe mencuba minuman ala minang yang disyorkan oleh waiter nama Azra. 

Azra ni bagus budaknya, layanan tip top. Dia yang banyak suggest apa yang sedap dan sentiasa menjadi pilihan pelanggan jika ke Restoran Simpang Tiga. As a first timer, ambe follow sahaja apa yang Azra suggest kan.

Sementara menunggu hidangan sampai, ambe snappy dulu sekitaran restoran.

Aneka lauk-pauk untuk dipilih, rambang mata !

Bar untuk segala jenis minuman dibancuh.

Grill dan bakar-bakar pun ada.

Setting kedai kemas dan tidak terlalu padat !

Lepak-lepak untuk perokok tegar !

Pantas dan cargas, sekembali ambe ke meja, makanan telah terhidang dan setia menunggu untuk dijamah. 

Bismillah !

Minuman ala Minang nama dia !

Jus avocado.

Jemput makan semua !

Ngap-ngap makan dengan penuh lahap dan bernapsu. Dah kenyang ambe review satu-satu apa yang ambe dan isteri makan.

Minuman ala Minang, kata Azra antara yang istimewa di Restoran Simpang Tiga. Minuman ini adalah campuran air berkarbonat seperti sprite yang dicampur dengan potongan kecil buah-buahan. Hampir sama dengan es soda gembira yang sering ambe nikmati sewaktu menetap di Perth suatu masa dahulu. Pada ambe agak sedap dan tidak terlalu manis, kalau tambah saiz potongan buah lagi bagus hahaha !

Jus avocado pula, isteri kata sedap tapi ambe cuba, tak sedap la pulok. Sebab rasa semacam dan ambe pula bukanlah peminat tegar avocado !

Lauk-pauk pula, paling win adalah ikan pekasam loma, ikan pekasam yang disediakan mengikut cara Minang. Kalau makan dengan nasi panas, mahunya bertambah lima nam pinggan. Memang padu baq ang ! Aromanya cukup wangi, basuh tangan pun tak hilang dia punya bau.

Kena pula dengan sambal merah dan sambal belacan, sehingga menjilat jari dibuatnya. Sambal pun tidak terlalu pedas, dan ada rasa manis sedikit, pendek kata secukup rasa.

Gulai ayam kampung dan gulai nangka memang lemak berkrim disukai ramai. Gulainya cukup pekat dan likat, naik kolesterol pemakan tapi masa makan mana nak ingat itu semua.

Ayam penyet biasa-biasa sahaja, sedap tapi tak lah marbeles ! Kira ok lah tak rugi order.

In total kami cuma bayar kurang dari RM50 untuk kesemua hidangan di atas. Kira berpatutan jugalah berbanding sesetengah restoran yang kami pernah masuk sebelum ini.

Info tambahan, restoran ini dibuka setiap hari dari seawal jam 11 pagi sehingga 11 malam. Selain masakan Padang dan grill bakar segala, western food pun ada.

Selamat menjamu selera !