Friday, 12 July 2013

Trip Ke Langkawi, Jun 2013 - Episod 1: Kuala Perlis, Pekan Kuah & Dataran Helang

As-salam dan Salam Ramadhan,

Ambo ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua readers blog Si Ketam Batu (huk... huk...huk.... ciput benor readers ambo). Syukur Alhamdulillah, kita semua masih diberi peluang oleh Allah SWT untuk merasai nikmat bulan Ramadhan buat kesekian kalinya. Moga ibadah kita diterima dan diberkati oleh Yang Maha Esa.

N3 kali ini ambo nak rewind balik percutian ambo sekeluarga ke Pulau Langkawi dari 29/6 hingga 1/7/2013.... percutian 3D2N ini merupakan kunjungan ke-2 ambo dan AT ke Pulau Lagenda. Kali pertama 13 tahun nan lampau.... masa tu belom kawen dan masih belom kapel pun (chalet asing2..... keh3x). Lama benor senggang masa tu.... kompem dah jauh beza Langkawi la ni dengan 13 tahun yang lalu.

Mari kita sama2 pakat rewind......


Seawal jam 4ish am kami meninggalkan rumah menuju jeti.... awal la dondang sangat..... planning asal nak bertolak jam 2 am tapi terlajak tidur. Buka mata tengok2 dah 3.45 am.... nasib baik semua keperluan dah baik punya cilok packed.... tunggu untuk hangkut masuk bonet Vios saja. Mandi dulu siap2 kasi segar badan.... sembur wangian kasi harum semerbak. Budak kenit berdua pun dah ready, katanya tak lena tidur malam sexcited nak bercuti ke Langkawi..... hahahaha.

Bagusnya bertolak awal pagi, kereta tak banyak kat highway. Perjalanan amat lancar, sedap ajo ambo tekan pedal minyak Vios.... tap tap tap.... ada urang tepuk bahu ambo..... tengok meter..... uik 170 km/h..... patutlah sedap...... hahahaha..... okies..... slow down balik ke 100 km/h.

Pada saat dan tika itu (Tika dan Saat Ini - lagu nyanyian kumpulan Medicine yang membuatkan ambo kalah pertandingan karaoke Darjah 6 peringkat daerah) ambo masih belum decide nak landing kat mana..... sama ada Kuala Kedah atau Kuala Perlis. Ini memang menepati tema percutian kali ini..... gedik santai..... tempat nak lawat kat Langkawi nanti pun tak berapa nak planning mana. Bila bawa anak2 kecik dan orang tua, tak boleh follow perancangan rapi sangat..... semuanya kena santai dan gedik di sana sini. Cuma ambo dah booking hotel dan kereta siap2..... lain2 sampai pulau baru kita pikiaq.

Sampai R&R Sungai Perak arah utara, ambo susur masuk untuk solat Subuh, sarapan dan buang apa yang patut. Bab solat Alhamdulillah tiada masalah.... ambo puji PLUS, tempat solat di mana2 R&R amatlah selesa.... lebih2 lagi dengan konsep open air.... terasa amat segar dan tidak berkuwap seperti dulu.

Bila masuk bab makan.... Mashaa Allah..... bukan tak nak bersyukur dengan rezeki depan mata tapi....... macam tak ada rasa. Lepas sesuap dua, terus hilang napsu nak sarapan. 

Ride on bebeh..... sambung balik perjalanan. Kereta masih belum banyak, jadik memang sedap meroket tapi sampai area mana ntah..... splashhhhhhhh...... silau mata ambo..... kena AES daaaaaa. Bakal melayang 150 hengget..... tapi tak pe, nanti ambo koling2 Inspector Shahab tengok apa yang dia boleh buat..... hehehehe

Sekitar 8ish am dah masuk area Penang..... masa ni jalan dah mula sibuk terutamanya area Juru sebab time orang nak masuk keje. Masa lalu Jambatan Pulau Pinang.... terpikiaq pula idea nak bercuti kat Penang, pekana nasi kandaq pun layan. Balik dari Langkawi nanti, kita pakat duduk2 bincang kot masih ada sisa2 bajet..... huhuhu

Dari Penang ke utara, pemandangan memang lumayan..... kiri kanan tanah sawah sejauh saujana mata memandang..... sejuq ayaq biji mata. Pasai itulah daerah utara Malaysia dikenali sebagai periuk nasik negara, tempat pengeluaran beras utama di Malaysia.

Macam ambo habaq awai2 tadi..... sampai la ni belum decide nak gi Langkawi ikut jeti mana.... Kuala Kedah atau Kuala Perlis. Dah sampai susur masuk ke Kuala Kedah baru ilham mai.... kita ikut Kuala Perlis lah..... hehehehe

Terpinga2 ahli rombongan bila ambo dengan selamber terus memandu bilamana ada exit menunjukkan susur ke Jeti Kuala Kedah.... hehehehe. Nak buat macam mana, tetiba datang firasat suruh teghuih memandu ke Kuala Perlis.

#Tahukah anda?
Untuk ke Kuala Kedah anda perlu exit melalui Tol Alor Setaq Selatan manakala untuk ke Kuala Perlis anda boleh exit Tol Alor Setaq Utara. Bila exit Tol Alor Setaq Utara, ikut saja signboard ke Kangaq..... dah lama baru jumpa signboard ke Jeti Kuala Perlis

Mula2 ragu2 juga bila exit Tol Alor Setaq Utara sebab tak ada signboard menunjukkan haluan ke Jeti Kuala Perlis. Ini gara2 dok follow GPS..... ambo set dalam GPS Hentian Bas Kuala Perlis sebab seingat ambo dulu..... maksud ambo 13 tahun nan lampau.... ambo turun saja dari bas ekspress memang tak jauh menapak ke Jeti Kuala Perlis.

Nak kompem ambo tanya brader yang jaga pondok tol (ini betul2 tanya, bukan nak amik kesempatan.... huhuhu)

Ambo: Der.... jalan depan ni boleh pergi Kuala Perlis?
Petugas PLUS: Boleh..... hang drive teghuih ikut signboard Kangaq
Ambo: Teghuih ye der.... ok tengkiyu der....

Kompem ambo masih dijalan yang benar. Ingatkan bila dah keluar highway PLUS melalui Tol Alor Setaq Utara, kami dah tak jauh dah dengan Jeti Kuala Perlis.... rupanya jauh juga nak sampai sebab kena lalu jalan persekutuan. Bagusnya boleh cuci mata dengan pemandangan desa.... 

Agak2 dalam sejam jugalah nak sampai Kuala Perlis.... dah hujung2 baru ada signboard tertera Jeti Kuala Perlis. Masa ni masuk saja perkarangan jeti, akan mai ulat2 parking tawar serbis. Kalau open air 10 hengget sehari, kalau berbumbung 15 hengget. Ada yang kata, kalau pandai bargain 10 hengget pun dah boleh dapat parking berbumbung. Tapi nak buek macam mano, komunikeshen sekil ambo tahap newbie saja.... sampai ke sudah tak dapat harga murah.



45 hengget untuk parking berbumbung selama 3 hari.... bila ambo tengok tempat parking.... alahai, depan rumah orang kampung je pun.... open space depan rumah jadi tempat parking. Niat dihati sodoqah rezeki orang kampung, tapi rasanya ulat parking yang mark-up lebih. 

Sambil ambo setelkan hal parking, AT bergegas ke kaunter tiket feri sebab nak kejar trip jam 10.30 am tapi kempunan..... tiket sold out.... jam 12 baru ada. Harga tiket RM18 untuk dewasa dan RM13 untuk kanak2 umur 12 tahun kebawah..... umur 3 tahun ke bawah FOC.



Kat kaunter tiket feri juga ramai ulat2 mencari rezeki.... dok tawaq kereta sewa dan hotel kat Langkawi. Disebabkan ambo dah booking homestay dan kereta awai2.... ambo let go saja tawaran mereka. Tapi masa festaim datang dulu (13 tahun nan lalu....) memang ambo guna khidmat ulat untuk dapatkan tempat penginapan. Zaman tu bukan macam la ni.... ada wifi kat mana2 saja boleh semak harga bilik kat Agoda, atau baca2 blog sebagai panduan ke Langkawi.... nak call hotel direct kena guna public phone, sebab henpon malu2 kucing baru nak masuk pasaran..... sapa yang pakai henpon zaman tu memang hebat naik tocang lah...

Disebabkan jam 12 baru feri mai.... melahulah kami kat jeti tak taw nak buat apa. Ingatkan bila bukan musim sekolah orang tak ramai, rupanya weekend biasa pun penuh juga. Memang ramai.... nak duduk pun tak ada tempat.... p/s: mamat yang pakai baju ketak2 merah putih tu bukan ambo.... hahahaha



Tiba2 si kenit berdua tu mengadu lapar.... tak perlu risau sebab kat luar jeti memang banyak kedai.... restoren ada, fast food pun ada. Kalau rasa nak bermalam kat Kuala Perlis pun buleh, sebab ada dua hotel bajet betul2 kat depan jeti.



Nak munchy2 boleh jenguk2 gerai2 jalanan.... ada jual minuman, kopok, kekacang dan sebagainya.



Jeti Kuala Perlis......





Kalau anda berdiri menghadap jeti, sebelah kiri anda akan nampak sebuah masjid. Menariknya siap ada kincir angin, untuk menjana tenaga elektrik agaknya. Tapi jangan pula anda pi parking kereta kat dalam kawasan masjid sebab tak nak bayaq 10 hengget, nanti tak pasai2 kereta anda kena clamp dengan JK masjid.



Dalam dok terkontang-kanting sementara tunggu feri sampai, ambo tercapture brader polis kat bawah ni tahan sebuah bas yang tiba2 potong Q masa nak menurunkan penumpang. Naik hangin brader polis kita ni, apa taknya..... dengan selamber pemandu bas pergi gilis kon2 polis yang baru disusun untuk memisahkan laluan awam dan laluan bas. Kiranya gilis kon polis sama macam gilis polis le kot.... hehehehe..... opssssss.....



Lepas beberapa kali keluar masuk jeti..... baru terdengar pengumuman pemegang tiket jam 12 dah boleh boarding.... boarding ke..... hehehe. Terluncat-luncat budak kenit berdua, maklumlah festaim nak naik feri. Ingat syiok sangat le tu naik feri.... dalam tu bukan ada apa2 entertainment pun, nasib baik ada bawa i-pad.... boleh layan game. Bagusnya juga, kalau naik feri dari Kuala Perlis hanya amik masa 45 min untuk sampai ke Jeti Kuah.... tak ada la kematu sangat bertapa dalam feri. 

#Tahukah anda?
Sesungguhnya setiap tiket feri ke Langkawi telah tercatat nombor seat, maknanya setiap penumpang akan ada tempat duduk masing2. Jadi anda tak perlulah berebut-rebut nak naik feri sampai potong Q bagai. Hang pa ingat naik feri macam naik bas mini ka?

Cuma yang ambo perasan.... kapitan feri tak adalah meroket mana.... memang slow and steady saja. Agaknya kalau dia meroket macam speed boat.... 15 min buleh sampai.... agaknya lah. 

Tak tahu nak buat apa dalam feri, belek2 henpon nampak ada miskol dan text dari akak sewa kereta tanya bila sampai. Masa booking dulu beriya-iya kata sampai pulau awal pagi. Nak awal macam mana kalau dah dekat 4 am baru buka mata.

Masa dalam feri tercapture satu pasangan bawa beg Deuter. Ambo memang berkenan betul dengan jenama Deuter..... lepas lihat pasangan ini usung Deuter ke hulu ke hilir dalam feri (nak cari tempat duduk sebenarnya..... hehehe) terus ambo pasang niat nak beli beg Deuter kat Langkawi nanti.



Ngam2 sampai Jeti Kuah, ahkak sewa kereta bagi text.... katanya dia dah tunggu depan Resto Hameed.... siap bagi panduan macam mana nak tuju dari dalam jeti dan nombor kereta sekian-sekian. Ok kak.... tunggu sat naaaa..... ambo nak capture papan tanda Welcum To Langkawi dulu.....



Dan inilah kuda tunggangan kami untuk 3D2N di Langkawi.... Avanza hitam.... bukan lah baru tapi boleh lah. Masa booking dah berangan dapat Avanza baru keluar kilang...... bukan apa, bila baca blog ramai yang dok tulis dapat kereta baru, siap ada bau kilang lagi. Dah nasib ambo dapat Avanza lama sikit tapi masih berfungsi sewajarnya.... enjin tak meragam, aircond masih sejuk.... Alhamdulillah. Avanza ni ambo dapat dengan harga sewa 110 hengget sehari ~ 24 jam. Ahkak owner kereta dah siap top-up petrol 10 hengget.... jadi total sewa dua hari jadi 230 hengget.



Masa capture gambar Avanza ni, sebenarnya tengah tunggu owner serah kunci. Rupanya masa menunggu dia sakit perut, jadi dia terpaksa masuk ke jeti cari toilet untuk lepas hajat. Lama juga dia kat dalam tu, berak batu ke hapa..... hahahaha..... sowie kak, gurau saja!!!!!

Dapat saja kereta terus on GPS untuk tuju Underwater World.... bukan sebab nak terjah Underwater World tapi Tok Jah Homestay yang ambo tempah untuk penginapan letaknya cuma bertentangan dengan Underwater World kat Pantai Cenang. 

Masa on the way ke Tok Jah's, keluar sikit je dari Pekan Kuah..... singgah satu kedai makan untuk makan tengah hari. Sebelahnya ada Shell, sambil ambo tuang petrol yang lain2 pergi ambil makanan dulu. Nama kedai tu Restoran Selera Kak Jamilah, betul2 tepi jalan..... makanan kat situ memang sedap.... pendek kata memang kenalah dengan selera kami. Harganya boleh tahan, berpatutan.... tak lah mahal dan tak juga murah. Pendek kata memang puas hati makan kat situ. Kedai Kak Jamilah ni cuma dibuka untuk sarapan dan makan tengah hari..... malamnya ditutup.



Masa habis makan.... hujan pula turun.... lebat bukan main. Kiranya nasib kami agak baik, sebab lepas seminggu kami pulang dari Langkawi masuk paper kata Langkawi banjir. Alhamdulillah....

Bila perut sudah penuh, mata pun mulalah gedik nak katup. Tunggu dulu ye.... dah sampai Tok Jah's baru boleh tergolek.... la ni kena fokus memandu dulu. Masa drive menuju Tok Jah's ternampak beberapa papan tanda menuju ke beberapa tempat tarikan pelancong di Pulau Langkawi..... banyak juga. Tapi ambo dah set dalam kepala, tak akan terkejar-kejar untuk pergi ke semua tempat. Semuanya secara gedik santai.... kalau sampai Alhamdulillah..... kalau tak kita repeat lagi trip ke Langkawi. Bukan apa, macam ambo dok sembang awai2 tadi, berjalan dengan budak kecik dan orang tua ni kita tak boleh nak follow tentatif sangat.... nanti tak berapa nak enjoy.

Masa menuju Tok Jah's juga ternampak segerombolan kerbau sedang berkubang.... lama dah ambo tak nampak species yang semakin berkurangan ini. Masa kochik2 dulu kat kampung ambo ada banyak kerbau.... untuk bajak sawah. Tapi bila sawah pun pupus jadi kawasan perumahan, kerbau turut pupus sama dari kampung ambo.

#Tahukah anda?
Sabah memiliki bilangan kerbau yang paling tinggi di Malaysia iaitu kira2 40 ribu ekor. Sebab itu di pedalaman Sabah, kata2 "potong kerbau" amat kerap didengari. Asal buat parti hore-horey potong kerbau.... kenduri kawen pakat potong kerbau.... majlis kematian pun siap potong kerbau dua tiga ekor. Memang sana masih banyak kerbau.

Dah sampai pun kat Tok Jah's



Owner Tok Jah's nama dia Kak Echah.... peramah orangnya. Dulunya bekas pekerja hotel tapi atas sebab2 tertentu beliau berhenti kerja dan buka business homestay. Ada banyak pintu jugalah, memang dia buat duit dalam line tourism. Homestay dua bilik dia bagi dengan harga 350 hengget untuk dua malam. Kalau nak sewa bilik pun boleh, 60 hengget semalaman. Ramai mat & minah salleh sewa bilik kat Tok Jah's.

Lokasi dia pun shantek.... jalan kaki boleh sampai Pantai Cenang dan Underwater World. Kemudian ada rasa suasana kampung. Malam2 area situ cukup meriah.... dah macam Krabi dah. Pendek kata area Pantai Cenang dah jadi kembar Pantai Ao Nang, saling tak tumpah....

Depan homestay.....



Masuk homestay.... rehat2 dulu.... bersihkan diri kasi segar badan dan tunaikan solat. 

#Tahukah anda?
Syarat sah solat jamaa' antaranya adalah, jarak antara dua tempat hendaklah sekurang-kurangnya dua marhalah atau kira2 90 km. Serta tujuan bermusafir adalah kerana menjalankan tugas2 Allah SWT. Kalau bertujuan jalan2 cari makan masih boleh solat jamaa' tak?

Bila dah petang sikit baru keluar untuk jalan2. Cadangnya nak tengok sun set kat Dataran Helang. Dataran Helang ni kat sebelah Jeti Kuah je pun.... turun saja feri dah boleh nampak helang dok menenggek kat atas batu kawi..... jadilah nama Langkawi. Kata orang2 tua kat Langkawi itulah asal-usul nama Langkawi.

Nak masuk Dataran Helang adalah percuma, cuma nak masuk parking je kena bayaq. Nak free boleh parking area Taman Lagenda, letaknya cuma bersebelahan dengan Dataran Helang. Jangan pula sebarangan parking kat tepi2 jalan sehingga mengganggu lalu lintas.... tak pasai2 kena maki berbakul-bakul.



Kat sini anda boleh lihat replika helang sedang menenggek batu kawi.... khabarnya 12 juta hengget habis untuk membina Dataran Helang. Kiranya pelaburan besar untuk menarik lebih ramai pelancong ke Pulau Langkawi.... makin makmur Langkawi selepas sumpahan Mahsuri berlalu....



Kat situ juga ada dataran air pancut.....



Kalau dahaga boleh singgah kat kiosk.... macham2 adaaaa!!!!!



Lepak punya lepak dah nak masuk Maghrib, memang tak sempat nak jenguk Taman Lagenda sebab dah tutup. Bergegas balik Tok Jah's untuk solat Maghrib dan kemudiannya keluar lagi untuk makan malam.

Sekitar Tok Jah's dan Pantai Cenang memang banyak tempat makan tapi ambo memilih untuk memandu keluar sikit dari area Pantai Cenang, jumpalah Al Wanida Langkawi Cafe. Makanan kat sini memang sedap, harganya juga tak adalah mahal mana. Kiranya harga yang dibayar berpadanan dengan apa yang dimakan.



Halwa tekak kami pada malam pertama di Langkawi.... ikan siakap stim dengan halia memang marbeles..... tom yum pun secukup rasa. Sambil makan mata curi2 pandang TV sebab malam tu final Piala FA di antara JDT dengan Kelantan Darul Naim.



Habis saja makan malam..... mata bebudak kenit terus layu-layuan mahu tidur. Apa ni der.... malam masih muda.... mari kita horey2. Nak tak nak hantar dulu bebudak tu dengan orang tua ke homestay. Ambo dan AT kembali menyusuri kehidupan malam di Pantai Cenang.

Memang jauh sekali bedanya pak.... Cenang sekarang dengan Cenang 13 tahun nan lalu. Kiri kanan penuh dengan kedai seiras Krabi.... ambo masih ingat 13 tahun yang lampau, jalan yang sekarang kami susuri kosong.... yang ada cuma semak samun dan kiri kanannya pepohon kelapa..... gelap gelita. Pendek kata kalau ada harimau sembunyi kompem tak kelihatan. Kini pantainya pula ngak kelihatan pak, dilindungi kedai2 dan chalet2.

Khabarnya ada chalet/hotel/motel dibina atas rizab pantai sehingga menghalang laluan public ke Pantai Cenang..... pihak berwajib, apa tindakan anda?

Apa yang ambo dapat lihat, identiti Krabi kini menular ke Cenang, (atau sebaliknya.....) salah satunya kedai buat suit.... cuma pemiliknya tak seagresif their counterpart di Krabi.



Spa pun hado..... dulu mana hado.... kalau hado dulu pun bukan ambo buleh masuk sebab bajet kecik....



Mamat sexy mana la ni..... hehehe



Ada bloggers syorkan agensi ini kalau nak buat island hoping, cuma 25 hengget satu kepala.... YOUR TRAVEL STATION



Convenience shop versi tempatan pun banyak....





Ternampak satu motel, guna konsep cabin tapi dah fully occupied. Ramai juga pengunjung ke Langkawi walau bukan musim cuti sekolah.



Agak2 kalau nak beli sobenier seperti t-shirt, mahal tak di Pantai Cenang berbanding kat tempat lain. Ambo tak tahu sebab sekadar cuci mata dan langsung tak bertanya pasal harga....



Kalau di Krabi, gerai2 jalanan seperti ini ada jual pancake.... tapi di Langkawi dia jual burger....



Yang ni sempat lalu tapi tak ada rasa mahu masuk.... tengok2 dari luar saja. Kita datang Langkawi bukan nak tengok mall ye tak?



Lorong jualan ini hanya bersebelahan dengan Tok Jah's.... ada jual kain baju, sobenier dan juga beg Deuter. Terkesima ambo tengok harga...... harga macam dah ori tapi tak pasti pula produknya ori atau pelesu. Hold on..... hold on...... jangan beli lagi, kita tinjau2 dulu.



Dah puas pusing2 area Pantai Cenang.... kaki pun dah lenguh2.... jom maknya kita balik bilik untuk rehat2. Kalau kat Krabi memang kompem singgah spa dulu buat urut kaki tapi bila kat Langkawi mood nak berspa bagai langsung tiada mari.....

#Tahukah anda?
Sewaktu N3 ini di auto-publish, jam sudah menunjukkan pukul 12.15 pagi. Mata ambo sudah mengantuk, jadi ambo tidur dulu ye.... nanti terlajak waktu sahur. Tunggu saja sambungan eksplorasi ambo di Langkawi dalam N3 seterusnya. Nite....

18 comments:

  1. salam..macmna nak ke kuala perlis keluar exit mana ye yg paling senang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang terbaik saya kurang pasti sebab saya hanya follow GPS, exit Alor Setar Utara.

      Delete
  2. Replies
    1. Follow GPS, jadi saya exit Alor Setar Utara.

      Delete
  3. Salam. Maaf, boleh saya dapatkan contact number untuk sewa kereta yang saudara sewa tak? Sebabnya saya akan ke Langkawi bulan Februari ni dan masih mencari kereta sewa untuk digunakan. Terima kasih. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Pn Hajar, boleh hubungi nombor ini 017-5696017.... namanya saya lupa tapi kawan2 Kak Echah dari Tok Jah's Homestay juga.

      Delete
  4. Salam sahabat...sy dari johor bahru...pertama kali nk ke langkawi..utk ke jeti kuala perlis nk set tempat ape yer di gps???tq...

    ReplyDelete
    Replies
    1. As Salam kembali, saya dulu set saja stesen bas kuala perlis. mula2 cuba set jeti kuala perlis tapi tak jumpa. akhirnya saya set stesen bas kuala perlis. stesen bas kuala perlis dekat saja dengan jeti kuala perlis.

      Delete
    2. No fon yg rakan sewa kereta tu masih aktif lg ke rakan?

      Delete
    3. tak pasti pula saya no 017-5696017 masih aktive atau tidak. kalau saudara gagal hubungi nombor tersebut, cuba no ini 017-5422470, pemilik Tok Jah Homestay tapi dia kenal ramai pemilik kereta sewa termasuklah tuan punya no 017-5696017.

      Delete
  5. kalau nk dtg lkwi boleh hubungi saya unt penginapan chalet/homestay, kereta sewa dan lain2 0174185886 (Hasnizul)

    ReplyDelete
  6. exit alor star selatan je bro... lg dekat naik ke Kuala Perlis. sama exit dgn Kuala kedah. cuma akan jumpa simpang 4 ke 2 lps byr tol...kalau belok ke kiri jumpe k.kedah dulu...abaikan simpang ke2 trust je... simpang ke 5 ikit arah kangar... sblum kangar jumpa simpang k.perlis

    ReplyDelete
    Replies
    1. tqvm bro. Inshaa Allah next trip akan exit alor setar selatan.

      Delete
  7. http://ticket.langkawiferryline.com/

    booking tiket online senang ...

    ReplyDelete
  8. hi, nk tanya yg dekat receipt tu fon number orang parking tu kah? sebab nak buat rombongan dan nak tanya pasal parking bus.hank u

    ReplyDelete