Wednesday, 1 July 2015

MaNa PeRGi DuiT RM200 DaRi aCCouNT CiMB?


Surprise di awal pagi Selasa.
Nak cucuk duit, sekali balance kurang RM200 dari yang sepatutnya.

Adeh, mana duit aku hilang?

Macam mana tahu duit telah berkurang?

Sebelum ke ATM, sudah semak baki di CIMBClick dengan jumlah sekian-sekian.

Tapi bila check di ATM, berlaku perbezaan sebanyak RM200. Mana duit aku? RM200 banyak tu de.

Ok tak pe, keluarkan duit yang mana ada dulu, setelkan bil-bil tertunggak. Balik opis tenangkan diri dan cuba call customer service.

Tapi sebelum call, cuba Google dulu kut la pernah ada yang alami pengalaman yang sama.

Hasil carian di Google.....

Amek ko, ramai juga yang pernah terkena. Tetiba duit dighaibkan sebanyak RM200 dari akaun.

Nak tahu sebabnya?

Angkara mengisi minyak di pump station menggunakan kad debit!!!

Rupanya bila kita swap debit card untuk urusan pembelian minyak, secara otomatik pihak bank akan hold duit kita sebanyak RM200 sebagai deposit.

Sebab itu secara tiba-tiba duit kita boleh hilang seketika. 

Tapi jangan risau, duit deposit sebanyak RM200 itu akan dikembalikan setelah pembayaran sebenar kos pembelian minyak tadi telah clear dan dikreditkan ke akaun pengusaha pump station.

Proses pengembalian deposit RM200 ini akan mengambil masa kira-kira 3 hari bekerja (dikira dari tarikh kita swap kad debit tersebut).

Bila direnung balik, memang betul, Sabtu lepas ambe tersilap swap kad debit CIMB untuk mengisi minyak di Shell.

Biasanya ambe guna kad kredit, tapi pada hari tersebut tersalah cucuk kad, tercucuk kad debit. 

Bahaya main salah cucuk ni rupanya hehehehe!!!

Elakkan cucuk kad debit di pump station. 

Maka hari ini, bila ambe check kembali saving account ambe, duit tersebut telah kembali available dan sedia untuk dijolikan hahahahaha!!!!

Sekian


7 comments:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  2. xkire bank ape pun..duit tu memg boleh dpt blik ke.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep... sememangnya akan dikembalikan.

      Delete
    2. Mmg betul 3 hari bru dapat semule ke bro?

      Delete
    3. yup 3 hari, masa saya kena dulu. tak tahulah kalau sekarang makin cepat.

      Delete
  3. Replies
    1. masa saya kena dulu, mmg 3 hari baru dapat semula.

      Delete