Wednesday, 24 June 2015

ReVieW CHaLeT Su, MaRaNG 2015

Update 26/7/2018 : Review ini berdasarkan pengalaman peribadi penulis menginap di Chalet Su, 3 tahun yang lalu (2015). Mungkin keadaan telah jauh berubah, readers mohon gunakan pertimbangan sendiri dan rujuk juga review-review terkini berkaitan Chalet Su. Sekian. 


Chalet Su
A-1545, Kampung Rusila
21600 Marang, Terengganu.

Contact Number: +6017-679 7672 atau +6012-974 6489.


Chalet Su terdiri dari beberapa unit chalet dan homestay. Chalet pula bukan chalet individu, tapi jenis berkembar. 

Perlu diingatkan juga, Chalet Su adalah penginapan bajet. Jadi jangan impikan chalet yang indah-indah. Seimbas lalu, blok chalet kelihatan seperti rumah kampung biasa. 

Keluarga kami menyewa satu unit homestay dengan harga RM180 semalaman, satu unit superior executive chalet dengan harga RM150 dan chalet triple dengan harga RM90.

Homestay - Memiliki 4 bilik, tiada aircond tapi ada kipas. Dikira murah tapi kondisi dalaman agak menyedihkan. Keadaan dalaman homestay cukup uzur, perabot lama, tilam atau katil yang membuatkan tidur tidak lena dan kurang bersih. Toiletries terhad dan bilik air juga tidak bersih. Final verdict untuk homestay di Chalet Su, avoided kecuali terpaksa.

Superior Executive - Keadaan berbeza berbanding homestay. Unit superior masih baru dan bersih. Ada aircond dan katil juga besar dan selesa. Toiletries terhad dan bilik air sempit. Recommended jika anda perlu menginap di Chalet Su.

Chalet Triple - Dilengkapi dengan 3 katil single dan ruang yang terhad untuk hampar TOTO. Keadaannya juga jauh lebih baik berbanding unit homestay.

Homestay dan superior executive di Chalet Su menghadap laut, seaview kata orang kampung ambe.

Boleh nikmati keindahan sunrise. Itu pun jika anda menginap di superior executive atau homestay. 

Malam-malam boleh BBQ. Dapur dan arang disediakan, tapi cucilah apa yang patut sebelum panggang ayam.

Pantai di belakang Chalet Su sesuai untuk mandi manda, tidak terlalu dalam dan arus juga tidaklah kuat.

Kemudahan untuk makan minum - ada satu dua kedai makan, pada jarak kira-kira 100 meter dari Chalet Su. Kedai runcit pula cuma diseberang jalan. 

Bersebelahan dengan Chalet Su adalah Saudagar Beach Resort. Contact number +609-910 0965. Pemerhatian kasar dari luar, blok penginapan utama lebih baik berbanding Chalet Su, tapi tidak pasti pula keadaan dalamannya.

Blok tambahan Saudagar Beach Resort. My youngest brade menyewa salah satu unit di sini.

Ini unit yang disewa oleh my youngest brade di Saudagar Beach Resort. Bilik memanjang dan agak luas juga. Kadar semalaman, RM120. 


In My Humble Opinion - jika anda jenis yang mementingkan keselesaan dan cerewet, Chalet Su bukan untuk anda. Tapi jika kewangan anda terhad, tidak salah untuk mencuba, tapi elakkan ambil homestay.


Tuesday, 23 June 2015

ReVieW HoTeL KHaLiFa iNN, WaKaF CHe YeH, KeLaNTaN 2015

Khalifa Inn
No. 1, Tingkat Atas Bazar Lot Niaga,
Jalan Kuala Krai,
Zon Komersial Wakaf Che Yeh,
15100 Kota Bharu
Kelantan
Tel: +609-746 1777


Review ini berdasarkan pengalaman peribadi ambe menginap di Khalifa Inn selama 2 malam pada 3-5 Jun 2015.

Parking Awam - Hotel Khalifa Inn letaknya di kawasan komersial, jadi kawasan ini akan sentiasa dipenuhi dengan pengunjung. Pada waktu siang, sibuk dengan urusan komersial manakala malam pula meriah dengan pasar malam. 

Isu parking mungkin boleh menimbulkan sedikit kesulitan.

Parking awam ada banyak, tapi jika anda tidak bernasib baik, terpaksa parking kereta agak jauh dari hotel. Pada waktu malam pula, disebabkan kawasan ini akan dibanjiri pengunjung pasar malam, lagilah susah untuk mencari tempat parking. Ditambah pula dengan pengunjung yang dibenarkan untuk double atau triple parking.

Jika anda menginap di Khalifa Inn, anda tidak perlu bayar untuk letak kereta. Menariknya, bayaran parking cuma berkuatkuasa mulai 5 petang sehingga lewat malam, sama waktu dengan pasar malam. 

Parking khas Khalifa Inn - Memang ada, tapi berdoa sajalah ia sentiasa available. Kadang kala pengunjung ke zon komersial Wakaf Che Yeh main hentam sahaja. Walaupun mereka bukan pelanggan Khalifa Inn, asal ada kosong mereka terus masuk. Tak ada yang pantau pun. Selama ambe bermalam di Khalifa Inn, tak sekali pun parking hotel available. Papan tanda khas sekadar jadi perhiasan.

Harga bilik - sesungguhnya kami dalam kerugian selama 2 malam di sana!!! Ini kerana kami tempah melalui Agoda pada harga RM150++ semalaman. Rupanya harga walk-in lagi murah, cuma RM137 semalaman plus 6 peratus GST. Kesemua bilik di Khalifa Inn adalah Family Room, ada 2 queen bed bagi setiap bilik.

Wi Fi - percuma tapi amatlah siput sedot, terlalu perlahan. Dapat connect tapi tempoh masa menunggu untuk browse satu-satu website membuatkan kami give-up. Terpaksa on data sendiri.


Persekitaran hotel

Zon komersial Wakaf Che Yeh selain menempatkan blok pejabat dan kedai, turut memiliki beberapa buah hotel termasuklah Khalifa Inn.

Khalifa Inn letaknya di blok pertama, sebelah kiri sebaik sahaja anda melepasi pintu gerbang zon komersial WCY.

Tingkat bawah adalah unit kedai manakala tingkat 2 diubahsuai untuk menempatkan Khalifa Inn. 

Staf Khalifa Inn memang bagus, very helpful. Tapi mereka bukan 24 hours available. Jadi ada baiknya sebelum check-in, anda telefon hotel dan maklumkan masa ketibaan anda.

Lobi Khalifa Inn

Laluan ke bilik. Setiap bilik, di luarnya diletakkan kerusi kayu kecil untuk lepak-lepak atau sak kok lu kepada kaki perokok tegar.


Family Room Khalifa Inn

Penginapan kami selama 2 malam, unit 14.

Bilik cukup luas, ada 2 queen bed, senang-senang muat 4 orang. Jika ramai, boleh ke Rantau Panjang dan beli TOTO. Hampar TOTO dan tidur ramai-ramai kat lantai pun masih lagi selesa. Mohon abaikan model veteran yang sedang buka stokin, itu bukan pemilik blog!!!

Bilik cukup ringkas tapi selesa. Chanel TV agak terhad tapi tak ada masalah, bukan sepanjang masa anda dibilik kan? Seterika kena minta dengan staf hotel. Cerek air bilik ambe tidak berfungsi pada mulanya, tapi cepat saja mereka hantar yang baru.

Bilik air tidaklah berkilat-kilat tapi bersih.

Dimaklumkan juga Khalifa Inn tidak menyediakan sarapan. Untuk makan minum tidak perlu risau. Untuk bersarapan, ada beberapa kedai berhampiran hotel, begitu juga untuk makan tengah hari. Malam pula, ada pasar malam dan banyak gerai tomyan di sekitar Khalifa Inn.

Pendek kata, anda tak perlu risau soal makan. Jika berkenderaan sendiri lagi memudahkan. Lagi panjang langkah anda untuk jalan-jalan cari makan.

Final verdict - Khalifa Inn menyediaakan penginapan yang selesa pada harga yang berpatutan. Sekadar untuk tidur sajakan? Highly recommended, tapi jangan pula dengan harga bajet anda harap yang lebih-lebih pula.


Hotel-hotel lain di zon komersial Wakaf Che Yeh.

Hotel & Apartment Sireh. Contact number +609-743 0012.

Hotel Polyland Inn. 

Aman Homestay. Contact number +6019-993 3829 dan +609-959 5198.

Ridel Boutique Hotel
PT 762 Blok H
Pasar Awam Wakaf Che Yeh
15100 Kota Bharu, Kelantan
Contact Number: +609-743 4888

Tadi cuma papan tanda, ini gambar hotel Polyland.

Hotel Polyland
Jalan Kuala Krai
Zon Komersial Wakaf Che Yeh
15150 Kota Bharu, Kelantan
Contact Number: +609-743 9090

Holiday Villa Kota Bharu, bukan di zon komersial WCY tapi cuma di seberang jalan by walking distance.

Holiday Villa
PT698 Jalan Kuala Kerai
15150 Kota Bharu, Kelantan
Contact Number: +609-747 4004


Friday, 19 June 2015

KeMBaRa LiBuR KoTa BHaRu - KuaLa TeReNGGaNu - KuaNTaN 2015 : FaSa 03. KT - Kuantan - TM


7 Jun 2015 - Titik-titik akhir kembara kami ke pantai timur semakin hampir. Destinasi kami yang seterusnya adalah Swiss Garden Beach Resort, Kuantan. 

Perancangan asal kami, mahu susuri jalan persisiran pantai. Jika diikutkan sampai di Dungun nanti, ambe mahu jenguk sekolah lama ambe, Sekolah Menengah Sains Dungun.

Tapi apa yang dirancang lain pula yang ditentukan oleh Waze dan PapaGo. Kami dibawa terus ke Lebuh Raya Pantai Timur menuju Kuantan. Hentam sajalah labu!!!

Tapi pada satu peringkat, PapaGo seakan hilang pedoman. Dihadapan kami terbentang lebuh raya tetapi map dalam PapaGo gagal mengesan sebarang laluan. Seolah kami sedang harungi hutan belantara.

Hehehehe dah kome ngape, PapaGo?

Rupanya kami sedang lalui LPT Fasa II, dan maklumat berkaitan laluan ini masih belum diupdate dalam PapaGo.

Pengalaman lalui LPT Fasa II.....

Laluan baru siap, jadi jalan agak bumpy, kena berhati-hati terutamanya kepada penunggang motosikal. Kemudahan RnR pun masih belum siap sepenuhnya. Ada jugalah gerai-gerai sementara yang dibuka untuk pengguna berhenti dan mengisi perut.

Bagusnya, kami tidak dikenakan sebarang bayaran, kerana laluan ini masih dalam tempoh percubaan.

Setelah menempuh perjalanan selama 3 jam yang membosankan, kami tiba di persimpangan Jabor. Pelik pulak nama tempat ni, Jabor hahahahaa!!!

Dari Jabor ke Beserah, kena lalu jalan persekutuan dan kami berselisih dengan banyak lori tanah. Kiri kanan jalan nampak kesan kemerah-merahan, debu tanah yang melekat. Agaknya ada pembinaan besar sedang berjalan tapi ambe tak tahu apa yang mereka sedang usahakan.

Menghampiri Beserah, kami berhenti makan tengah hari di sebuah kedai mamak. 

Kenapa masih memilih kedai mamak? Kami tak pilih, tapi sebab kat sini saja masih ada makanan dan lauk pauk. Beberapa gerai melayu yang kami singgah sebelumnya telah kehabisan makanan. Lapar punya pasal, telan jugalah walau tak berapa nak menepati selera.

Tidak jauh dari mamak tersebut, tak sampai 5 minit pemanduan adalah Swiss Garden Beach Resort. Kami akan menginap di sini untuk semalaman, menghabiskan sisa-sisa percutian. 

Masih dalam mood cuti persekolahan, jadi pengunjung agak terlajak ramai. Ruang parkir di dalam resort penuh, terpaksa parkir di bahagian luar. Bilik kami pun masih belum tersedia walaupun kami tiba pada pukul 4 petang. Terpaksa menunggu di waiting room selama hampir satu jam.

Malibu Pub, yang dijadikan waiting room. Disinilah pengunjung yang biliknya masih belum tersedia akan ditempatkan. Minuman dan makanan disediakan, tapi tak tahan bau rokok, pub le katakan. Lepas makan dan minum lebih kurang, kami terpaksa keluar ke lobi untuk mengambil udara segar. Baru lega untuk bernafas.

Sebaik sahaja bilik kami ready, jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. 

Review lengkap Swiss Garden Beach Resort, sila KLIK

Perkara pertama anak-anak minta selepas check-in adalah mandi kolam. Maklumlah hotel di Kota Bharu dan Kuala Terengganu tiada kolam renang.

Cepat-cepat bertukar ke swimming suit, kami turun ke kolam renang di Swiss Garden Beach Resort.

Kolam renang di Swiss Garden Beach Resort agak besar juga. Satu untuk orang dewasa dan satu lagi untuk kanak-kanak. Di tengah-tengah ada jakuzi.

Puas mandi kolam, anak-anak ajak mandi laut pula. Pantai dibelakang Swiss Garden Beach Resort agak landai, pasirnya memutih dan bersih. Ramai pengunjung yang mandi manda, atau sekadar bersiar-siar ambil angin.

Bila malam menjelang.....

Nak cerita pasal makan, malam itu kami makan malam di Patani Family Restaurant. Nama sah-sah restoran tomyan Thai, ada banyak restoran sebegini di sekitar Swiss Garden Beach Resort.

Banyak-banyak restoran, kenapa restoran ini yang kami pilih?

Sup belut, semuanya angkara sup belut. Siang tadi my wife ternampak tulisan 'sup belut ada dijual di sini'. Jadi malamnya terus kami target Patani Family Restaurant untuk pekena sup belut.

Geli?

Tak lah, sedap lagi ada. Memang sedap, lemak berkrim disukai ramai gitu. Selain sup belut, pesan juga sup ekor, sayuran goreng campur dan ayam masak merah untuk anak-anak.

Memang sedap dan harganya pun berpatutan.

Lepas makan, anak-anak dan yang lain-lain terus naik ke bilik untuk berehat. Tapi ambe lepak-lepak di lobi, dihiburkan oleh seorang brade yang handal bermain piano.

Layan juga.....

Lagu-lagu yang dimainkan menjadi halwa telinga, sehingga hampir terlena di kerusi lobi. Disebabkan mata dah mengantuk sangat, tak jadi nak layan live band di Malibu Pub. Dah tanya dengan bar attendant petang tadi, katanya ada band dari Philipines akan perform. Tapi mata dah tak tahan, masuk tidur sajalah.

8 Jun 2015 - Hari untuk pulang ke rumah tiba juga akhirnya. Tapi sebelum check-out, anak-anak request untuk mandi kolam dan main pantai sekali lagi.

Layan sajalah.....

Matahari malu-maluan disebalik awam hitam.

Ambil angin segar di kala pagi.

Dipendekkan cerita lagi....

Tepat jam 12 tengah hari kami check-out dari Swiss Garden Beach Resort. Check-in lewat tapi check-out wajib on-time. Ok, no comment.

Disebabkan penginapan kami di Swiss Garden Beach Resort tanpa voucher penginapan, kami  bersarapan sahaja di salah satu gerai. Gerai tersebut namanya Selera Pantai Timur dan letaknya cuma berhadapan dengan resort. Bersarapan dengan menu pantai timur, dan sekali lagi ianya cukup sedap dan murah.

Alhamdulillah.

Temerloh, apa kami buat di Temerloh?

Sengaja melencong ke Temerloh, sebab my in-law tiba-tiba mahu lihat keadaan pekan Temerloh.

Salah sebuah hotel di pekan Temerloh.

10 tahun yang lepas, di hotel inilah kami menginap semasa out-station ke Temerloh. Pada masa itu, tidak banyak hotel di Temerloh. Hotel Green Park merupakan satu-satunya hotel yang agak ok pada masa tersebut.

Temerloh terkenal sebagai bandar ikan patin, tapi kami singgah bukan untuk makan ikan patin, cuma nak lihat-lihat pekan Temerloh sahaja!!!!

Sekadar lalu, kami kembali ke lebuhraya menuju TM.

Diringkaskan lagi, kerana tiada yang menarik sepanjang di lebuhraya Karak.....

Rumah yang sudah seminggu ditinggalkan mula terbayang-bayang dimata.

Tepat jam 3.45 petang kami selamat tiba di rumah, dan menamatkan perjalanan kami merentasi TM - Kota Bharu - Kuala Terengganu - Kuantan - TM dengan jarak keseluruhan menjangkau 1317.2 km.

Penat memang memenatkan, tapi pengalaman yang dikutip walau tak seberapa tetap priceless!!!

Nak buat edisi kembara TM - KB - KT - Kuantan - TM edisi kedua? Ya, itu sudah pasti cuma bukan dalam masa yang terdekat.

Akhir kata.....

Sekian, dan TQVM sudi baca pengalaman ambe yang tak sepertinya.