Opposite to Padang Ipoh, bangunan pun vintage sangat.
Luaran saja vintage, dalaman moden macam lain-lain premis O-W-C juga.
Lepak-lepak hirup kopi sambil belek-belek majalah.
Kesinambungan cerita sewaktu aku bawa anak ke tournament di Padang Ipoh baru-baru ini. Masuk waktu lunch hour, bukan nak makan sangat cuma nak hirup-hirup dan munchu-munchy.
Malas pergi jauh, sebelah sahaja Padang Ipoh ada deretan kedai makan, bangunan pun agak vintage. Tapi semua tutup kecuali Oldtown White Coffee.
Aku kalau ke O-W-C bukan kejar kopi sangat, tapi aku mesti order mee kari. Meletop memang marbeles aku rasa. Kenyang pun boleh jadi lapar balik kalau teringatkan mee kari di O-W-C !
Minum aku tak memilih sangat, jika panas memang aku cari something yang berais. Lama sangat aku pun dah lupa makan apa ari tu.
Pic minum-minuman dan makan-makanan pun aku tak snap sebab sebelah meja aku ada mat dan minah salleh. Naik segan aku beb !
Nama jalan, lokasi O-W-C Padang Ipoh.
O-W-C nun di hujung sana, yang ada pokok rendang !
Panas-panas minum cendol memang layan, tapi tutup daaaaa !
Aku nampak sekitar Padang Ipoh ini agak ramai juga pelancong asing berkeliaran. Area sini memang kombinasi bangunan vintage dan moden. Ramai photog2 yang usung DSLR ke hulu ke hilir.
Aku pula usung anak bongsu yang merengek tanpa henti ! Tak berapa nak explore sangat. Maybe next time aku datang sendiri, berbaloi untuk berpanas semata-mata nak abadikan keunikan Ipoh pada lensa kamera.
- Ketam Batu -
Aku pula usung anak bongsu yang merengek tanpa henti ! Tak berapa nak explore sangat. Maybe next time aku datang sendiri, berbaloi untuk berpanas semata-mata nak abadikan keunikan Ipoh pada lensa kamera.
- Ketam Batu -




























