Thursday, 12 March 2015

JoM BeRCuTi Ke TaiPiNG 2015 : 03. Mee UDaNG MaK JaH, KaMPuNG MeNTeRi KuaLa SePeTaNG

As-Salam & Salam Sejahtera,

Katanya, tidak lengkap percutian ke Taiping jika tidak menjamu selera dengan mee udang. Keunikkan mee udang di Kuala Sepetang, adalah kesegaran dan saiznya yang agak besar. Pendek kata, tak nampak mee di dalam mangkuk kerana terlindung dek udang.

Antara warung mee udang yang popular di Kuala Sepetang adalah Mee Udang Mak Jah dan Mee Udang Mak Teh. Kedua warung ini, sering menjadi tumpuan pengunjung luar untuk menikmati kelazatan mee udang Kuala Sepetang. 

Pendek kata bak gula dihurung semut, lambat sampai maka beratur panjang lah jawabnya. Ini memang pengalaman kami sendiri, pernah kami menjengah warung Mee Udang Mak Jah pada lewat petang. Jangan nak makan, nak cari tempat duduk pun susah.

Strategi kami pada kali ini adalah, cuba sampai seawal mungkin. Warung Mee Udang Mak Jah dibuka sekitar jam 12 tengah hari dan pada masa itulah kami telah terpacak.

Hasilnya kami tak perlu bersesak-sesak. Kami merupakan pelanggan ke 3 dan lihatlah capture di atas. Masih banyak lagi tempat kosong. Tapi sedikit demi sedikit meja-meja tersebut mula dipenuhi pelanggan menjelang jam 1 dan bersesak-sesak pada lewat petang.

Pelbagai menu ditawarkan di Mee Udang Mak Jah. Tapi wajib untuk order mee udang special. Anak-anak pula memilih untuk makan mee sotong dan ketam special.

Sementara menunggu pesanan kami sampai, kita bermain dulu dengan lensa kamera. Ini adalah jalan masuk ke Mee Udang Mak Jah dari jalan utama. Atap biru itulah warung Mak Jah. Kirinya pula adalah tempat parking kenderaan.

Jelas dan nyata, jangan sesekali meletakkan kenderaan di tepi jalan kerana ini boleh mengundang kecelakaan dan mengganggu aliran trafik. Parking kereta anda di tempat yang sepatutnya.

Setentang dengan warung Mee Udang Mak Jah, ada satu warung yang menjual ayam goreng rangup dan laksa special banjir udang. Warung Mak Su namanya. Next time kami cuba laksa Mak Su pula ye.

Jika Mak Jah sinonim dengan mee udang manakala Mak Su pula dengan laksa udang, Pak Uteh pun tak nak ketinggalan, Pak Uteh Cucur Udang!!! Tapi masa kami datang, Pak Uteh mc kut, atau warungnya masih belum dibuka. Kut la cucur hanya dijual pada waktu petang.

Don't play-play kata Mak Jah. Pindah kalu kasi tahu kamiurang. OK, simpan kamera sebab hidangan sudah sampai. Yabedu!!!

Belum off kamera lagi, kita snap mee udang special dulu. Besaq-besaq udang dia.

Ini pula hidangan anak-anak, mee ketam dan sotong. Penuh mangkuk dengan ketam dan sotong. Nak mudah makan terpaksa letak ketam ke pinggan lain.

Slurp slurp slurp!!!

Mulakan dengan Bismillah dan akhiri dengan Alhamdulillah.

Final verdict; sedap sangat ke mee udang Mak Jah? Secara peribadi, mee dan kuahnya biasa-biasa saja. Kekuatan mee udang Mak Jah adalah pada kesegaran udang, sotong dan ketam. Fresh dari laut katanya.

Sekian.

9 comments:

  1. adui...memanggil2 je mee udang tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok gambar pun dah leleh kan hehehe

      Delete
  2. Assalam ketam,
    eh3 rasa pelik lagi bagi salam kat ketam he3
    seriously iols tak pernah tau pun ada mee ketam & sotong
    sob3
    wajib pi lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
    iols orang tepen hokeyh
    sob3

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe..... hari2 boleh menyinggah mak jah

      Delete
  3. Mee Udang Nur Zetty dekat Plaza Tol Changkat Jering lagi sedap.
    Udang besar dan fresh. Kuah mee manis. Suasana kampong dicelah deretan pohon pohon manggis. Dingin dan nyaman.
    Harga sama. Layanan first class.
    Tak payah berdiri tunggu meja kosong. Tak payah terjerit jerit panggil staff yg bo layan masa nak order. Tak payah berhimpit dan berpanas sampai berpeloh. Tak payah parking kereta jauh, macam kat Mak Jah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nice info. Saya pasti akan cuba jika ada kesempatan.

      Delete
  4. Mee udang pulau sayak @ pntai merdeka pn x kurang hebatnya

    ReplyDelete
  5. Mee udang pulau sayak @ pntai merdeka pn x kurang hebatnya

    ReplyDelete